10 March 2011

Weekend dekat Terengganu (Day 2)



sila amik perhatian bahawa entri ni ditulis sebaik sahaja aku selesai menulis entri Day 1. tengok, banyak gila masa lapang kau boleh menulis blog semuaa. itulah, petang tadi baru hantar esaimen. lepastu nak tunggu hantar next esaimen macam lambat lagi (padahal next week) so boleh gedik-gedik goyang kaki dulu. berenti cakap banyak, mari cekidaud aktiviti 2nd day pulak dekat Terengganu:


pagi-pagi dah check out daripada homestay, amik gambar dengan banner siap, macam nak buat mogok lapar depan tuan punya homestay ke ape?


aku duduk menyorok dekat belakang sebab taknak kena panas. (ceh alasan. sebenarnye malu nak pegi duduk depan)



destinasi pertama; TAMAN TAMADUN ISLAM. alah yang ada banyak replika masjid tu... best woi, macam menjelajah satu dunia. tapi haritu kitorang macam jalan sekejap je, tak puas amik gambar :(



pusing keliling taman tu dengan mende neh. tapi slow gila. agak-agak kalau diri aku yang tak berapa nak atlet ni joging dekat sebelah pun, aku yang sampai dulu kot.



masa nak naik ketapi slow ni, aku punyelah beria berlari duduk seat paling belakang. bajet nak berebut. aku copkan seat dekat member aku skali. lepastu aku jerit ajak member aku tu duduk belakang. tapi padan muka aku dia tak dengar, siap duduk depan lagikk. ces. lepastu datangla budak budak ni ha duduk belakang, terus aku loser sorang-sorang tsks. buat malu je aku beriye berebut -_-"



member aku yang sedang bergembira dekat depan. tak patut, tak patut... harharhar



replika masjid:
















aiii... penuh gambar sendiri je... nak mampos ke?



ok, ok mintak maaf kerana poyo. bertenang semua jangan marah-marah. aku letak gambar pemandangan dengan gambar beramai-ramai pulak eh, 










next... Water Cruise !!!




with Mama Nadia (BERANI MATI kau panggil cosmate sendiri sebagai mama) and Uncle Lai (ni pun satu hal kejadah nak ber-uncle uncle dengan orang padahal kau bukan anak sedara dia pun)







pemandangan MASJID KRISTAL daripada bot... 
masyaallah lawanye awan tu kan....



muka kembung ni lagi.... AH DIAMLA KAU.


sebelum balik shopping dekat Pasar Payang acara yang paling ditunggu-tunggu...



ok habeh dah. itulah saje mendenye... holiday yang best tapi kalau lagi lama lagik best. TAHNIAH dekat semua AJK pelaksana program... sebenarnya gambar-gambar ni semua kalau bukan dari kamera aku, maksudnya aku ciloks dekat Facebook lah tu. hehehe... aku berdoa supaya tuan-puan punya gambar tak sedar aku telah curik gambar diorang. harharhar



setiapkali nak menamatkan entri wajib pikir alasan untuk berenti menulis. OK lah, aku nak pegi basuh baju bertimbun satu raga ni hah. baju bau keropoks lekoq. ciau~



3 comments:

Unknown said...

salam kenal dari sumanje

Jemput singgah sini...

Thanks....
~~Sumanje

biskut chipmore said...

ala comelnya kamu... bestnya jalan2

-Incek Fik- said...

Subhanallah! Cantik betol gambar pemandangan kat Masjid Kristal tu..

Awan dia pon ader cam tertulis Kalimah Allah~

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE