19 December 2010

Oreo Cheesecake


semalam aku try buat Oreo Chessecake. lepas tengok resipi dekat blog sherah terus rasa, "oh senang gila nak buat kek, nak buat! nak buat! mesti buat!" akhirnya semalam, terbuat jugak akhirnya. thanks sherah for the recipe! hehehe

Bahan-Bahan:
Oreo 2 paket
Philadelphia cream cheese 250g 
butter 50g (butter di rumah)
whipping cream 100ml
fresh milk 80ml 
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar gelatin + 40ml air panas



overall dia punya budget RM32. cheese cream tu ha yang mahal sangat, setongkol sepuluh ringgit, ada ka patot? tak patot, tak patot... sebab first time buat, semuaaa benda nak beli baru. contohnya gula perang nak pakai sesudu je tapi terpaksa beli sekilo terus. gelatin tu pun sama, nak pakai secoet je tapi terpaksa beli sebotol. kalau ada kedai kampung yang jual timbang, aku pegi beli dah. (woi jangan berkira boleh tak?) tapi lepasni kalau nak buat lagi, banyak barang dah ada, so tambah beli cheese cream setongkol tadi jelah. lain-lain takpayah beli dah. hehe bagus bagus. 




untuk buat crust dekat bawah, kita amik dia punya biskut je, inti krim tu tolak tepi dulu. aku pakai oreo sebungkus, cream-o sebungkus. sebab cream-o lagi murah, lepastu gram lagi banyak, tapi rasa lebih kurang oreo je. aku campur biskut tiger coklat sikit nak kasi crust dia tebal. malas nak perancur sekeping-sekeping, ON blender grum grum sikit, hancur semua. lepastu masukkan gula perang dengan butter, kacau kacau kacau sampai sebati kemudian padatkan dalam bekas. inilah dia crust kita. sejukkan dalam peti ais seminit dua. 




yang ni cream cheese, masukkan selonggok dalam mesin ni, gelek-kan ia bersama sama dengan whipping cream, fresh milk, gula halus, dengan gelatin yang dah campur dengan air panas tadik. kelam kabut punya pasal, aku pegi campur gula kasar. sebaik sahaja dimasukkan baru tersedar, ALAMAK GULA BELUM BLENDER !!!! berbijik-bijik gula PRAI tu sebab tak kisar bagi peraluih awal-awal. tapi takpelah halal jelah. aku dan keluarga aku je pun nak makan, bukan nak kasi dekat keluarga bakal mertua pun. wahaha.




campuran cheese tu sepatutnya campur dengan oreo hancur, supaya dapat effect bintik-bintik gitu. macam oreo cheesecake secret recipe? awal-awal aku dah asingkan biskut oreo tiga keping untuk hiasan. alih-alih kau tauuuu... tiga-tiga abis kena ngap dengan adik aku, entah bila dia seludup keluar plastik oreo tu aku taktau. aku sedar pun time dia masuk dapur sambil pegang cebisan biskut terakhir. apelagi, aku terus HOIII TU BISKUT MANE ADIK MAKAN?!!! kurang-kurang kalau cebisan tu sempat diselamatkan boleh la jugak aku perancur masuk dalam layer cheese tu kan. ini tidak, aku jerit je,, terus dia sumbat dalam mulut. hampegas punya adik. aku cakap, "okay boleh amik BISKUT TIGER", dia pegi amik BISKUT OREO. geramnyeeee!!!!




sepatutnya surface kek ni letak kepingan biskut oreo, tapi sebab kejadian di atas maka aku letak M&M minis je. geramnya takbuleh buat effect bintik-bintik! istighfar panjang-panjang untuk kawal kemarahan sambil masukkan kek ke dalam peti ais. cool, cool, bertenang, bertenang. 




lepas 5 jam aku keluarkan daripada peti ais, DAH SIAP! saat yang paling berdebar ialah saat nak rasa sedap ke tidak kek yang aku buat,,, jengjengjeng. layer cheese dekat atas tu sangat yummy, hehe. (nasib baik nasib baik) cuma crust dekat bawah tu macam manis lepastu keras sikit la. (terlebih gula ke, butter ke aku taktaulah. maybe sebab aku tambah biskut tiger kot?) yang peliknya adik aku yang songlap biskut tu suka pulak dengan crust bawah tu. (alah budak kecik kann... nak yang manis-manis aje) elokla tu. bagus sangat. aku korek-korek makan yang atas, kerak hitam tu aku kasi dekat dia. HAHAHA. nak sangat makan biskut kannnn, nah amikla kau makan puas-puas. yang cheese tu jangan berani-berani nak sentuh ye, harapmaklum. 



ape-apepun kalau korang nak tengok resipi detailed boleh refer dekat sherah, bagus gila dia tunjuk gambar step by step. okay bye-bye selamat mencuba :)


12 comments:

mknace unlimited said...

:) :) :)
cedapnyerrr
terbaeekkk!!!!

WZulhilmi said...

Ehem! ehem! bila dh ada elaun byk resepi pun terus upgrade jadi mahal LOL!

Slack pulak letak atas dia M&M nmpk childish pulak. klu letak taburan oreo mesti nmpk lagi gempak! Tapi adik ko dh ngap dulu.. kikiki

eik`S noName said...

wah...ade bakat buat cake nie...ahaks...
kali petame try dah 90% bagus...hehe

nnt try buat kek...then bagi kat esyad ket..hehe

AfiQ said...

uiisssh!! cam sedap! nk try lor.. huhuh

apdm said...

salam

tiba-tiba perut lapar :)

eik`S noName said...

esyad dah tag Itik kejam...sila join yer...http://eiksyad.blogspot.com/2010/12/kontest-blog-terkemas.html

Ms. Qhayal said...

gila babeng..mcm sedap!
aku suka cheese weh..

sherah said...

wuuhuuu tahniaahh!hahaaa sedappp aa.lawaa ko buat

fasha said...

waaa, nak try jugak !! :D

Nur Zaheera said...

terbaek ! nampak pun da sedapp. hihi ;D

Prettyvrach said...

macam sedap..boleh cube ni =D

Anonymous said...

Nak tanya.. gelatin pakai jenama apa? Sebab cari kat kedai semua takda tanda halal :(

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE