24 June 2012

Kejohanan Sukan SMK Bandar Damai Perdana


life yang bergelumang dengan sukan sangat awesome. now I figured out why i'm not awesome during school days. tahu kenapa? aku tak pegi hari sukan sebab taknak lari. dulu aku pakai telekung labuh pegi sekolah, rasa hodohnya kalau berlari dengan telekung besar berkibas kibas padahal sama sahaja lari atau tidak tetap hodoh. dahla lari tak laju, hampeh aku nak menang. buat malu je kalau masuk. so, masa Hari Sukan aku duduk menyorok di rumah.


how pathetic.


so adik adik, jika anda masih bersekolah, sertailah sukan sekolah! tak menang tak apa, masuk perbarisan je pun tak apa. you'll build good character through sports. and this is my school's sports day, dimulakan dengan acara perbarisan :




rumah oren






rumah oren tiba-tiba buat tarian gelek masa formasi perbarisan. apekahhh (?) this, is a bit berterabur dah macam joget lambak sedikit. 






rumah merah paling cun formasi. rumah aku lettew!












watchaaa siap menempek nempek dekat tanah lagik kau,






kuning punya maskot harimau pulak cute gila, berjoget joget dekat padang






komanden dia pun comei je. budak form 1






the audience






rumah hijau ada puteri bunian datang menari2 bersama dengan peserta perbarisan. 






biru punya tema ala-ala tentera






tiba tiba atlet wakil sekolah masuk ke padang.






atlet sekolah cool gila okay, i want that blue jacket too!






upacara membaca ikrar. 









aku kena jaga hadiah, which is boring. i wish i could be given kerja yang aku boleh involve dengan budak-budak di padang. contohnya ambik gambar, pengurusan peserta, beri makanan/air. sedih sebab turun sekejap2 je ke padang. argh. i thought cikgu kaunselor supposed to be on the field, bagi motivational support dekat budak-budak? tapi kena duduk di pentas, pegang hadiah which is mencapab gila. 



anyway, congrats kepada rumah Bendahara (rumah merah) sebab JUARA tahun ni ! tahniah dekat cikgu pengurus peserta yang paling banyak berusaha ke hulu ke hilir Cikgu Su, ketua rumah apedah nama budaknya, peserta kawad yang awesome gila & jurulatihnye, peserta melompat, peserta lontar peluru, peserta larian yang mencicit lari asek nak menang je, peserta tarik tali (walaupun tak menang hahaha tapi still, korang semua sangat cool sebab berjaya tarik tali yang tebal itu), & semua ahli rumah merah yang datang support!


ah bersyukurnya diletakkan dalam rumah merah. yay merah go go go!




21 June 2012

Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk



Kem Survival Pengakap & Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk
Rembau, Negeri Sembilan





















































































those innocent eyes that fonder the heart. 
anak, ibarat kain putih. coraklah ia dengan warna-warna yang cantik...



cikgu doakan yang terbaik untuk awak semua,,,
semoga kamu menjadi anak anak yang soleh, solehah dan memberi sumbangan kepada keluarga, agama dan negara Insyaallah. aminn




10 June 2012

Port Dickson Picnic


8th June is World's Ocean Day. I didn't know that until today. Surprisingly I spend 8th June on a random beach in PD with a friend and my guidance teacher ^_^



so this is the beach, sorry editing melampau hehehe 





pantai ni bersih & air dia jernih, tapi klakar. sebab 1 kilometer ke tengah laut still air paras betis. nak berenang tak mampu, cuma boleh meniarap dalam air hahaha






I love beach ! <3





satu impian aku ialah, nak dapatkan lesen menyelam. sebab dunia di bawah laut, subhanallah sangat-sangat cantik, tahu. masa snorkeling dekat perhentian, even tengok daripada permukaan air je, nampak coral tu colorful, cantik sangat. macam lukisan dekat lantai. cuba bayangkan kalau menyelam, lepastu tilik coral tu depan-depan mata? salah satu cara untuk meningkatkan keimanan pada Pencipta ialah dengan melihat kebesaran & keindahan alam ciptaan-Nya, betul tak?






dan semua keajaiban perlukan duit. untuk dapatkan lesen menyelam would cost RM1300 paling murah, jadi mulai sekrang kena simpan duit, bekerja keras untuk mendapatkannya. 






jangan lupa bawak member, menyelam sorang tak pepasal dingap ikan pelik, takde sape tahu. 





ok byeee, kejarlah impian anda. 
dan sayangilah laut kita! :)








09 June 2012

Resipi Kek Batik Mudah



resipi daripada internet yang diubah ikut style sendiri. sebab resipi internet pakai gram-gram, aku serabut, aku pakai mangkuk-mangkuk je. 





Bahan-Bahan

Bahan A
1 buku Buttercup
1 tin susu cair
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko Van Houten
1 bijik telur

1 paket biskut marie (330g)



haa senang kan sebab bahan dia takpayah timbang-timbang. aku guna mangkuk melamin yang biasa. besar tu lah. kau jangan pegi pakai mangkuk ayun pulak. 



Cara-Cara

panaskan periuk, masukkan Bahan A bermula dengan Buttercup dan seterusnya, ikut susunan dekat atas tu. sebatikan Bahan A di dalam periuk. 

sementara tu, remukkan biskut marie. jangan hancur!  kremek kremek kan sikit je.

masukkan biskut ke dalam periuk, tutup api. kacau2 sekejap, kemudian dah boleh masukkan ke dalam loyang. padat-padatkan, mampat-mampatkan adunan dalam loyang.

sejukkan dalam peti ais. 




tadaaa dah siap kek batik aku. tak cantik pon tapi adelah batiknye 
hehe bye selamat mencuba :p






DISABLE