20 July 2010

Adik Angkat VS Adik Kandung



Assalamualaikum dan Hai ;)

Siapa ingat lagi? Haritu aku ada post entri pasal adik angkat SK HOT dari Lembah Bujang, Kedah datang UPM duduk dekat kolej dengan aku? alah yang nama Intan yang pemalu-pemalu sikit tuh?


ini saja gambar yang ada dengan adik angkat, terima sajalah jangan persoalkan kenapa aku asyik tampilkan gambar yang sama.


adik-adik angkat dah balik Kedah hari ahad tu. sedih. :"( sedih sebab tak sempat hendak bawak diorang jalan-jalan dekat Bukit Ekspo UPM. cehhhh macam hebat gilalah Bukit Ekspo tuh padahal sawah padi dekat Lembah Bujang lagi cantik kott?




kemudian aku terpikir, adik angkat datang saja sudah merasa gembira, kalau adik kandung yang datang mesti berganda-ganda kegembiraan. RINDULAH DENGAN ADIK KANDUNG DEKAT RUMAH!!! ALAH BUDAK KECIK KEREK YANG SELALU MERUNGUT KERJA SEKOLAH BANYAK TUH :”(  kedatangan adik angkat buat aku teringat pada adik kandung aku! umur diorang baya-baya je kot...


inilah budaknya yang aku cakap adik kandung tuh. nampak je wajah macam ceria gila tapi hakikatnya kerek budak neh. HAHA.


kan seronok kalau adik kandung boleh datang UPM sekejap? duduk dekat kolej dengan aku, tidur atas katil aku, dan bila adik kandung hendak pergi jamban aku boleh kasi pinjam selipar jamban aku yang permukaannya berbijik-bijik. kemudian boleh pergi makan dekat foodcourt sama-sama, jogging dekat Bukit Ekspo sama-sama dan bawak pergi berjalan dekat The Mines sama-sama. cehhh balik-balik Mines, balik-balik Mines. itulah budak UPM. memang takdek tempat lain hendak pergi berhibur -_-‘


best kan kalau boleh bawak adik kandung pulak datang sini barang sehari dua?


entah mendela dibuatnya budak kecik tu dekat rumah. hari-hari mengadap kerja sekolah. macam bosan giler hidup. cakap kerja sekolah banyak, tapi tiap tiap masa boleh nampak muka dia online Facebook. bab-bab bersosial ni sempat aje kau kannnn?


tiba-tiba rasa rindu hendak jemput adik aku balik dari sekolah, kumpul batang kayu aiskrim Walls sama-sama, malah rindu juga hendak dengar cerita pasal budak lelaki yang dia minat dekat sekolah... alahhhh yang selalu beli dadih yang aku buat tuh? budak suka tersengih yang masuk dalam persembahan Hari Kantin tuuuuu? kehkehkeh. 


agak-agak kau mana satu calon adik ipar aku? :p



11 comments:

-telordibasuh- said...

yg tengah blakang tu cute hehehee

emieysandra said...

yup..sy pun rindu adik sy!!

WZulhilmi said...

ko ckp mcm tu.. teringat aku pulak kat umah. - -".. klu nak balik pun time raya je nanti.. Lama gila!!! T T

kelakar tgk budak2 tu pakai bedak berlebihan sbb nak buat performance kan.. :)

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

yang duduk depan..2 dari kanan..aiseh..encem laaa...hahaaa

maisarahzakariah said...

syira selalu ke g joging kt bukit ekspo???eh eh...i jrg jer g mines.bese g times square.hikhik.

amalina sahaja said...

yg rambut pacak tu! :D
haha

eh eh i mean yg dua dari kanan

Zither said...

yang muka plg cute, kulit plg cerah tuh . hahaha cerah mcm pakai garnier lahhh

kodok hijau the ghost writer said...

nak jadi adik angkat awak bleh tak ? blehlahh

kk said...

mak aih comel gile calon calon adik ipar haha

Syira ITIK KEJ♥M said...

@telor: cute macam muka kau.


@emisandra: huhuhu :( :(


@wzul: same la. raya karang baru boleh balik :(


@kelly: bukan...bukannnnn salahh


@maisarah: cisss advanced gila gi ts...


@zither: oh itu adik qusyairi. qusyairi ialah besfren syafiq. syafiq ialah adik syira no 2. paham tak relationship tersebut?


@kodok: blehhhhh je.


@kila: mesti mesti.


note: hai kawan-kawan yang mengomen atau yang sekadar membace. sebenarnya budak tu tadakkkk pun dalam gambar. hehehe. :D nantilah kalau rajin aku donlod letak dalam entri lain ye.

hehehe jangan marah..


CABOTTTTTTT....!!!!

Syira ITIK KEJ♥M said...

eh eh silap tertaip donlod pulak. tengah khayal tadi ehe~ bukan donlod, upload.


^^

DISABLE