06 February 2016

Japan 12 Days Cross-Country : Cities & Budget


Assalamualaikum wbt


Hari ni 17 Januari tak kerja, aku tertengok Rasa Halal Hokkaido dekat Astro Oasis, pengacara dia Raja Farah pegi main ski dekat Chitose, Hokkaido. Wahhh terus terimbau kenangan bersalji salju dekat Jepun… Rupanya dah dekat 2 bulan meninggalkan Jepun. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tapi aku memang tak ada masa nak blog. Post yang ini pun. Entah bila baru dapat publish. haha.


Aku pergi Jepun 12 hari, daripada 25 November – 6 Disember. Beli tiket Airasia masa awal tahun. Lepastu slow slow plan dan cari maklumat bergantung pada masa senggang yang ada. Banyak kali aku tukar route sebab Jepun ni banyak tempat best, nak buat pilihan nak pergi ke mana tu paling susah, bajet pulak tak berapa nak banyak hahah. Aku rasa macam, aku study route Jepun lagi teruk dari budak budak study exam PT3. Start dengan download bahan-bahan dari internet (semua benda nak save as), fahamkan peta-peta (peta tu aku lakar balik dan warnakan, tampal dalam notebook LOL), check network tren, compare harga pass-pass pengangkutan, survey hostel, dan sebagainya. Walaupun macam gila tapi aku enjoy buat kekdah-kekdah begitu. Satu self-terapi lepas penat bekerja di siang hari. Lepastu bukak lagu-lagu Jepun. Ambik mood. haha. 


Aku pergi di akhir musim luruh. Sebab negara Jepun ni luas, maka… sesetengah tempat masih ada daun-daun autumn, sesetengah tempat pokoknya dah togel tinggal ranting; dan ada juga tempat yang dah turun salji memutih pun, yakni kawasan tanah tinggi sikit. Sepanjang 12 hari tu jugak aku cuba untuk jejak sebanyak mungkin bandar (dapat 14 bandar semuanya), daripada tengah, ke selatan, utara dan timur negara Jepun supaya dapat tengok perbezaan antara bandar-bandar di Jepun. Macam di Malaysia lah, suasana di Kuching, Kota Bharu, Penang, dan KL pastinya tak sama kan? Yang tak sama itu lah yang aku nak tengok.


Tapi kekurangan nya, tak dapat nak tinggal terlalu lama di sesebuah tempat. Tinggal semalam je, esoknya dah gerak dan bermalam bandar lain pulak. Untuk setiap bandar tu aku terpaksa pilih satu atau dua attractions sahaja yang paling best. Lain-lain terpaksa skip, sebab sentiasa nak kejar tren ke bandar lain. 



KESIMPULANNYA 12 HARI NAK EXPLORE SATU JEPUN MEMANG TAK CUKUP!



Aku pergi berdua dengan kawan sekerja. Kami spend masa together-gether di Osaka pada hari pertama. Hari kedua berpecah, dan bawa haluan masing-masing. Jumpa balik dekat Disneyland pada hari kesepuluh. Lepastu berpecah lagi, dan jumpa dekat airport masa nak board flight balik dah. Entahla. Bagi aku, nak spend time dengan kawan, dekat Malaysia pun boleh. 


Tapi. Peluang nak merasa cari jalan sendiri di tempat asing… jarang-jarang kita dapat. Bila kita sendirian… tak ada orang yang menilai kita, hanya kita dengan Tuhan. Macam mana kita ikhlas menjaga ibadah dalam keadaan yang sukar, apa yang kita decide, semuanya atas diri sendiri. Mak, ayah, cikgu, kawan, jiran, bos kita semua tak ada dah masa ni. Apa yang kita buat dan pilih adalah berdasarkan diri kita sendiri yang sebenar-benarnya. Kalau kita buat silap, kita tak boleh salahkan orang lain melainkan diri sendiri. Dari situ boleh belajar untuk terima kelemahan diri, menjadi redha dan fikir sendiri macam mana nak atasi masalah. Bagi aku, travel sendiri adalah salah satu terapi mengenal diri yang sangat positif.


Post pertama ni, aku share bandar yang aku lawati sepanjang di sana. Yang lebih detail dalam post lain (kalau ada masa). Kot kot ada yang berkenan, boleh dijadikan rujukan. Yang mana tak berkenan, sempadankan jauh-jauh.


14 JAPAN CITIES


Osaka





Kyoto





Tateyama - Bijondaira (Japanese Alps)





Matsumoto





Shizuoka 





Minato Mirai District , Yokohama





Nagoya





Hiroshima





Miyajima Island





Kobe





Hakodate (Hokkaido)





Sagamiko, Kanagawa





Tokyo





Himeji



Budget

Ground Expense (Penginapan, Extra Pass, Makan, Tiket Masuk Attractions) sepanjang 12 hari 11 malam di Jepun sebanyak RM2350. Campur dengan 7 Days JR Pass (untuk naik shinkansen/ tren) RM1068 . Tiket flight Airasia KLIA2 -  Kansai (RM700 return) beli awal tahun, lepastu menyimpan sikit sikit tiap bulan daripada Januari sampai November untuk belanja dekat sana. Kalau ada yang nak pergi dan tertanya-tanya nak bajet berapa, banyak tu lah aku spend untuk 12 hari. Tapi trip aku makan ala kadar je. Ada hari yang minum air dengan kacang2 je untuk kenyang. Penginapan sebahagian besar di hostel (dorm),dan my travel type ni tak sesuai untuk people with kids/families. Maksudnya, kalau aku travel bawak parents ke, memang aku tak tergamak nak bawak tidur dekat dorm dorm macamni, kalau bujang bujang keparat bolehla tidur dorm haha.


Lagi satu aku tak shopping pun. Jam ke, gadget ke, memang tak ada langsung. Sebab aku memang target nak check kawasan je dan aku takde duit pun nak shopping hahah. Souvenirs boleh tahan mahal, keychain dengan fridge magnet yang kita biasa beli dalam RM3-RM4 dijual dengan harga RM12-RM15 seketul. Berdarah hidung… Jadi beli sikit-sikit je mana yang dapat, souvenirs aku cuma kirim poskad (pos dekat diri sendiri daripada sana) dengan gambar-gambar je lah. 


Apapun, apa yang aku dapat tengok dan rasa tu berbaloi dengan duit dan masa yang aku laburkan Alhamdulillah. Pinjaman-Nya. Ok cukuplah dulu sharing dalam post pertama. Selebihnya (kalau ada masa) lain kali pulak aku share. Harap harap ada masa lah untuk menulis lagi. Takmau pengalaman lupa macam tu je kan. sayang kot. 


Assalamualaikum, maaf kalau ada khilaf… bye!



6 comments:

::dAuZsHaNLeY:: said...

hai, lama tak bertegur kat alam maya ni. haha. ingat lagi ke?
amazing! teringin nak travel solo. tp belum berani n belum ada masa. paling2 pun pergi travel dgn best friend. boleh menuntut nih. hehehe.

cEro said...

Going to boomark this post untuk rujukan masa hadapan.

Thanks for the info :)

Anonymous said...

Menarik sangat perkongsian dalam blog awak :)
i really enjoy it. banyak info2 berguna.

ada IG ke? saya nak follow

-Din-

Mulan said...

Assalamualaikum dear.. Tqsm for dropping by.. Perth to Augusta tu mcm ok je nk drive solo tp not to The Pinnacles (north sikit) sbb lengang sgt compare to drive pi Augusta.. Tht time Dec tu time Summer so mmg byk kereta atas jalan.. Takde sunyi sgt also sbb nak cuti Christmas.. Rasa mcm ok je In syaa Allah.. Tp kan better lah ada teman sorang kot..

Mulan said...

Sorry dear.. My husband yg sgt adventurous ni kata yes its ok to drive solo.. I je yg suka ada teman.. U go girl..!!

Sara said...

hye..nak tanya, awak sewa portable wifi x? going to japan end of diz week alone..so risau jga as this will be my first solo trip~ huhu..Thanks for sharing your experience.. =)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE