01 May 2010

Review The Crazies (18SG)

The Crazies 
Genre: Horror thriller




sebelum membuat preview, aku nasihatkan ibu-ibu mengandung dan pesakit lemah jantung jangan menggedik nak pergi beratur beli tiket tengok movie ni. sebab, akan ada banyak adegan-adegan yang boleh buat anda semua terberanak on-the-spot. jangan pulak tibe-tibe bangla yang jaga pintu wayang kena terjun jadi bidan ok! atau bagi pesakit jantung ZAPPP terkena schock terus innalillah dalam panggung wayang. mak aih, malu betul kalau sedara mara tanya nanti, 


"MENINGGAL KNAPE?"   
 "MENINGGAL SEBAB TERKEJUT MASA TENGOK WAYANG -__-"


tak ke rase malu ???



SPOILER ! ! !


starting ok, mula-mula anda akan dipertontonkan *ceh dipertontonkan? takleh belah skema* dengan kehidupan normal suami isteri yang sangat bahagia di sebuah pekan kecik. si suami seorang sherif (ketua polis kot. entah.) dan orang rumahnye pulak sorang doktor.


SECARA TIBE-TIBE dua-tiga orang kampong mula buat perangai mereng, sorang buat kecoh dekat game besbol bawak senapang nak tembak public dan sorang lagi bakar anak bini idop-idop. so si sherif tadi dengan penuh rasa berlagak sebagai Detektif Conan pergilah menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dekat orang-orang kampung. dan dia bukan seorang, tapi dua ya kawan-kawan. hero mestilah ada sidekick, iaitu kawan baik dia sendiri merangkap sherif kecik (timbalan sherif)


kenapa 18SG???

  1. pelbagai jenis peralatan digunakan dalam movie ini untuk membunuh mangsa, samada oleh si gila, si sherif and the gang atau pihak tentera. contohnya guna garfu besar, alah yang orang buat korek-korek tanah tu, sebaliknya digunakan untuk mengorek perut mangsa sehingga tembus oleh geng2 gila. X(
  2. ada satu lagi scene dekat kedai snow wash kereta, akan ada sorang gile yang muncul tiba-tiba dari atas kereta. KORANG TUNGGULA SAMPAI SI GILE TU KELUAR. aku melompat sampai naik atas kerusi masa scene tuh korang tau ! terkejut gila babeng -___-!
  3. ada lagi satu babak, sepasang anak beranak kena tembak bertubi-tubi dengan tentera, sebab diorang ingat anak-beranak tu ialah geng gila, lepastu bila dua-dua dah mati terus ada askar yang sembur api besar dekat mayat diorang, alah yang macam api dekat sarkis tiup-tiup tuh ha. 
  4. darah, darah dan darah. memang banyak giler memancut-mancut korang tau. nasib baik aku tak beli hotdog sebelum tengok movie ni, kalo tak mesti dah termuntah dalam wayang. 


dia punya environment & surrounding dalam movie ni lebih kurang macam ZOMBIELAND, kereta tersadai terbongkang tepi jalan, kedai-kedai kosong, jalan sunyi-sepi you get what i mean. tapi ZOMBIELAND klakor, yang ni takde unsur lawak langsung. memang melompat terkejut semata-mata. tapi kalau compare dengan SAW pulak, THE CRAZIES ringan sikit. ok la.



aku kasik 3.5 bintang untuk THE CRAZIES
sape yang minat horror thriller tu boleh la pegi tengok. 
mesti layannn punye.


2 comments:

zira said...

kompem xnk tgk..haha

Izyanti said...

NAK TENGOK !! jom syira ! suke la cte camni. :DD

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE