26 September 2010

Sambutan Hari Raya dan Pesta Tanglung


semalam ada event dekat kolej aku. sambutan hari raya dengan pesta tanglung. dah tahu malam tapi pegi setting kamera dengan soft focus mode. bangang tak bangang. nah. kau saksikanlah gambar jadi macam mana. jadi soft abes. blur sana blur sini. T_T


awal-awal  lagi aku dah usha-usha berdiri depan booth satey. kena berebut weh. 



tak jadi nak amik cucuk sate lebih... yang sedia sedia ada pun tak cukup untuk semua orang... ni kau nak tunjukkan sifat pelahap durjana pulak? tsk. tsk takpelah dah tempat ramai orang kan. besela...



ni mende yang buat dengan beras tu ha... student india yang buat. comel kan.


walaupun dah pakai heels tiga pat inci tapi tidak dapat dinafikan lagi, aku akan jadi yang paling pendek antara  kitorang berempat. 


thanks nadia sebab merendahkan diri sendiri supaya kita nampak seia dan sekata dalam gambar!


eh jom main permainan siapa paling kecil dan pendek, komfem aku menang. 


HAAAA KAN DAH KATA.... SOFT GILER GILER GAMBAR!!! kuturambutbetul.




16 September 2010

Kartun yang Annoying


sejak kecil, aku memang penonton katon yang paling tegar. kau sebut aje katon ape, semua aku tengok. Sailormoon? Ninja Boy? Dave the Barbarian? Anna Anaconda? semua dalam tangan aku ah. nama watak, sinopsis, dengan waktu siaran dia aku dah hafaz siap-siap dalam palotak supaya boleh pergi bercangkung depan TV awal-awal. malah masa sekolah dulu aku sanggup ponteng kelas fardhu ain pagi sabtu semata-mata hendak tengok episod akhir Dragon Ball Z, alah yang Goku berlawan dalam gelanggang dengan lembaga kulit hijau tu... peh.

tapi, sejak beberapa tahun kebelakang aku perasan, katon dekat TV dah tak berapa nak kick macam dulu. entahla. mungkin sebab aku jarang menonton sekarang? dalam banyak-banyak katun yang terdapat dekat pasaran sekarang, ada dua yang aku menyampah gilaaaa sumpah aku tanak tengok. (no offense, this is just my personal thoughts ok?)


yang pertama, WONDERPETS



bagi siapa-siapa yang belum kenal, tiga makhluk comel yang kecik-kecik ini gelarkan diri mereka Wonderpet. tidak, mereka memang takde kaitan langsung dengan Wondergirl yang korea tu. memang takde kaitan salasilah keturunan darah daging langsung. sebab Wondergirls ialah manusia tapi mereka bertiga ini... well, sejenis binatang peliharaan (pet). 


aku paling teruja hendak tahu, kenapa mereka gunakan 'WONDERPET', adakah sebab mereka selalu tertanya-tanya (wonder) samada hendak selamatkan dolphin yang dalam kesusahan atau tidak... selamatkan atau tidak... tapi akhirnya, mereka tidak pergi selamatkan dolphin pun, sebaliknya, mereka pergi bersiar-siar dengan kapal layar yang boleh terbang. merepek betul.


yang aku paling geli-geliman lagi , tagline mereka 

APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 
APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 

macam takde modal betul asyik nak ulang-ulang frasa (frasa? WOW ayat bombastik) yang sama. macam, TOLONGLAH!!! IDEA BARU PLEASEEEEE! banyak lagi boleh guna kan? DEDIKASI ke, SOPAN SANTUN ke, BAIK HATI ke, PEMURAH ke, ini tidak. balik-balik KERJASAMA. balik balik KERJASAMA. hampagas betol menatang tiga ekor neh. sedut pakai hampagas sekoq sekoq kang.



yang kedua, UPIN & IPIN



yang ini lagi satu, tak abes-abes dengan dia punya 'betul betul betul'... mula-mula aku boleh terima, okayyla comel. tapi bila dah seploh doploh kali duk ulang benda sama betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul ai naik FEDAP jugak ati aku neh. yang comel pun boleh bertukar jadi takcomel. lepastu satu Malaysia nak ikut 'betul betul betul' dengan harapan boleh kelihatan comel macam UPIN & IPIN (or IPIN & UPIN, whatever...) DAH LA WEI... TAK COMEL LAAAAA... sekali kau cakap macam tu depan aku siapla... ade jugak yang dapat pedepanggg karang. 




OK YANG INI TAK APA, YANG NI TAK GELI TAPI YANG NI COMEL GILAAAAAA! <3


beb beb beb bebbbyeee! (dibaca gagap)



13 September 2010

Syawal 2010


are you guys still in raya mood? it's already the fourth Syawal. this year's raya was a bit frustrating since i've been dealing some painful personal issues. yet still, i'm trying to adjust myself with those circumstances. i've already made up my mind on certain things and hope everything will be ok in the end. 

like, suddenly i lost the passion to blog enthusiastically like i usually do. it's like i became heartless day by day. and this feeling... Urghhh its really killing me. anyway here's some pictures from the last few days.


first day of raya

earlier in the morning, i celebrate raya with my grandfather and my new grandmother (oh haven't i tell you that my grandfather married last july? nope? it was two years since my late grandma passed away, suffering breast cancer) the newly-married couple live next to us in the same town, and after idulfitri prayer they came and have some 'juadah raya' in my house. my father was working in the morning, so we're not going anywhere. anyway he did brings some of his work colleagues home. my mom prepared nasi himpit, kuah kacang, ketupat, nasi minyak rendang and all for the guests.




my father was free later on in the evening, so we visit some relatives (still, in the same town) as most of our relatives live here. 






then, we went to Pasir Mas to celebrate raya with my family 'sebelah ayah', visiting my grandmother, my Maklong and Paklong, other uncles/aunties, and a whole bunch of cousins, mostly below 12 years old. you can imagine how havoc it would be here. they all played all kind of mercun which made me feel like i was somewhere in Afghanistan or something. they even had one mercun which turned into a very big, beautiful bunga api - as the one you seen at Dataran Merdeka during merdeka countdown. LOL! we didn't stay the night, instead we went back home.


did you recognize this girl? she's the model for CONTEST BAJU RAYA ITIKKEJAM's banner, after one year. haha.


second day of raya

my cousins (sebelah mak) from Gua Musang and Kota Bharu finally were here! and ten of us- THE MAGNIFICENT TEN finally BERGABONGGG! OMG I LAFS MY COUSINS! we went visiting relatives, 3-car-convoy from one house to another.

where's another 3 members of magnificent ten? there's only 7 in sight.

Mak Cik Aya (right) and KakYong


TEAM-ANAK-NIE


TEAM-ANAK-ROHAYA 
Angah please stop doing that! it was ANNOYING!


TEAM ANAK ZURA


dekat rumah orang pun nak buat perangai -_-'


its Aysha at my back. 


i spend the night at my grandfather's house, with my cousins. BUAT APA? BUAT GEGEYH KASI KEBABOWWW SATU PERUMAHAN.

port baekkkk punya. simpang dekat surau.




entiti... entiti... pergh banyak betul entiti sini, puaka abes. haha.

semua terkejut tengok bunga api. tengok muka yang kecik-kecik tiga orang. priceles. HAHAHA.

takde bunga api, cahaya handset pun JADILAHHHH...

muka berminyak abesss. sapu minyak sawit ke ape...

BILA STOK MERCUN BOLA DAH ABES MULA LA NAK PERABIHKAN BUNGA API BUDAK-BUDAK. MENGGILA LA TUH, MENGGILA...

HAAA NI SEKOQ LAGI BUDAK BESAR MENGGILA MAIN BUNGA API...

my cousins was so cool. anyway, they went home the next day on third raya. :(

third day of raya

my family have a 'kenduri kawin' invitation from Jerteh, Terengganu. it was my mom's cousin who's married. it took us about 2 hours to reach Jerteh. TAK JEM SANGAT, NASEB BAIK!


cehhh Sapikah sengaja nak jadi centre of attention


tiba-tiba rasa macam ada penjahat follow dekat belakang. bila berpalingrupanya-rupanya mendapati bahawa mereka adalah budak kecik yang nak mintak duit raya. AHHH ROSAK GAMBAR!


kemudian terlanggar orang dekat depan pulak. AISEH!


dekat masjid apetah. Terengganu banyak betul masjid cantik.



ps: belum sentuh biskut Almond London dalam balang atas meja. AH. BORING DAH MAKAN ALMOND LONDON. satu lagi, abaikan grammar mistakes atau fragment atau apa-apa kejadah semua. biaselah, orang Melayu bercakap England. ok bye.




09 September 2010

Ucapan Raya Mohor Besar Raja-Raja


*cehhh tajuk nak gempak aje*

semua orang berebut buat kad raya digital, upload dekat facebook lepastu TAG sana sini,  nymphadora betol. tapi aku taknak ketinggalan. hidup mesti diteruskan. so aku pergilah buat kad raya digital jugak. ceh. konon la kad raya digital. macam biasa, pakai Paint dengan Photoscape. 
-_-'




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

sorry eh kalau sepanjang menulis blog ni aku terjahat mulut ke, tercakap lepas ke, ter-reply komen tak selari dengan soalan ke, terpublish entri yang gediks ke... sholi okey? sholi-sholi... 


dalam kiraan 1,2,3... CABOT!!!




08 September 2010

Iklan Keropok Mony


sejak akhir-akhir ini aku perasan satu iklan. nak kata bangang, boleh tahan bangang jugakla...





pertama kali lihat iklan ini dekat TV, aku rasa annoying gila. satu kampung berebut hendak tunjukkan siapa lagi power makan keropok, annoying tidak annoying macam tu? mengarut betul iklan. tapi takpe. aku boleh bersabar lagi. iman bulan puasa la katekan. tapi dengar banyak-banyak kali siapa boleh bersabar? ai...terbakar jugak ati ni. aku jadi tertekan, jadi STRESS abes. mengalahkan PMS. setiapkali iklan ni muncul mesti rasa macam nak baling remote laju-laju dekat skrin TV. makin lama iklan ni makin kerap pulak keluar dekat TV...


Rangup setiap kali, Keropok Mony
Hidang petang pagi, Keropok Mony
Rasa yang menawan, Keropok Mony
Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony


tapi kemudian, sesuatu yang sangat aneh dan misteri telah berlaku pada diri aku. kebencian diganti dengan minat dan kecintaan. aku jadi taksub dan takjub dengan Iklan Keropok Mony. JADI OBSESIsetiap masa hendak ber-hmmm hmmm (atau bersenandung, dalam Englishnya bermaksud humming) dengan irama Iklan Keropok Mony. time membeli juadah berbuka dekat bazaar, time mengemop lantai dekat rumah, malah time dalam toilet sekalipun, kalau boleh setiap masa hendak mengalunkan irama iklan Keropok Mony. 


setiap hari kalau tidak dengar Iklan Keropok Mony mesti rasa macam hendak gila. malah kalau Iklan Keropok Mony tidak keluar dekat TV mesti gigih pergi bukak Youtube cari video Iklan Keropok Mony. tapi itu belum cukup taksub. setakat menonton dekat Youtube, apa barang? pergilah download video kemudian tukar kepada format MP3, baru boleh masukkan dalam handset buat ringtone call dengan mesej. setiap kali receive mesej boleh dengar "RANGUP SETIAP KALI, KEROPOK MONY bla bla bla..." sure sengaja bukak mesej lambat-lambat supaya boleh dengar lagu full sampai habis. INI BARU BETUL-BETUL TAKSUB!


NAH AMIK KAU! LAGU FAZIDAH JONED PUN BOLEH KALAH DENGAN LAGU KEROPOK MONY.


Rangup setiap kali, Keropok Mony
Hidang petang pagi, Keropok Mony
Rasa yang menawan, Keropok Mony
Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony


04 September 2010

Folio Masakan & Kuih Muih Tradisional


hari ni aku pergi Bazaar dengan si kecik Sapikah. pukul 4 dah sampai sana. peh, beria gila pergi bazaar awal-awal. sebenarnya adik aku nak snap gambar kuih-muih. nak masukkan dalam folio Kajian Tempatan dia. kebetulan, kumpulan dia dapat tajuk Masakan & Kuih-Muih Tradisional. alahhh takkan tak ingat? masa darjah lima dulu kita pernah buat...

alih-alih bila sampai Bazaar tanak pulak. ade ke patut pegi suruh aku tanya makcik kedai tu, boleh takboleh ambik gambar? amboi, sekarang hendak buat folio siapa? folio aku ke, adik aku? last-last tak ambik gambar pun, beli juadah berbuka je. lepastu mulalah nak menangis-nangis, marah-marah orang dalam kereta. HAHA. 

sebenarnya dik, takpayah snap gambar dekat bazaar pun takpe. internet kan ade? google jelah. itupun nak kena ajar ke? tulah, ada internet tau nak main facebook dengan dress-up game aje! -_-'


kuih lapis

Seri Muka

Cara

Popia Basah

Kaswi

Nasi Kerabu Ayam Bakar.

Ayam Goreng Berempah

Nasi Lemak

haa ape lagi kuih muih dengan masakan tradisional Malaysia yang belum masuk list? BANYAKKKKKKK! cakap je, semua ada dekat google. tak payah fenat-fenat amik gambar dekat Bazaar.


yelah... yelah... aku maafkan. nasiblah kau budak. aku siarkan perbualan private kita dekat sini. HAHA


SELAMAT BERBUKA !

02 September 2010

Balik Kampung



sebab puasa ada lagi seminggu maka aku tanak buat ucapan raya dulu. sabau. sabau. aku cuma nak cakap, 

SELAMAT BALIK KAMPUNG !!!

*eksaited. eksaited.*



ps: balik, balik jugak. contest tetap jalan. silalah join! klik banner dekat sidebar:

DISABLE