10 July 2010

Hati Seorang Ibu Muda






menjadi seorang ibu kepada dua orang anak bukanlah semudah yang disangka. tambah-tambah lagi bagi seorang ibu muda seperti saya. segala-galanya perlu dilakukan sendiri. mereka anak saya, maka sayalah yang bertanggungjawab mendidik mereka sebaik mungkin. saya tahu, saya perlu menjadi kuat dan tabah untuk memastikan mereka membesar dengan sempurna. andainya tumbesaran mereka terbantut, siapa yang susah? saya jugak. siapa yang sedih? sayaaa jugak. 


anak pertama saya - Gambar Hiasan



semenjak mereka kecil sebesar tapak tangan, saya belai-belai mereka. saya jaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. setiap jam saya akan melihat keadaan mereka; perlu diberi makan atau tidak, perlu minum susu kah, lampinnya perlu ditukarkah, atau beraknya perlu dibasuh? saya lakukan semuanya. semuanya saya lakukan dengan ikhlas. malahan hampir 24 jam saya mengadap mereka tanpa rasa jemu sedikitpun. kerana saya yakin, dengan usaha yang bersungguh sungguh menjaga mereka, saya pasti akan mendapat balasan yang setimpal di kemudian hari. bak kata peribahasa,

"usaha tangga kejayaan"


kini, dua orang anak kesayangan saya sudah meningkat usianya, malah sihat-sihat pula badan mereka, cukup makan agaknya. sebagai ibu saya amat bersyukur di atas kurniaan dan nikmat ini. sesungguhnya saya berjanji tidak akan mensia-siakan mereka berdua. 



kadangkala anak suka meminta yang bukan-bukan daripada ibubapa - Gambar Hiasan


di saat saya meniti kebahagiaan bersama anak pertama dan anak kedua, tiba-tiba saya menerima kejutan yang sangat besar dalam hidup saya. awal pagi semalam, saya dikurniakan dengan sepasang anak kembar. mereka comel-comel sahaja, walaupun berat hati saya menerima kerana memikirkan beban yang terpaksa dipikul, saya relakan jua. tangan kudus ini saya tadah luas-luas, dan saya terima juga nikmat ini dengan penuh kesyukuran. lalu, saya berperibahasa kepada diri sendiri:


"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak terbang melayang"


walaupun saya tidak tahu perkaitan peribahasa tersebut dengan kehidupan saya dan anak-anak; malah kesahihannya juga tidak dapat dikenalpasti; namun saya diamkan saja. yang penting, saya tidak mengganggu hidup orang lain. 



angelina jolie kelihatan sangat bergaya bersama anak lelakinya - Gambar Hiasan



Belum sempat saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu, mengemok-gemokkan anak kembar saya, tugas sebagai pelajar memanggil-menggil. ilmu itu sangat penting, walaupun saya amat sayang pada anak-anak namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak boleh saya abaikan. saya perlu meninggalkan anak-anak kesayangan saya demi segulung ijazah!



anak pertama dan kedua tidak apalah, kerana mereka sudah besar. sudah mendapat kasih sayang cukup-cukup daripada saya. tapi bagaimana dengan anak-anak kembar itu? yang masih kecil, muka tidak bersalah, yang perlukan perhatian lebihhh, yang comel-comel... bagaimana? saya tidak sanggup tinggalkan mereka. hati saya pilu. hati saya pilu tahu?!





cuma satu harapan saya...





semoga anak-anak saya dapat membesar dengan sihat sepanjang peninggalan saya menuntut ilmu di menara gading. 










cuma gambar cabuk ini pengubat rindu terhadap anak-anak:










keempat-empat anak-anak saya


"anak-anakku, mommy loves you"


ps: bila mereka semua sudah besar, saya hendak bawa mereka pergi Siem Reap. anda tolongla saya bagi diorang makan supaya diorang cepat besar, boleh pergi Siem Reap cepat sket. He He He




16 comments:

WZulhilmi said...

edisi mengampu dikesan.. hahaha

Weh.. bapak melampau sampai 4 BE!!!!!!!!!!!

Syira ITIK KEJ♥M said...

@wzul: dah kau cakap, aku pun teruskan jelah kahkahkah

btw itu anak2 aku okey! jangan gelarkan mereka be atau apa2...

-telordibasuh- said...

haha..ibu muda yerk???
yela nti telor kasi anak2 u makn heheh

Hapiz Rahman said...

kurang sssam sungguh! Hahah. Melampua tul la.. huhuh. Jeles.

Syira ITIK KEJ♥M said...

@telor: ye, ye, silalah. kesian diorang kelaparan sepanjang kepergian saya tsk. tsk. =_='


@hapiz: jangan jeles, nanti giliran ko pulak dapat anak... haha

shiyda said...

hahah . beznye dpt anak . wakaka =p

ijat_asni said...

motif letak gambar angie ?
haha

syaril said...

wakakaka lawak je!

Syira ITIK KEJ♥M said...

@shiyda: best, tapi penat kena balut perut diorang tiap2 malam. fuh~


@ijat: saje je sebab dia macam contoh ibu hot. lepastu dia ade nak kembar kan, konon2 nak samakan aku dengan dia hahaha


@syaril: eh jangan gelak ini serius tau! hehehe

aren said...

cesss...aku tertipu! igtkan anak apa la td.haha..

hanaKir@ said...

lahh...ape2 jela

Hamzah Ian said...

pergh... 4?? wah!!

aNiS tHe BumbleBee said...

kasi akak jage pun xpe anak2 kamu tu syira..aku pon tgh rilex2 je ni..hahaa!

amirahsamat said...

HAHAHA !

Hana Ayra said...

hahaha...tertipu daa!

Liyanaa. said...

saya membaca dengan penuh tandatanya bila masa ini perempuan jadi emak. lepas tu rasa mcm nk cakar barney mcm entry lepas pun ada T_T

DISABLE