aku tau korang dah bosan aku asek cerita pasal Barney dalam blog ni kan? macamla takde icon hiburan lain nak cakap. okelah okelah aku paham, bijik mata aku pun dah naik berbulu tengok gambar si Barney tuh.
kali ni aku nak cerita pasal spesis kera (apes) pulak.
sebenarnya aku sangat curious pada binatang, terutama spesis kera. dulu nyaris-nyaris hendak ambil Veterinar, tapi malang beribukali malang, result final tidak seberapa, kau ada hati pula hendak jadi doktor haiwan? HAHAHA mari gelakkan dia bersama-sama. hendak memotong usus kecil terpotong pula uretra, tidakkah itu akan menjadi suatu kezaliman? =__='
baiklah. mari pergi kepada topik asal. tujuan aku buat entri ini supaya kau semua dapat bezakan antara spesis-spesis monyet, tidaklah main sebut aje. asal nampak lembaga bergayut-gayut dekat pokok terus terjerit-jerit "BERUK WEH! BERUK!" padahal tidak sedar rupanya sahabat sendiri sedang memetik buah-buahan. -_-' maka, entri ini mengajar kau supaya tahu hendak match-kan rupa dengan nama. FAHAM TAK APA AKU CAKAP NI? katakan kau pergi camping dalam hutan kemudian ternampak siamang contohnya, bolehla kau jerit panggil "siamang! siamang!" tidaklah pula tersalah panggil nama kawan kau, contohnya "Dol! Dol! Apa yang kau buat atas pokok tu hah?" sudah tentu siamang itu tidak menoleh bukan?
nampaknya aku sudah banyak merepek dan membuat lawak bodoh di ats, kau pun macam sudah hilang sabar, marilah kita lihat gambar. (eh eh nak berpantun pula) aku harap kau dapat belajar sesuatu.
1. KERA
yang ni aku tak introduce pun pasti korang tau. muka femes sangat dah ni. asal nak minum air kelapa je, nampak muka dia. asal nak makan isi kelapa segar je, pun nampak muka ni. kalau dia pandang kita, merelap merelip je bijik mata dia. betui tak?
2. ORANG UTAN
yang ni pun wajib kenal dah ni, takkan tak kenal orang utan kot?
BABY-UTAN. rase macam nak dukung bawak jalan-jalan kan?
*look at those innocent eyes*
yang stok vateran ni kau nak dukung bawak jalan-jalan jugak ke?
3. CHIMPANZEE
olololo tomey-tomey lagi. kau toksah pergi geledah semak belakang rumah kau tu sebab dekat Malaysia memang takde mende nih.
4. SIAMANG
wajah siamang lebih kurang je dengan chimpanzee, cuma ia ada sejenis bulatan dekat leher ya. kalau ia marah, bulatan ni akan makin membesar. malah ia adalah tempat si siamang ni simpan stok udara untuk terpekik melolong sini sana. kau jangan nak gedik pergi cucuk-cucuk bulatan tu pakai jarum pulak.
5. LAR GIBBON
yang kecik-kecik ni LAR GIBBON name dia. ada pelbagai kaler, blond dan hitam.
baik. sekarang kita akan pergi kepada spesis apes yang semakin ekzotik ye. iaitu, spesis yang kau takkan senang-senang jumpe dekat pasaran.
6. BABOON
bila dia jeling dekat kau macam ni, kau patut tahu bahawa itulah masanya untuk kau bukak langkah Watson Nyambek. jangan hendak main kenyit-kenyit dengan dia pulak. oh dan satu lagi, itu memang hidung merah yang asli, bukan letak mekap ke cat ke hape. itu kau belum tengok lagi bontot dia punya merah macam mana...
7. HAMADYRAS BABOON
*mengenang nasib yang belum bertemu jodoh*
ini pun spesis baboon jugak, cuma bulu dia kaler kelabu dan idung dia pun takdek cat merah
bila dah bertemu jodoh dan berkeluarga inilah kejadahnya, habis nak bawak anak bini melayari internet dengan streamyx. maju ah. wa tabik sama lu Hamadyras!
8. PROBOSCIS MONKEY (MONYET BELANDA)
yang ini boleh didapati dekat Borneo, comel kan hidung dia? rasa macam nak picit-picit supaya keluar bunyi trompet. HAHA. tapi badan dia kelihatan tough pula? hmmm...
9. SAKI MONKEY
wah, dengar nama pasti akan ingat spesis monkey jepun. yang ini paling scary. tengok jari dia sahaja dah buat kau takboleh tidur malam-malam sampai terkencing-kencing atas tilam.
10. BIGFOOT
yang ni toksah cakap la. tawar hati aku nak masukkan dalam list. harapkan kaki je besor, tapi pengecut. sikit-sikit nak menyorok, sikit-sikit nak menyorok. hampeh je. *skali datang depan mata kau, nak?*
11. BUNOPITHECUS SERICUS
yang ni memang nazak dah dekat muka bumi nih, kalau ada pun sekor dua je. hendak sebut nama pun dah tergeliat urat lidah aku. apetah pulak hendak menengok secara life? MIMPILA. anyway ia kelihatan seperti BATMAN kan?
12. GORILLA
okey, ini paling glamor ok. siapa boleh lupa kisah percintaan ia dengan Naomi Watts dalam filem KINGKONG? memangla di luar tabii, tapi sangat sadis bila ia terjatuh dari bangunan tu kan? :(
KAU INGAT AKU BANGANG SANGAT KE NAK PERCAYA BAHAWA KAU IALAH SPESIS KERA TERBARU???
kau beruk dalam Bang Bang Boom tu kan? Baik bukak topeng sekarang!
28 comments:
haha..ade gak beruk si bang bang boom tu ye....itik kejem hehehe
hik3.. aku suka entri yg ini.. hehe.. ada info n lawak2.. =)
baru tahu banyak jemis betul.. kera bang bang boom xtergolong kan??
kau tertinggal siamang laut. hahaha
teringat mase naik bukit putus, mesti ade kat tepi2 tu. haha !
skeee..hehe
@telor: mesti ade, takkan miss punye. menyampah aku tengok kemunculan dia dlm BANG BANG BOOM
@zoro: :)
@syah: komfem tak masuk senarai.
@ujang: siamang laut itu menatang ape? kejap aku google! kalau takde, kalau ak tau kau cume pedajal aku siap kau!
@yanti: haah la. baru teringat dkt bukit putus. bukan setakat beranak pinak, malah bawak anak-anak pinak tersebut makan-makan kacang tepi jalan.
@hiro: saya pun suka alam sekitar!
@sis shuhada: WOW, WOW, dan WOW sekali lagi!
luas pengetahuan..huhuu...
singgah..singgah ye... >_<
aik? balas komen aku dengan senyuman jer? kasi la senyuman mengoda ker.. kata2 manis ker... hahaha
@ishiko: yes bagus2, matlamat tercapai :D
@zorro: aku nak kasi lebih2 macam takut pulak, kang melibas pedang zoro kau tu.... ai naya aku.
hehe. menakotkan berukss ni sume :)
soryy lambat comment syira, haha geram betullah! mesti xdpt jd org first comment! heee!!
ouh, nak bagitau.. mm... kekasih saya.. "lotong mana lotong?"
smpai hati tak masukkan nama dia.
hahahaha
kodok di kira kera species mana?
Kenapa spesies BUNOPITHECUS SERICUS tu dah pupus? aku rasa dia lah monyet paling cantik antara duabelas2 tu. Nie mesti kes manusia hunt diorang kan?? Ish2.. memang nak kena..Satu2 spesies pupus..
wahh.. banyaknya spesis monyet ni. kalau tgk betul2 baru la nampak rupanya.
tp saki monkey tu comel lah. muka dgn badan lain warna heeee ;p
cter lak sal asl usul itik ka, spsies itik ka xpon proses kelahiran itik..hoho
@yuyu: yg paling last tu sngat menakutkan kan kan? silap2 boleh masuk tv kerananya
@zither: bukankah lontong itu sejenis masakan?
@kodok: ohh, kodok lain genus. takleh masuk senarai haha
@wzul: betul macam betmen kan. sila lihat pada lingkaran gelap disekeliling matanya
@nurul:mcm penah nmapk je teddy bear yg mcm ni jual dkt kedai
@lolipon: spesis itik tu mcm hebat juga utk diketengahkan, itik pale ijau, itik serati, itik getah bla bla bla
suuke baboon!!
hahaa
haha kelakar la..banyak spesies yang sy tak tawu sebelum ni..hehe
lotong??lutong kot.. tu bukan makanan la cek oii...spesies ngn beruk gak..haha
ada..yg bawah tu spesis terbaharu..yakni org yang nak jadi kera tpi x dapat so pakai baju ala2 kera jer...tpi dalam2 banyak2 spesis tu spesis org utan paling cute...
@shaza: suke jgk! babun yg bulu kembang kaler putih tuh haha
@shahrilhafiz: oh. ok hehehe :P
@eddy: yes! ia sngat comel tp comel barney lg, tak dapat dinafikan itu.
Last nye spesis tu tak bole angkat lah...kasi tembak bole kah? Alamaaak kitorang dh terbiasa panggil org yg sy kenal dgn prkataan Babun...hahaha ada gak kan..
dapat ilmu pasal kera i malam ni. HAHA! :DDD nice one.
hehehe best2 yg last tu ehehehe
banyak plak spesis dye..
haha..
BUNOPITHECUS SERICUS tu dah mcm penguin or itik..ley r itik kejam wt maskot nih..
naložbeno zavarovanje [url=http://www.cekinsi.info]cekinsi[/url]
Post a Comment