21 April 2010

Trial Memakai Selendang

assalamualaikum dan hai semua orang.

bermula esok sampai hari sabtu , aku ada test tiga hari berturut-turut. tapi aku terasa hendak memblog kerana otak aku seperti tepu untuk belajar walaupun hakikatnye aku tak bace hape-hape pong lagi. tapi tidak mengapa, masa untuk bertaubat dan belajar dengan bersungguh-sungguh sentiasa ada! oleh itu, mari kita berhibur dulu dengan menaip blog hahahahaha harimau.


baiklah kawan-kawan. melihat kepada masyarakat semasa di era globalisasi ini yang kelihatan lawa dan ayu memakai selendang yang berbelit-belit di leher itu, aku menjadi curious dan interested untuk mencuba memakai selendang juga. oh sangatlah cepat aku terpengaruh dengan persekitaran sebaya, bukan? orang lain yelah, dah memang natural beauty pakai hape-hape pun memang akan jadi cantik, tapi kau macam bulat bila pakai selendang lagi la bertambah tambah tahap kebulatan muka kau, sebijik macam buah manggis yang pakai selendang. (=__=!)



tapi tidak mengapa, tidak mencuba sudah tentu tidak tahu samada boleh berjaya atau tidak maka marilah kita mencuba dulu semoga dengan usaha yang gigih dan berkat doa kawan-kawan, aku tidak akan berubah menjadi manggis berselendang. terima kasih kepada si botak kuneng yang sudi untuk memberi tunjuk ajar dan membantu aku sepanjang sesi tutorial selendang ini. mekaseh! *hoh! tibe-tibe ada imagery friends yang berbentuk bulat pulak?*



1. mula-mula betulkan dulu tudung. si botak kuneng kata pin dekat bawah dagu tau, jangan pin dekat tepi telinga.




2. seterusnya bahagian selendang yang lebih panjang dibawe kedepan. atau yang lebih pendek dibawe kedepan. or any parts that you think alright with the shape of your face. okay whatever.

huyoh macam samurai siot !



3. next step sepatutnye ialah membelit bahagian selendang yang panjang itu ke kepala, tapi tah cane tetibe aku terhayun selendang tu laju sangat, terus terbelit giler-giler muka aku. kurang oksigen masa ni. nasib baik belum allahyarhamah lagi. rumate aku memang takde dekat bilik so katakan. katakan la belitan tu tak dapat dibukak, jawabnye innalillahiwainna ilaihi roji'un la aku.

saat saat terbelit

4. okeyh lepas dah pin sana pin sini (tidak dapat ditunjukkan melalui gambar atas sebab-sebab peribadi) maka terhasillah seperti di bawah ini PRESENTING YOU THE MANGGIS (or mandarin orange pun buleh)BERSELENDANG:

walaupun baju dan tudung tidak matching langsung tapi tak mengapalah WHO CARES? bukannya aku pakai pastu aku keluar gi photoshoot majalah dara.com pun hahahaha hanturaya. anyway, si botak kuneng sangat zalim kerana muntah di sisi aku yang tengah posing. sangatlah buruk, huduh dan serabai pemakaian selendang aku. terima kasih.




aku rase itu saja, lain kali aku nak cube memakai tudung yang buat kepala kita kelihatan seperti ada ketumbuhan besar. apetah namenye. ni ha :

takpaham aku. apa la yang diletaknye sampai boleh jadi tinggi camtuh ? aku rase kalau aku sanggul rambut memang takkan leh jadi setinggi tuh. patut tak kalau aku letak gumpalan pasir untuk kasi kepala tinggi?

update 25mei10: haram jadikan kepala tinggi


8 comments:

just zira said...

lwk la shira ni..haha

BudakHitam said...

rugi betul tak leh pakai selendang

Hazatul Nabila said...
This comment has been removed by the author.
♥ Syira ♥ said...

Zira: zira pun lawok juge kerana berkata demikian. heh.


Budak Hitam : xpe, walapon shawls tidak boleh dipakai tapi cap (cap topi, bukan jenama), serban, kopiah, songkok sentiasa ada untuk anda pakai ! :)


Hazatul Nabila : stail bengkak atas pale ? hahaha.

crazy_labelle said...

hahaha... xboleh blah...
i gelak terbahak2 okeh bile tgk
step ke 3 yg pic saat saat terbelit tu...

bwahahaha.... sakit perut i...

siyes u mmg sempoi... i like!!!

♥ Syira ♥ said...

if you guys enjoyed reading this, dont miss to click the "MEMPERLAKUKAN ADIK SENDIRI SEPERTI GASING" entry, on the Dont Miss section at the right bar.

heheh. thank you for reading ! :P

daisy said...

mungkin dia letak tin biskut
kasi 'up' sikit

Ikemal said...

gambar first mcm marshanda

DISABLE