16 June 2011

Burger GCB McD, Lisa Surihani dan Anjing Cilakak



Assalamualaikum warga blog. 




lama gila tak merepek dekat sini eh? bukannya apa, aku busy bekerja. sekarang kan cuti semester... aku keje dekat Mekdi. pagi keluar mencari rezeki, dekat-dekat nak malam baru balik, so takde masa nak merepek sangat dekat blog sebab sepanjang masa dah merepek membuat onar dekat tempat keje. he he. serius cakap keje Mekdi memang best. selain dapat pegi piknik crew macam semalam dekat PD best gila (tapi takpa, itu cerita entri lain); dapat jugak makan mekdi hari-hari. sebab mekdi ada pelbagai menu, masa tengah keje menggoreng fries atau mengemop lantai mesti terbayang-bayang dalam kepala, ".... harini aku nak pilih kombinasi makanan dengan air apa eh?..." tengok, betapa payahnya nak buat keputusan menu lunch break macam nak buat pilihan kursus yang perlu diambil selepas SPM. 


tapi harini tak berapa nak payah sangat, sebab semua crew yang bekerja lebih 4 jam boleh makan GCB. harini baru keluar woi, rasa nak menangis sebab boleh makan GCB secara percuma pada hari pertama pelancaran, kesian gila tak? 




bercakap secara serius (seriously speaking) bege ni sedap gilaaaa. (ceh promot) sebab daging ayam dia tu disalai lepastu dia sapu ngan minyak zaitun ke ape tah, serius sedappp! tengok rege la, a la carte rm8++ kalau set fries (didatangkan dengan BBQ mcShaker) + coke rm12++. boleh tahannn. tapi berbaloi la kalau kau nak terai sekali. banyak kali pun takpe. harhar. 


habis bekerja masa nak singgah maghrib dekat ground floor aku terpandang suatu bentuk keriuhan, segerombolan manusia tengah kerumun rak-rak tuala wanita. apemende ni hoi? aku yang busybody pun pegilaa menyempat. tiba-tiba aku ternampak... LISA SURIHANI ! peh lawa gilaaaa, dahla tinggi, putih melepak, gigi perfect dan senyuman yang sangat menawan. aku pun apelagi, terjongket-jongket le ambik gambar pakai kamera 2.0megapiksel aku neh. tsk tsk. nampak le jugak sket-sket batang idung LISA SURIHANI, bolehla dijadikan bukti tunjuk dekat orang kampung nanti....




putih gila! bilala aku nak jadi putih macam lisa... lumur Fair n Lovely 10 tiub dekat muka pun belum belum tentu boleh jadi putih macam beliau....


sebab semua orang nak berebut ambik gambar (dengki ngan aku agaknya. haha) so aku pun blahla dari tempat tersebut. masa ondaway balik tu, aku lalu jalan gelap. memang takde lampu. aku selamba je. dekat jalan tu ada pondok pak guard UPM, tapi gelap takde orang sebab dah malam. biasanya siang baru ada pakguard berjaga dekatsitu. tibe-tibe aku terdengar bunyik daripada pondok tu. seram dol. dia macam, bunyi berkeletuk keletang. tibe-tibe lagi, keluar anjing sekoq. besarla jugak. kaler putih. otomatik aku terus, "...... aaaaa tolonggggg" aku tak pernah menjerit kuat gila macamtu. hahaha. aku ingatkan anjing tu nak datang gigit aku ke ape, dekat je kot dalam 10-20 meter. tapi dia berlegar-legar je dekat situ. nasib baik! aku dah cuak dah. dasar najis mughallazah betul! 

sekarang aku dah sampai bilik. dah lama dah sampai. haha. alhamdulillah nasib baik tak kena gigit! aku nak mengemas-mengemas dengan basuh baju. esok aku tak keje, banyak benda nak kena setel. bye!


5 comments:

wanie said...

kikiki aku dah terbayang ko lari macam usin dlm cite kak limah tu. ekekeke boleh pulakkk jerit mintak tolong :P

Syahira Mansor said...

tak... aku tak lari. aku jalan laju2... aku takot karang aku lari, dia beriye kejar aku macam kejar frisbee.

ENCIK TIKUS said...

adventure gila cerita kau

WZulhilmi said...

The berger! <3

Zizie Zizot said...

NAK GCB PERCUMA JUGAK!

Entri Terkini : Senarai Kanak-Kanak Popular.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE