05 March 2017

Day Trip ke Jong Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.


Assalamualaikum.

Heheheh. Tiba tiba mucul entri. 



Kebetulan masa cuti CNY haritu aku pergi Kuching, so aku nak share pengalaman dekat Jong's Crocodile Farm okey? Entri Thailand x China kita hold kejap. 




Jong's Crocodile Farm terletak lebih kurang 20km daripada bandar Kuching, dan ambik masa dalam 30 minit untuk sampai ke sini. Senang nak ke sini tepi jalan je. Korang bukak Google Map.

Tiket masuk RM22 untuk dewasa (Semenanjung) kalau local Sarawakian x silap aku RM12. 




Tadaaa. Lepas beli tiket dan tampal sticker bolehla masuk ke dalam ye. Dekat kiri kanan aku adalah kandang buaya mengikut jenis-jenis yang berbeza. Buaya kat bahagian depan ni jenis yang pelik-pelik sikit, buaya rare orang kata jadi tak boleh bercampur kasta dengan buaya-buaya kat bawah sana. 




Yang ni aku tak ingat buaya apa. Kulit dia cerah cerah tapi body tegap sado, agaknya buaya Amerika kot. Pastu dia duduk situ kejung je tak bergerak. Aku geram je nak campak batu nak suruh dia beraksi sikit.




Buaya polka dot. Pun tak bergerak. Duk senyap je macamtu dalam air.




This one is funny. Buaya takde ekor! heheheh. Aku tak pasti ekor dia terputus dalam kemalangan atau memang dia spesies rare ekor tak terkeluar, memang dah dilahirkan sebagai BKU (Buaya Kurang Upaya). Tak pasti pulak. Dekat signboard pun takde cakap apa apa cuma Tail Less Crocodile je. 

Aku rasa buaya ni lagi laju mencicit kalau dia jalan. 




Ni duduk tepi dinding dekat sangat dengan aku. Nampak senyap... Aku nak ambik gambar pun gigil gigil. Takut tiba tiba dia melompat ke atas lepastu henfon jatuh atas badan dia menangis la tak dapat nak ambik balik OH MY IMAGINATION




Selain daripada buaya, binatang-binatang lain pun ada jugak dalam ni.

Dulu ada sorang hamba Allah ni bagitahu aku, tempat ni busuk dan tak best. Aku pun macam malas arr. Tapi bila aku datang sendiri ternyata okey je. Takde bau busuk pun. Malah, terjaga elok dan agak fun untuk dilawati. Lain orang, lain pengalaman kan. 




Beruang Matahari Malaysia. 




Kura-kura? Labu labi?




Lepastu ada satu pintu , aku macam suspicious boleh masuk ke tidak takut tu pintu untuk pekerja bagi makan buaya... Masuk suka suka hati karang ada buaya 4 ekor duk tunggu dekat depan. Rupanya bukan, pintu tu akan lead kita ke kawasan unggas yang dilepaskan secara bebas.




Ada burung merak, ayam katik, ayam belanda... Cantik wehhh.




Selfie dengan merak.




Dilepaskan bermain bebas dan riang...




Dalam kolam dia tu ada ikan koi cantik cantik. Aku takut nak ambik gambar lebih lebih takut fon jatuh dalam air. Trauma dah huhuhu. 


Lepastu jalan lagi akan sampai ke kawasan buaya otai. Buaya yang orang tangkap 10-20 tahun dulu. 



Abang Indon lah, Bujang lah, apa lah nama diorang. Ada beberapa ekor dekat sini tapi setiap satu diletakkan dalam kolam berasingan. Yang ni nasib timbul sempat la aku ambik gambar kau masuk dalam blog. 




Kemudian sampai ke kawasan crocodile feeding show ni. Masa aku sampai, orang dah ramai. Penuh dah dekat kerusi. Jadi terpaksa berdiri je. 




Dalam kolam tu bapakla banyak buaya besar kecik, kurus gemuk semua ada. Ada pondok kecik dekat tepi tebing kolam tu, ada pekerja 2 orang akan ikat daging pada tali dan daging tu dilalukan ke tengah tengah kolam. Duk sekejap nanti ada la buaya datang. 




Aku dok terbayang kalau lah aku yang yang jadi pekerja  duduk dekat pondok tu pakai baju smart smart macam Crocodile Hunter,... Masa nak cangkuk daging ke tali tiba tiba cangkuk tu tersangkut dekat badan aku pulak. Pastu aku tertarik ke tengah kolam. Badan yang kena cangkuk tadi berdarah... menitik nitik jatuh dalam kolam. Lepastu buaya semua senyap senyap datang ke tengah.... OH MY IMAGINATION lagikkk. 




Barangsiapa yang rajin melompat... dialah yang akan dapat hasilnya. Yang pemalas duk tepi je tengok. 




Ada sekor dekat hujung kolam tu besar dol. Seram tengok. 

Show tak habis lagi tapi lepas snap gambar dengan ambik video... aku blah ke tempat lain...




Yang ni dekat kolam belakang yang tersorok sikit. Buaya berjemur...

Kalau nak tengok feeding ikan arowana pun ada tapi sebab aku trauma nak bawak keluar fon dekat kolam so aku skip je. 

Kedai ada dalam ni. Jual air, jajan, cenderamata... Aku cari fm Jong Crocodile tapi takde. Ade yang Sarawak je so aku tak beli apa apa. 




Rangka Bujang Senang yang ditangkap suatu masa dahulu... 




Dekat pintu boleh bergambar dengan Buaya Darat langsing ni ha. Free of charge. Ceria, peramah and totally vegetarian! Kalau datang Kuching dan ada masa lebih sikit boleh la datang ke sini. Menghiburkan dan berbaloi  bagi aku dengan harga tiket yang dibayar hehe. 


Kalau nak tengok review tempat lain dekat Kuching boleh klik label "SARAWAK" ok. 

Byeee :)




3 comments:

zila@akulovetravel said...

perkongsian yang terbaikkk!!!

tiga lalat said...

lebih menarik dari crocodile farm kat melaka kann., ;p

Anonymous said...

boleh try nnt ni

DISABLE