07 October 2014

Ketakutan yang Datang Kadang Kadang


...tiba-tiba bulan Oktober. Takutnyaaa...


Kadang-kadang aku merasa takut dengan cepatnya masa yang berlalu. Kerana cepatnya masa mendekatkan aku dengan tarikh kematian sendiri. Takut kerana amalan aku belum cukup dan banyak lagi impian-impian yang belum terlaksana...


*************


Baiklah. Beberapa hari sebelum bulan Oktober menjelma , aku teringat kepada hari jadi ayah dan adik aku yang kebetulan jatuh pada penghujung bulan ini. Maka aku terus berpikir apakah hadiah yang paling sesuai untuk aku berikan kepada mereka. Walaupun jauh di seberang sana, namun thanks to Poslaju aku boleh poskan apa-apa sahaja benda yang istimewa kepada mereka. 



Dalam pada aku berpikir itu (yang berhari-hari lamanya) aku berkunjung ke bandar Sarikei untuk membuat ape dah, aku lupa. Setiapkali aku ke Sarikei aku akan singgah di sebuah fast food chain yang popular iaitu Sugar Bun. Sugar Bun ini ibarat KFC, Mek Dona dan sebagainya tetapi ia cuma ada di Sarawak kalau kau duduk di Semenanjung jangan haraplah kau nak makan Sugar Bun. Restoran ini bukan semata-mata menjual ban roti sahaja benda benda lain pun ada. Biasanya aku akan meng order set fish fillet tidak pun Nasi Lemak Kari Ayam (sedang imagine kesedapannya sekarang, nyam nyam nyam). Bila dah duduk mengadap di meja makan dan susun makanan aku comel comel di hadapan, aku akan mula mengeluarkan telefon pintar dan mengambil makanan aku itu menggunakan aplikasi Instagram. Sekejap dari atas sekejap dari sudut 45 darjah dan sebagainya seolah-olah dunia ini hanya aku yang tinggal di dalam nya. Mengambil gambar dan upload di Instagram ialah hobi aku kerana Instagram ibarat diari mini bergambar yang boleh buat kita ingat kepada momen-momen berharga yang telah kita lalui. Kalau upload dekat Facebook aku rasa malu sikit tapi Instagram tidak apa, sebab dia privacy. 



Lepas upload, aku akan usya gambar-gambar orang lain yang aku follow, biasanya aku follow artis sahaja kah kah kah. Semasa sedang mengusyar, aku tertengok satu insta shop yang menjual handsocks yang comel-comel. Terus terdetik hati yang kudus ini untuk mula memakai handsocks, maksud aku berusaha untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Aurat perempuan itu bukan sekadar pada tudung yang berada di kepala; bukan sekadar tubuh badan yang bertutup litup tetapi terletak juga pada akhlak dan perilaku yang baik.



Sebelum ini aku rasa macam aku dah cuba untuk menutup aurat, tetapi belum cukup sempurna. Terutama di bahagian lengan. Lengan ialah bahagian badan yang kebanyakan perempuan terlepas pandang untuk ditutup. Aku la perempuan itu. Kadang-kadang bila pakai kemeja aku sinsing lengan baju hingga satu pertiga lengan, kadang-kadang bila pakai baju kurung yang kainnya licin pun boleh ternampak lengan secara tidak sengaja. Entahla sejak kebelakangan ini sejak jadi cikgu, aku rasa macam, malunya nak pakai seluar jeans yang macam ketat, malunya kalau tudung tak tutup dada, malunya kalau orang nampak lengan, malu itu malu ini - pelbagai jenis kemaluan. ha ha ha



Lepas usya punya usya handsocks handsocks comel tadi, aku pun tempah dan sekarang dah sampai ke tangan aku. Wahhh gembiranyaaa akuuu. Mungkn inilah permulaannya untuk menutup aurat dengan lebih baik, sedikit sedikit tak apa. Mungkin permulaannya, kerana handsocks yang comel yang akhirnya menjadi kebiasaan dan tabiat untuk menutup lengan. Ok, stokin kaki semenjak jadi cikgu dah terbiasa pakai alhamdulillah. Sekarang nak biasakan pakai handsocks pulak dan bila pakai kemeja ke tshirt ke, jangan nak sinsing sinsing lagi. Matlamat dan kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik tak datang selalu. Bila dia datang, walaupun kecil, kita kena hargai. Aku cakap di sini bukan kerana nak poyo poyo walaupun blog ini poyo gila. Tetapi, kerana nak cabar diri sendiri untuk berubah sedikit sedikit. Bila kita ada matlamat, dan kita bagitahu dekat orang matlamat kita tu; yang bagusnya ada orang yang akan ingatkan kita kalau kita terlalai berbanding matlamat yang kita simpan senyap-senyap. Nak kurangkan pakai jeans, nak kurangkan pakai baju yang nampak macam ketat.




amboi lincah nye diaaa


............sebab hadiah yang terbaik daripada seorang anak perempuan kepada bapanya ialah menutup aurat dengan sempurna serta menjaga maruah dan harga diri. kerana aku takmau ayah aku dan adik lelaki aku menanggung dosa aku tak menutup aurat.





Tolong doakan semoga aku istiqamah ya, bye





No comments:

DISABLE