25 April 2010

Banner Baru yang Betul Betul Kejam Punye

assalamualaikum dan hai.




hari ni rilek siket sebab baru habeh paper, tinggal lagi satuuuu je paper hari Rabu ni. the Killer Paper (Kertas Pembunuh). walaubagaimanasekalipun, seperti dalam entri lepas aku telah kata bahawa masa untuk belajar dan menelaah sentiasa ada. Oleh itu mari kita bergembira dan bersukaria dulu dengan menulis blog ! harharharhar harmonika.


petang tadi selepas habis paper pada jam 400 petang, balik-balik aku terus mendapat ide untuk men-design banner baru untuk blog. Ini adalah kerana, *tiba-tiba rasa macam tengah buat karangan darjah enam skema bagai* aku sangtlah bosan dengan banner lama. tapi sebab aku memang jakun giler stok zaman Mesopotamia tak reti nak wat banner pakai Photoshop, aku terpaksa edit-edit menggunakan Paint dan Photoscape je. (=_=!) Paint sangatlah bengong korang tau, sebab nak crop gambar aku yang pakai topeng beruk tu susah giler. Crop dua-tiga kali tapi last-last tak rata jugak dekat bahagian tepinye. Jadi untuk kasi smooth sikit (sikit jela takbanyak) aku buat lining pakai kaler hitam. 
 

OK marilah kita lihat perbezaan yang lama dengan yang baru:  

isteri tua


yang lama ni sangat simple, aku cuma crop gambar menatang Barney dengan kawan-kawan dia tuh dekat bahagian tengah, kemudian taruk effect Glass. last skali letak je url blog pakai watermark. fuh da siap. tapi yang lama ni macam boring tahap Ceramah Motivasi UPSR dah, maka marilah kite menukar dengan yang baru, moden, globalisasi dan ICT.

     

isteri muda 
    

oke ini yang baru. aku taktau ape pendapat korang yang mana lagi better. yang lama atau yang baru. atau dua-dua habukpuntarakkkk *boleh juga dibace sebagai habuk puntianak* hentahla aku pun taktau. buat mende ni dari pukul 4 sampai pukul 7 lepastu touching-touching sikit, baru la siap. cuma satu je slack, elok-elok gambar dia dah smooth last-last tu aku pegi edit pakai Paint, ubah saiz sikittt je. bila save terus dah jadi lain dia punye graphic. Terus tak smooth, gambar jadi pecah-pecah.
Hampeh betul la aplikasi Mengecat (paint) nih.  

   
 amboi mengade betul, nak close up segala pulak:


adapun demikian, banner yang baru ni menjanjikan pelbagai keseronokan buat aku. korang aku taktau la, dia janjikan keseronokan ke tak.. alah kalau takde pun buat-buat la ade, ambik hati aku sikit. mari kita lihat, sekodeng, usha dan misha aspek-aspek gembira yang buat aku suka dengan banner baru.
 



1. aku PALING SUKE dengan gambar itik yang macam brutal giler pegang pisau berdarah-darah yang muke sebijik macam kena rasuk seton tu hah, gigi zigzag dah bergelumang dengan darah entah tengkuk zirafah dekat zoo mane laa yang ko pegi gigit. dah la tu, siap ade tatu lagi you! sangat kena dengan tema blog aku nih kan. nak binatang liar aje. tapi jangan merasa cuak yang keterlaluan, nanti kena darah tinggi, itu cuma lakonan semata-mata. pisau tu bukan bersalut darah tapi itu cuma sos cilli bercampur air. dan tatu itu? ya, itu cuma tatu tiruan bodoh yang didapati secara percuma di dalam permainan kanak-kanak di kedai-kedai runcit kecil. alah takkan tak pernah beli kot??! yang dapat pakej skali ngan keropok lemau tuh ha. MAIN TIKAM NAMENYE.     




2. lagi yang aku suke, banner ni sangatlah family oriented. I put my little sister’s pic at the lower rightside, next to my pic. then ada juga badges I LOVE MY MOM yang aku jumpe dekat google giler kiut miut, dan jugak ade I LOVE MY DADDY dekat atassss skali. adik yang sorang lagi tuh sori la takde ruang untukmu di hatiku. ceh zalim giler. takde ah, takyahla gambar ko. nak gambar wat le blog sendirik, kau kan dah besar. :P
 


 3. sape perasan ade biri-biri kecik 3 ekor dekat atas kepulan pemikiran tuh? homeltak? homeltak? rase macam nak amik je sekor yang jadi leader dekat depan tu buat qurban tahun nih.  
 
4. oh si Barney and the Gang kesayangan tak pernah aku lupe. tak pernah. sebab tu la walaupun kecik besar taik mata tapi tetap nak pamerkan *ceh pamerkan* dekat banner. Barney, kau dengar sini aku nak cakap dekat kau, “PRENDSIP POREBER"
 
5. budak kecik dekat belah kiri, bawah tu adik aku. dengan sepupu aku. ni pun belakon jugak, same je geng dengan itik tu.... ceh melihat pemandangan konon sambil tunjuk-tunjuk konon?


 
6. last skali aku suke dengan random things dalam banner ni. macam Bettle kuneng dengan bunga-bunga tu la. kebanyakan mende-mende kecik ni kita boleh ambik atau create sendiri pakai PhotoScape. sangat best application ni tau. aku suka dengan graphic yang background putih, lepastu ade banyak colorful random things yang bertaburan berkeliaran macam ni. lagi serabut lagi best. 


 
oke dahla mengantok pulak. aku harap korang boleh kasi cadangan/ penambahbaikan untuk blog ni. manela tau ade berkudis dekat mane-mene yang aku tak ternampak, terlepas pandang ke... mane yang aku boleh upgrade tu... aku akan cube usahakan. CHEWAAHH macam ahli politik nak berebot dun pulak hahaha. *kembali serius* anyway aku ade terbaca, pembaca paling tak suke, menyampah, annoying dengan blog yang background hitam pastu tulisan dia kaler-kaler, diorang kata sakit mata.  ye ke?

anyway thanks for reading and have a nice day.
byebye baiduri. (huh?)    

3 comments:

Abdul said...

i like..

crazy_labelle said...

haha.... kalo xcrop pic gamba buku gorilla lg cute kot.... n itik tu kne bg lg besau...
T_T demand tol

captain joy said...

yr are vary talented! like the composition, keep on!

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE