20 October 2012

My Convocation Day


Yay dah grad !






Akhirnya lepas 4 tahun belajar berjaya jugak aku dapatkan sekeping ijazah Alhamdulillahhh. Nak ikutkan tempoh 4 tahun belajar tu tak cukup, rasa macam belum cukup bijak lagi tapi nak sambung belajar macam malas pulak aherherher~ 





aku ni secara semula jadinya bukan stage-friendly. kalau kena naik pentas, mesti ketar lutut, muka pucat dada dupdap dupdap. sebab aku bukan pesen yang konfiden sangat depan orang ramai. mulelah nak cuak. tapi masa konvo aritu rasa tenang je tak debor pun, rasa macam nak melompat je hihi. i am proud ! sebab berjaya habiskan 4 tahun pengajian dengan graduan-graduan upm lain. sebab tu gambar konvo ter over sengih. 




some precious pictures with my parents after the event:




sebelum snap gambar ni aku cakap, "nak gambar mak ayah cium pipi yang macam dalam paper tuuuu!" kah3. thanks nadia sebab tulung amikkan gambar ini




masa perarakan masuk dalam dewan tu rasa sebak gila aku tahan je tau , sebab kitorang graduan ni kan dirai lepastu ternampak pulak parents aku dekat tepi, hewhew terus rasa terharu.





Eton my FYP partner





Nadia I miss your DAR Kancil





my beb





Angoh & Aysha thanks thanks thanks you guys sebab sanggup datang ke mari. 
Jasamu dikenang. Daulat Tuankuuu! kah3









berphoto shoot dekat rumput fac perhutanan sebelah dewan besar. sementara tunggu my parents gi solat asar. konvo sesi petang habis lambat, pukul 530 baru keluar dewan tsks. nasib baik tak hujan, masa aku sampai tengah hari tu hujan lebat jugak, cancel nak jalan2 dekat bukit ekspo tengok lembu




the next morning bersiap nak balik dah. singgah upm dulu ambik gambar seround dua sebelum hantar jubah konvo. lepastu terus ambik skrol, transkrip akademik dengan gambar atas pentas.













sebelum bertolak balik singgah dulu kilang Beryls Seri Kembangan borong coklat bawak balik Kelantan.






kereta penuh gila dah dengan beg semua. 
okay byeee ada rezeki kita konvo lagi di lain hari ye,




6 comments:

wanie said...

update punnn pasal konvo! hehe :D

suka tengok gambar yg parents syira kiss syira tu! tahniah! hihi

fiqkbe said...

yay tahniah! semoga terus sukses pada masa akan datang ;D

nina asri said...

hehe comel sangat tambah2 gambar dengan parents awak tu.
tahniah syiraaa :D
happy untuk awak :)

onie said...

tahniah awop tu :)

MRS Rongoks said...

tahniah dh convo :)

Syira Mansor said...

TQ semuaaaaa !
:-)

DISABLE