22 December 2010

Drama Korea yang Kliche, yang Kau Pegi Mengadap Hari-Hari


dengan tersangat rajinnya aku telah menyeraikan 10 FAKTA TENTANG ke-KLISE-an DRAMA KOREA. jangan banyak cakap, just cekidauds:


1. hero WAJIB kaya-raya, mewarisi harta keluarga yang melimpah ruah. rumah besar, kereta pun besar. stail semat abes, berkarisma, pakai kot dan bersikap KEREK di permulaan cerita terutamanya dengan watak heroin. ego sampai kelangit. 

Boys Over Flower



2. heroin biasanya innocent, blurr, bodo-bodo sikit tapi tabah menghadapi penderitaan hidup. bajet comel ke nampak bodoh?
My Girl



3. heroin jugak biasanya papa kedana, yatim piatu dan dibesarkan oleh atuk, nenek, pakcik, makcik, jiran, jurujual jualan langsung, penjual sayur dan sebagainya. kalau watak perempuan yang kaya, bijak dan berkedudukan tinggi otomatiknya akan jadi heroin kedua yang berfungsi sebagai kacau-daun dalam percintaan hero-heroin



4. WAJIB ada mende-mende comel yang melambangkan cinta hero-heroin. contohnya teddy bear, rantai bentuk oktagon, glob, mug, dan macam-macam la. agak agak kalau drama tu popular, bolehla buat meniaga mende-mende tuh. sure laku punya.


teddy bear dalam Princess Hours



5. WAJIB ada scene hero atau heroin sakit lepastu pakwe/makwe dia tolong hantar pergi hospital, suapkan ubat, paksa makan ubat (bajet sweet abes), lepastu temankan hero/heroin yang sakit tu tidur sampai yang tolong teman pun tertidur skali. pfff

Cinderella's Sisters



6. WAJIB ada scene hero kejar heroin yang nak naik flight dekat airport. kau belekla mana-mana cite korea pun; mesti ade terselit scene dekat airport. tup tup heroin tu tak fly pon. kadang-kadang selisih dekat eskalator, tapi dua-dua tak perasan each other. 

Witch Yoo Hee



7. WAJIB ada hero kedua dan heroin kedua. (certain case, hero/heroin ketiga) hero kedua biasanya lelaki yang pakai cikai-cikai, lepastu tak kaya, patutla kena reject dengan heroin. kesian..kesian... heroin kedua pulak, teman sekerja si hero. biasanya hipokrit, kerek dan berniat jahat nak pisahkan hero dengan heroin. 
My Girl 



8. plot cerita pun WAJIB sepesen. mula-mula hero yang kerek tu menyampah dengan awek yang lurus-bendul-bajet-comel tu. tapi nasib baik memang comel pun, lama-lama terjatuh cinta. tibe-tibe datang hero/heroin kedua buat onar. konflik pum prang pum prang sembur air mata sikit, last-last mengaku ilebiu uleb-mi. abehcerita. 

Full House


9. perkahwinan kontrak semata-mata menunaikan wasiat ayah, mak, atok, opah, cikgu besar, tukang kebun sekolah dan sebagainya.

Marry Me, Mary



Princess Hours



10. penyamaran jantina yang mengelirukan. pompuan menyamar lelaki, lelaki menyamar pompuan. last-last mende menyamar nilah yang membenihkan cinta. (mak aih gila geli gunakan perkataan membenihkan)


Coffee Princepompuan menyamar jadi lelaki semata-mata nak menjual air kopi


You're Beautiful : pompuan menyamar lelaki jugak.



Personal Tastelelaki straight menyamar jadi gay semata-mata nak menumpang rumah pompuan



ok cukup sepuluh.

ada sape-sape nak tambah point lagi tak? 


22 comments:

Manusia Biasa said...

kah2...setuju dengan kamu.
Otomen suka tengok sebab lagu dia besh and tak pernah sama tiap2 drama tuh. Lagi hero and heroin sangat comei. Baju depa pon lawa wooo..fashionista!

Unknown said...

cerita korea nie rmi oran tgk sbb rmi muka jambu dan kiut...klu muka stok pelakon malaysia...mmr rmi x berapa minat...

Anonymous said...

hmm~setuju sangat2..kalau citer indon..lain plak persamaan plotnya...hu3..tapi,citer korea ni layan la jugak..best sbb romantik komedi ;)

WZulhilmi said...

sebab2 yg nyata tu lah ak x tgk Drama korea..Hahaha. Fantasy sgt. Lagi2 no 10 tu. Bila dh menyamar jadi laki. eh2 semua ketiga2 or Kempat2 or kelima2 suka dekat laki tiruan tuh! Gila apa! Mustahil!!

Nekmo said...

hehe..tapi..kita suka tgk gak kan??hahahaha..kadang2 dah tau pe nk jd..hehe

Anonymous said...

setuju tapi pape pon aku ske cite korea. dr cite melayu asik2 rebut harta. haih -.-

Kaseh Esmiralda said...

aku nak tambah jugak...
drama korea ni suke wat cinta 3 segi...tak penah tade cinta 3 segi dlm semua drama korea yg penah aku tgk...
korang layan drama jepun lg best!

nuraisyahr said...

memang TEPAT sekali!!

tapi still tengok jugak. adeh ;(

heroin memang tak sah kalau tak selekeh, buruk, tak pandai bergaye, ganas dan sebagainye. kalau in real life, ade ke laki kaye akan fall for pmpuan cmtu?

Afifah Azmi said...

setuju gila!!!! haha..

Unknown said...

den layan japang lagi dari korea..

japang lawak eyhh bodo2..

hahah

Syahira Mansor said...

otomen;
betol2. lagu ost diorang best. lepastu stail sume. even heroin yang papa kedana tu pakai lawa2.

imzaini;
hahaha memang stok jambu pon, kalau mesia... kuar dR. Rozmey. sape nak mengadap?

wyna;
cite indon merepek. lagi la tak logik. at least cite korea tak logik pun comey jalan ceritanya. tapi cite indon hampeh. nak nak part effect dia tuh. fake gile.

wzul;
alah tengok jelah. rugi hidup sebagai remaja kalau x tengok cite korea...

nenek;
haah dah tau dah. tapi cite korea yg latest2 skg len sket...

aina;
haah cite melayu tema rebut harta. eh nur kasih best :D

keseh;
yg tu memang WAJIB. kadang2 bukan setakat 3 segi, pat segi, lima segi, bermacam segi punya cinta diorang bawak keluar

aisya;
tu la pasal. pompuan selekeh, bodo, blurr, jenis camtu jugakla yang lelaki hensem, kaya pegi tergila-gilakan. hesh.

afi;
:)

nub;
oh suggest la cite jepon yang best. saya pernah tengok galileo je. best jugak.

Unknown said...

sangat setuju :)

Fazril said...

wajib ader 'selepas beberapa bulan/tahun' hakhak

hacker said...

betol lar tu..mmg camtu jela jln citenya..hehek~

Ashiya Mizuki said...

betul3..tapi suke jugak melayan korea ni..hehehe.. =)

Aretikz said...

Sama seperti Nub.. layan jepun dari korea.. hehe.. tapi korea pun ada juga dilihat.. hehe..
drama yang buat nak tengok habis kalau jepun bagi saya macam my boss my hero, densha otoko, buzzer beat, dan mcm2 lagilah.. tp makin jarang tengok dua2 drama ni.. huhu..

::dAuZsHaNLeY:: said...

aku pon layan gak cter2 korea ni..
kdg2 lawak..
kdg2 tu sampai addicted!
sampai d/load ost bagai..
hahaa..

Syahira Mansor said...

missamy;
yeahhh satu geng! :D

AJ;
haah betol2 bleh masuk point no 11. wajib ader "setahun kemudian" bla3...

beskut mary;
hehehe :)

ashiya;
tu lah. stereotaip cane pun tetappp nak tengok. heh.

aretikz;
hmm nak cari link download katne?
syira slalu donlod dekat freeload. tapi tu pun tak banyak variety sangat. ;(

hafizah said...

Oh myyyyy setuju sangat2 xD

wan noor adila said...

setuju sgt... jepun lg best kot...

siakapshy said...

like3!!!
sori mnyebok ntry wak..hee
na tawu gax..mna plg best antra
:cinderella's sister
:witch yoo hee
:marry me,mary
:coffee prince
:you're beautful
:personal taste
okehh..sebab.sy just pnh tgk b.o.f nan my girl ja..huuhuuu

Syahira Mansor said...

siakapshy;

cinderella sister: cite dia agak bosan. sbb heroin dia moon tu bawak watak dingin, tak ceria...


yoohee: hero dia 3-3 sume hensem. wahaha. heroin ga in tu pun comey, jalan cite dia ok la, lawak pun lawak. tapi cite my girl yg awk dah tngok tu lagi best kot kalau nak buat perbandingan.

marry me, mary: baru tengok 1st episod. skg ngah donlod 3rd episod. nanti dah habis tngok sume bru tau best ke tidak. tp setakat ni best la cite dia. ;)

coffee prince: yang ni sy tengok dua kali round sebab best. :)

you're beautiful: oh yang ni wajib tengok!!!! cite dia best sebab ada yonghwa CNBLUE n paling penting hongki FT ISLAND !!!! :D :D percayalah, cite ni sangattt best. awak akan suke dengan yonghwa yang sangat sweet + hongki yg comel :) :)

personal taste: pun baru tengok episod 1. tengah gilir2 donlod ngan citer mary. setakat ni best jugak, hero bof minho tu berlakon kan. tapi heroin dia tua sikit, kalau tak silap 28 thun. huu


pokok pangkalnye cite korea wajib best. cuma kalau awak nak decide nak dahulukan yang mana, ni suggestion saya:

1. YOU'RE BEAUTIFUL
2. COFFEE PRINCE
3. MARRY ME, MARY
4. PERSONAL TASTE
5. YOO HEE WITCH
6. CINDERELLA SISTER

:D

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE