16 March 2011

Fail Tertinggal Dekat Mid Valley





fail buruk aku, kaler biru




aku pergi cucuk duit dekat ATM dekat pintu keluar ke komuter tu. aku letak fail biru atas mesin ATM kejap. tapi sebab medula oblongata tak berapa nak function sangat. belum beruban dah nyanyuk lain macam. tup tup aku terlupa nak ambik balik fail aku tu ha. lepas cucuk duit terus aku melenggang blah begitu sahaje. terus lupa dekat fail. lepas solat Asar dekat komuter Serdang dalam pukul 6 macamtu barulaaa aku perasan fail aku dah takde. nak taknak aku pun naiklah komuter pergi Mid balik. bangang tak bangang.






rasa bangang seperti baru lepas kena lempang. biol kejap palotak.




macam yang aku cakap fail tu buruk dahpun. dah boleh buang kelaut. tapi aku sayang. sebab dalam tu ada beberapa helaian kertas yang aku sayang. satu; planner buatan sendiri menggunakan kertas A4. macam-macam benda aku conteng atas planner tu. tarikh nak hantar esaimen, event-event penting yang berlaku dalam hidup, dan sebagainya. aku malu kalau ada orang terjumpa lepastu terbaca planner aku tu sebenarnya. kedua; nota Chapter 3 and Chapter 6(fotostat punye) subjek Keusahawanan. Sabtu ni ada test woi! ketiga; mind map tentang cara-cara hendak buat esaimen perkembangan kerjaya yang ni pun aku sayang jugak. dan nota-nota kecik yang lain.





sampai aje Mid, terus aku pergi dekat mesin ATM tu, gagau punye gagau, tapi TAKDE PAPE pon. sahla dah ada orang amik. aku pergi tanya dekat customer service counter, tapi takde apa-apa maklumat yang berguna. aku isi jelah borang barang hilang :( sapa-sape yang ada terambik or buat-buat terambik tu, tolonglah pulangkan balik. hari Isnin lepas 14 Mac 2011; kemungkinan tertinggal sekitar pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang. atas mesin ATM CIMB dekat pintu nak keluar ke komuter tu ha. sapelaaa yang songlap... fail buruk cenggitu pun nak dijadikan rete ke? lahabau betul. hmm entah entah makcik cleaner campak dalam tong sampah kot? 



wherever you are my dear, i'll be missing you okayy tsk tsk;





15 March 2011

Hantu Kak Limah dalam Komuter




this evening around 6pm i was on KTM Komuter; journey from Mid Valley to Serdang. nak dijadikan cerita, there's a middle-aged woman in the coach, tanned, not-so-friendly-looking and have this big, curly hair. in front of her was a young boy, i thought he would be around 3 or 4, sitting on his mother's lap. at first, this boy continuously asked his mother about almost everything he saw throughout the journey (he's cute funny and innocent everybody was looking at this boy, wondering how smart he is) until his mum told him to remain silent. 




this is when the boy start to notice that big-curly-hair woman in front of him. i realized that this boy stared at her in amazed (with rolling eyes and all) for 2-3 minutes, looking at that woman, and his mom, and that woman again, then his mom. when suddenly, he shouted "MAKKK! HANTU KAK LIMAH!!" (while pointing his finger to that woman) HAHAHA lawak gilaaa. i bet everyone was laughing in the inside, they just didn't show it. hahaha






kids. they are just plain innocent. haha.



11 March 2011

Muka Bertompok


2 minggu lepas masa aku demam teruk, kulit muka aku menggelupas tau, dia bukan menggelupas semua tapi dekat certain-certain spot. menggelupas dia tu, macam kita bubuh gam dekat muka lepastu bila gam tu kering macam ada kepingan putih yang boleh kupis kupis tu, kau paham tak aku cerita ni?





lepas aku kupis tu kan, dia macam okey je. tapi lepastu baru aku perasan muka aku jadi bertompok-tompok putih dekat tempat yang dah dikupis tu. yelah kaler kulit aku ni takdelah cerah pun, macam asli-asli sikit so perbezaan warna tu macam jelas sangat. macam penyakit panau, kau paham?




sekarang aku tengah pikir macam mana nak hilangkan kesan tompok-tompok ni semua, nak bubuh concealer ke, nak comor krim ke, telan pil ke, ape? kalau ada idea bolehla share dengan aku. sebab aku rasa takbest la, rasa diri aku macam panau gila. 







10 March 2011

Weekend dekat Terengganu (Day 2)



sila amik perhatian bahawa entri ni ditulis sebaik sahaja aku selesai menulis entri Day 1. tengok, banyak gila masa lapang kau boleh menulis blog semuaa. itulah, petang tadi baru hantar esaimen. lepastu nak tunggu hantar next esaimen macam lambat lagi (padahal next week) so boleh gedik-gedik goyang kaki dulu. berenti cakap banyak, mari cekidaud aktiviti 2nd day pulak dekat Terengganu:


pagi-pagi dah check out daripada homestay, amik gambar dengan banner siap, macam nak buat mogok lapar depan tuan punya homestay ke ape?


aku duduk menyorok dekat belakang sebab taknak kena panas. (ceh alasan. sebenarnye malu nak pegi duduk depan)



destinasi pertama; TAMAN TAMADUN ISLAM. alah yang ada banyak replika masjid tu... best woi, macam menjelajah satu dunia. tapi haritu kitorang macam jalan sekejap je, tak puas amik gambar :(



pusing keliling taman tu dengan mende neh. tapi slow gila. agak-agak kalau diri aku yang tak berapa nak atlet ni joging dekat sebelah pun, aku yang sampai dulu kot.



masa nak naik ketapi slow ni, aku punyelah beria berlari duduk seat paling belakang. bajet nak berebut. aku copkan seat dekat member aku skali. lepastu aku jerit ajak member aku tu duduk belakang. tapi padan muka aku dia tak dengar, siap duduk depan lagikk. ces. lepastu datangla budak budak ni ha duduk belakang, terus aku loser sorang-sorang tsks. buat malu je aku beriye berebut -_-"



member aku yang sedang bergembira dekat depan. tak patut, tak patut... harharhar



replika masjid:
















aiii... penuh gambar sendiri je... nak mampos ke?



ok, ok mintak maaf kerana poyo. bertenang semua jangan marah-marah. aku letak gambar pemandangan dengan gambar beramai-ramai pulak eh, 










next... Water Cruise !!!




with Mama Nadia (BERANI MATI kau panggil cosmate sendiri sebagai mama) and Uncle Lai (ni pun satu hal kejadah nak ber-uncle uncle dengan orang padahal kau bukan anak sedara dia pun)







pemandangan MASJID KRISTAL daripada bot... 
masyaallah lawanye awan tu kan....



muka kembung ni lagi.... AH DIAMLA KAU.


sebelum balik shopping dekat Pasar Payang acara yang paling ditunggu-tunggu...



ok habeh dah. itulah saje mendenye... holiday yang best tapi kalau lagi lama lagik best. TAHNIAH dekat semua AJK pelaksana program... sebenarnya gambar-gambar ni semua kalau bukan dari kamera aku, maksudnya aku ciloks dekat Facebook lah tu. hehehe... aku berdoa supaya tuan-puan punya gambar tak sedar aku telah curik gambar diorang. harharhar



setiapkali nak menamatkan entri wajib pikir alasan untuk berenti menulis. OK lah, aku nak pegi basuh baju bertimbun satu raga ni hah. baju bau keropoks lekoq. ciau~



09 March 2011

Weekend dekat Terengganu (Day 1)


last weekend aku telah join satu program kolej under Sekretariat Keusahawanan yang berjudul; "Homestay Kembara Industri Sederhana Kecil (KIKS)" dekat Teluk Ketapang, Terengganu. jauh gila weh, perjalanan 7-8 jam dengan bas dari Serdang-Kuala Terengganu tapi berbaloi. best gilaaa. malas nak cakap kencang, nah cekidauds gambar :

1st day;


sampai Teluk Ketapang dalam pukul 730 pagi, terus kitorang (42 orang peserta) check-in dekat penginapan banglo ala-ala homestay neh. satu unit rumah ada 2-3 bilik, serumah 7 orang.




sarapan memang tak disediakan so kitorang semua makan sendiri-sendiri je dekat warung depan homestay tu, NASIK KERABU AYAM BAKAQ ni 3 ringgit je, campur teh o panas 3 ringgit setengah. dekat KL mana boleh dapat murah macam ni?




ni sebelum keluar berjalan pagi tu. sempat diorang amik gambar eh. aku tak perasan pun... cuba kau cari aku duduk celah mana? kejadah jibon betul...




mula-mula lawatan ke kilang keropok lekor....




lepastu kilang batik. tempat-tempat yang kitorang pergi ni semua perusahaan kecil & sederhana...




yang kiut sebelah aku tu, Syai budaknye. dia junior aku tapi semester ni kitorang masuk kelas koko Batik Canting same-same... ponteng kelas weh minggu ni semata-mata nak berjalan ke Terengganu. 




singgah zohor dekat Masjid Terapung. 




lepastu ada kedai-kedai yang menjual tu kan, aku ternampak baju ni. dia macam baju kelawar tapi pendek jela. gambar itik ke anak ayam? comey je kaler kuning. sepuluh ringgit je pun. aku belek-belek kejap tapi tak beli. sekarang dah sampai KL macam menyesal gilaaaaaaaaaaaaa warghh.




next station, kilang membuat tembaga & batik cop. nilah mende cop batik nye...



manyak mende antik dalam kilang tembaga nee...




haaa ni dalam kedai dekat sebelah kilang, macam-macam jenis batik ade. batik dekat sini semua lawa-lawa. menggelupur aku nak beli. tapi sebab dah ujung-ujung semester kannn paham paham jelah




petang, singgah amik angin dekat Pantai apemende tah. lama dah tak main pantai. nanti balik Kelantan bulan April ni aku nak paksa ayah aku amek cuti pergi PCB satu family...




malamnye pulak ada BBQ, tapi takde gambar pun. ada gambar sebelum keluar je. gambar background langsir sliding rumah. sedap jugak makannya. sotong bakar, nasik goreng, hotdog, ayam bakar berempah semuaa...  


eh dahla aku nak keluar kejap. nak pegi tengok orang main Ragbi Touch. nanti senang-senang aku post Day 2 pulak eah. ok bye 


01 March 2011

Superheadz Ultra Wide & Slim


lepas berminggu-minggu pikir (dia punya pikir mengalahkan nak jawab soklan esei Sejarah Tingkatan Lima) nak beli lomo yang mana satu, akhirnya aku mendapat hidayah untuk angkut Superheadz Ultra Wide Slim kaler White Angel. mula-mula gila nak pilih jenis, bila dah komfem Superheadz  gila nak pilik kaler nye pulak... mana tak gila, ada 13 kaler kauuuu, last last aku amik putih. boleh bajet suci-suci sikit. fuhh lepas satu seksaan duniawi aku nak memilih...


mempersembahkan,


oh ni bukan aku punye. aku punye belum sampai. haaaa, menunggu barang sampai depan mata lagilahhh satu hal terseksa nye, lama-lama menunggu ni kang boleh kejang-kejang palotak aku, aku bukannya jenis manusia boleh bersabar...

ok sekarang mari promote kamera ni walaupun tokey kedai tak kasi diskaun dekat aku tsk; tsk; tsk;

wide angle lens 22mm
vignetting effect
vivid color effect
shutter 1/25; aperture f11
harga harus murah sebab kamera ni toy semata-mata


ni gambar yang dihasilkan daripada UWS (non-edit, tapi depends pada film jenis apa):




perasan tak dia punya angle dah melebar lain macam? lawa kan?kan?kan? tapi kalau tukang amik gambar nye tak pandai cari angle. haprakkkk jugak, jangan harapla nak dapat gambar lawa.




dalam entri lepas ada yang tanya aku, tak minat SLR ke? sape tak minat SLR weyy, kalau lens SLR lagi wide, 18mm kot? sape taknak SLR? cuma kalau nak tunggu dapat sebijik tu, entah bila laaa... kecuali dalam masa terdekat ni, aku jual seketul daripada buah pinggang aku, baru boleh pergi beli SLR. T_T lagipun SLR, kadang-kadang gambar dia kena edit satu keje jugak, kamera lomo ni takpayah edit-edit dah, naturally vintage (bagi sape-sape yang suka effect vintage lah kan) cuma satu je kamera lomo kalah sikit, bab nak pergi kedai mencuci filemnya. sekarang kan sume orang main digital-digital, payahla sikit cari kedai yang ada service cuci filem...




satu lagi komen dekat entri lepas, ada orang tu cakap Superheadz ni fake lomo, YES IT IS. sebab Superheadz Ultra Wide Slim ni remake daripada Vivitar Ultra Wide Slim. ciplak ke ape aku tak sure la pulak, tapi effect wide angle yang dihasilkan sama je 22mm. cuma Superheadz ni lagi kawaiii.



haaa tengok mana lagi comel?


so sape-sape berminat nak dapatkan Superheadz ni bolehla usha-usha online shop dekat bawah ni. aku penat dah usha membanding harga kemainnn, sekarang kau la pulak:


diorang bukan setakat jual Superheadz, tapi Diana, Holga, Instant Camera yang snap skali terus keluar gambar tuu, semua diaorng ada jual. ni setakat yang aku tau la. kalau kau ada info pasal blogshop lain share-share la yer, boleh aku mengadap, compare-compare harga lama-lama sampai tak siap assignment lagikk



DISABLE