28 July 2010

Tergolek di Lereng Bukit






semester ni, aku ada ambil subjek Teknologi Pendidikan. subjek wajib fakulti aku, kau pernah dengar tak? kalau tak pernah tak apelah. aku tidak kecik hati pun. first group assignment untuk subjek ni ialah fotografi. kitorang kena capture gambar dalam pelbagai mode. next Monday kena present woohh ! so semalam kitorang satu group pergilah round area kolej, testing-testing gambar dulu. 







tapi sedih, sebab semua group member pakai digital camera je takdek SLR maka begini ajelah gambarnye :( :(






































































petang semalam, mula-mula keadaan macam terkawal lagi. lepastu bila dah blank semuaaa melencong ambik gambar mengarut-ngarut...














kau tengok, adventure tidak adventure ambik gambar dekat cerun bukit? cuba kalau jatuh tergolek, siapa yang hendak dipertanggungjawabkan?














waaaaaaa ada orang tergolekkk jatuh bukit!!! :(







siapa-siapa yang tahu pasal fotografi tu, share-share le ilmu dengan aku sikit pls pls pls. barulah tidak terjatuh. hehehe. 







26 July 2010

UPSI




ohh lamanya tidak update blog itikkejam ! 


hari Jumaat konon-konon demam kesejukan. pergi klinik ambik ubat semua, tiba-tiba next day bila member ajak pergi Jalan Tar terus OKEYH OKEYH SET SET JOMMMM SHOPPING!!! banyak la kau punya shopping. lepastu hari Ahad semalam, pergi seminar dekat UPSI pulak. cehhh buat alasan pergi seminar konon, padahal hendak lari daripada menyertai Cross Campus. 


first time datang UPSI maka wajibal ghunnah untuk ambik gambar. muak tak muak kau layankan ajelah ye... 


batch 08/09: tujuh kerat je yang pergi. tsk. tsk.



cehhh yang tengah tu bajet mandur



pakai heels pun aku tetap jadi yang paling pendek T_T



yang dua orang ni gelak je kejenye dalam dewan. mana tidak dicemuh oleh para hadirin? sendiri buat lawak sendiri gelak. 



harmony
pandai kan si Yana tangkap gambar? subject center, proportion pun nice je. eheh. boleh kalungkan dengan pingat nih. bravo der, bravo!



ps: petang tadi ade lori Libresse datang UPM. kasi sample product free (untuk perempuan aje, lelaki takbuleh) yang kalau kau nak, kau kena isi survey form dulu. cuba kau teka budak dua ekor mane yang buat muka tak malu pergi isi form sampai empat kali supaya boleh dapat 4 kotak sample? -_-'



23 July 2010

Demam !


lepas kelas tadi badan aku mula rasa lain macam. bukan lain macam macam ibu-ibu mengandung tu bukan.  tapi lain yang bila badan kau rasa gigil-gigil sedikit, kerongkong rasa macam kering-kering, bersin ke sana ke mari, kepala jadi berat daripada biasa, bijik mata macam hendak terkeluar daripada soket, dan batuk terkekeh kekeh macam kau sedang buat signal hendak meniru dalam dewan exam. macam la aku tak tahu kan. 




aku benci betul bila badan sendiri buat hal. kena ekon-ekon sikit, dah sakit... kena panas matahari sikit, dah sakit. macam EH EH MANJANYEEEE KAU, BODY!


bila body nak manja-manja, aku memang tidak segan-segan untuk pergi Pusat Kesihatan Universiti (PK) dekat depan foodcourt. cewahhhhh siap taruh nama penuh, you! service memang terbaik lah sebab setiapkali kau datang sini, kau tidak akan pulang dengan tangan kosong. at least mesti ada satu jabir plastik yang penuh dengan ubat-ubatan FREE. asal free je nak, asal free je nak, inilah rakyat Malaysia kita. nak harapkan subsidi kerajaan je... eh eh terkutuk diri sendiri pulak ;p




the doctor said my body temperature was 36.7 degrees. cehhhh banyak tu je? lepastu doktor tu cakap, bila hendak tido malam-malam mesti selimutkan diri sampai ke dagu. and i was like HAHAHAHAHA SELIMUT SAMPAI KE DAGU??? 



21 July 2010

PKM bukan Parti Komunis Malaya


kalau boleh besarkan lagi, mesti aku setting kasi BESAR-BESAR. 


Program Khidmat Masyarakat (PKM)

dah diceritakan secara meluas dekat sini dan sini


cuba teka aku duduk dekat mana? sapa-sapa boleh cam aku, aku belanja Secret Recipe. nak??? 

ps: comments off. haha. 


20 July 2010

Adik Angkat VS Adik Kandung



Assalamualaikum dan Hai ;)

Siapa ingat lagi? Haritu aku ada post entri pasal adik angkat SK HOT dari Lembah Bujang, Kedah datang UPM duduk dekat kolej dengan aku? alah yang nama Intan yang pemalu-pemalu sikit tuh?


ini saja gambar yang ada dengan adik angkat, terima sajalah jangan persoalkan kenapa aku asyik tampilkan gambar yang sama.


adik-adik angkat dah balik Kedah hari ahad tu. sedih. :"( sedih sebab tak sempat hendak bawak diorang jalan-jalan dekat Bukit Ekspo UPM. cehhhh macam hebat gilalah Bukit Ekspo tuh padahal sawah padi dekat Lembah Bujang lagi cantik kott?




kemudian aku terpikir, adik angkat datang saja sudah merasa gembira, kalau adik kandung yang datang mesti berganda-ganda kegembiraan. RINDULAH DENGAN ADIK KANDUNG DEKAT RUMAH!!! ALAH BUDAK KECIK KEREK YANG SELALU MERUNGUT KERJA SEKOLAH BANYAK TUH :”(  kedatangan adik angkat buat aku teringat pada adik kandung aku! umur diorang baya-baya je kot...


inilah budaknya yang aku cakap adik kandung tuh. nampak je wajah macam ceria gila tapi hakikatnya kerek budak neh. HAHA.


kan seronok kalau adik kandung boleh datang UPM sekejap? duduk dekat kolej dengan aku, tidur atas katil aku, dan bila adik kandung hendak pergi jamban aku boleh kasi pinjam selipar jamban aku yang permukaannya berbijik-bijik. kemudian boleh pergi makan dekat foodcourt sama-sama, jogging dekat Bukit Ekspo sama-sama dan bawak pergi berjalan dekat The Mines sama-sama. cehhh balik-balik Mines, balik-balik Mines. itulah budak UPM. memang takdek tempat lain hendak pergi berhibur -_-‘


best kan kalau boleh bawak adik kandung pulak datang sini barang sehari dua?


entah mendela dibuatnya budak kecik tu dekat rumah. hari-hari mengadap kerja sekolah. macam bosan giler hidup. cakap kerja sekolah banyak, tapi tiap tiap masa boleh nampak muka dia online Facebook. bab-bab bersosial ni sempat aje kau kannnn?


tiba-tiba rasa rindu hendak jemput adik aku balik dari sekolah, kumpul batang kayu aiskrim Walls sama-sama, malah rindu juga hendak dengar cerita pasal budak lelaki yang dia minat dekat sekolah... alahhhh yang selalu beli dadih yang aku buat tuh? budak suka tersengih yang masuk dalam persembahan Hari Kantin tuuuuu? kehkehkeh. 


agak-agak kau mana satu calon adik ipar aku? :p



17 July 2010

Keajaiban Itu Sesuatu yang Pasti, Cuma Masa yang Menentukan


cecece, tajuk saje sudah berunsurkan philosophy, belum lagi masuk kepada isi kandungan. 


kau tengok gambar bawah ni, dan fokus dalam-dalam pada objek misteri didalam bulatan merah. 

oh, ini floor aku kalau hendak tahu.


tahu tak objek putih misteri itu apa? itulah keajaiban namanya. keajaiban yang buatkan aku tidak perlu pergi library awal-awal sem begini macam orang gila. malah, boleh bersenang lenang update blog dalam bilik. 

ajaib tidak ajaib? 

kalau boleh aku hendak berterima kasih pada orang yang pergi tampal benda ini dekat depan bilik aku, rasa macam hendak berjumpa face-to-face dengan mereka dan hadiahkan baucer percutian pergi Pulau Tioman. tapi mungkin tidak, janganlah berharap sangat ye. mungkin aku cuma boleh hadiahkan doa supaya mereka sihat-sihat sahaja. in case objek putih ini rosak atau apa-apa, senanglah boleh terus datang repair.


okeylah bye. 
dan Terima Kasih semua. 



15 July 2010

Lelaki Hensem yang Nak Bergambar dengan Aku


apesal ramai lelaki maskulin yang hensem, macho, dan popular hendak bergambar dengan aku? kalau aku ni artis ke, penyanyi ke, Rosnah Mat Aris ke, takpe la hendak ajak bergambar bersama-sama. tapi aku cuma budak kecil yang biasa-biasa sahaja. pelik la diorang ni. TAKPAHAM AKU.


ingat aku merepek? kau tengok bukti neh:



lelaki maskulin pertama: Encik Fauzi 
lokasi: The Mines


Walaupun Encik Fauzi sibuk melayan anak comelnya namun beliau sempat lagi menyapa aku untuk bergambar bersama. sebenarnya aku macam terkejut la kan. sebab tu buat syle PEACE je. boring gila, sikit-sikit peace. sikit-sikit peace macam tadok kijo lain. tapi takpelah yang penting Encik Fauzi gembira!

yang sebelah tangan aku macam kudung tu , aku nak buat puppet show hiburkan hati anak Encik Fauzi tapi macam tak jadi, tak apelah... :”(



tengok, bukan aku seorang malah Zue member aku pun diajaknye bergambar oleh Encik Fauzi. aneh kan Encik Fauzi?




bukan satu , ada lagi bukti :






lelaki maskulin kedua: Encik Fizz 
lokasi: Dewan Besar, UPM.


yang ini, Encik Fizz. aku tak sure ah samada itu nama sebenar beliau. aku dengan yana cuma hendak pergi toilet, tapi tiba-tiba terserempak dengan dia dekat tengah jalan, terus dia cakap, “nak amik gambar sekeping boleh tak?” dalam hati kitorang macam EH PEHAL MAMAT NEH NAK AMIK GAMBAR PLAK? tapi kitorang buat-buat cool je. sebab Encik Fizz ni nampak macam baik je kan. taknak la buat orang yang baik merasa sedih. hee.

aku rasa slack sikit dengan ekspresi wajah aku. time ni jugakla kau nak buat wajah macam sedang hidu gam. =_=’ Yana dah ok dah, aku je yang spoil. SORRY la Encik Fizz. mesti U frust sebab I dah rosakkan gambar ni kan :(



ps: jangan saman aku sebab aku tadak spek itam nak bawak naik mahkamah



14 July 2010

Takut-Takut Ayam


Salam Satu Malaysia.



Bila balik kampus, kegembiraan untuk berbelog tidak sama dengan kegembiraan berbelog dekat rumah.

Dekat rumah, idea untuk publish entri baru macam membuak-buak, tahu. Tapi dekat sini macam blur. Setiapkali hendak taip entri baru mesti rasa blank yang amat sangat, jiwa jadi kosong malah masa hendak menaip rasa berdebar-debar macam orang yang sedang kebulur makanan juga. Taip satu ayat, kemudian backspace semuaaa. Taip satu ayat lagi, backspace semua lagi. Tengoklah ayat aku macam mana. Macam bosan kan. Aku baca pun bosan. Orang baca? Berkali-kali ganda tahap kebosanan. Maaflah kawan-kawan kerana tidak dapat menghiburkan anda semua lagi. cehhh poyo ayat




Aku pun tak tahu kenapa. Insecure, barangkali? Dulu masa followers aku cuma belas-belas, buat entri syok sendiri gelak sendiri, malah tidak ada satu komen pun, aku selalu paksa kawan-kawan baca blog sendiri. Macam kasihan gila. Kemudian aku bubuh link blog dekat Facebook. Sekarang bila post semakin merepek (nak-nak time cuti dua bulan hari tu) dan tiba-tiba datang kelas coursemate timbulkan pasal itikkejam aku terus macam WAAAAA JANGAN BACE MALUUUU GILE WEHHHH



bila rakan sekelas bertanya pasal blog, aku akan buat muka bersiul begini.


setiapkali pergi library untuk update belog, wajib letak gambar penuh misteri yang diambil dengan webcam. misteri tak? misteri tak?



bye-bye semua. wassalam. 


13 July 2010

Room 60

Assalamualaikum dan Hai, semua. 
entri ini agak bosan. baik jangan baca. sekian terima kasih.


akhirnya sampai juga dekat kolej. semester ini aku dapat bilik nombor enam puluh. rumate aku junior 1st year, baik dan bersopan-santun betul budaknye. :D :D


hah inilah dia bilik yang ekslusif gila itu:

jangan klik untuk tumbesaran atau apa-apa, kalau tidak diri sendiri yang menyesal. aku sengaja tanak kasi korang zoom gambar ni.










5 minutes later... 

(cehhh menipu giler 5 minit; kalau bab-bab mengemas kau nak menipu aje, ye?)




 walaupun baju sikit tapi nak jugak susun baju ikut kaler pelangi, kau jangan main-main. sape klik untuk tumbesaran, aci takboleh duduk bercangkung. cubelah klik kalau berani.




entahla. bilik nombor enampuluh ni puaka sikit, mengadap pokok. haaa asal orang cakap puaka je terus nak pikir hantu. tadok keje lain. tahyullll je manjang. maksud aku puaka sebab tidak dapat wireless. kalau dapat pun selama seminit je connection dia, lawak tidak lawak? tengok, last entry pun 2 days ago. aku rindu betul hendak update pelbagai jenis entri macam dekat rumah. bila jadi begini memang takbuleh nak buat apa-apa. :"(


kecuali datang library.


daripada dulu aku suka datang library. study? menipu je study tu semua. ada wireless ke takde dekat bilik, aku datang sini jugak. sebab library sejuk, ada ekon di segenap ruang, ada Geun Suk, ada pintu pagar yang boleh terbuka-tertutup secara ajaib, boleh baca paper free, internet laju, malah terdapat pelbagai lagi keseronokan yang dijanjikan. tapi yang paling penting bab wireless tu lah. (cehhh melampau tu promote library). dan walaupun meja dia macam keras sikit tapi kalau nak buat tido sekejap-sekejap tu bolehla :D


cuba lihat sunyi tidak sunyi dekat library. awal sem kot? lepastu kalau takde orang macam ni, kau tangkap la gambar stail ala-ala misteri pakai webcam. barulah hidup bahagia. 



library ni kalau kau hendak tahu, dekat-dekat nak tutup mesti keluar bunyi ding dong ding dong macam sengaja buat orang rasa terkejut. T_T sebelum aku kena halau dengan pakcik library baik aku halaukan diri sendiri daripada sini dulu. 


bye-bye dan wassalam







10 July 2010

Mesej Sedih Dekat Facebook


i was packing my stuff inside my room (with my laptop on) when suddenly i received this message on FB:

click to view


i'll be missing you too, dik. :"(


Hati Seorang Ibu Muda






menjadi seorang ibu kepada dua orang anak bukanlah semudah yang disangka. tambah-tambah lagi bagi seorang ibu muda seperti saya. segala-galanya perlu dilakukan sendiri. mereka anak saya, maka sayalah yang bertanggungjawab mendidik mereka sebaik mungkin. saya tahu, saya perlu menjadi kuat dan tabah untuk memastikan mereka membesar dengan sempurna. andainya tumbesaran mereka terbantut, siapa yang susah? saya jugak. siapa yang sedih? sayaaa jugak. 


anak pertama saya - Gambar Hiasan



semenjak mereka kecil sebesar tapak tangan, saya belai-belai mereka. saya jaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. setiap jam saya akan melihat keadaan mereka; perlu diberi makan atau tidak, perlu minum susu kah, lampinnya perlu ditukarkah, atau beraknya perlu dibasuh? saya lakukan semuanya. semuanya saya lakukan dengan ikhlas. malahan hampir 24 jam saya mengadap mereka tanpa rasa jemu sedikitpun. kerana saya yakin, dengan usaha yang bersungguh sungguh menjaga mereka, saya pasti akan mendapat balasan yang setimpal di kemudian hari. bak kata peribahasa,

"usaha tangga kejayaan"


kini, dua orang anak kesayangan saya sudah meningkat usianya, malah sihat-sihat pula badan mereka, cukup makan agaknya. sebagai ibu saya amat bersyukur di atas kurniaan dan nikmat ini. sesungguhnya saya berjanji tidak akan mensia-siakan mereka berdua. 



kadangkala anak suka meminta yang bukan-bukan daripada ibubapa - Gambar Hiasan


di saat saya meniti kebahagiaan bersama anak pertama dan anak kedua, tiba-tiba saya menerima kejutan yang sangat besar dalam hidup saya. awal pagi semalam, saya dikurniakan dengan sepasang anak kembar. mereka comel-comel sahaja, walaupun berat hati saya menerima kerana memikirkan beban yang terpaksa dipikul, saya relakan jua. tangan kudus ini saya tadah luas-luas, dan saya terima juga nikmat ini dengan penuh kesyukuran. lalu, saya berperibahasa kepada diri sendiri:


"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak terbang melayang"


walaupun saya tidak tahu perkaitan peribahasa tersebut dengan kehidupan saya dan anak-anak; malah kesahihannya juga tidak dapat dikenalpasti; namun saya diamkan saja. yang penting, saya tidak mengganggu hidup orang lain. 



angelina jolie kelihatan sangat bergaya bersama anak lelakinya - Gambar Hiasan



Belum sempat saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu, mengemok-gemokkan anak kembar saya, tugas sebagai pelajar memanggil-menggil. ilmu itu sangat penting, walaupun saya amat sayang pada anak-anak namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak boleh saya abaikan. saya perlu meninggalkan anak-anak kesayangan saya demi segulung ijazah!



anak pertama dan kedua tidak apalah, kerana mereka sudah besar. sudah mendapat kasih sayang cukup-cukup daripada saya. tapi bagaimana dengan anak-anak kembar itu? yang masih kecil, muka tidak bersalah, yang perlukan perhatian lebihhh, yang comel-comel... bagaimana? saya tidak sanggup tinggalkan mereka. hati saya pilu. hati saya pilu tahu?!





cuma satu harapan saya...





semoga anak-anak saya dapat membesar dengan sihat sepanjang peninggalan saya menuntut ilmu di menara gading. 










cuma gambar cabuk ini pengubat rindu terhadap anak-anak:










keempat-empat anak-anak saya


"anak-anakku, mommy loves you"


ps: bila mereka semua sudah besar, saya hendak bawa mereka pergi Siem Reap. anda tolongla saya bagi diorang makan supaya diorang cepat besar, boleh pergi Siem Reap cepat sket. He He He




06 July 2010

Lesen P yang Busuk.


sebenarnya aku dah setahun dapat LESEN P kau tahu, tapi saat-saat pemanduan peribadi boleh kira dengan jari. sebab setiapkali nak bawak kete mesti ayah aku tak kasi. 


nak bawak dalam bandar?
eh takboleh, kereta banyak. kena pandai main brek. kalau tidak langgar kereta orang, orang langgar kereta kita. takpayahla...

nak bawak dekat highway?
eh takboleh, dekat highway lagi bahaya daripada jalan biasa. kalau memandu tak cekap, tak boleh. (pulakdah)

nak bawak jalan kampung?
eh takboleh, jalan kita tak biasa. ada budak-budak kecik keluar tiba-tiba dekat tengah jalan, haaa bahaya!

yu kan dah ada lesen...
orang yang eksiden tengah jalan tu semuaaaa ada lesen (pfff)


kan boleh nampak dekat situ, betapa permission untuk memandu secara individu sangat susah nak dapat. payah betul ayah aku nak kasi bawak kete. kesusahan dan kesukaran dia tu, ibarat boleh disamakan dengan peluang kau nak menang sejuta POWER ROOT. macam tunggu team bolasepak Malaysia masuk WorldCup. susah gilerrr beb! (eh? terkutuk pasukan bola negara sendiri pulak. ehehe)





tapi hari ni sangat membanggakan, sebab tiba-tiba keajaiban telah berlaku dan ayah aku benarkan aku bawak kereta pergi jemput adik balik sekolah. WOW! BANGGA KAN? KALAU HENDAK KASI TROFI BOLEHLA KASI SEKARANG. pffff... 




hendak kasi trofi pun sempat lagi gelakkan orang. dasar budak mala-un!


aku bukan takbuleh bawak kereta, buleh. cuma kadang-kadang aku.... well, boleh jadi gelabah sikit. especially bila hendak tukar gear, macam harrem! isu ni dah lama dah timbul, time aku belajar memandu lagi. 


kadang-kadang bila sampai simpang aku malas hendak slow-kan kereta dan berenti, sebab nanti aku terpaksa tukar gear semua, leceh gila. biasanya aku belok je terus, haha. cubalah buat aksi macam ni lagi, skali kena langgar, tengok leceh tak leceh dapat masuk wad dengan sebelah kaki kau tergantung, sebelah lagi kena simen?


eh eh tersalah letak gambar pulak. aku hendak letak gambar orang eksiden kena simen kaki, tapi keluar yang ini pula?


sebenarnya masa aku belok laju-laju tadi, ada sorang pakcik driver tu pandang semacam, mesti mengutuk aku dalam hati. WATDEHEL BUDAK NI DRIVING??? MACAM HELL!!!! walaupun dia cuma cakap dalam hati tapi ingat aku tak tahu ke? aku tahu... aku tahu...



sudah-sudahla mengutuk perempuan tak pandai drive, aku yakin gambar ni cuma PROPA semata-mata. cukuplah mengata perempuan, terasa aku tahu tak? haha. 



ps: kenang daku dalam doamu. okayy bye! 

DISABLE