14 February 2016

Japan Day 1 Osaka


Bismillahirrahmanirrahim....

Entri hari pertama panjang sikit, jangan kecam


Aku sampai di KLIA2 jam 9 pagi, 24 November 2015. Macam biasa satu family hantar ke airport awal pagi buta. Berhenti solat Subuh di Masjid Sultan yang cantik dekat Pasir Pekan. Flight ke Jepun pukul 1 pagi karang. Saja sampai awal di KL sebab nak beli baucer JR Pass dan tukar duit yen dulu.


Baucer JR Pass aku beli di Japan Travel Bureau (JTB) di Imbi dengan harga RM1063 untuk 7 hari. Pass ni membolehkan aku naik shinkansen dan tren Japan Railways (JR) secara unlimited. Kalau nak travel antara region yang berbeza di Jepun, memang sangat jimat kalau ambik JR Pass. Tapi kalau setakat nak jalan-jalan di kawasan Kansai sahaja (contoh: Osaka, Nara, Kyoto) aku rasa tak perlu JR PASS kot. Boleh ambik region pass sahaja. Bangunan JTB ni depan Plaza Low Yat. 


Selesai urusan JR PASS, aku tukar duit yen dekat NU Sentral. Antara money changer di Times Square, KL Sentral dan NU Sentral aku dapati (LOL dapati? makin meningkat usia ayat pun makin skema) NU Sentral menawarkan harga paling murah iaitu 1000 yen = RM35.40. Aku tukar sebanyak 79,000 yen = RM2796.60. Travel 12 hari dengan duit cash sebanyak tu je haha, korang rasa cukup tak? Hostel semua aku booking online, semua tak bayar lagi. Semua nak kena bayar dengan duit tu.

Kalau tak cukup merempat la kahkah.




Pukul 8.30 malam baru jumpa Ain di KLIA2. Lepas mandi, makan dan tapau roti Gardenia kitorang masuk ke departure hall.

Dalam flight tak ada apa yang menarik pun. Cuma bila pramugari buat pengumuman dalam Japanese jadi sedikit menggelupur excited hehe. Kitorang dah makan siap jadi tak order makan Airasia pun. Tidur, bangun dan tidur semula. Kalau sesapa yang dapat seat tepi tingkat memang best boleh tengok sunrise cantik gillow dalam pukul 5-6 pagi. Tapi bagi yang miskin tak mampu nak assign seat terpaksa duduk seat tengah macam kitorang ni sekadar intai intai dari jauh jelah...


25.11.2015 (Day 1)

Alhamdulillah pukul 8.05 pagi flight mendarat di Kansai International Airport. Setel imigresen semua, benda pertama yang kitorang buat adalah tukar baucer JR PASS kepada JR PASS yang sebenar. Tarikh kita nak start pakai pass ni akan dicetak di belakang pass. 




Pass aku valid 28 November (hari keempat nanti) hingga 4 Disember. Tak semestinya hari kita nak pakai baru tukar pass ni. Boleh tukar awal tau. Tukar awal supaya boleh terus booking mana-mana tiket tren yang kita nak guna nanti. 


Dah tukar, kena simpan dan jaga macam jaga nyawa sendiri. Kalau hilang diorang tak ganti dah tau. Jadi sepanjang di Jepun aku akan sentiasa check 5 benda : JR PASS, pouch duit, handset, kamera dan passport. Tercicir salah satu memang habis rosak plan semua. Alhamdulillah sepanjang 12 hari dekat sana Allah lindung, tak ada benda tak best yang berlaku...



Hari pertama kitorang beli Osaka Kaiyu Ticket (Nankai Railway Version) dengan harga 3010 yen yang sah untuk sehari sahaja. Tiket ni termasuk perjalanan tren Nankai dari airport ke Osaka, unlimited ride untuk subway dan bas di Osaka dan tiket masuk ke Kaiyukan Aquarium. Kalau rasa-rasa nak masuk Kaiyu Aquarium, tiket ni antara yang paling berbaloi. 

Kansai Airport --- Dobutsuen-mae

Hostel kitorang di kawasan Dobutseun-mae berdekatan Tennoji. Banyak hostel-hostel murah taraf backpackers dekat sini. Aku dengan Ain book hostel asing-asing, rupanya hostel kitorang tak jauh pun antara satu sama lain. 




Hotel Toyo, Osaka
Single private room, Shared bathroom (RM56/night)


Tsutenkaku Area (Dobutsuen-mae)

Pukul 1 t/hari selepas bersiap, kitorang meronda di Tsutenkaku area berdekatan hostel. Malam lebih meriah kot. Aku tak sempat pergi pun waktu malam. 




ok, ambik gambar deretan kedai dengan ikan buntal dan Tsutenkaku Tower ni cukuplah. 

Dobutsuen-mae --- Umeda

Daripada Dobutsuen-mae kitorang naik subway ke Umeda. Nak tengok Umeda Sky Building. Tengok jelah bukan naik atas pun. Masa dalam subway tu, ada sorang pakcik ni tegur nak ke mana, agaknya dia nampak kitorang macam jakun kot haha. Bila kitorang bagitahu nak ke Umeda Sky Building, dia suruh ikut dia sebab office dia pun dekat situ dan ikut jalan yang sama. 

Nama pakcik ni Honda, banyak jugaklah dibualkan. Kemudian berpisah di satu simpang. Sebelum tu dia sempat ajak bergambar selfie. Siap bagi personal name card dekat kitorang. Lepastu dia mintak email dan janji akan emailkan gambar selfie tu nanti haha




2-3 hari lepastu dia betul-betul emailkan aku gambar. 




Peribadinya aku rasa Umeda Sky Buiding tak ada apa menarik pun, kecuali kalau kita naik dekat Observation Deck atas tu which, we did not. Tak lama kemudian aku berpecah dengan Ain, dan berjanji untuk jumpa dekat Kaiyukan Aquarium nanti. 


Aku terpaksa singgah di Osaka Station untuk book tiket tren JR yang akan digunakan minggu depan. Tiket ni agak hotstuff keh keh , cepat je sold out jadi kena book seawal mungkin. Daripada 2 tiket yang aku request, aku cuma dapat satu je. Itu pun dah cukup bersyukur. 

Umeda --- Hommachi --- Osakako

Daripada Umeda, aku bertukar subway sebanyak dua kali sebelum sampai di stesen Osakako. Osakako adalah stesen subway terdekat dengan Kaiyukan Aquarium.  

Kaiyukan Aquarium


Apa yang special sangat? Kaiyukan merupakan antara akuarium terbesar di dunia dan menempatkan pelbagai spesies air. Macam menarik je... Kalau beli tiket dia sorang-sorang agak mahal 2300 yen, tapi sebab beli Osaka Kaiyu ticket jadi dah combine dengan subway, bus dan pengangkutan dari airport jadi lebih menjimatkan.




Terowong ikan yu di pintu masuk akuarium. 




Dekat dalam ni ada macam macam jenis haiwan yang kita biasa tengok dekat tv dan dalam kartun je. Contohnya memerang, singa laut, anjing laut, beaver, dolphin, penguin. Yang seronoknya jarak kita dengan haiwan sangat dekat, cuma dipisahkan oleh dinding kaca...... 




Tak silap aku ada 2-3 ekor ikan ni dalam satu akuarium, dia punya besar boleh compare dengan orang yang tengah ambik gambar tu. 




Bila tengok live rupanya besar. Dalam tv nampak macam kecik je. Contohnya penguin, ingatkan kecik tapi bila tengok aku rasa agak besar sekor tu boleh jadi 20-25kg. Body diorang padat dan mampat weh. 




Sea lion. Boleh relate dengan watak-watak kartun yang kita tengok. They are real! Bukan dunia khayalan...... dunia impian...... (*lagu tema cite Indonesia petang petang)




Ikan kecik macamni pun ada macam macam jenis dan warna.




Tapi main attraction adalah tangki aquarium besar yang berisi pelbagai spesies hidupan laut, daripada sekecik-kecik ikan hingga pelbagai spesies ikan pari, ikan yu, ikan pemalas di dasar aquarium dan sebesar-besar ikan paus. 

Sebab tangki ni besar sangat, jadi pengunjung boleh tengok ikan daripada tingkat yang berbeza. Laluan dia mula daripada tingkat atas , kemudian makin turun ke bawah. Aku paling suka view daripada tingkat bawah sebab hampir semua jenis ikan berenang ke dasar tangki, jadi boleh tengok dari dekat.




Section obor-obor pun ada. Macam macam jenis pulaktu. Dia punya ekor berjurai tu mengeliut geliut dalam air subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah. Selama ni ingat obor obor tu hidupan dongeng dalam cerita spongebob je kan haha.




Keluar daripada kawasan aquarium, ada kolam open air. Boleh raba raba badan ikan pari yang tengah berenang. Tapi ekor dia kau jangan pegi tarik pulak. Sebab ada karan. 




Keluar daripada Kaiyukan rupanya dah gelap gelemat . Dekat sini gelap awal. Pukul 4.40 petang macamtu dah Maghrib. Masa kitorang keluar tu hujan. Dengan baju hujan nya tak ada, nak beli payung tak mampu, perut pulak lapar tak makan apa dari pagi tadi kah kah ape benda la! Nak tak nak terpaksa redah hujan dalam kesejukan dan terus ke stesen Osakako tadi untuk ke Namba pulak.

Osakako --- Hommachi --- Namba

Namba & Dotonbori



Dekat Namba ni ada banyak lampu-lampu neon. Tujuan ke sini untuk ambik gambar dekat lampu-Dotonbori. Yang kesiannya (mungkin sebab tak biasa lagi dengan sistem subway di Jepun ni), kitorang tersilap ambik exit daripada stsesen Namba. Exit dia masalahnya, ada sampai berbelas. Lepastu keluar entah dekat mana-mana, kiri kanan depan belakang semua lorong kedai berbumbung. Tak berkesudahan. 




Lepas seberapa ketika berjalan... (OK dekat sejam jugak la kot berjalan takde tujuan), akhirnya baru kitorang nampak kawasan lampu warna-warni ni. Tapi masa tu hujan boleh tahan lebat, tempat berlindung takde langsung jadi snap ala kadar je. Takut rosak kamera.


Pergi balik kawasan kedai-kedai berbumbung tadi.


Nampak Uniqlo terbesar di Osaka.




Dalam kelaparan dan kesejukan ditambah pulak hujan yang tak berhenti... Ain kata dia tahu restoran halal di Osaka. Cari punya cari, akhirnya jumpa. Agak susah jugak lokasi restoran ni. Dekat tingkat atas satu bangunan, kecik je restorannya muat dalam 7 meja je.




Kitorang order benda ni. Dah ni je yang macam murah. Nasi dengan sosej ayam, salad, yang putih tu aku tak tahu ape benda minyak sapi ke apa. Ada sup pedas pekat. Tahu tak sepinggan ni harga dia lebih kurang 60 ringgit ?!! Kitorang order sepinggan je, lepastu kongsi haha. Lemak ar order sampai 2 pinggan. Portion dia agak besar sebenarnya kalau makan sorang tak habis pun.




Lepas makan berjalan semula ke kawasan Dotonbori. Masa ni pun masih hujan, tak dapat nak ambik gambar beria sangat. Kawasan ni cuma hidup waktu malam, siang hambar je sekadar deretan-deretan kedai di tepi sungai. 




Pemandangan sungai daripada atas jambatan Dotonbori. 




Arghhh lens dah kena air!! Tapi dalam banyak banyak night photos dekat Osaka, aku paling suka yang ini. Dah ambik gambar, patah balik ke stesen Namba. Agak jauh jugak menapak. Kaki dah lenguh sangat. Penat weh. 

Namba --- Dobutsuen-mae


Sampai hostel dalam kesejukan. Syukur tak terkata. 


Bilik aku kecik je. Ada tv dan kipas angin (no aircond). Toilet dan sinki ada di setiap level tapi shower cuma di ground floor. 




View daripada tingkap bilik aku. Bangunan pink tu hostel Ain.


Esok kitorang akan bergerak sendirian dan bawa haluan masing-masing...



3 comments:

amira faqihah said...

bagi mira umeda yg menarik escalator dia je,hehe,kiteorg pun x naik dkt floor atas sekali tuu

amira faqihah said...

bagi mira umeda yg menarik escalator dia je,hehe,kiteorg pun x naik dkt floor atas sekali tuu

cEro said...

Semua ni dalam day 1 je?
Tetiba nak tanya tahap stamina dan tenaga kau.
Kagum sungguh.
**mata bersinar**

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE