09 April 2016

Japan Day 7 Sunrise Izumo Night Train (Nobi-Nobi Carpeted Seat)



Wah. Hari ketujuh sampai 4 entri keluar, ok yang ini entri terakhir dah ok.

Selepas hari yang panjang daripada Hiroshima ke Miyajima Island, dan kemudian Kobe. Perjalanan diteruskan daripada Kobe ke Himeji. Di Himeji aku akan ambik the only surviving overnight train in Japan which is, Sunrise Seto/Izumo. 

Ada masa sejam lagi sebelum tren sampai pukul 11.30 malam.

Aku berpusing-pusing dalam stesen Himeji. Orang dah tak ramai. Kedai pun banyak dah tutup. Daripada south exit stesen Himeji kita dah boleh nampak Himeji Castle tersergam indah. Jaraknya 1km sahaja daripada stesen. Castle terbesar di Jepun. 




Suhu dekat Himeji waktu malam sangat sangat sejuk, kalah Bijodaira yang bersalji. Aku rasa… suhu dekat sini takde lah sampai negative pun tapi angin dia tu. Sejuk gila.

Setengah jam sebelum tren berlepas, aku dah ada di platform. Dekat platform besar akan ada Waiting Room (bilik berdinding kaca). Aku masuk tunggu dalam tu tapi masih lagi rasa sejuk ya amat.


A few minutes before the train arrived…aku keluar daripada waiting room dan berdiri dekat platform and that was the coldest moment EVER during my whole experience in Japan. Sejuk sampai gigi aku terketap ketap.




Akhirnya… tren yang ditunggu tunggu dah sampai dengan megahnya.





SUNRISE IZUMO

Nobi Nobi Carpeted Seat, Sunrise Izumo Train

Seperti yang aku beritahu, Sunrise Izumo / Seto merupakan satu-satunya orvernight train yang ada di Jepun. Overnight tren tak banyak sebab sistem pengangkutan di Jepun yang pantas dan efisien menyababkan penumpang tak perlu ambil masa yang lama untuk sampai ke satu-satu destinasi. 


Tren ni ada banyak kelas – ada private cabin dan sharing cabin. Tapi, seat yang valid (NO EXTRA CHARGE) with JR PASS ialah Nobi Nobi Carpeted Seat yang aku booked  daripada Himeji ke Tokyo. Koc cabin (ada tilam) tu semua, kena tambah extra money $$$ which is very pricey jugakla. Makcik tak mampu. So, aku ambik nobi nobi carpeted seat ni sebab tak payah tambah apa-apa, jadi dah jimat untuk kos penginapan malam tu. Tapi sebenarnya aku lebih kepada nak rasa overnight atas tren Jepun hihi.




Kalau nak try tren ni, korang kena book awal sebab tiket habis awal. Kena berebut dengan tourist & local sendiri. Booking boleh dibuat dekat kaunter JR sahaja. Online tak boleh. Aku book seminggu awal. Aku sampai Jepun terus tukar baucer JR PASS, lepastu terus book tiket nobi nobi seat. Aku nak book 2 (utk 2 kali travel) tapi satu je yang available, lagi 1 dah sold out. 




Koc dia dua tingkat, dan ada curtain. Seat aku tingkat atas. (Excited)




Jeng Jeng Jeng...




Ha. Macamnilah rupa kat atas. Lebih kepada compartment. Tak ada tilam pun, karpet je. Sebab tu nama dia nobi nobi carpeted seat. Berbeza dengan overnight koc dekat Malaysia yang lebih privacy, penumpang dalam nobi nobi seat ni cuma dipisahkan oleh dinding kayu. Tu pun separuh je.




Setiap seat dibekalkan dengan kain alas kepala (kain cotton), selimut, dan cawan kertas.




Walaupun keras tapi tido nyenyak je. Penat dol.




Sebelah aku orang tua, masa aku naik dia dah tido. Aku hadang dengan backpack je kat tepi. Macamni lah. Kalau travel dengan family, atau sesiapa yang kurang selesa tidur ramai ramai dalam keadaan terbuka macam ni... mungkin tak boleh nak terima. 


Bergantung kepada diri masing-masing lah ye.


Berus gigi, sabun, shower cap semua ada jual dekat vending machine. Tu dia. Atas keretapi pun ada vending machine. Half of the trip, aku uzur jadi tak menjadi masalah untuk mencari tempat bersolat. Tapi... kalau nak solat atas ni ok je sebab takde sesape nak kisahkan kau. Toilet cantik & bersih. Shower room pun ada, tapi tak silap aku kena bayar 100 yen.




Dah sampai Tokyo. 




We met again!




Daripada Himeji malam semalam... pagi ni dah sampai Tokyo balik. 


Good Morning Tokyo!



2 comments:

WZulhilmi said...

Hari ketujuh macam ada 3 zon masa macam tu...

Train bukan main lagi open air macm tu rasa insecure pula tapi gamaknya kita sebagai pelancong mesti terus lelap sebab letih tak kisah dah.

Syahira Mansor said...

@wzulhilmi
Haha yes! Pagi, Tengah hari dengan malam. Sepatutnya Hiroshima kena bagi one full day sebab bandar dia best.

train tu agak insecure jugakla tapi dah ambik dah kan. Layan je la.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE