24 January 2011

Sam Tsui




masa tengah skodeng-skodeng Youtube, aku terjumpa cover version lagu Just A Dream; lagu asal oleh Nelly. versi cover ni performed by Christina Grimmie duet dengan Sam Tsui. Christina tu aku biasalah dengar, dia memang selalu buat cover lagu dekat Youtube, viewer pun dah berjuta. tapi si Sam ni aku belum pernah dengar lagi, ni kira first time nak try. so takpayah cakap banyak, aku pun tekanla butang PLAY. 




kau tau tak; versi duet diorang BEST GILAAAAAA!!!! 
percayalah cakap aku, serius aku tak tipu wey. even, lagi best daripada penyanyi asal. wohhh.



Just a Dream (cover version)
by Christina Grimmie and Sam Tsui





silalah kompare-mengcompare antara versi cover dengan versi original yang suam-suam kuku. wakaka.




hmmm, macam comel pulak si Sam Tsui neh. 
terus aku pegi LIKE dia punya Facebook fanpage. kau jangan main-main, 200k ++ LIKES!








lepastu aku google pasal mamat neh; rupanya muda lagikkk! baru 22 (ade can, ada can). seorang Chinese yang bermastautin dekat US (oh patutla muka cina-cina) and currently studying in Yale University. student U rupanya, ingatkan menganggur. omaigod omaigod (haaa setat dahtu nak jatuh cinta haha) 








nak best lagi, rupanya mamat ni pandai gila melukis, i mean, bukan melukis level budak-budak yang hantar dalam majalah Dewan Pelajar tu tidak. tapi Picasso, Leonardo da Vici punya level. bapak la. tak percaya cuba kau tengok sendiri lukisan dia dengan bijik mata korang. perghhh. mana boleh aku tak terjatuh cinta dekat lelaki yang genius melukis camni woi,







dekat buku nota (yang macam buruk) pun boleh jadi lukisan lawa









gila telented mamat ni woi !!! (berapa kali nak jerit daaaa)





dahla pandai menyanyi, pandai melukis pulaktu. rasa macam sekarang jugak nak pergi mengorat dia dekat Yale. tapi payah la sikit, sebab dia slalu berkepit dengan member dia si Kurt. jangan gay sudahla. member dia yang jadi pianist, guitarist, untuk lagu-lagu cover version dia tuh la. 



dalam cover video The Only Exception:


Sam Tsui dengan Kurt. kalau nak dapatkan Sam aku kena hapuskan si Kurt dulu. eh? 




cuba kau tengok dia menyanyi solo pulak:
If I Die Young;









16 January 2011

Ayun Ayunar, Husna Lana & Eno Farhana.



assalamualaikum, alhamdulillah bernyawa lagi.


this weekend, UPM ada organize Hari Siswi. semalam ada Siri Interaksi Keusahawanan dekat Dewan Besar. so, disebabkan aku neh ahli Sekretariat Keusahawanan dekat kolej aku maka aku telah diugut diajak oleh Bos Besar untuk datang talk neh. hehehe.



dekat dewan tu ada jual-jual. lepastu jumpa dengan Ayun Ayunar, terus ajak dia amik gambar. kau kenal Ayunar tak? Ayunar ni jual inner kaler-kaler tu ha, macam artis dah aku tengok. dahla friendly, lawa gile pulaktuh. nasib baik dia dah bertunang. kalau belum mesti aku dah kenenkan dia ngan abang aku. (EH? kau ada abang kandung ke? baru teringat sebenarnya aku anak sulung) anyway, dia pun salah sorang ahli panel yang kasi talk masa Siri Interaksi Keusahawanan tuh.




cantik kan ayunar? haaaa, tu la Bos Besar aku merangkap pengerusi Sekretariat. yang pakai tudung biru tu ha. nama dia Eno Farhana. bloggers jugak neh. dia perdayakan aku! dia cakap takbley pakai jeans tapi sebenarnye boleh je!!! tengok, aku dah terpedaya pegi pakai suar slack macam budak skolah!!! woah, mengadu dekat blog, kehkehkeh *balasdendam balasdendam* 




yang belah kiri tu, Husna Lana. tengok muka sikit, hmmm familiar tak? familiar tak? ya betol !!! husna ni adik Huda Lana. satu kos dengan aku, tapi dia batch 2nd year. aku batch tua-tua sikit, 3rd year. untuk makluman (nak maklum dekat sapa woi?) aku satu batch dengan Eno Farhana yang dekat atas tu ha.



hasil daripada godaan mereka berdua aku telah terbeli inner Ayunar yang kaler-kaler, sebab macam comel tengok diorang pakai. dahla murah 8 ringgit je (beli dua dapat 15) nanti aku upload gambar aku pakai inner ayunar dekat sini bagi korang muntah darah. naktak? nak la. hahahahhaha


bye,



15 January 2011

Wasiat Sakarotul Maut



balik daripada event dekat dewan besar tadi, aku singgah cafe dekat kolej. aku order teh ais. bungkus. harga dia seringgit empat, aku hulur dua ringgit dekat akak endon tuh. bakinya aku amik gula-gula. keluar aje cafe terus aku slurpppp.... skali... rasa dia lain macam. macam ada campuran clorox ke air sabun ke ape tah. dahla tawar, rasa susu takde. rasa teh nye lagila takde. aku slurppp skali lagi nak komfemkan, betul ke tidak rasa clorox.


SAH! memang clorox-clorox sikit. lepastu nampak tong sampah, terus aku campak air tu laju-laju. sekarang aku dah rasa lain macam. rasa kering semacam lubang tengkuk aku ni ha. kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, in case apa-apa terjadi dekat aku malam ni...


kalau aku ditemui terbongkang sorang-sorang dalam bilik, dengan mulut berbuih ape semua, tolonglah tegakkan keadilan demi aku. tolonglah sesiapa pegi saman cafe yang jual air tuh. dan duit kemenangan hasil saman, aku harap dapat disalurkan kepada family aku untuk bayar hutang ptptn. 


ok sekian, terima kasih.



12 January 2011

Penderitaan Bibir Kering



sebenarnya takdelah penderitaan sangat pun. game Penyeksaan Tak Bernyawa lagi menderita kot? tapi rasa tak sedapla. dekat keliling bibir tu macam mengelepek, lepastu pedih-pedih. kadang-kadang rasa macam kebas, macam takde bibir. haih justin bibir betol. 






oh, thats not some random bald man. it's me, duh. aku malas nak lukis tudung. tak reti. nak buat rambut wave-wave kang orang ingat aku freehair pulak. (sila rujuk atas) (fuhhh tu diaa, siap besarkan gambarajah lagihaaa, itulah dia penyakit yang sedang aku hidapi. dia macam kering-kering dekat sekeliling bibir tau, lepastu pedih sikit. rasa tak bermakna betul hidup kalau macamni. 



aku tak sure kenapa. nak kata dosa mengumpat banyak sangat, aih setakat ni terkawal lagi. aku mengumpat dekat twitter je kot? takkan sebab pakai lipbalm? pelik... pelik... takkan ada orang lumur clorox dekat lipbalm kasi pedajal sama aku? ke...... sebab lipstick tak sesuai dengan bibir? macam mustahil je... dah nak abes se-stick dah pun, tibe tibe nak bagitau tak sesuai, amboi banyak kau punye songeh? ingat aku taktau kau nak pergi claim tukar lipstick baru dekat watson? T_T 



nak kena pergi klinik tak? kalau pergi klinik, macam beriya tak? 





11 January 2011

Penyeksaan Geletek Tak Bernyawa




masa menulis entri pasal adik lelaki aku, aku teringat jaman kitorang budak-budak dulu. bab bergaduh nombor satu. berebut remote, berebut makanan, kata-mengata dan sebagainya. yang menjadi kebiasaannye pergaduhan secara fizikal la. mencubit, bertumbuk, bersepak, berterajang, muay thai boxing semua ibarat rutin harian. tapi dalam banyak-banyak, aku teringat ada satu teknik mendajal yang pernah aku amalkan dekat adik aku masa dia kecik-kecik. masa dia muka suci tak bersalah. (sekarang tak suci dah). teknik ni aku panggil, GELETEK TAK BERNYAWA. nama takbuleh belah tu. taknak kalah. 





cara-caranya ialah: tutup muka mangsa dengan bantal, kemudian geletek perut mangsa sekuat hati. wakakaka menggelupur habis. kalau tak paham sila rujuk gambar di bawah: (ceh siap tunjuk gambar rajah, nak mengajar budak-budak ke apa?) *take note gambar dia agak 18SG, kalau ada budak-budak sekolah yang kebetulan view blog aku neh silalah beredar sekarang ye adik-adik.* oh zither takpe dia dah lepas SPM dah kira 18 ar tu haha.










bantal yang digunakan mesti lebih besar daripada saiz kepala mangsa. tapi ingat, durasi menggeletek antara 15-30 saat sahaja, lama-lama kang kena sesak nafas betul-betul TAK BERNYAWA mangsa kau, azab... jadi apa-apa kau jangan nak salahkan aku eaa. jangan pandai-pandai pegi balai polis report aku mengajar benda-benda SG, sape suroh kau ikut buah pikiran aku. wakaka. 





*ok sambung* untuk selamat, lepas kau geletek mangsa tu, kau terus lari laju-laju masuk dalam bilik dan KUNCI PINTU dari dalam. dengan itu kau akan terselamat daripada di harm oleh mangsa, ok paham? kalau aku dulu, tak berapa nak selamat jugak. sebab adik aku akan amik buku-buku sekolah, dia ugut kalau tak keluar dia nak koyakkan. aku gelak je dalam bilik. kehkeh. berani kau nak koyak buku aku? HUH CAKAP JE LEBEH! skali.... dia koyak betul betul T___T





tapi sekarang ni aku tak berani main GELETEK TAK BERNYAWA dah. sebeb adik aku lagi besar daripada aku kot. sekali di terajangnye dekat perut, koma tak berlagu la aku dalam wad ICU... hu hu hu 




09 January 2011

Mek Tonk Hite



 Assalamualaikum...

sebenarnya aku malas nak update. aku ni kan pemalas. tapi bila teringat (notification FB yang tolong ingatkan) bahawa hari ni ialah birthday adik aku Syafiq maka aku pun buatla satu entri khas untuknye. khas la sangat. ye lah kita kan best-siblings-forever kan kan kan? yek.



nama adik aku ni, Syafiq tapi aku panggil dia MTH which stands for Mek Tonk Hite. "Mek Tonk" tu origin from bahasa Kelantan, aku pun taktau maknanya apa. "Hite" tu pulak hitam, sebab dia lagi hitam daripada aku. (yela yela aku tau aku pun hitam jugak ada hati nak mengata warna kulit darah daging sendiri sebagai hitam?) walaupun macam takde motif tapi nama MTH tu melekat jugak la dikalangan kitorang adik beradik. dengan ayah-ayah aku skali panggil dia MTH. wakaka. 


bila tengok adik aku ni, mesti dalam hati aku macam, "eeee poyonye..." macam menyampah betul dengan kelakuannya. kadang-kadang OK, rasa tak menyampah pulak. tapi pada kebanyakan masa menyampah la....


si MTH ni sekolah agama, duduk dekat asrama pulaktu. tapi takdelah jauh mana pun. alah Machang je pun. tapi kan, tiap tiap minggu bila MTH balik rumah mesti mak aku masak sedap. time aku balik jauh-jauh dari Serdang neh, takde pulak makanan-makanan extrabaganzah, haih tak adil! tak adil! 


kehidupan di asrama yang membelenggu


wah! ramai-ramai mengadap laptop buat apakah? 


tahun lepas masa result PMR adik aku keluar, ada kes sikit. adik aku pegi amik result dengan ayah aku. (ok, ayah aku merangkap ayah dia jugakla kan) lama diorang pegi, . mak aku dekat rumah ni ha dah menggigil lutut curious nak tahu anak dia dapat berapa A. tibe-tibe dalam pukul 1 macamtu, MTH call rumah, dia bagitau dapat 4A. dapat je berita tu, mak aku terkesima. nak kata sedih tak jugak, nak kata gembira lagila tidak. dia macam diam sekejap lepastu dia bebel sorang-sorang. "itulah malas belajar, main handset je keje... padan sangatla dapat 4A... bla bla bla (sambil berlalu je dapur)"  aku taktau nak cakap apa. 4A JER?!!!


tak lama lepas tu ayah aku sampai rumah. ayah aku sorang je, MTH tak balik skali. katanya MTH ni pegi makan-makan dengan kawan sekolah dia. belum puas potpet potpet sorang sorang dekat dapur tadi, mak aku sambung potpet potpet dekat ayah aku pulak. frust abes anak dapat 4A. ayah aku pun layankan jelah, 



geng dekat asrama: semua hensem, kecuali adik aku. wakaka.



mak aku: itulah, dah dapat sikit nak pegi makan-makan lagi. dia pulak tumpang gembira orang. 

ayah aku: hmmm saya dah bagi 50 ringgit buat makan-makan dengan kawan kawan. takpelah biar dia tenang-tenang dulu. dah rezeki dia banyak tu je, nak buat macam mana?

mak aku: apa yang dapat A? mana slip?

ayah aku: saya tak ingatla. sains, math dia dapat A. english pun A jugak..... slip ada dengan dia.

mak aku: itulah sapik. orang suruh baca buku malas. main handset je keje bla bla bla (modal sama dengan bebel dekat dapur tadi)


ketaksuban dengan handset menjadi punca kemusnahan.....



dekat pukul 2 macam tu adik aku balik, tersengih-sengih. dalam hati aku, "eeee budak neh nak sengih sengih pulak, makan penampor jugak kang. cuba la buat muka insaf sikit" mula-mula tu, makan bebel jugakla adik aku. kahkah. tapi dia senyap je. lepastu masa mak aku diam tu dia bawak keluar slip. skali..... AMIK KAU 8 A , terkejut mak aku. dengan aku-aku skali terkejut. 

CIS! RUPENYE DIORANG DAH BERPAKAT NAK MENIPU RESULT, sume ni ayah aku punye keje, diorang plan awal-awal dekat sekolah lagi. CISSSS!!! berasap jugakla sebab kena tipu. ayah aku cakap, nak tengok reaksi mak aku. haha. seminggu tu mak aku asyik mengungkit benda samaaa je. syukur, dapat jugak 8A. tapi Arab dia C. 8A 1C? kahkahkah. sama je dengan result PMR aku dulu. 



haaa yang baju merah tu besfren adik aku, Kusyeri. diorang berkawan daripada darjah 5 lagi. dulu kecik-kecik je dua-dua naik basikal pegi tuisyen. kahkah. yang dalam gambar ni masa diorang pegi khidmat masyarakat dekat kampung orang asli mana tah.... aku dah lupe. 


macam ketua geng malaun,



ok dahla. 

Selamat Hari Jadi. 

dapat call free CELCOM tu jangan lupa helo-helo orang sini. 
bye.



DISABLE