29 April 2011

Cek Nuffnang Pertama



cek pertama yang aku dapat daripada nuffnang... (lama dah cashout sebenarnya)



kau ingat senang nak dapat banyak ni? berapa banyak peluh aku dah menitik ke tanah? bertitik titik tau dak?kalau blogger femes yang hari-hari dapat beribu visitors takpela, duit senang masuk. tapi kalo aku yang visitors sekerat secoet, berapa lama nak menunggu?misai aku pun hampir tumbuh sebab menunggu terlalu lama... tsks. apepun aku bersyukur yang teramat sangat. 


Terima Kasih sape-sape yang pernah klik nuff aku! sebab ni entri nuffnang aku wajibkan sape-sape yang bace supaya klik nuffnang aku sekali. cepattttt! KLIK SEKARANG atau ZZZZZ (melalukan jari dekat leher)


bye~

27 April 2011

Sebelum Plastic Surgery dengan Selepas



aku takot sebenarnya nak save gambar-gambar ni semua dalam laptop. takot berpuaka ke ape. so aku link-kan jelah eh. nak jugak tunjuk dekat korang. baru aku tau rupanya, lepas kita buat plastic surgery muka kita berubah jadi macam muka katun. so kalau kau nak rupa kau sebijik macam doremon ke catdog ke kau pergila jumpa pakar bedah mana-mana, suruh diorang alter hidung kau, lubang hidung kau, bijik mata kau, atau ape-apelah yang kau nak suruh diorang alter. 




elok-elok je muka natural beauty, lepas surgery terus berupe macam isteri popeye. sebijik. 








haaa yang ni pulak dah macam muka pooh. kenal pooh? yang kaler oren mata kecik-kecik tu. nampak sangat dia bedah supaya mata jadi runcing ke ape tah, tak reti aku nak describe. dah aku bukannya belajar ilmu pembedahan wajah pun. manelah aku tau. kau rase, same dengan pooh tak? (amboi sedap mengata orang)








yang ini pulak macam rupe isteri flinstone. eh tak kenal flinstone? ni mesti rumah kau takde astro. rumah aku pun takde astro jugak. tapi aku ade inisiatif pergi tengok astro dekat kedai kopi. inisiatif tu yang penting. paham? bukan tau inisiatif nak buat plastic surgery je....








rupa sebenar dah lawa mabelesss dah, tapi nakkkk jugak pegi bedah sana, bedah sini. FAKE WEH. nampak gila fake. 








yang ni aku nak bagi macam sape pulak eh.... hmmm Patrick Star bolehla kot? dia ni mesti suka tengok citer Spongebob hari-hari, muka pun kalau boleh biar serupa dengan besfriend Spongebob. 








OWOHHH. mengucap aku tengok gambar ni. seram gila OK,, aku tak boleh nak samakan dengan mana-mana katun pun sebab seramnye melampau-lampau. suster ngesot pun tak seram macam ni. baik kau scroll turun bawah cepat-cepat kalau takmau mengigau. haaa ni dah pukul 12 dah ni. kang... kang... jadi ape-ape aku takmau tanggungjawab...








yang ni takde katon-katon dah, aku kasi INCREDIBLE HULK terus. takpun HULK HOGAN. kau tengok la bibir dia, INCREDIBLE TAK INCREDIBLE? WAHAHAHA. 




















sape-sape yang tak pernah layan WWF pukul 11 hari Khamis dekat TV3, haa inilah dia Hulk Hogan. 



everyone, say hi to hulk hogan. 




24 April 2011

Penyakit Kulit yang Berakhir



selepas seminggu hidup aku terseksa, berkejar ke sana ke mari, hari ni nampaknya macam permulaan yang baik. cuaca panas (tapi takpe, aku bukak kipas dalam bilik laju-laju) langit sangat cerah kebiru-biruan. aku bukak tingkap luas-luas supaya angin masuk banyak-banyak dalam bilik. aku nak rendam baju kotor dalam air sabun, rendam dalam soflan supaya wangi-wangi. aku nak kemas bilik sekemas-kemasnya, lap meja belajar, sapu lantai, susun baju dalam almari ikut warna (mesti susunan warna pelangi...)




semalam aku beli moisturizer Hazeline Snow. warghhh suke gile dengan bau Hazeline. aku nak tempek tebal-tebal dekat muka. dah lama aku tak manjakan muka. lepastu aku nak potong kuku jari tangan dengan kuku jari kaki (walaupun hari ni bukan hari Jumaat). aku jadi tension kalau kuku panjang-panjang macam jerangkung. lepastu aku nak lap skrin dengan keypad laptop pakai kain lembap. keypad laptop ada banyak bakteria, tahu? harap-harap aku tak terlupa, aku nak susun buku dengan nota siap-siap semoga mood untuk study akan datang bertimpa-timpa...




petang karang baru aku nak start study sampai ke malam. sambil study, sambil makan keropok. malam karang sebelum tido, aku nak tempek Melomet dekat muka supaya tompok-tompok dekat muka aku cepat hilang. aku selalu tido begitu sahaja. selalu terlupa nak bubuh krim, arap-arap lepasni janganla terlupa lagi. semoga hidup aku lebih teratur dan lebih diberkati.... exam aku start hari Rabu. good luck kepada semua kawan-kawan dan diri aku sendiri yang nak ambik final exam. bye,





photo by Agfa Vista 100.



02 April 2011

First Lomo-Solo 5 hours Outing: Masjid Jamek, Pasar Seni, Serdang.



Assalamualaikum semuaaa.


last week masa semua orang busy buat assignment... aku yang assignment tak siap-siap ni ha, keluar jalan-jalan tangkap gambar. sebab aku geram, rasa tak sabar gile nak habiskan filem. haritu aku beli kamera skali dengan filem 2 gulung, satu Agfa 100 satu lagi Lomography 100. yang Agfa tu dah abes aku shoot merata. tinggal Lomo je, so aku pun pergilaaa jalan-jalan area Masjid India. aku suke tempat lama-lama macam Masjid India, area Hang Tuah, Pasar Seni... sebab banyak angle best boleh shoot. 


alhamdulillah masa aku keluar haritu public transport sume senang. daripada aku keluar naik bas komuter UPM, lepastu naik komuter, LRT, even nak balik pun, elok-elok je sampai bus stop bas terus sampai. best main kejar-kejar. dari KOMUTER ke LRT, lepastu tukar aliran LRT. lagipun orang tak ramai sangat sebab hari Isnin. beriye je aku keluar padahal esoknye tu ada presentation tajuk final year project.


so ni gambar yang aku berjaya snap-snap:









tapi banyak jugak gambar yang rosak sebab masuk jari aku. aku terlupa bahawasanya lens dia wide, jadi letak tangan sket-sket pun dah masuk dalam gambar. adoi. cane laaa basic pun fail? 



besar gedabak jari! sayang betul. ni dekat lorong yang jual shawl banyak-banyak tu tau, dekat dengan yellow zebra crossing. kalau tak silap masa aku snap ni orang tengah berkejar lintas jalan. lepas snap tu aku pun terkejar melintas sama... rosak pulak sayangnye !




ni pawagan coliseum. baik punye duduk tengah-tengah setting angle. tapi masuk jari. takboleh crop sebab jari tu ke tengah sangat. memang takbuleh diselamatkan dah...




ni pulak antara gambar yang jelas dia punye wide angle:



kalau aku ke kiri lagi sikit maybe gambar ni lagi cantik,



nampak la jugak wide nye. kalau pakai kamera digital biase 28mm, aku rasa nampak depan je, bumbung dengan lantai tak nampak. 



lepastu dari Masjid Jamek aku pegi Pasar Seni pulak. tak menjejeh-jejeh pun. 20-30 minit je kot dekat Pasar Seni. sebab nak kejar masa. balik UPM aku nak buat esaimen pulak~










 tu je. kesimpulannya sangat seronok main snap-snap gambar. walaupun 1st roll ni macam biase je tapi excited nak snap lagik. aku suka effect vignatte, dreamy-dreamy, wide angle dia, semua aku suka. cuma kaler dia terang sangatla. tak cukup lomo orang kate. sekarang ni pun rasa gian nak snap. tapi filem dah habis. nak beli aiii hujung-hujung sem ni.... erm sebenarnya tak makan pun takpe kot? janji boleh save duit buat beli filem. wahahaha 


bye~~



DISABLE