28 December 2010

Memendam Rasa dengan Sorang Makcik


petang tadi aku pegi pasaraya, beli stationery lebih kurang. dekat tingkat bawah diorang letakkan rak memanjang khas untuk stationery. macam-macamlah ada, semua murah-murah. aku tengok macam best je, apelagi tercongok la dekat situ pilih mana-mana yang patut. 


tibe-tibe, ada orang cuit aku daripada belakang. bukan cuit manja, tapi cuit jenis yang kalau kau sakit jantung, boleh menggelupur meninggal sebab terkejut. so bila aku menoleh tu, rupanya sorang makcik ni, usia awal 40-an pakai tudung hindon. nak kata sedara, tak pernah pulak nampak masa hari raya. nak kata kawan sekolah rendah, oi kau biar betul jauh benar beza umurnya. belum abes berpikir, makcik tu mula keluar suara...














"adik, adik darjah berapa?"





Astarfirullahalazim... dibaginye darjah dekat aku? kalau TINGKATAN tu bolehla jugak aku terima, takdela jauh sangat bezanya. tapi dibaginya darjah, tak patut betul. i mean, DARJAH??! makcik, when u said budak darjah-darjah my mind will imagine something like,





this,



or this



and this (with mak lampir style of tudung)



so makcik, it seems like you cannot differentiate well between a darjah-darjah-student and a late-teenage-girl who is old enough to be a mom (eh?) to a darjah-darjah-student. how could you makcik? how could you! my heart was so terguris-guris by you, makcik. 


bila makcik tu tanya, aku tergamam terus. terus dapat parkinson dekat mulut keluar "Err...Err..." aku nak cakap, "EH BUKAN DARJAH LA. SAYA DAH BELAJAR U DAHLA MAKCIK" macam melampau pulak. seeing me being Err Err for almost 4-5 seconds, that makcik goes "OOOOO TINGKATAN DAH KE? TAKPELAH, TAKPE TAKPE" aku pun malas cakap banyak, iyekan ajelah. sob. sob. 


rupanya makcik tu nak beli kasut untuk anak dia yang sekolah rendah. tapi anak dia tak ikut sekali jadi taktaula muat ke tidak kasutnya. kononnya makcik tu nak panggil aku try kasut sebab saiz badan aku sebijik saiz anak dia. T____T ape ape jelah makcik, SAYA DAH MEMENDAM RASA DENGAN MAKCIK TAU. bila makcik cakap DARJAH, terus saya nak balik rumah GOOGLE "cara-cara kelihatan matang" takpun "cara-cara menambah ketinggian". bye makcik.




24 December 2010

Kempen Haramkan Majalah Porno Mangga



korang pernah terjumpa tak dekat Facebook page ni? :




fulamak kau, dia punya cover. itu belum masuk isi kandungan lagik




aku nak buat pengakuan berani mati neh. sebenarnya dulu masa zaman kejahilan aku pernah beli MANGGA. masa tu aku darjah enam, aku keluar keluar jalan-jalan dengan sepupu aku. lepastu singgah satu bookstore ni. usha-punya usha, ternampak MANGGA keluaran terbaru. cover cunnn punya, Siti Nurhaliza dengan Wardina dua-dua pakai tudung. sepupu aku masa tu memang fan MANGGA, tiap-tiap bulan takbleh miss. so bila ternampak cover MANGGA yang cun melecun tu dia terus macam WAAAAAA CANTIKNYEEE SITI, NAK BELI! NAK BELI! NAK BELI! punyalah eksaited. 







bila masuk isi kandungan, haaa inilah dia.



 iklan sekejap, ok sambung cerita. so bila tengok sepupu aku eksaited gila, aku pun tibe-tibe rasa macam nak beli jugak. itbe-tibe macam eksaited jugak. padahal sebelum tu tak pernah-pernah baca MANGGA. ceh. dasar remaja, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya! last-last aku belilah sebuah, sepupu aku pulak sebuah. tak ke bangang beli majalah sama? padahal boleh je kongsi bace, tapi nak jugak sorang satu T____T baliklah kitorang ke rumah dengan perasaan yang sangat bangga dan gembira sebab berjaya memiliki MANGGA yang ada cover Siti dengan Wardina.  



sebelah malamnya, aku lepak-lepak dengan sepupu aku dekat ruang tamu. sepupu aku sleepover dekat rumah time tu. sekejap-sekejap tengok tv, sekejap sekejap belek MANGGA. lepas abes baca aku letak pelepuk atas meja kopi. tiba-tiba ayah aku datang, dia amik MANGGA tu belek-belek lebih kurang. kau tau ayah aku komen apa? terngiang ngiang lagi dalam palotak aku ni ha. 

"BUKU GAPODIO NEH? TOK PAKA LANGSUM, ORE GONG JAH BACO BUKU GINIH. LAIN KALI TOKSOH BELI LAAA" (translation bahasa baku: buku mende nih? takde pekdah langsung, orang bangang je bace buku macamni. lain kali takpayah la beli)

terus ayah aku zass kan MANGGA tu atas meja, ala-ala main frisbee. kuang kuang kuang



teknik men-zasss majalah MANGGA lebih kurang begini



sentap gila weh, ayah aku cakap pelan je tak tinggi suara, tapi dia punya maksud tajam dol, tajam. muka dia pun dah semacam dah. malu gilaaaa dengan ayah aku! lepastu aku terus sorok MANGGA tu belakang rak buku. tulah first and last time aku beli MANGGA. sebenarnya memang bangang pun baca MANGGA, takde pekdah langsung sorry la. kalau nak kata mangga tu porno, aku boleh terima la... porno versi malaysia, makin lama makin menjadi-jadi seksinya. ke dari dulu memang artis dalam MANGGA seksi? entah. yang aku beli masa darjah enam tu edisi bulan puasa. so kurang la sikit seksinye. semua artis pakai baju kurung je. try beli time yang bukan bulan puasa macam sekarang ni, kau tengok macam mana?




JANUARI 2011


Cinta Akim beralih arah?
Yasmin Khanif buang Datuk
Ashraf Muslim cari calon isteri
ANITH sedih tiada boyfriend







ADE AKU KESAHHHHHH????









kecuali part Ashraf Muslim cari calon tu, okayy ade la kesah sikit. tapi sikit je la.




22 December 2010

Drama Korea yang Kliche, yang Kau Pegi Mengadap Hari-Hari


dengan tersangat rajinnya aku telah menyeraikan 10 FAKTA TENTANG ke-KLISE-an DRAMA KOREA. jangan banyak cakap, just cekidauds:


1. hero WAJIB kaya-raya, mewarisi harta keluarga yang melimpah ruah. rumah besar, kereta pun besar. stail semat abes, berkarisma, pakai kot dan bersikap KEREK di permulaan cerita terutamanya dengan watak heroin. ego sampai kelangit. 

Boys Over Flower



2. heroin biasanya innocent, blurr, bodo-bodo sikit tapi tabah menghadapi penderitaan hidup. bajet comel ke nampak bodoh?
My Girl



3. heroin jugak biasanya papa kedana, yatim piatu dan dibesarkan oleh atuk, nenek, pakcik, makcik, jiran, jurujual jualan langsung, penjual sayur dan sebagainya. kalau watak perempuan yang kaya, bijak dan berkedudukan tinggi otomatiknya akan jadi heroin kedua yang berfungsi sebagai kacau-daun dalam percintaan hero-heroin



4. WAJIB ada mende-mende comel yang melambangkan cinta hero-heroin. contohnya teddy bear, rantai bentuk oktagon, glob, mug, dan macam-macam la. agak agak kalau drama tu popular, bolehla buat meniaga mende-mende tuh. sure laku punya.


teddy bear dalam Princess Hours



5. WAJIB ada scene hero atau heroin sakit lepastu pakwe/makwe dia tolong hantar pergi hospital, suapkan ubat, paksa makan ubat (bajet sweet abes), lepastu temankan hero/heroin yang sakit tu tidur sampai yang tolong teman pun tertidur skali. pfff

Cinderella's Sisters



6. WAJIB ada scene hero kejar heroin yang nak naik flight dekat airport. kau belekla mana-mana cite korea pun; mesti ade terselit scene dekat airport. tup tup heroin tu tak fly pon. kadang-kadang selisih dekat eskalator, tapi dua-dua tak perasan each other. 

Witch Yoo Hee



7. WAJIB ada hero kedua dan heroin kedua. (certain case, hero/heroin ketiga) hero kedua biasanya lelaki yang pakai cikai-cikai, lepastu tak kaya, patutla kena reject dengan heroin. kesian..kesian... heroin kedua pulak, teman sekerja si hero. biasanya hipokrit, kerek dan berniat jahat nak pisahkan hero dengan heroin. 
My Girl 



8. plot cerita pun WAJIB sepesen. mula-mula hero yang kerek tu menyampah dengan awek yang lurus-bendul-bajet-comel tu. tapi nasib baik memang comel pun, lama-lama terjatuh cinta. tibe-tibe datang hero/heroin kedua buat onar. konflik pum prang pum prang sembur air mata sikit, last-last mengaku ilebiu uleb-mi. abehcerita. 

Full House


9. perkahwinan kontrak semata-mata menunaikan wasiat ayah, mak, atok, opah, cikgu besar, tukang kebun sekolah dan sebagainya.

Marry Me, Mary



Princess Hours



10. penyamaran jantina yang mengelirukan. pompuan menyamar lelaki, lelaki menyamar pompuan. last-last mende menyamar nilah yang membenihkan cinta. (mak aih gila geli gunakan perkataan membenihkan)


Coffee Princepompuan menyamar jadi lelaki semata-mata nak menjual air kopi


You're Beautiful : pompuan menyamar lelaki jugak.



Personal Tastelelaki straight menyamar jadi gay semata-mata nak menumpang rumah pompuan



ok cukup sepuluh.

ada sape-sape nak tambah point lagi tak? 


20 December 2010

You're Beautiful


sape pernah tengok drama korea You're Beautiful lepastu rasa macam cite ni best gila angkat tangan cepat! kita satu geng! dalam masa 72 jam yang lepas aku berjaya habiskan maraton 16 episod You're Beautiful, fuhhh berpeluh. drama ni airing dekat Korea tahun lepas, agak lama jugak dah. aku kalau bab-bab hiburan luar negara ni memang pending sikit. 


drama ni mengisahkan seorang pompuan Go Mi Nyu yang terpaksa menyamar sebagai abang kembar dia, Go Mi Nam dan menjadi ahli kumpulan muzik A.N.JELL yang baru. mulalah pengembaraan hidup Go Mi Nam sebagai insan seni (insan seni WTH?). dan ya, dia terpaksa menjadi seorang jantan. walaubagaimanapun selepas ahli kumpulan yang lain mendapati bahawa Go Mi Nam sebenarnya seorang perempuan, mereka mula membenihkan perasaan cinta kepada Go Mi Nam. (suruh aku buat sinopsis, perghh amik kau skema abes ayat)



GO MI NAM (Park Shin Hye; 20 yo)


haa yang ni "Go Mi Nam" sengaja letak pembuka kata dengan penutup kata sebab dia Go Mi Nam menyamar. watak Park Shin Hye dalam cite ni lebih kurang watak Yoon Eun Hye dalam Coffee Prince, korang ingat tak? muka pun sepesen je. 


 Eun Hye (kiri) & Shin Hye (kanan) versi lelaki. boleh beza tak?


tapi satu je aku kureng, watak Go Mi Nam ni bengap semacam, asal nak marah ke ape mesti wajib kembungkan mulut, ingat comel ke? tolongla director. kot ye pun nak suruh heroin nampak comel janganla suruh beliau menjadi blurr sebegitu rupa. 

lurus bebenau aku tengok watak Go Mi Nam ni ha, IQ macam bawah 60 dah. hado. 



TAE KYUNG (Jang Geun Suk; 23 yo)


Jang Geun Suk memegang watak leader band A.N.JELL. daripada dulu kalau kau perasan, aku memang minat gile dengan Jang Geun Suk nih. banyak kali dah aku tampilkan dia sebagai prince charming dalam entri iniini dan ini. wahaha. tapi dalam You're Beautiful ni aku tak berapa nak berkenan sangat lah. sebab watak dia kerek nak mampos, i mean makdatuk punya kerek, sesuai sangatla dengan heroin yang blurr tuh. -_-' satu lagi, stail rambut rebonding dia dalam You're Beautiful aku tak tahan betul. setiapkali aku tengok mesti teringat Severus Snape. -_-' 


aku serba salah untuk mengatakan ini kepada feveret korean actor aku, tapi hakikatnya watak Tae Kyung ibarat Severus Snape dalam versi yang lebih muda. tsk tsk tsk kesian,


aku lebih prefer stail Jang Geun Suk dalam Beethoven Virus, baru macho abes.



SHIN WOO (Yong Hwa; 21 yo)


lepas tengok You're Beautiful terus minat CN BLUE. ehe. Yong Hwa ni leader band CN BLUE dekat Korea. dalam drama ni watak Shin Woo baik sangat, dahla cool, sweet pulak tu. *drools* macam Mentos perisa Strawberry, manis(sweet) dan berangin(cool). tapi kesian Shin Woo sebab cintanya di-reject Go Mi Nam. aku lagi suka kalau Go Mi Nam pilih Shin Woo instead of Tae Kyung. somehow Shin Woo reminds me of Super Junior's Donghae. (?)





JEREMY (Hong Ki; 20yo)


tak dapat disangkal lagi, Jeremy yang paling kiut antara semua! perangai dia comel gilaaa, dahla suara kiut. rambut blonde dia tu pun kiut. lepastu dalam kebanyakan scene Jeremy akan makan something. aiskrim, buah epal, pisang, dalam episod 1-2-3 aku tengok perangai dia macam beruk, terlompat sana terlompat sini haha. eh takbaik takbaik. last last rupanya Jeremy pun ada hati dekat Go Mi Nam, satu episod masa dia menangis dalam bas, betul-betul nampak REAL. sedih gila scene tu. oh, btw in real life Jeremy (Hong Ki) pun member boyband korea jugak, FT ISLAND. suara dia kiut sangat, aku sukeeee :D




yang bestnye pasal drama ni, semua main actors boleh menyanyi, even diorang sumbangkan suara untuk soundtrack drama ni. suara Jang Geun Suk boleh tahan, Shin Hye pun best jugak, ala-ala suara Yuna. tapi aku paling suka suara Yong Hwa dengan Hongki. tak heran sebab diorang memang ada band sendiri pun. sekarang aku tengah usha-usha lagu CN BLUE dengan FT ISLAND yang best aku nak download semua. winkwink



OST YOU'RE BEAUTIFUL

My Heart is Cursing (Kim Dong Wook)
Nothing Said (Jang Geun Suk)
Still (as Ever) (HongKi)
Promise (Hongki)
Song for a Fool (YongHwa)
What Should I Do (Jang Geun Suk)
Descend from Sky (Miss S)
Lovely Day (Shin Hye)
Without Saying (Shin Hye)

OST You're Beautiful ni lebih kurang je sebenarnya, tabboleh nak beza sangat pun. tapi sebab dengar banyak kali, terus semua jadi best. terus semua aku pegi download. hehe ;)






oklah nak pegi siapkan keje yang dah berapa lama tertangguh. 
bye, assalamualaikum



19 December 2010

Oreo Cheesecake


semalam aku try buat Oreo Chessecake. lepas tengok resipi dekat blog sherah terus rasa, "oh senang gila nak buat kek, nak buat! nak buat! mesti buat!" akhirnya semalam, terbuat jugak akhirnya. thanks sherah for the recipe! hehehe

Bahan-Bahan:
Oreo 2 paket
Philadelphia cream cheese 250g 
butter 50g (butter di rumah)
whipping cream 100ml
fresh milk 80ml 
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar gelatin + 40ml air panas



overall dia punya budget RM32. cheese cream tu ha yang mahal sangat, setongkol sepuluh ringgit, ada ka patot? tak patot, tak patot... sebab first time buat, semuaaa benda nak beli baru. contohnya gula perang nak pakai sesudu je tapi terpaksa beli sekilo terus. gelatin tu pun sama, nak pakai secoet je tapi terpaksa beli sebotol. kalau ada kedai kampung yang jual timbang, aku pegi beli dah. (woi jangan berkira boleh tak?) tapi lepasni kalau nak buat lagi, banyak barang dah ada, so tambah beli cheese cream setongkol tadi jelah. lain-lain takpayah beli dah. hehe bagus bagus. 




untuk buat crust dekat bawah, kita amik dia punya biskut je, inti krim tu tolak tepi dulu. aku pakai oreo sebungkus, cream-o sebungkus. sebab cream-o lagi murah, lepastu gram lagi banyak, tapi rasa lebih kurang oreo je. aku campur biskut tiger coklat sikit nak kasi crust dia tebal. malas nak perancur sekeping-sekeping, ON blender grum grum sikit, hancur semua. lepastu masukkan gula perang dengan butter, kacau kacau kacau sampai sebati kemudian padatkan dalam bekas. inilah dia crust kita. sejukkan dalam peti ais seminit dua. 




yang ni cream cheese, masukkan selonggok dalam mesin ni, gelek-kan ia bersama sama dengan whipping cream, fresh milk, gula halus, dengan gelatin yang dah campur dengan air panas tadik. kelam kabut punya pasal, aku pegi campur gula kasar. sebaik sahaja dimasukkan baru tersedar, ALAMAK GULA BELUM BLENDER !!!! berbijik-bijik gula PRAI tu sebab tak kisar bagi peraluih awal-awal. tapi takpelah halal jelah. aku dan keluarga aku je pun nak makan, bukan nak kasi dekat keluarga bakal mertua pun. wahaha.




campuran cheese tu sepatutnya campur dengan oreo hancur, supaya dapat effect bintik-bintik gitu. macam oreo cheesecake secret recipe? awal-awal aku dah asingkan biskut oreo tiga keping untuk hiasan. alih-alih kau tauuuu... tiga-tiga abis kena ngap dengan adik aku, entah bila dia seludup keluar plastik oreo tu aku taktau. aku sedar pun time dia masuk dapur sambil pegang cebisan biskut terakhir. apelagi, aku terus HOIII TU BISKUT MANE ADIK MAKAN?!!! kurang-kurang kalau cebisan tu sempat diselamatkan boleh la jugak aku perancur masuk dalam layer cheese tu kan. ini tidak, aku jerit je,, terus dia sumbat dalam mulut. hampegas punya adik. aku cakap, "okay boleh amik BISKUT TIGER", dia pegi amik BISKUT OREO. geramnyeeee!!!!




sepatutnya surface kek ni letak kepingan biskut oreo, tapi sebab kejadian di atas maka aku letak M&M minis je. geramnya takbuleh buat effect bintik-bintik! istighfar panjang-panjang untuk kawal kemarahan sambil masukkan kek ke dalam peti ais. cool, cool, bertenang, bertenang. 




lepas 5 jam aku keluarkan daripada peti ais, DAH SIAP! saat yang paling berdebar ialah saat nak rasa sedap ke tidak kek yang aku buat,,, jengjengjeng. layer cheese dekat atas tu sangat yummy, hehe. (nasib baik nasib baik) cuma crust dekat bawah tu macam manis lepastu keras sikit la. (terlebih gula ke, butter ke aku taktaulah. maybe sebab aku tambah biskut tiger kot?) yang peliknya adik aku yang songlap biskut tu suka pulak dengan crust bawah tu. (alah budak kecik kann... nak yang manis-manis aje) elokla tu. bagus sangat. aku korek-korek makan yang atas, kerak hitam tu aku kasi dekat dia. HAHAHA. nak sangat makan biskut kannnn, nah amikla kau makan puas-puas. yang cheese tu jangan berani-berani nak sentuh ye, harapmaklum. 



ape-apepun kalau korang nak tengok resipi detailed boleh refer dekat sherah, bagus gila dia tunjuk gambar step by step. okay bye-bye selamat mencuba :)


DISABLE