30 August 2010

Third Attempt : Angelina Jolie ?

.


"they said, practice makes perfect. it's OK. I’ll practice to see how perfect i could be. but some other people said that nobody’s perfect, hence no need for me to practice. it did make sense. however if nobody’s perfect, I’ll practice until I reach the nearest point to perfection"


.
.

early sketching

.
.
krim pemutih tidak sesuai dengan jenis kulit, barangkali?

.
.

eh? macam isteri TOK BATIN je? TOK jangan marah eaaa...

.
.

mulut dia macam muncung itik pulak? (ini boleh kasi aku makan dalam neh, berani main-main dengan bentuk fizikal itik?) ok ok aku pergi betulkan sekejap...

.
.


eh mana pergi isteri TOK BATIN tadi? pergi makan jamu (?)


.
.

final touch. 

.
.
[update drawing line]
thanks to akuvision




.
.




okayyy kawan-kawan pembaca yang dihargai selalu, bertolonglah komen part mana yang kelihatan cacat dan aneh supaya fourth attempt boleh lebih improve. terima kasih dan sangat sayang korang semua! :)
.

semakin hari semakin ketagih, kau tahu? teruk betul
.
.
.
.

Petrosains (Part 2)


(sambungan)


PETROSAINS !

silalah bertepuk tangan kepada manusia yang jakun gila ini. seumur hidup aku belum pernah masuk Petrosains. (wahaha) jangan salahkan aku, kau pergi salahkan Guru Besar sekolah rendah aku dulu sebab tak anjurkan lawatan sambil belajar ke Petrosains. =_=' lepas berkira-kira nak masuk ke tanak, nak masuk ke tanak, aku pun pergilah membeli tiket dengan RASA BANGGA yang amat. 

sekarang aku hendak kasi kau task. cuba perhatikan apa yang tidak kena pada tiket di atas? 


YAAAA BETUL! AKU PAKAI TIKET STUDENT MENENGAH!!! PADAHAL DAH TUA BANGKA, UMUR DAH MASUK 20 PUN, LAGI SETAHUN BOLEH PERGI MENGUNDI! 


aku tak tipu usia ke apa okayy, akak kaunter tu yang tibe-tibe pergi tick dekat (13-17 tahun) aku nak buat cane? aku diam-diam jelah... siot je dapat tiket student, less 5 ringgit tuh! wahaha... 


maybe sebab PETROSAINS tu untuk budak sekolah, macam MUSTAHIL orang dewasa nak masuk tempat macam tu kan, so dia assume aku ni budak sekolah nak amik SPM la kot. kononnya datang Petrosains nak  belajar fizik. takpun akak tu tengok saiz ketot aku ni sepesen macam budak sekolah je kan... wahaha tapi takpelah. untuk sedapkan hati aku rase, sebab yang paling utama ialah muka aku kelihatan awet muda. cehhh poyo abes. ni first time ketinggian aku menyenangkan hidup kau tahu? syok gila rupanya jadi pendek ni, ingatkan tak syok.


nak jugak amik gambar depan cermin. gedik gila.


yang ini pun gedik jugak (weh apesal semua gambar gedik ni oi?)


kemudian bila masuk next exhibit tiba-tiba ada T-REX muka bengis menyanyi. annoying nak mampos. dahla suara tak sedap, rupa buruk pulak tu. like, SERIOUSLY MAN. BARNEY CAN DO IT WAYYYY BETTER AND CUTER THAN YOU. 



yang ni best. kau pergi duduk atas bench tu lepastu tekan dia punya button, nak skala ritcher berapa, bergoyang abes kau punye badan. free-free je buat dangdut dekat situ dalam keadaan duduk kan. 


haaa tengok, kan aku dah kata tempat ni untuk budak-budak aje. berebut semua nak main game. hampagas betul. nasib baik aku tak ikut berebut skali. kalau tak... memang tak merasa ahh diorang. takde chance punye wa cakap sama lu ohh..


lepastu naik helicopter simulator. 



dekat dalam simulator. yang lawak gilanye, aku naik dengan satu family nih. bapak dia bawak anak kecik-kecik dalam simulator lepastu cakap, okeyy duduk diam diam ye, duduk diam-diam pakai tali keselamatan blah blah blah. aku pun diam skali lah dekat belakang =_=' 


ni dekat section pelantar minyak


yang perempuan tu kalau korang pakai skirt ke, baju kurung ke, jangan pegi naik dekat atas ni pulak. karang orang dekat bawah mengintai spender kau kaler ape. bahaya ohh. zaman sekarang bukan boleh buat main-main.


yang ni kabin pekerja.


ok kesian. sebab datang sorang, maka kalau nak ambik gambar terpaksa gunakan tangan sendiri untuk snap. dan kebetulan tangan sendiri takdelah panjang sangat maka macam gini ajelah jadinye... hmm... bestnya kalau boleh bawak adik-adik kandung datang sini...


anyway, NEXT DESTINATION will be: BALAI SENI


bye, salam~


29 August 2010

Petrosains (Part 1)

.
hari Jumaat lepas masa cuti Nuzul Quran, kebanyakan member aku balik rumah. library pulak tutup. AH BOSAN GILA, aku nak buat mende dekat bilik? nak harapkan aku blogging dengan fesbuk pagi sampai petang? BOLEH MATI KERING AKU, kata aku dalam hati. maka aku pun terpikirlah idea untuk keluar ke tempat yang boleh MENGGEMBIRAKAN HATI tapi dalam masa yang sama boleh MENGGEMBIRAKAN POKET juga. 
.
bukan apa... sejak kebelakangan ni POKET aku tak berapa nak gembira la... EMO JE MANJANGG. mana taknye? pergi makan Subway lah, Secret Recipe lah, berbelanja dekat TAR lah, SOGO lah... so kali ni shopping-shopping sume takde eh. cube reti berjimat cermat sket!
.
lokasi pertama: Galeri Petronas, 3rd floor, Suria KLCC
event: Young Malaysian Artists New Object(ion) & 
Words+ Pictures=Book art exhibition
tiket: FREE! :)
.
the main entrance
.
.
ini serius seram. dahla aku sorang-sorang time tu. nasib baik aku dah kencing siap-siap, kalau tak mesti terkencing-kencing sebab ketakutan. cehhh takde ah. kau percaya ke? haha.
.
.
yang ini ala-ala robot WALL-E. dekat kepala robot tu ada keluar bijik mata manusia, merelip merelap saiko gila, macam nak bunuh orang je aku tengok. 
.
.
side cerah ni takde saiko-saiko dah. sini display contemporary storybook art. lukisan katun-katun, comel-comel je sume. aku paling suka art Yusof Gajah dengan Chin Yew. sangattt kreatif !
.
.
ps: dekat art gallery kau tahulah kan, memang takbuleh ambik gambar.  CCTV belakang depan kiri kanan, punyelah susah aku nak snap. macemherrem. anyway art display dekat sini SIYES interesting gila lepastu FREE ADMISSION pulak kan, very worth visiting and inspiring especially for those who loves art! :) 
.
.
lepas keluar daripada Galeri Petronas, tengok jam baru pukul 1. eh takkan nak balik dah oi? sebenarnya  hajat di hati datang KLCC nak naik skybridge twin tower sekali, tapi shiyal tiket dah habis, tak dapat naik skybridge! :( ouh sedihnya sedihnya... orang cakap tiket dia (which is FREE) susah gila nak dapat, kena beratur panjang awal pagi. naseb la aku sampai situ pukul 11 kan... 
.
.
jalan punye jalan aku ternampak sesuatu. jeng jeng jeng... 
(bersambung next entry)
.
.
.

28 August 2010

Derhaka Adik Adik


aku ingat aku seorang saja yang kejam, rupanya adik-adik aku lagi kejam. baru mintak sedikit, sudah berdalih itu ini. padahal, aku kakak yang tidak tidur malam menjaga dan membelai mereka sejak kecil ! teruk betul. 


AH. tanak balik kampung ah kalau semua buat perangai sambil lewa macam gini. 

merajuk arr. merajuk.

27 August 2010

Let's Play a Game!



what can you do with a self-made sketch book, a pen and a pencil, a camera and a ten-ringgit note?

i would say, explore the world maybe?


21 August 2010

First Attempt : A Lady



it looks weird. like something wrong somewhere, but where?

anyone can figure out why?


