10 August 2011

First Roller Coaster Experience @ Genting Theme Park



first time aku naik Roller Coaster bulan Jun lepas dekat Genting. Aku pergi masa birthday aku sebab dapat FREE PASS. nak nak birthday aku jatuh hari Isnin pulak, komfem takde orang. peluang yang tak boleh dilepaskan! so aku pergilah. yeah call me lame umur 21 baru nak pegi Genting whatever. haha. dan seperti yang dijangka memang tak ramai orang pun sebab weekdays. takpayah nak beratur beratur kalau main game sebab orang tak ramai :D






first game yang aku main ialah Spinner dekat entrance tu. pusing-pusing. biase je takdela mencabar mana pon. bosan berpusing, aku pegi stesen Monorail. kalau ikut flyers, monorail tu akan bawak guest round satu theme park. TAPI LAST LAST MENYESAL GILA AKU NAIK!!! beratur tunggu monorail dah 30 menet. lepastu dia punya jalan 30 menet, lembab nak mam. kalau aku tahu lembab macam tu baik aku jalan kaki je. ceh rugi masa aku! -_-" 






lepastu daripada atas monorail aku ternampak Flying Coaster. macam lajuuuuu je. so aku terus macam, INILAH YANG AKU CARI-CARI SELAMA NI! INILAH YANG AKU MAU! turun dari monorail terus berlari-lari anak pegi dekat Flying Coaster. tapi menda ni takboleh pakai tiket outdoor park. kena beli tiket asing yang rege RM10. tak kisahla. masuk dah free, ape salahnya spend sikit untuk ke-oseman yang melampau? 




lawaknye mende ni ialah, kau masuk dalam keadaan berdiri. lepastu bila dah tutup kemas-kemas dia akan menelentang, jadi kau akan ride dalam keadaan macam meniarap. 




nama pun Flying Coaster. bolehla bajet-bajet terbang. 



memandangkan ni Roller Coaster ride aku yang PERTAMA, aku memang menjerit gila-gila. LAJUUU WOI ! macam nak melambung je. sebab cuak sangat terus aku pejam mata SEPARUH daripada ride tu. tapi mulut tak berenti menjerit-jerit. gila betul. first time main terus pegi dekat yang advance. patutnya kena main yang simple-simple dulu. (monorail? eh tu dah terlampau simple. maksud aku, roller coaster yang bukan jenis terbang macam ni ha.) bila dipikirkan balik macam rugiii sangat aku pejam mata tau, sepatutnya masa nilah nak kena celik luas-luas dan menikmati kelajuan dan ketinggian yang dijanjikan, barulah maximum dia punya thrill. apepun serius best. berbaloi 10 ringgit. 


lepastu aku tengok Corkscrew macam takde orang, terus *lari2* pergi beratur. yang ni roller coaster yang normal, yang duduk. menjerit tu WAJIB PUNYA. yang ni pun best jugak. aku ingat nak main skali round lagi, tapi bila aku nak beratur tu dia cakap ride ditutup sekejap untuk maintenance. =,= kecewa! tapi takpe, game lain banyak lagi !!! *lari lari anak lagi pegi cari game lain*





next roller coaster ialah Cyclone. tapi dalam bentuk minicar, sebijik muat 4 orang je. since dia takde inverted loop cuma turun naik rel je, jadi safety belt dia dekat pinggang semata-mata, dekat badan memang takde. berderau jugakla. buatnye melambung keluar, mati sia-sia je. mati dekat mana? dekat Genting. City of Entertainment. macam takde tempat lain nak mati. buat malu kaum keluarga je -_-"


lagi aku main Pirate Ship. ok la. tapi game-game Roller Coaster still the best. lepastu round dekat First World Plaza, makan-makan, ambik gambar kejap. oh bercakap pasal gambar baru aku teringat. aku berjaya snap 4-5 keping je pakai digital cam. sebab apa? sebab bateri kong. so semua gambar ambik pakai kamera lomo. yang sampai sekarang tak siap-siap cucinye. sial betul. macam mana la keluar holiday boleh lupa nak charge bateri camera?!!! camera handset pulak 2mp je, nak bawak keluar pun rase malu. EPIC FAIL sangat-sangat -_-"


antara gambar yang berjaya disnap sebelum kamera kong:



dengan budak Indon mane tah. dalam Monorail yang slow tu la.... 




tengok gambar ni macam dekat Chernobyl. takde rupe City of Entertainment pun. kaler semua dah luntur-luntur. cat baru la wei. biar kalerful sikit?



sebelum balik aku sempat main game mengait itik kuning dalam kolam. kalau dapat itik bernombor 1, 2, 3 boleh dapat teddy bear. tapi haram sekecik-kecik teddy bear pun takdapat. habis macam tu je duit aku sepuluh ringgit buat beli token. macam bangang sangat. daripada memperabihkan duit dekat mende merepek yang ni..., baik aku gi main Flying Coaster lagi skali round. ade la jugak pekdahnye. bila pikir-pikir balik, game yang bergantung pada nasib. tak macam berjudi ke wei? *_* jadah betul. petang-petang sikit aku balik. ikutkan hati takmau balik lagi, nak sejuk sejuk lagi. tapi sebab semua game dah main aku nak tunggu apemende lagi?


pengalaman best, menjematkan sebab FREE admission, dan yang paling penting berjaya naik semua roller coaster yay! daripada cuak-cuak, terus jadi ketagih nak naik roller coaster sampai balik KL pergi main dekat Cosmo World pulak. kemainn. nanti aku sambung dalam next entry okayy. bye!



6 comments:

Noraini Azhari said...

wahh.. bestnya.. penah pegi dulu tp x dpt nek pon roller coaster.. sob!

WZulhilmi said...

untunglah ko.. sobs sobs. eh space shot tak naik ke?

Umie Nadhirah said...

bestnye Itik Kejammm. memey kejam.

Unknown said...

wowwww bestnyewwwww hihi

qwert. said...

nak jugak gi Genting ;[

Albert Kennedy said...

nak ikut jugak..
tapi saya belum pernak pergi Malaysia,salam kenal buat anda.
jangan lupa datang ke Myblog dan Follow juga ya....

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE