22 February 2013

Hikayat Keju dan Cheese



Harini pegi jalan jalan cuci mata dengan family ke Rantau Panjang. Rantau Panjang ialah tempat feveret aku dekat Kelantan. Suka sebab suasana pekan dia, banyak kedai jual barang best daripada blouse murah, jersi murah, suka tengok anak patung comel bergantungan (yang besar dah boleh dapat dengan harga RM15 je), Tomyam Siam pedas, dan yang paling best nya ialah, street food dia. Sejak beberapa tahun kebelakang ni, makin banyak pulak penjaja kat sini. Dia jual tepi jalan je, sepanjang kedai-kedai ni semua. Makanan yang dijual pun unik sebab boleh dapat kat sini je, made in siam. Tempat lain susah sikit. Yang jual tu pun orang Golok berketurunan Melayu kot.



Antara makanan yang dijual penjaja ialah, Cholek Buah. Buah-buahan segar dimakan dengan sos kicap belacan pekat. Tambah gula dengan garam. Pehhh menggelupur! Lepastu Aiskrim Baba. Semua penjaja pun guna nama Baba. Sapedia Baba yang sebenarnya pun aku taktau. Dekat tempat lain ada tak? Setakat yang aku tahu, area Rantau Panjang dengan Kota Bharu je yang ada. Lain tempat tak pasti. Dia macam Tutti Frutti boleh letak topping jagung, cincau, kacang, kepingan roti, Smarties, pulut, macam macam lagi topping cuma harganya murah RM2 sebekas (unlimited topping, boleh pilih nak yang mana) dan dijual dengan basikal penjaja. Selain tu ada jugak Cucuk Cucuk Bakar. Macam satay ah. Ada perisa ayam, sotong, udang, ketam, macam macam warna, perisa dan bentuk dicicah dengan sos pedas. Pehhh. Menggelupur lagi sekali. Paling femes cucuk Ayam Pulut. Dia hotdog ayam, tapi ada cebisan-cebisan pulut di dalamnya. Sedap!



Amboi panjangnya intro. 
Berkempen serupa kau tu pegawai Tourism Kelantan ._.



So alkisahnya tadi aku pergi ke salah satu penjaja Cucuk Cucuk Bakar. Hajatnya nak beli hotdog keju. Hotdog perisa ayam (panjang sikit daripada hotdog biasa) dan didalamnya ada sos keju cair. Sedap gila ok! Harga RM1 sebatang. Aku cakap dekat pakcik tu (takdelah pakcik sangat awal 40-an kot),

Aku  : Pakcik, nak hotdog keju 4 batang. 

Pakcik tu keluarkan 4 batang hotdog. Tapi bukan hotdog keju yang aku biasa makan. Sebab lagi besar. Aku dah macam, eh ni bukan apa yang aku nak. 

Aku  : Bukan yang ini. Yang lain. Yang ada sos cair dekat dalam. 

Lepastu aku cari dekat rak bercermin dia, dan tunjukkan sendiri.

Aku  : Yang ni pakcik. (Sambil tunjuk)

Lepastu dia bawak keluar hotdog yang aku nak tu. 

Pakcik  : Yang ni hotdog cheese, bukan keju!


I cannot brain this. I thought cheese and keju is the same thing?
Agaknya, yang mula-mula dia tunjuk tu cuma hotdog berperisa keju, tapi takde sos keju dekat dalam macam yang aku nak tu. Hm ape ape jelah. Lepastu dia cakap lagi,

Pakcik  : Lain kali... Cakap tu biar jelas!

OMG pakcik ni kuang ajor nyeee. Sentap haku! Dia yang salah dia pulak nak marah marah orang. Boleh cakap macam tu dengan customer? I mean, manalah aku tahu, hotdog cheese dan hotdog keju ialah dua benda yang berbeza *sarcastic tone* Perlu ke nak herdik customer macam tu? That kind of tone? Bukan aku sorang je dekat situ, ada customer lain kot. Aku diam and senyum jelah. Ikutkan hati nak je aku cakap, "Pakcik saya dah cakap habis jelas dah." Kalau aku bawak kamus time tu sure aku bukak dan hadap translation perkataan Keju ke dia. Grr. 



2 comments:

WZulhilmi said...

Tebiat ke pakcik tu keju dgn cheese kata lain? I just can't. Spoil mood ko nak makan makanan feveret ko je. BOIKOT! lol

Btw, semua makanan yg ko sebut dkt intro tu... pictures or it will never exist.

Syahira Mansor said...

WZ

Entahla. Aku syak, dia taktahu. Keju is keju and cheese is another different thing. LOL. Memang boikot dah tempat dia. Lagipun bukan dia sorang yang meniaga. Belambak lagi kot!


Btw, aku memang takde gambar pun. Sebab you need to hold the food in your hand, bukannya makanan tu terletak comel di atas meja nak snap2 gambar. So malas nak snap.
But still, the foods do exist somewhere on earth.


p/s : post pasal makanan tapi takde gambar will make the post 90% more hambar. yes i know that. sobs.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE