23 June 2010

Adik Kecil & Poket Doremon Nya






model entri: adik sendiri (oh maafla model takcomel HAHA. sebab takde duit nak upah model matsaleh mampu upah yang ini je)





BORING LA. sebab takde orang dekat rumah. adik aku yang kecik tu balik sekolah lambat betul. kadang-kadang pukul dua, kadang-kadang pukul tiga. padahal baru sekolah rendah. penat aku tunggu. entah apa yang seronok bebenor dekat sekolah tu aku pun tak tahu sampai nak duduk lama-lama kau tak bosan ke hah? kalau funfair ke pusat membeli belah ke tempat main snuker ke yelah nak duduk lama-lama (eh eh contoh nak kasi yang melalaikan aje? cuba kasi contoh surau ke ceramah agama ke.....) jaman aku sekolah dulu, kalau boleh nak duduk sekejap je dekat sekolah tau. mesti nak balik rumah cepat-cepat makan nasik -_-"


hari rabu ialah hari koku sekolah. adik aku mesti bawak balik kawan-kawan barang sedozen dua. nasib baik bukan hari raya...


kalau kau nak amik gambar macam ni kau cakap kuat-kuat EH ADA BIGFOOT sambil tunjuk ke arah kiri, lepastu snap cepat-cepat



berbalik kepada cerita adik aku tadi, budak sekolah rendah ni aneh betul korang tahu (macamla kau takpernah jadi budak skolah rendah?) korang yang dewasa-dewasa ni (amboi baru masuk umur 20 dah berani mengaku diri sendiri sebagai orang dewasa?) pergila mana-mana sekolah rendah pun mesti akan jumpa budak-budak yang berlari. TAKPAHAM AKU. kenapa mesti nak lari? ingat kuda ke? kalau jatuh? habis luka kepala lutut tu kan. lepastu mula la nak leleh-leleh. budak-budak kecik ni kalau kita cakap EH ADIK JANGAN LARI NANTI JATUH komfem diorang takkan ambik pot punye kau pecaya la cakap aku. 

aku bukan nak cakap pasal larian sebenarnya. asal nak bercerita topik utama mesti masuk topik kecil. =_=' 


korang ada adik yang sekolah darjah-darjah tak? kalau ada, lepas diorang balik dari sekolah cuba buat spotcek dekat poket baju kurung/seluar diorang tengok ada apa.


nampak je muka macam tak bersalah, tapi dalam poket dia jeng jeng jeng




hari-hari aku buat macam ni dekat adik aku bila dia balik sekolah. magic gila woo, macam-macam kau boleh dapat daripada poket adik kau (selain sapu tangan dan duit). contohnya pemadam yang ada gambar bendera di atasnya. (dekat sekolah rendah, budak-budak yang boleh kumpul pemadam bendera paling banyak kira macam loaded abis la. sape takde pemadam bendera LOSER.) dah macam sindiket dah. semua nak berebut beli pemadam dekat koperasi sekolah supaya semua boleh jadi cool.




tapi kalau adik aku bawak balik pemadam je TAKBEST. pemadam bendera buat apa? nak tunjuk semangat patriotik? boleh belah. bukannya boleh kenyang pun ada pemadam. lagi best kalau dalam poket dia ada gula-gula sebijik dua, atau lolipop ke... memang bertuah habis lah. nak beli dekat kedai jajan-jajan ni macam malu pulak. 20 tahun la katakannnnn...




benda-benda lain yang boleh ditemui macam habuk getah pemadam, pengikat rambut, stoking pun ada jugak. sebab sebelum masuk kelas fardhu ain mesti tukar kasut dengan selipar dulu, jadi stokin main sumbat je mana-mana yang boleh sumbat -_-' tapi OK la, kalau stokin aku boleh terima lagi. cuba kalau balik-balik adik kau bawak keluar plastik berminyak yang ada keropok sejuk daripada poket dia, geli tak geli? sape berani makan? aku kasi seringgit HAHA.







bende ni ibarat gambling, kau gagau-gagau dalam poket budak-budak ni tanpa tahu apa yang kau bakal dapat. mungkin baki duit sekolah, mungkin choki choki, mungkin sapu tangan yang ada lelehan hingus, mungkin juga sisa biji asam. -__- anyway kalau hendak selamat suruh mereka keluarkan apa yang ada. kalau dia bawak keluar bende best, kita boleh POW. tapi kalau dia bawak keluar bende yang yek-yek, kita takpayah POW dan kita tak perlu basuh angan dengan dettol ke ape. brilliant kan. *wink*




siapa tak percaya bahawa poket adik-adik kita ialah poket doraemon?




sila pergi mengundi mana-mana yang belum mengundi. alah tembak je, bukan suruh meniru pun. (sila rujuk pada sidebar)

16 June 2010

Hikayat Katak Mata Stim



pagi-pagi tadi sebelum amik adik aku sekolah, aku tengok Kermit. apetah title penuh citer tuh. Kermit Swamp Years. kot. mula-mula macam aneh giler, eh apesal weekdays ada rancangan kanak-kanak? belah pagi pulak tu... kemudian baru teringat cuti sekolah...(cane leh lupe neh?) 


ni hah wajah ceria Kermit. stim kan mata dia? HAHA.

amboi... posing nak grand aje. mengalahkan heroin citer hindustan


sebenarnya aku taklayan sangat mende puppet ni. sebab ia sangat saiko dan menakutkan. kalau tengok movie yang ada watak puppets, mesti ending dia klise. mesti last-last puppet tu akan bangun berdiri atas kaki sendiri dan bercakap tanpa ada sesiapa pegang dia pon. sengaja buat penonton tertanya-tanya samada puppet tu betul-betul bernyawa. takde modal lain ke?

24 jam buat muka suka-hati. kenyang perut kot?



walaupon masa aku tengok citer ni dah separuh tapi memang lawak giler AH. sebenarnye aku nak je gelak HUHA HUHA tapi ade tetamu pulak kat rumah so buat senyap sudah. sambil kancing gigi kemas-kemas tahan gelak. seksa weh tahan gelak.




yang aku sempat tengok, babak dalam kelas biologi. sorang cikgu ni suruh student dia bedah katak. alah yang kaler biru tu... besfren si Kermit. and that katak is not actually a real katak but a puppet version of katak (APE KE BANGANG TAKBLEH BEZA KATAK PUPPET DENGAN KATAK SEBENAR???) tapi student ni tak berani, dia macam kesian dengan katak tuh lepastu dia lari keluar daripada kelas sambil menangis esak-esak. sebab student tu tak sanggup, maka cikgu ni pun cakap, "OK KAU TANAK BUAT TAKPE, MEH AKU SENDIRI BEDAH IA" ceh berlagak gilos!


kononnya cikgu tu hendak jadikan katak tu macam ni, ngeri tak?
*naseb baik aku simpan lagi gambar pembunuhan haiwan secara bersiri jaman matrik dulu*


so ibarat kata wonderpet yang sangat membosankan; APE YANG PENTING KERJASAMA! maka si Kermit dengan katak-katak lain BEKERJASAMA membebaskan diri daripada cage kemudian ramai-ramai lawan cikgu biologi pakai pisau kecil untuk selamatkan kawan mereka. lepastu bila cikgu hampir tewas di tangan Kermit, BARULAH katak biru yang nak kena bedah tadi BERSUARA. dan ia confess bahawa spesis katak memang boleh cakap pon, saje je diorang tanak communicate dengan manusia pfffffff.. saiko gile, terus cikgu tu terkejut. yang lawaknye tibe-tibe semua student dalam kelas terjerit-jerit macam buat demonstrasi politik "FREE THE FROG! FREE THE FROG!" 

last-last cikgu tu tak berani nak bedah katak tu malah lepaskan mereka. lepastu semua student dalam kelas tepuk tangan tanda gembira AWWWW..! (bluerk~)


ending dia?


semua katak-katak tu kembali ke swamp mereka hidup bahagia selama-lamanya dan lebih wow lagi, ada scene si Kermit naik scooter atas jalan tak bertar yang buat kau pikir watdehel?

i mean, PERLU KERRR nak tunjuk ia naik skoter dekat ending story neh?


ps: sori aku tak suke PUPPET :(



(-_-')


15 June 2010

Emergency Call


tengah syiok-syiok blogwalking tibe-tibe ayah call suruh ambik adik sekolah. sebab ayah busy kerja, takboleh keluar. (=_=) cis, cuti-cuti sekolah pun hendak buat kelas tambahan? lepastu bukan ambik dengan kereta tapi ambik dengan kaki. KAKI. mak pun desak-desak suruh pergi ambik adik cepat. siap gule-gulekan dengan wang rm10 buat beli air oren depan sekolah minum-minum dengan adik. tapi baki kena bawak balik. (=_=) ah malas betul. tapi mak cakap kalau ambik lambat nanti kena culik dengan orang jahat botak yang pakai jaket kulit hitam. orang jahat ni ade van tau. dan dia akan culik budak-budak pakai van. lepastu bila dia mendapati bahawa keluarga aku miskin takboleh nak mintak duit tebusan barang sejuta dua, maka dia seludup budak culikan ke siam jadikan peminta sedekah dekat sana. *letak sepuluh jari pada mulut, ngeri ngeri*


OK OK NAK PERGI. ORANG NAK PERGI LA NI. (-_-')



lihat, bila nak cepat tudung pun main rembat je walapon tak matching dengan baju tsk tsk
oh mak suruh balik rumah cepat-cepat, tapi kau ada masa pulak hendak posing-posing dekat jejantas hah?


you'll never walk alone
eh eh tibe-tibe hendak kaitkan adik sendiri dengan liverpool pula? you are so ketinggalan zaman, sekarang orang layan world cup lah.


panas-panas camnih dapat air oren FUH BEST GILERRR!
manis woh.



KATAKAN TIDAK PADA PENCULIKAN KANAK-KANAK!

KATAKAN YA PADA USAHA MENGAMBIL ADIK DARI SEKOLAH!

"Kempen Hapuskan Penculik dengan Van"



pesanan khidmat masyarakat daripada blog ITIK KEJAM


11 June 2010

Penyagak Hensem dan Bayi Wooram



eh. kau kenal tak muka kongsi gelap nih? familiar tak? alah takkan lupe kot aritu kan kau pinjam duit ngan dia???

wahhh muka malaun betul!!


bayi comel yang tidak bersalah...


apabila penyagak jahat digandingkan dengan bayi comel...




agak-agak apa yang akan terjadi pada penyagak bajingan dengan bayi tersebut?


mungkin penyagak mengajak bayi makan-makan di warung?
*wah ada air setan!!! cilake kau kasi minum itu kepadanya! ia masih bayi!*


mungkin juga penyagak membuat susu kepada bayi tapi jelas kelihatan ketidak puasan pada wajah bayi. -__-''


mungkin penyagak bawa bayi bersiar-siar dengan motor RXZ?


tapi rupanya....

bila bayi diregukan dengan bajingan...

akan membentuk...


PASUKAN BAYI DAN BAJINGAN YANG PALING COMEL!!!
*tepuk tepuk*


apehal la abang bajingan ni nak hensem sangat, terus aku nak seting semua gambar dengan saiz yang palinggggg besar hahaha


akhirnya bajingan sangat kasih pada bayi seperti kasih seorang ayah kepada anak (HUH?) tapi bayi seperti buat muka hendak berak pula?



ps: comel sangat la diorang ni. comel sebab ada Baby Wooram dengan Abang Jang Geung Suk. Tapi kalau ada Kak Syira mesti lagi comel, barulah jadi keluarga bahagia. kan? kan? Heh.


08 June 2010

Lady Gagak Gilakkk

sehari dua ni dok layan lagu Lady Gaga Telephone, cis melalaikan betul. lepastu aku bukak youtube cari dia punye music video. Baru seminit dua tengook WOH WOH amik kau, kelucahan! kelucahan! HAHA. menggelabah aku off tab. manelah aku tau, sebelum ni aku tapenah layan pun Lady Gaga. video dia macam syial je, sangat tidak sesuai untuk budak-budak bawah umur macam aku OK KORANG JANGAN GATAI-GATAI PEGI SEARCH !!! duduk diam-diam sudah!


tengok, masa muda dia kelihatan sangat innocent kan? 





kecil begini dah pandai hendak tarik muka sebelas, bila jadi artis seksok pasti hendak tarik muka banyak belas, mengarah itu ini





kalau ye pun nak prevent H1N1 takpayah la bungkus dengan bijik-bijik mata kau skali. tutup mulut kau tu sudah. doktor klinik mana yang ajor kau buat macam ni HAH?





ni pun satu lagi pesen nak balut-balut palotak. dah macam malaun aku tengok. 





pergi audition untuk kerja sarkis macam ni, kau tak bawak resume pun takpe. KOMFEM DAPAT PUNYE AH.





aku ingatkan eskimo mana pulak sesat tadi. eh eh kau rupenye?





sebelum apa-apa terjadi baik korang jangan masuk dekat dengan dia nih. kau nampak mende tajam yang dia pegang tuh? ape fungsi aku taktau. nak kata dompet dia takbleh nakletak IC pun? sekali tercucuk bijik mata korang... terus gelap masa depan. 





sepanjang masa hendak jadikan diri sendiri sebagai bahan gelak orang ramai 
-_-"





yang perempuan kalau hendak berjumpa bakal emak mentua jangan pakai begini. terus kau kena reject.





yang lelaki bila bakal isteri kau tunjukkan simptom-simptom macam ni kau patut tahu apa yang kau kena buat. senang. samada kau suruh dia blah atau kau sendiri yang berambus dulu.





KEGILAAN APEKAH INI???





ilangsir dekat rumah pun boleh rembat buat baju sendiri. lepastu kesian, tak perasan pulak rupanya langsir tu jenis transparent terus boleh nampak kau punye spender yang sama kaler T_T





ai... lepas kena marah tahu pula hendak menutup aurat? lepastu buat gaya orang-orang dekat sawah padi. kau merajuk dengan aku ke Gaga? janganla emo-emo...





gila kan? kalau pakai macam ni kau kata normal aku taktau nak cakap apa. tapi gila-gila dia pun, suara sedap. malah boleh hafal lirik dan self esteem tinggi pula di hadapan orang ramai? hmm... ada gosip kata si Gagak ni hermaphrodite. tapi taktau la sahih ke tidak. kau tau tak hermaphrodite tu ape? kalau ikut ilmu Biologi aku yang serba cetek nih, hermaphrodite tu kira macam Spongebob la. alah yang gitu-gitu tu. *buat gaya macam Apek* 





kalau kau macam ni je kan lawa. mesti ramai pemuda masuk minang kau. tapi kau sendiri hendak pilih jalan aneh, aku nak buat cane? 


lalalalala~
*bersiul*


06 June 2010

Imagery Specks

aku tau. korang semua pasti bosan dengan blog aku kan? kalau tidak entri pasal Barney atau pasal masakan yang tidak menjadi, pasti aku akan buat entri yang ada banyak-banyak gambar haiwan liar seperti kera. atau entri makanan sedap yang buleh buat saliva kau melecur-lecur. dan kemudian entri Barney balik. macam tidak ada modal lain kan? -_-'' 


kenapa aku suka blog ye kawan-kawan?

blog sangat hebat dan canggih. sebab aku boleh menggila dekat blog. i mean dalam bentuk penulisan. dekat luar berani kau hendak menggila-gila? TAK BERANI. dan dekat luar kau hendak bagitau semua orang bahawa kau sangat penyayang pada sejenis binatang bapuk bersuara sengau yang sudah pupus dekat muka bumi? aku percaya orang akan kata, GET A LIFE, SYIRA. GO GET SOME 'REAL' FRIENDS AND HAVE FUN. OKAY? 

oleh itu, apa-apa yang aku rasa, apa-apa yang aku hendak kata pada dunia, aku akan tulis sahaja dalam blog.  bila di luar aku takpayah hendak bising-bising, tak payah kecoh-kecoh. senyap-senyap sudah. puas hati aku. 

selain daripada blogging, aku sangat senang hati hendak pengaruhi adik-adik sendiri supaya buat IMAGINARY SPECS. kau ada IMAGINARY SPECKS tak? kalau yang dah memang ada spek betul lagi bagus, berganda-ganda spek kau. kalau yang takde, marilah buat sekarang dan pengaruhi seisi keluarga kau supaya buat bersama-sama. the more the merrier! :D


tunjuk demo dahulu kepada adik-adik apa itu IMAGINARY SPECK


bajingan betul kerana buat muka tidak berminat terhadap sketsa yang dilakukan oleh kakak kandung sendiri


yang kecik pula buat-buat terkejut. APEKAH?


BILA ADIK-ADIK TIDAK DENGAR KATA, KAU KENA GUNAKAN KUASA VETO UNTUK PAKSA MEREKA. 

begini:



dan kalau hendak pura-pura mengamuk pada perabot rumah boleh juga

(cuma jangan kasi orang tua kau nampak ok!)


dan ini yang kau akan dapat

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

LIHAT. dengan kuasa veto sebagai ANAK SULUNG, siapa-siapa pun boleh dapat IMAGINERY SPECKS.




good luck and happy blogging!

DISABLE