18 August 2010

Doodles Drawing


this is what happened to my notes cover

click to see the catastrophe in larger view

I'M SO IN LOVE WITH DOODLES!!! 

other than blogging and portrait drawing, i love to doodle (melukis conteng) damn much. i would spend hours sketching random things on any random paper, especially in any boring lectures. :p i bet you would do the same as me, right? doodling is like my drug, atau kalau translate ke dalam bahasa melayunya, melukis conteng ibarat daun ketum aku. eh eh bila masa aku tanam daun ketum dekat belakang rumah? ok serius. serius.


aku melukis conteng selama ni pakai pensel picit aje. dan effect dia tak sedap langsung sebab mata mechanical tajam sangat. nak buat shading macam haramla kalau pakai pensel picit neh. aku fikir-fikir kalau ada drawing pen, pensel 2B, dengan ink pen mesti lagi kick hendak doodling kau tahu. 


kebetulan pula esok kelas aku habis pukul 5, aku rasa macam HENDAK, HENDAK, HENDAK SANGAT keluar pergi beli pensel dengan ink dengan sketch pad semua lepastu singgah berbuka puasa dekat SUBWAY. aku mengidam subway dari minggu lepas lagi kot, TAK DAPAT DAPAT. kau tulungla paham penyeksaan nafsu aku! kalau mati nescaya bijik mata tak tertutup sebab permintaan belum tertunai. ni nak pergi tunaikan la besok nih, karang aku bertukar jadi pocong korang jugak yang hendak feeling seram-seram. 


NOTA KECIL (eh macam besar je?)
aku hendak ucapkan terima kasih pada pembaca yang komen entri tudung bawal meleperrr. macam-macam teknik korang tanak kasi tudung lembik ehh? walaupun belum sempat nak try bubuh kanji atau lilin atau plastik dekat tudung, tapi semalam aku telah iron tudung-tudung aku selentok mungkin. punyelah beriya kan, iron baju macam gaya nak menari rap. okayyylah so far kedudukan tudung di dahi masih steady, TAK MELEPERRR WA CAKAP SAMA LU OHHH ! ngehehe


oh dahla. sampai sini sahaja. aku handak pergi main dam aji dekat warung kopi, selamat malam.



16 August 2010

Masalah dengan Tudung Bawal Lagi?


entahlah kenapa. semakin hari rasa semakin teruja hendak menggunakan paint, padahal orang lain semua telah beralih kepada application yang seribu kali ganda lagi canggih. tapi aku masih hendak bergelumang dengan paint yang macam stone age gila nih. entahla. terlekat badi flinstone barangkali.

petang ni aku cuma hendak merintih (amboi merintih?) dekat blog. masalah tudung bawal aku yang kelihatan senget dan herot ke sana ke mari belum nak selesai-selesai. aku curiga betul dengan gadis-gadis yang nampak cantik, anggun, ayu dan comel dengan tudung bawal. 


bagaimana mereka boleh kekalkan momentum tudung dekat dahi supaya tegak?





ok ini aku, tudung meleperrr dekat dahi macam kuih lempeng. T_T



PS: promise myself not to put ANNOYING PAINT PICTURES anymore. at least for the next 10 entries. 
bye-bye and selamat berbuka :)


11 August 2010

Macam Kaki Jibon


aku takmau menipu pembaca. lagi-lagi masa bulan puasa. mari sini aku hendak mengaku. sebenarnya, aku seorang yang sangat selebeh dalam berpakaian. aku paling tak suka benda yang leceh-leceh.




kebanyakan baju kurung aku, jenis kain yang tak perlu hendak iron banyak-banyak kali. iron sekali, sudah boleh pakai setahun. HAHAHA. hebat kan? bukan sahaja boleh menjimatkan tenaga malah boleh menjimatkan kos elektrik lagi :) :) 






bab tudung pulak, aku memang tak pandai nak melawa belit sana belit sini. nak-nak tudung bawal. selalu sememeh. aku jeles betul dengan perempaun yang boleh pakai tudung bawal dengan sangat kemas. nak je tanya, MACAM MANA ANDA MELAKUKANNYA? SAYA SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI FAIL BAB TUDUNG BAWAL nih. so kadang-kadang aku sibai je terus. 


sekarang, bolehlah ucapkan TERIMA KASIH kepada Tudung Indon, atau nak sedap sikit Tudung Ikin. sarung aje, dah siap! terus boleh pergi bergembira dengan rakan-rakan. 






itu baru bab tudung. belum lagi masuk chapter mekap, beg, dengan selipar kaki. mekap tu memang aku tak layan sangatlah. bajet je beli liquid eyeliner konon nak buat efek cat's eye. sekali... kau tahu tak mendalah tu jadi apa sekarang? PERMANENT MARKER. okayyy bolehla tepuk tangan laju-laju atas usaha yang sangat kreatif itu. aku taram bedak serbuk dengan lip balm je hari-hari. sadis betul. tapi ok la, haritu pergi Guardian ada promotion silkygirl 20% maka belilah lipgloss sebatang. huyyoh dah pandai pakai lipgloss sekarang? DAH MAJUUU OHH





oh ya. satu lagi. bab selipar kaki. aku ada 2-3 pasang heels, jenis strap yang kalau hendak pakai, kena duduk dekat bangku dan ikat dia punya tali kemas-kemas. KAU TAHU TAK PUNYELAH LECEH NAK MENGIKAT-NGIKAT PULAKDAH? itulah. dulu degil hendak beli. asal nampak cantik, terus beli. kononnya hendak masuk geng ladies. sekarang? KASUT CROCS 20 HINGGIT TU JUGAKKK YANG KAU PAKAI ! walaupun, setiapkali berjalan dekat lantai terpaksa cover, takboleh jalan laju-laju sebab risau nanti licin dan jatuh. dia punye tapak dah hausss kot? 

dan satu lagi, kau tahulah cuaca sekarang. PANASSS JE MANJANG. aku tak pakai stokin. separuh kaki dekat atas tertutup, separuh kaki dekat bawah terdedah matahari.


KAU RASA, LAMA-LAMA KAKI AKU JADI MACAM MANA?





JADI MACAM KAKI JIBON.





ps: selamat berbuka puasa. bye-bye.


10 August 2010

Mughallazah yang Cilakak




aku rasa macam tak puas hatilah kalau tak share story semalam dekat korang. macam tidak sedap duduk, tau? suka atau tidak, MARI MULAKAN !



Isnin semalam, habis kelas pukul 5 petang. agak lewat jugaklah. tiba-tiba, (eh eh baru intro dah ada tiba tiba?) aku dengan member aku si Yana telah membuat kata sepakat untuk pergi Pasar Malam dekat Sri Serdang. bajet dah fedap dengan makanan foodcourt jadi hendaklah rasa makanan dekat luar pulak kan. kitorang takde transport tau, *sila merasa kasihan* dan Pasar Malam tu pulak dalam 5km camtuh, so kitorang sewa basikal. GIGIH.




lepas solat Asar & tukar pakaian cepat-cepat, dalam pukul 615 petang kitorang mulalah mengayuhnya. siap backpack atas belakang takbuleh belah betul. nak pergi Pasar Malam tu kena ikut jalan besar yang MasyaAllah, SIBUK! dengan moto lajunye, lorinye, keretanya, kontenanye. macam menempah maut gilalah bawak basikal dalam traffic busy macamtu kan. FUH.

tapi Alhamdulillah kitorang selamat sampai. :) Pasar Malam terlalu ramai orang owh ! ni first time kitorang sampai sini, macam jakun sangatla. tengok semua benda, semua nak. Ayam Golek. Roti Pita. Air Pelbagai Kaler. dekat foodcout UPM takdek jual kot benda-benda gini? pusing punya pusing kitorang belilah Kebab Ayam, Yong Tu Foo, Keropok, dengan Pizza. itu aje.




tup tup terjumpa pulak dengan budak kelas dua orang, Zainab dan Gayah. (bukan nama sebenar) masa tu kitorang buat keputusan samada pergi menyapa mereka EH, KORANG BELI APA? atau MENYOROK SAJE. sebab kitorang takmau tanggung risiko so kitorang pilih untuk menyorok. terus mencicit lari dalam kedai jual baju. tahu takut? mane taknye… diorang datang naik moto kot. AISEYMAN MALU GILA WEH KALAU ORANG TAHU PEGI PASAR MALAM NAIK BESKAL SEWA RM1. nasib baik berjaya menyorok, Zainab dengan Gayah tak nampak pun kitorang. HAHAHA.




dalam pukul 745 barulah nak bertolak balik. siap kunci basikal dekat pokok, doe! sebab dah Maghrib so kitorang bajet singgah solat dekat Masjid UPM. masa tu memang gelap-gelap dahla. risau jugak. dalam 1 kilometer mengayuh, kitorang lalu satu tempat yang takde lampu. dekat bahu jalan  tu berumput. aku perasan ada menatang anjing dua ekor. tak sure anjing liar atau anjing belaan, jenis bloodhound kot? badan dia sedap-sedap jugakla. separuh badan aku. SEKOR OREN, SEKOR HITAM. aku melintas ia macam biasa jelah kan. mana nak expect ape-ape?

sekali, diorang diahaiwan kejar, kau !

aku perasan dua-dua kejar member aku si Yana dulu, sebab dia mengayuh dekat belakang aku. lepastu Yana pecut pergi depan. aku tinggal dekat belakang sikit, dua-dua ekor kejar aku pulak kiri kanan basikal. LAHABAUUU ! seram gila weh. sampai mana ia nak kejar kitorang??? kejar tu satu hal, lepastu menyalak tak brenti-brenti macam mulut tu, nak kena suap dengan MOP LANTAI, kau tau tak? lepastu aku dengar Yana jerit, “SYIRA KAYUH SYIRA, KAYUH!” aku pun apelagi, ibarat mendapat suatu kekuatan terus sprint macam garisan penamat 50 meter kat depan.


oh aku jamin, mereka tidak segebu ini. sebaliknya 50 KALI GANDA LAGI BENGIS, gigi lagi tajam. lepastu lidah terjelir-jelir macam sepuluh tahun tak minum air. yang ini, mulut pun tak nampak celah mana.


masa kena kejar tu aku tak pikir apa-apa pun. aku kayuh je laju-laju. kudrat empat kerat aku ni pakai FULL kot? tapi pakai gear 2. cerdik betul. HAHAHA. cuba bayangkan orang yang kecik dan pendek macam aku mengayuh basikal besar, bapak la laju dengan dua ekor hanjeng tengah menyalak auk auk auk kiri-kanan, macam SARKIS kan? OK takpayahla imagine. buat malu aku je. -_-‘ dekat jalan kitorang memang takde kereta, gelap je tapi dekat jalan bertentangan, agak jem jugakla. OMAIGOD cuba ada sape-sape dalam kereta dekat jalan seberang nampak, MALU GILAAAA! nak-nak diorang rakam video hantar dekat Funniest Home Video ke kan, PERGH komfem menang seratus ribu punyelah.




lepas 200meter camtuh makhluk-makhluk bajingan tu tak kejar dah. maybe sebab ada kereta kat belakang, ada lampu so ia tak berani. lemah tenaga batin, mungkin? aku dengar, spesies anjing mempunyai tahap tenaga batin yang rendah? *ceh pepandai pandai je reka cerita, taula berdendam kan* lepas dah jauh sket daripada tempat tu barulah aku jadi berdebar macam nak pecah jantung ni ha, lutut jadi ketar-ketar lepastu jari yang pegang handle semua jadi seram sejuk.




kemudian dalam pukul lapan camtu kitorang masuk area Fakulti Engineering UPM, rasa lega sket dah. dekat-dekat nak belok masjid UPM tu (cuak dengan anjing belum habis lagi), tiba-tiba adelah suara-suara memanggil “SYIRAAA! YANAAA!” 

Oh. Zainab dan Gayah tadi rupanya. -_-'

diorang menjerit daripada moto. demmm! diorang nampak kitorang bawak basikal ! pergi kelas besok komfem kena menganjing ngan diorang. anjing lagi. fedap dah aku dengar nama anjing, PAHAM?





sampai masjid, solat Maghrib semua. siap sujud syukur dengan baca yasin segala. sebab terselamat daripada maut, ibarat mati hidup semula. cuba dibuatnye anjing tu gigit kaki aku masa tengah mengayuh, lepastu basikal terbalik, aku kena gigit gigit sampai lebam. konon nasib baik, tak mati. konon la. bawak pergi Hospital Serdang masuk ICU. nanti sedara mara tanya, apesal Nurul masuk hospital? “KENA GIGIT DENGAN ANJING...” cehhh tak glemer langsung masuk hospital dekat-dekat bulan puasa ni sebab kena gigit dengan najis mughallazah. 





ps: lutut aku lenguhla mengayuh. macam lembik, ada tak sesiapa yang sama jantina dengan aku yang buat khidmat mengurut?



DISABLE