Perjalanan
diteruskan ke Tanah Lot. Tanah Lot ni pun salah satu tempat suci bagi penganut
Hindu Bali. Kitorang sampai dah lewat lebih kurang pukul 5.30 petang. Ada masa
sejam sebelum matahari terbenam.
Tanah Lot
Entrance:
Rp10.000
Ukiran
macam ni sangat common di Bali. Ini adalah pintu gerbang utama. Pak Udin tak
ikut kami ke dalam, dia cuma tunggu di bahagian luar.
Layannn~
Dekat entrance kawasan Tanah Lot ada banyak gerai gerai menjual souvenirs. Harga kena pandai tawar menawar lah.
Aku
ada berkira kira nak beli ukulele kayu. Macam kemas jugaklah ukiran dia. Harga
Rp180.000 lepas tawar kira-kira RM53. Murah kan? Kalau Malaysia mana nak dapat
murah macamtu woi. Lepas pikir pikir aku tak jadi beli. Karang balik rumah
terkejut mak aku. Sejak bila kau jadi Kassim Selamattt ni hah! Tapi
sebenarnya, kalau nak jadikan sebagai room deco ia sangat unik.
Tiba
tiba ada perarakan masyarakat Hindu Bali berpakaian serba putih. Diorang bawak
bendera, payung dan kain rentang. Kurang tahu la pulak aku fungsi benda benda
ni semua. Tapi, diorang ramai gila tau. I think hundreds. Sebab agak lama jugak perarakan ni.
Lepastu aku ternampak sesuatu yang menakutkan…
Kelawar
besar yang sedang melakukan aksi kurang sopan!!! huhu
…dan
seorang budak yang telah tercemar minda nya… (kerana melihat aksi kurang
sopan)
Kalau korang pernah
dengar, kopi luwak diproses daripada penyahtinjaan musang luwak. Musang yang
dibela akan diberi makan biji kopi, kemudian bila ia berak, biji kopi tersebut akan
dicari semula daripada najisnya… kemudian diproses supaya ia sesuai untuk
diminum secara komersial.
Musang ni nampak letih je sebab hari hari kena paksa makan biji kopi lepas tu hari hari kena berak.
Dengar katanya sedap kopi luwak ni. Jeng jeng.
Jalan
sikit lagi ke depan, nak sampai dah dekat pantai.
Ramai
nya lahai orang masa ni.
Now tell me how could you take a good photo
having so many people around?
Kalau
air pasang, air limpah dekat sini.
Indah
alam menutup tirainya…
Daripada
Tanah Lot kitorang balik ke Kuta, dan singgah ke Krishna Market dahulu sebelum
balik hotel.
Krisna
ni macam, pasaraya (ala-ala Mydin) yang menjual oleh-oleh khas Bali. Katanya
lahh. T Shirt, keychain, barang perhiasan, kopi, kerepek, semua ada. Agak besar
jugakla Krishna ni. Kalau nak beli souvenir boleh borong dekat sini. Harga
fixed tapi murah dari market market tepi jalan tu semua yang kena tawar
menawar.
Pendapat
aku, Krishna ni murah, tapi ada sesetengah barang dia tak cantik sangat. Sesetengah. Contoh, design fridge magnet
biasa je kat sini. Key chain pun design biasa, tapi memang murah sepaket 5
keping keychain boleh dapat Rp6.000 (RM1.50) HAHA. Aku seronok beli sabun lulur
dengan sabun mandi tu semua dekat sini. Sebab best pakai. Pembelian paling win
dekat Krishna aku rasa lukisan acrylic saiz 9 x 9 atas kanvas dengan harga
RM6.20 sahaja. Lukisan bunga warna kuning, nampak macam 3D kalau dilihat dari
jauh.
Dari
Krishna, Pak Udin tinggalkan kami di depan Discovery Mall. Baru jam 9.30 malam
(BARUU?!! Erkk) Perut rasa lapar kerana last makan ialah tengah hari tadi. So
jalan jalan dulu sekitar Kuta ni melihat sisi malamnya.
Sepanjang
jalan Kuta ada kedai-kedai kecil menjual souvenirs, money changers,
restoran-restoran seafood dan lain-lain.
Dah
ambil gambar suasana malam serba sedikit, kami kembali ke Discovery Mall dan
tapau Pizza Hut bawak balik makan di hotel sahaja. Besok nak balik dah. Yahuuu!
aah penah dgr jugak pasal kopi luwak tu,even cara pemilihan biji kopi dia mcm geli tp orang kata sgt sedap ;D
ReplyDeleteseronok je tgk orang mengembara :D
ReplyDeleteSEKALI TENGOK MACAM ANJING PULA SI MUSANG TU
ReplyDelete