24 March 2017

Thailand X China Solo Trip Day 6 : Xi'an - Bangkok


Sambungan dari:


Assalamualaikum WBT. 

Dah nak habis bulan Mac... entri Thailand X China tak habis habis lagi. Busy weh takde masa nak update blog. Adoi. Bila makin lama diperam... details kecik kecik masa trip tu tak ingat dah, sedangkan details kecik kecik tu lah yang menjadikan trip lebih bermakna untuk dikenang. Aku cuba perah otak ingat balik apa yang berlaku masa trip 4 bulan lepas ye? Sekejap je dah 4 bulan. Double adoi. 


Sebenarnya aku tengah tunggu page Malindo loading ni ha. Nak beli tiket. Tapi lambat pulak. Tetiba teringat blog. Kita update blog sambil sambil ye!




Pagi yang dingin dan foggy di Xian, aku keluar seawal jam 8.00 pagi selepas siap berkemas. Ada masa sekejap je untuk ronda ronda. Hajat di hati nak melawat Xi'an Mosque.


Untuk Muslim, tak perlu bayar kalau nak masuk ke dalam. Free je. 




Yang special nya pasal masjid ni ialah ia dibina pada zaman dinasti Ming. Dan masih digunakan sehingga sekarang sebagai tempat ibadat kaum China-Muslim Hui. 




Kawasan masjid ni agak luas. Sebelum sampai ke prayer hall kita akan melepasi beberapa pintu gerbang yang berbeza. Tak ingat dah berapa banyak...




Klasik senibina dia, walaupun dah lama tapi kawasan sekitar bersih dan terjaga rapi. 




Menara tempat azan. 




Masuk lagi ke dalam... Kalau duit lebih boleh menderma untuk kebajikan dan pembangunan masjid ni. 




Tadahh. Dah sampai ke dewan solat utama. 




Aku teringin jugak nak masuk ke dalam. Aku tengah period lagi sepatutnya tak boleh masuk masjid. Kalau dapat jenguk dari pintu pun dah ok. Nak tengok interior dia. Tapi entahla... Dekat luar tu ada  sorang pakcik jaga, aku tanya dia... can I get inside? Dia cakap, boleh masuk tapi kau pegi ambik wudhu' dulu. Hahahaha memang tak la kan. Alahhh ruginya. Tak dapat nak merasa solat di masjid dekat China ni ha. 




Menjenguk dari luar sahaja... Intai intai dari pagar jelah...




Pemandangan semasa balik dari arah yang berbeza.




Memang cantik taman dalam masjid ni. 




Macam setting dalam drama Cina kungfu dulu-dulu kan?




Lepas keluar daripada masjid... Aku terus berjalan balik ke hostel. Walaupun masih awal... aku tak berani nak berlambat lambat. Nanti nak naik metro pergi stesen bas, kemudian naik bas pergi airport dah dekat sejam. Dekat airport nanti nak kena check backpack, immigration, body scan... semua tu akan makan masa. So biar lambat asalkan selamat. Kalau tertinggal flight... Habisla kacau plan aku. Nak beli flight baru last minute bukannya harga sepuluh ringgit.




Dekat Muslim Street ada satu gerai ni. Pagi petang malam sentiasa orang beratur nak beli. Aku tak sure apa. Nampak macam roti tempayan kecik dengan kuah sup macamtulah. Aku nak beli tak berapa nak yakin, takut daging kambing. Sebab aku tak makan kambing haha. So tengok je la. Perut macam dah kruk kruk. 




Pastu nampak kuih ni. Macam best je. Macam ok je. 

So aku beli sebijik try. Dia macam kuih chek mek, rasanya kulit dibuat dari ubi keledek. Dalam inti kacang merah, bijan dengan manisan. Sedap tapi manis.




OK nak balik dah. Orang lain heret luggage. Kita bawak backpack je hehe. 

Aku naik metro daripada Zhonglou (Bell Tower) - Beidajie (tukar line) - Wulukou
*beli tiket terus kepada destinasi ye, tak payah beli tiket separuh separuh walaupun nak tukar tukar line metro

Daripada station metro Wulukou, kena exit dan cari tempat beli tiket bas & bus depart - somewhere dekat hotel. Aku lupa nama hotel apa. Agak mengelirukan jugak mula mula nak cari. Pandai pandai la tanya orang. Tapi takpe, tak jauh pun dari exit tu. 




Wulukou - Xi'an Airport 

Dekat sini bukan stesen bas banyak banyak tu ye. dia cuma serve airport bas sahaja. Harga tiket 25 yuan kadar rata. Beli tiket, tunggu bas dan bila bas dah sampai boleh terus naik. Dia jalan ikut timing tak silap aku. Bukan tunggu orang penuh. 




Aku first naik. Terus duduk seat depan. 




Pemandangan kedai kedai di tepi jalan. Semua tulisan Cina kan?




Aunty korek hidung spotted.




Pemandangan ke airport? Tak ada apa-apa yang menarik sangat rasanya. Cuma bangunan dekat sini disusun dalam bentuk grid. Kalau tengok daripada flight... lagilah jelas. Perancangan bandar yang kemas dan tersusun.




Kualiti udara dekat China memang tak berapa nak bagus. Berkabus je. 




Aku sampai awal dekat airport tapi urusan immigration & security sangatlah lama sebab beratur panjang. Aku dah berdebar gila weh takut kena tinggal flight. Tapi alhamdulillah sempat. 

Aku dapat seat tepi tingkap tau. Sebelah aku family China. Sorang perempuan dalam hujung 30-an dengan sorang budak lelaki gebu dalam 4-5 tahun. Daripada awal aku tak melayan sebab aku dah beragak budak ni mesti nakal gila gila hahahah. Memang betul pun. Sepanjang flight tu dia duk main dengan sepupu sepupu dia kot cong ceng cong ceng. Lepastu ada sekali...diorang main keretapi keretapi pegang bahu masing masing lepastu jalan sepanjang panjang aisle tu hahahahah. Ada sekali tu dia bergayut pulak antara kerusi sebelah sini dengan kerusi sebelah sana. Ya Allah! Hahahaha. 




Kau nakal ye budak? Nah makcik tempek gambar kau dekat blog sebagai pengajaran bersama. 




Aku naik flight daripada hari siang pukul 325pm sampai dah gelap 635pm baru sampai Bangkok. Alhamdulillah selamat semuanya....




Touchdown Dong Muang Airport aku pergi Domestic Departure... Cari Bang Mad Cafe. Tapau Green Tea dengan Nasi Goreng Kampung. Aku duk teringat Green Tea masa dekat China lagi kot. Memang sedap lemak manis menggelupur. Nasi goreng biasa biasa je. Sebab nasi dia pakai nasi dagang. Cepat muak. Semua tapau makan kat hotel je. 


Daripada airport aku ambik tren biasa pergi Hua Lamphong. Tren agak penuh. Tapi masih dapat seat.



Akhirnya sampai di Hualamphong Station. 

Jalan kaki balik hotel. Masa untuk berehat...



2 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

tak makan kambing dik?
ruginye.....
so tak makan ler satay kambing kat Xi'an tu?

Syahira Mansor said...

@aku seorang pengembara
Tak makan la kak. Dengar perkataan kambing pun rasa takut. HAHAHA.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE