PAGES

23 March 2016

Japan Day 6 Fuji & Nagoya



Good Morning Tokyo!

Nasib baik sengal dan sakit kaki semalam dah hilang sepenuhnya. Lepas bersiap aku pegi lepak dekat common room hotel. Minum kopi yang dibeli daripada vending machine dan online kejap cari maklumat. Last-last takde yang kejap nye kalau dah dapat internet laju. Pukul 11 pagi baru check out.

Tema hari ini… Keretapi dan Gunung Fuji

30.11.2015 (Day 6)




Projek hari ke 6 ulang alik naik keretapi sambil tengok pemandangan je. Gunakan JR PASS sampai lebam sementara valid. Lagipun semalam dah sakit kaki, jadi hari ni aku kurangkan pergerakan kaki dengan berada lebih banyak di dalam tren. 

Tapi sama je. Keluar masuk stesen pun menggunakan pergerakan kaki yang banyak – kena naik turun tangga… Tinggi tinggi pulaktu tangga diorang. Patula orang Jepun kebanyakannya slim slim.

Untuk hari ini sahaja aku bertukar tren sebanyak 13 kali daripada Tokyo sebelum sampai di destinasi terakhir di Hiroshima di selatan. Belum dapat explore Tokyo. Tokyo sekadar persinggahan bermalam. Nanti kita jumpa ye,

Asakusa – Ueno (via Tokyo Metro Ginza Line)

Ueno – Tokyo (Hayate Shinkansen)
* Yang ini shinkansen within Tokyo city, 2 koc pendek je tak macam long distance shinkansen.

Tokyo – Mishima (via Kodama Shinkansen)




Daripada stesen Mishima ke stesen Fuji boleh nampak Mount Fuji dalam jarak yang agak dekat (sebab tren macam mengelilingi Mount Fuji) dan tren ni slow je tak laju macam shinkansen, jadi boleh tengok Mount Fuji rileks rileks sikit dan sempat nak ambik lebih banyak gambar.




Mishima – Fuji (via JR Tokaido Line)




Mount Fuji di sebalik bangunan dekat Fuji Station. 




Di stesen Fuji aku beli orange juice dan sambil menunggu next train aku bukak bekal serunding makan dengan roti dekat platform.




Taruk serunding atas roti lepastu gulung. Layannn.


Lepastu daripada Fuji aku naik tren ke Shizuoka. Tak lama pun. Kurang setengah jam. Daripada tren ni pun boleh nampak Mount Fuji dari jarak dekat.

Fuji 12.37pm - Shizuoka 1.01pm (Wide View Fujikawa Limited Express)




Suasana dalam Wide View Fujikawa Limited Express. Takde orang. 




Cuaca sangat baik haritu. Tak puas tengok Mount Fuji. Cantik. Dah sampai Shizuoka, aku ambik shinkansen patah balik ke Shin-Fuji Station. haha. Dekat je pun naik sinkansen berapa minit je. 

Beza antara Fuji Station dengan Shin-Fuji Station;
Fuji Station hanya dilalui oleh tren biasa. Tapi Shin-Fuji Station dilalui tren biasa dan jugak shinkansen (iaitu, link dengan stesen stesen utama)

Shizuoka 1.19pm – Shin Fuji 1.30pm (Kodama shinkansen)




View Mount Fuji daripada platform stesen Shin-Fuji.




Tenang dan nyaman.




Ni aku snap daripada shinkansen. Daripada Shin-Fuji ke Nagoya. Kalau sempat aku nak singgah Nagoya kejap. 

 Shin-Fuji 2.12pm – Nagoya 3.46pm (Kodama Shinkansen)          




Nagoya

Sampai di stesen Nagoya aku terus simpan backpack di locker. Hidup berpindah randah macamnilah. Kalau dekat Jepun hampir sebahagian besar stesen keretapi samada besar atau kecik, akan ada locker dan kos antara 300-500 yen sehari.

Nagoya – Hisaya Dori – Syiyakusho (Nagoya subway) 




Aku ambik subway daripada stesen Nagoya ke Syiyakusho untuk melawat Nagoya Castle. JR PASS tak cover subway, jadi kena bayar tiket 240 yen one way. Dah nak tutup sebenarnya castle tu tapi dapat ambik gambar dari jauh pun jadilah. Alang alang dah sampai. 




Dalam perjalanan ke Castle ada banyak pokok-pokok autumn. Warna dekat sini masih meriah. 




Pokok maple di sepanjang laluan pejalan kaki ke Nagoya Castle




Pukul 4.30 baru sampai Castle dan aku dapat masuk ke ground walaupun castle building dah ditutup jam 4 petang tadi. Bayaran masuk 500 yen.




Park dia cantik, tapi sayang tak ada masa. Kalau buat photoshoot kawen cantik neh haha.




Semasa musim luruh, waktu siang adalah lebih singkat. Pukul 4++ dah masuk Maghrib. 




Salah satu castle building. 




Nagoya Castle




Kalau datang sebelum pukul 4, boleh masuk dalam castle. Pakcik pakcik jaga pun pakai kostum ala-ala zaman Jepun kuno. hehe. 




Bokeh




Gambar poskad




Ok cukuplah. Bye bye Nagoya Castle! 




Cantik kan. Pemandangan senja depan pintu masuk.




Daripada Nagoya Castle aku berjalan balik ke subway station untuk kembali ke Nagoya station. 




Jumpa mamat buat pertunjukan fesyen ni. Depan stadium tak silap aku. Dalam perjalanan balik.




Syiyakusho – Hisaya Dori – Nagoya (Nagoya subway)

Mula-mula aku ingat nak singgah dekat Sakae. Tapi tak jadi sebab aku takut lewat sampai Hiroshima. Lagipun Sakae tu macam Minato Mirai dekat Yokohama je.

Nagoya 6.11pm – Shin-Osaka 7.03pm (Hikari shinkansen)

Shin- Osaka 7.32pm – Hiroshima 10.08pm (Kodama shinkansen)

Perjalanan yang sangat sangat panjang. Dalam tren Kodama aku dah takde idea nak buat apa. Dan baru aku tahu, tren Kodama agak lambat sebab dia berhenti di semua stesen. Tren Hikari paling laju sebab berhenti di stesen utama sahaja. Tapi tak silap aku last station bagi Hikari adalah Shin-Kobe, dia tak pegi sampai ke Hiroshima.


Hiroshima

Selepas perjalanan yang sangat panjang... aku sampai di stesen Hiroshima jam 10.07 malam. Cuak jugakla sebab lewat, reception hostel sampai pukul 10.00 malam je. Pintu automatic lock. Habisla…tidur kat luar karang kalau tak boleh masuk. Dahtu nak mencari hostel pulak satu hal. Sunyi sangat dah. Nak tanya tanya orang pun takde orang dah.

Akhirnya lepas 2 3 kali berpusing tempat sama. Baru nampak Hana Hostel Hiroshima. Nasib baik jugak uncle reception masih ada (masa aku sampai dia baru nak makan megi). Dia bukakkan pintu dan aku terus check in jam 10.20 malam. Fuhhh.

Hybrid Inn Hana Hostel Hiroshima RM90/night
Bunk Bed Female Dorm

Lepas pengalaman terseksa dekat capsule hotel semalam… hostel malam ni adalah the best hotel ever! Common room dengan kitchen cantik, kemas. Setiap dorm accommodate 4 orang (tak sesak) dan has its own bath & toilet. YAY! takpayah kongsi bilik air ramai ramai. Lepastu each bed has its own privacy curtain, lamp and power plug. Everything I needed.

Semalam di Tokyo, malam ni di Hiroshima. 



Alhamdulillah untuk segalanya…

Ucapan selamat yang sedikit terlewat.

…..Selamat Malam


No comments:

Post a Comment