29 July 2012

Entri Berterima Kasih dan Meminta Maaf



so. 
this entry specially goes to ......
(drum rolls pleasee. Selalu hendak main dram dekat blog. takpelah, kasi can)





KAKZA !






Can you see Kakza ? Say Hi to Kakza. hehehe.



Siapakah Kakza ? 

Kakza ialah, partner praktikal aku dekat SMK Bandar Damai Perdana. Maksudnya kitorang jadi cikgu dekat sekolah sama. Sebelum ni aku takde featured Kakza dekat blog sebab, takdelah baik sangat dengan Kakza pun. HAHA. eh. sebelum ni baik juga, cuma takdelah berkepit ke hulu ke hilir macam masa praktikal.




entri ni nak ucapkan Terima Kasih dekat Kakza sebenarnya, Terima Kasih untuk semuanyaaa !


Terima Kasih sebab selalu bawak pegi Pasar Malam;

Terima Kasih sebab jadi Idola Motosikal aku Kategori Wanita, masa awal-awal aku belajar bawak motosikal , aku memerhatikan kecekapan Kakza bawak motor baru aku ada confident untuk bawak moto sendiri; 

Terima Kasih sebab perkenalkan aku kepada Kerang Bakar yang paling sedap di dunia dekat Restoran Paradise yang jauh dan cakap restoran itu comel macam aku; 

Terima Kasih sebab mengajar aku hal-hal kehidupan (hahaha); 

Terima Kasih sebab melayan lawak aku yang tidak seberapa semasa kita menjadi roommate;

Terima Kasih sebab perkenalkan aku kepada kedai yang jual Air & Nasik yang murah dekat Padang; 





dan di kesempatan ini aku nak Mintak Maaf juga , 
(Ekhem Ekhem list memohon maaf panjang sikit sebab banyak buat dosa kepada Kakza hewhewhew)


Sorry sebab tumpahkan air atas kereta kesayangan Kakza, lepastu cakap nak basuh tapi sampai ke sudah tak basuh basuh. Buat-buat tak ingat akhirnya perkara itu benar benar hilang daripada ingatan;

Sorry sebab selalu berbual & merepek repek dalam bilik sampai Kakza jadi serabut gila aku duduk ulang tanya soalan sama macam iklan burung murai Petronas; 

Sorry sebab aku selalu buat-buat tido masa Kakza nak parking kereta dekat KTDI sebab kalau terjaga nanti kena tengok belakang samada lepas ke tidak, adoy sakit tengkuk aku nak kena tengok belakang...;

oh. tiba tiba teringat. Sorry sebab air Neslo aku tertumpah dekat ekzos moto Kakza sehingga meninggalkan kesan;

Sorry sebab haritu kereta Kakza berbunyi pelik bila nak di lock lepastu aku cakap, Ada pintu tak tutup rapat kot yang sebenarnya memang ada pintu tak tutup rapat pun, dan ia adalah pintu aku hewhewhew;

Sorry sebab masa bonceng moto dengan Kakza, aku main turun je tanpa memberi amaran. Takpun, masa nak turun daripada moto tu aku tekan belakang Kakza dengan sangat kuat; 

Sorry sebab, sekali sekala terbahasakan diri sebagai aku dengan Kakza, padahal tidak sedar diri sedang bercakap dengan orang yang lebih tua;

Sorry sebab gelak dengan gaya yang pelik mengerekot;

dan sebagainya...






I am happy to have you as my practical partner. 
Thank You

I have a wonderful practical days :)



2 comments:

Kasih nur azie said...

semoga persahabatan korang berkekalan....

eno farhana said...

suruh kak za baca =) suweeeeeett =)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE