26 February 2010

10 Haiwan Tidak Sedar Diri

10. HAIWAN YANG BERPURA-PURA INNOCENT DI HADAPAN CCTV


9. HAIWAN YANG DALAM HATI AKAN BERKATA, "AKU BERCITA-CITA HENDAK JADI ENTERTAINER YANG BERJAYA."
 

8. HAIWAN YANG BAJET IQ LEVEL TINGGI XBCVDGAFCDCFDRDBVC!!!


7.  HAIWAN YANG OBSES DENGAN SUPERHERO KOMIK Batman Superman bla bla bla.
 6. HAIWAN YANG CURI BROWLINER TUAN DIA SENYAP-SENYAP PASTU PAKAIKAN DEKAT DAHI SENDIRI DENGAN HARAPAN ORANG AKAN KATA, "Wow. You have such a nice brow."
 
5. Haiwan yang mengade-ngade celik IT, bila semua orang ade Facebook dia pun gedik nak buat account supaya dapat send Whiskas dan Friskies melalui application Facebook. WT..

4. Oh, Yang ni bukan haiwan yang tak sedar diri tapi lebih kepada haiwan pathetic yang sangat sadis kisah hidupnya bila ditinggalkan kekasih pada hari perkahwinan. *identiti terpaksa dirahsiakan*


3. HAIWAN YANG DAH BOSAN ASYIK JALAN KAKI, TIBE-TIBE NAK ADE  PAKAI TRANSPORT SENDIRI. *padahal tempat kau di dalam raga beskal, bukan di pelana*

 
2. HAIWAN YANG MENGALAMI KEKELIRUAN IDENTITI - Ini memang tidak boleh diterima akal. Kalau lembu tu buat la cara lembu, jangan nak mengade jadi dolphin pulak. Lempang skali kang.


1. HAIWAN YANG TIDAK BERANI MEMBELA NASIB SENDIRI - ini aku taktau kenapa menatang ni boleh buat derk je bila budak tuh jadikan dia sebagai whiteboard. Di sini ade beberapa hipotesis yang boleh dibuat, 
  1. budak tu ada ilmu pukau maka dia pukau haiwan tuh.
  2. budak tu telah cucuk ubat bius stok sebulan.
  3. budak tu telah bagi haiwan tu makan ganja (tengok, mata lalok semacam)
 
PS: Nurul Syahira, dah ar main blog. PERGI BASUH BAJU SEKARANG!
(-___-!!)
 

24 February 2010

Bila Aku Pakai Eyeliner Mesti Macam Rakun

oh hye! this is my twin Nurul Syakirah.


i thought i’ve told you about my twin before. uh… NO??!! then say hello to my twin, Kira!

ini Kira.

Well, Kira is currently studying medic in Volgograd State Medical University. Aku malas nak mention pasal dia, sebab dalam keluarga dia yang paling pandai masak, dia yang paling cerdik dapat straight A’s dalam SPM, dia yang paling pandai ambil hati semua orang hinggakan semua orang pun sayang dia lebih-lebihhh.

Selain tu, Kira dalam adik-beradik kitorang berempat, Kira yang paling suka bergaya. Kira yang paling banyak alat mekap, paling banyak baju-baju yang up-to-date.  dan kalau pegi shopping mana-mana mesti mak aku akan belikan macam-macam baju untuk dia, semua dia nak semua dia boleh dapat.  Tapi aku lain. Aku takdapat semua tu. Aku takde mekap dan baju yang naik-kepada-tarikh. Yang aku ade cuma bedak bayi sahaja wat tempek dekat muka pagi-pagi masa nak pegi kelas. (-__-!!)


ini aku.

ps: tengok, walaupun kembar tapi muka tak sama langsung, kan?

walaupun kitorang sama-sama lulus PTS masa darjah3 dan dua-dua pun dapat lompat kelas, dan sama-sama dapat 5A UPSR, tapi naseb aku kurang baek. sebab, Kira dapat tawaran masuk SBP Tun Fatimah dekat Johor. Tapi aku tak dapat. dan sejak itu Kira telah jadi best student dekat sekolah dia. for 5 years she stays at the dormitories. sangat jarang balik ke rumah. sebulan sekali, kadang-kadang masa cuti sekolah aje. Aktiviti koku, perkhemahan, kem jati-diri, kem pengawas and so many things she would go. lepas SPM Kira dapat tawaran scholarship JPA untuk buat medic di Russia for 5 years. memang fuh, mantap giler ah. semua orang nak puji, semua orang nak puja-puja Kira. like, Kira’s our HERO. Kira’s our champion. and me? I just took Matriculation dekat Negeri Sembilan masa tu. oke fine. sebab Kira ialah adik aku maka aku sangat gembira dan bangga walaupun perasaan jeles tetap ade dalam hati.

Orang selalu tanya, “Syira ni ade kembar kan? Mana kembarnya tak pernah nampak?” and my parents would be blah blah blah explaining this and that about Kira and everything. Mak aku slalu masakkan kira itu dan ini. Pastu Kira pun selalu nak manje-manje, nak mengade-ngade dengan mak mintak itu ini. KADANG-KADANG MENYAMPAH TAU! Sebab Rusia sangat jauh maka bil flight pun mestilah mahal macam harga senapang kan. jadi balik setahun sekali je, tu pun masa summer holiday, time raya takbleh balik pun sebab masa tu ada kelas. so thats why i never have picture with her during hari raya. and basically, adik-adik aku lebih rapat dengan aku berbanding Kira. sebab Kira jarang balik rumah, kalau balik mesti Syafiq ngan Sapikah jadi kekok tak biasa nak becakap dengan Kira. even tiapkali dia cuti mesti dia bawak balik bende-benda yang best dari Rusia.

Paling aku jeles ialah dengan baju sejuk Kira yang ade bulu-bulu sikit, kaler pink lembut. Entah macam mana hari tu dia hantar gambar dekat Salam Perantau, kemudian keluar dekat paper Metro, fuiyyo semat giler. My mum siap gunting gambar tu pastu frame kan dekat rumah. Biasenya 2 kali dalam sebulan Kira akan call rumah, then mesti my mum & my dad akan berebut nak bercakap dengan die. yelah, skali call dah berpuluh-puluh ringgit kredit habis, kena jimat. aku pun jarang jugak borak dengan Kira, dulu balas-balas mesej dekat Friendster (dulu kalau perasan dekat fs aku ade sorang budak yang gambarnye sebijik cam muke aku, nama Dokter Kira) tapi sekarang since aku dah delete account fs so susah sket nak contact-contact. Mesej? Sorry. mahal weh. Tu lah, aku ingat nak suruh Kira wat facebook senang kan, tapi dia tu busy memanjang, nak mengadap mende-mende intenet ni punyelah susah, dia tu tau mengadap buku die je
















ceh. kuat kelentong. sebenarnya tadi nak taip entri cane nak pakai liquid eyeliner. sebab bila aku pakai liquid eyeliner mesti jadi macam rakun (racoon), maka nak cari tips utk pakai dengan efisien. (refer to tittle blog) skali terbabas terus citer pasal my imagery twin sister. HAHA. *jangan marah aku k!*

ps: adik beradik aku 3 orang jelah. mane ade 4 :p

DISABLE