05 March 2013

Cikgu Prasekolah Pulakdah!



Assalamualaikum Semua!


Harini hari ketiga aku di SK Ulu Kusial sebagai Cikgu Pra Sekolah. Sekolah ini jauh jugakla daripada rumah aku, dalam 25 minit macamtu dengan kereta. Sekolah luar bandar. Bolehla practice kot kot lepasni kena hantar posting dekat sekolah pedalaman ke kan. Hehe. First impression ; physically sekolah ni cantik. Bangunan nya berlatarbelakangkan bukit;  memang betul betul depan bukit. Even berdekatan sekolah ada kawasan rekreasi air terjun Lata Hujan. Bangunan sekolah 2 blok je, ada banyak lukisan mural, tampal tampal dekat dinding... Aku perasan ada lukisan mural air terjun dekat satu dinding ni. Lepastu dekat bawahnya ada kolam ikan koi. Seolah olah lukisan air terjun tu  mengalir ke dalam kolam. Mampak macam 3D sangat. Cantik. Nanti kalau ada masa aku ambik gambar ye, 





First day; aku tak mengajar pun. Aku tengok akak PPM (Pembantu Pengurusan Murid) yang handle budak budak. Aku blur gila kot, macam, apebende yang aku nak ajar, sebab tak tahu dia punya syllabus. Aku memang takde pengalaman langsung kot nak deal dengan budak-budak kecik. Seperti yang kita sedia maklum umur prasekolah (5-6tahun) sangat sangat crucial dalam tumbesaran kanak-kanak, mentally, socially & emotionally. Masa inilah diorang nak belajar berkawan, kenal huruf, membaca, kenal nombor, yang paling penting sekali... masa umur inilah nilai nilai murni perlu diterapkan. Aku takut aku merosakkan mereka, tak bagi didikan akhlak yang sepatutnya. Itu yang paling aku takut. Aku ni kau tahulah, memang tak ada sifat mak mak langsung. LOLS. I mean, aku bukan tak suka budak, sukaaa sangat but not as motherly love. Its more like, sisterly or kawan-kawan-kinda love. Paham tak?






Dealing with small kids, the art of membebel is very important. Bebelan kasih sayang orang kata, sebab budak budak kecik ni mesti selalu diingatkan, mesti selalu dipesan. This thing works like this and that thing works like that etc. Mesti selalu dingatkan benda yang boleh dan takboleh buat. It's like indoctrination, but in positive way. Penerapan nilai nilai murni. Benda yang kita ajar semasa umur beginilah yang budak budak akan ingat dan ikut sampai besar. So that explains why I'm so scared if I screwed them. Akak pembantu tu banyak sangat tolong, walaupun dia muda lagi tapi dia ada that motherly love. Aura ibu kot , hehe.  Boleh membebel and talk about disciplines and at the same time, penyayang pada kanak-kanak. Aku ni tunggu jadi mak dulu kot baru nak ada sifat mak-mak. Ada jugak terdetik perasaan bimbang dalam hati aku, boleh ke aku mengajar diorang sampai 3 bulan ni, luarannya nampak macam keje mudah ajar ABC 123 hakikatnya rasa berat sangat amanah nye. Tapi sebagai bakal kaunselor, bakal cikgu sekolah, takkan lah nak mudah putus asa. Aku akan cuba sedaya upaya cabar kemampuan diri; dan anggap tempoh 3 bulan ni sebagai training mendisiplinkan budak-budak dan diri sendiri jugak. Target by the end of my job budak budak at least dapat membaca suku kata. Insyaallah... Berkhidmat untuk mengajar budak budak ni kerana Allah. Aminnn. Harap harap dipermudahkan.






First day macam yang aku cakap, kaku gila sebab taktahu nak ajar apa, blur. Second day (semalam) lepas buat research & dapat modul mengajar, improve lah sikit kot. Sikit. Pra sekolah ni, dia ada morning routine. Pagi pagi cikgu kena check kuku, baca ABC beramai ramai, mengira 1-10. Bagitahu peraturan, lepastu ulang dan ulang hari hari. Ada script dia. Kalau cikgu tu kreatif sikit, boleh tambah menyanyi menyanyi ke... Nak makan, nak balik pun sama ada routine/script. Haa.






Harini (third day) banyak gila benda random yang berlaku. Betul betul first time experience lah. Ada budak terkencing dalam kelas. Itu satu hal. Hal kedua, time makan. Ada sorang budak ni. Nakal sikitlaaa. Lepas makan, dia bawak pinggan pegi sink. Tunggang langgang pinggan nye sampai sisa mihun & ayam terjatuh kat lantai. Lepastu aku suruhla dia kutip, tapi dia buat tak dengar. Suruh lagi, dia geleng geleng. Lepastu suara aku dah tinggi sikit. Aku cakap, KUTIP!!! Skali budak tu menangis! Burst into tears. LOLS. Garang sangat ke? Lagi satu, masa aktiviti dekat meja, aku duduk sebelah sorang budak ni. Tembam tembam sikit. Aku tanya dia, mana nama awak? (dia tak tulis nama dekat kertas) terus dia tulis, lepastu tunjuk kertas dia dekat aku. cikgu, ni... Kau tahu dia tulis nama dia macam mana?


B d Db  b 

LOLOLOL. Terus tergelak. Comel gila ok. Nama apedia yang awak tulis ni ...? Hahaha bajet bajet pandai je tulis nama sendiri ye?


Itulah. Baru 3 hari tapinye dah macam macam. Gembira, tapi stress sikit. Stress takut aku tak mampu berikan yang terbaik untuk budak budak tu. Aku kena lebih gigih. Research, prepare bahan mengajar, etc. Nasib baik akak pembantu tu sangat sangat banyak menolong. I want to learn everything from her. Malu jugak sebab takde pengalaman, tapi takpelah first timer kan. Kenalah buang perasaan malu, learn, & improve. Kalau tak belajar & tak improve itu baru patut rasa malu. Ok so thats all. Banyak pulak masa aku menaip kan. Dahla. Lain kali pulak. Wish me luck ya, byeee! :)


*all pictures are credited to Lomography galleries




1 comment:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE