28 January 2017

Thailand X China Solo Trip Day 4 : Terracotta Army


Sambungan dari:


Hari kedua di Xian, aku kena senggugut yang agak teruk. Daripada awal pagi sampai lah tengah hari, aku duduk bergulung atas katil menahan sakit. Lenguh pinggang, lenguh kaki, sakit perut semua ada. Hanya Tuhan sahaja yang tahu seksanya sakit di tempat orang haha. Lepas budak budak Guangzhou 3 orang tu check out dalam pukul 11, aku gagahkan diri bangun, buat air panas untuk telan ubat (kettle ada disediakan dalam bilik) Tapi gelas tak ada... aku bantai minum air dari kettle tu jugak hahahaah gile. Telan Panadol Extend 2 bijik, lepastu tidur balik. Kebiasaannya bila aku travel ke mana-mana, aku memang akan bawak secupak ubat-ubatan kalau berlaku kecemasan macam ni. 


Patutnya pagi tu slot melawat Tang Paradise. Dah tiba tiba sakit. Paradise dalam bilik jelah hahah. Pukul 1 baru aku terjaga balik. Tak sakit dah. Rasa malasss sangat nak keluar, tapi aku fikir kalau tak pergi mana-mana harini memang tak ada masa lagi. Esok nak pergi Mount Huashan pulak, dahla tiket keretapi belum beli. Malas tak malas kena keluar jugak. Kalau sekarang dekat Mesia takpelah, boleh kau nak malas malas esok lusa boleh pegi. Tapi masalahnya sekarang dekat China, entah bila lagi boleh sampai (tarbiah diri sendiri) so aku cepat cepat mandi, sarung jaket lepastu keluar dalam pukul 1.40 petang. Lewatnyaaa!


Destinasi : Terracotta Army 

Terracotta Army ni antara destinasi yang popular di China. Letaknya di luar bandar Xi'an, dan pengangkutan paling senang untuk ke sini adalah dengan menaiki bas daripada Xian Railway Station




Jangan tertukar Xian Railway Station dengan Xian Bei Railway Station. Xian Bei yang aku pergi semalam hanya stesen untuk fast speed/ bullet train sahaja ye. Nak sampai Xian Railway Station... boleh naik metro.


Zhonglou (Bell Tower) - Beidajie (tukar line) - Wulukou (Xian Railway Station)


Dah sampai, naik mana-mana bas : Bas No. 306 atau Bas Biru atau Bas Hijau yang ada tulis Terracotta Warrior ok. Tambang 7 yuan sehala. 




Perjalanan ambik masa lebih kurang 45 - 60 minit.




Layan pemandangan sepanjang jalan. Foggy je...




Aku sampai lebih kurang pukul 3.40 petang. Dahla lewat, tersalah masuk pulak. Aku masuk ikut pintu keluar. haha. Patutla selisih dengan orang lain macam dah nak balik je. Dekat pukul 4 petang baru aku sampai ke pintu masuk yang sebenar. Pintu masuk dia, lorong sebelah KFC. 

Harga tiket 150 yuan lebih kurang RM80, mahal dowww. Tapi padanla. UNESCO site.




Pemandangan bukit cantik. 

Dekat tempat beli tiket ada sorang aunty ni , licensed guide offer 100 yuan untuk jadi guide. Bersungguh dia offer aku, tapi aku rasa tak perlulah guide kot. Bukannya kerek. Tapi... aku dahla sampai lambat, nak tutup dahpun. Pastu nak jalan dengan guide guide bagai. Serabut pulak rase. Last last aku cakap, aku takde duit sebanyak tu untuk bayar dia. Mahal kot, lebih kurang RM62.


Daripada kaunter tiket kena jalan kaki lebih kurang 800 meter lagi sebelum sampai ke bangunan pameran. Sebelum masuk, bag kena scan dulu. 


Pit 1


Mula-mula, aku masuk Pit 1. The largest showroom of the terracotta army. 

Aku rasa, korang dah tahu kan sejarah mende ni? Bagi yang tak tahu... terracotta army ini dihasilkan semasa pemerintahan Maharaja Qin antara tahun 210 Sebelum Masihi , ditanam sedalam 5 meter di bawah tanah kononnya sebagai persiapan tenteranya di alam selepas kematian baginda nanti. Haaa kau mampu??? Hahaha. Dasyattt. Dekat Pit 1 ni katanya ada lebih kurang 6000 buah patung tentera bersama kelengkapan. Dan istimewanya lagi, setiap patung mempunyai rupa paras yang berbeza. 




Patung patung ni disusun ikut ranking/ pangkat.




Kalau tatap lama-lama boleh tahan seram jugak mereka ini...




Dengan kuda kuda sekali dia angkut masuk dalam tanah. All is life size = maksudnya saiz macam orang sebenar. Serammm.




Dekat bahagian belakang ada orang tengah buat kerja.


Pit 2


Pit 2 kecik sikit, dan tak banyak army nye. 




Banyak yang dah rosak takde kepala. Risau jugak aku duk mengendap ngendap ambik gambar, skali jatuh dekat bawah tu berterabur semua kena timpa. Matilaaa kena pancung dengan kerajaan China. 




Zoom sikit.




Ok ini tips, (yang aku baca dekat blog/ website dan aku sendiri alami dan recommend) kalau taknak serabut dengan pelancong yang ramai, terutama pelancong yang datang dengan group... datanglah sebelah petang. Bagus lagi kalau weekdays. Orang tak ramai, senang nak ambik gambar.  

Cuma janganla pukul 4 baru sampai macam aku. Datang awal sikit pukul 3 ke, so korang boleh spend dalam 2-3 jam dalam ni. Just nice. Tapi aku spend sejam je, dah rasa cukup memuaskan hati. 




Dekat Pit 1 ada background fake macamni untuk bergambar. Tapi pakai kamera sendiri je. Ceh. Kena bayar 10 yuan (RM6). Layan jelaaa. Buat kenangan. Lagipun travel sorang ni...susah tau nak dapat gambar full. Banyak selfie je hihi. Buatlah ape-apa gaya yang kau suka, asalkan tak terbalik patung patung tu sudah. 




Cuaca sejuk di luar. Last day of November. 


Pit 3


Masuk ke Pit 3. 




Patung -patung tadi ditutup dengan 'atap' macam kat atas ni. Sebab tu lah patung tak rosak ke hancur ke, bukan dia main kambus suka suka hati tau. 




Pameran patung-patung sebenar di dalam kaca supaya pengunjung boleh melihat lebih dekat. Halus weh dia punya ukiran, I mean untuk level 210 years before century. Kau tengok lubang hidung kuda dia pun dah cukup. Kemass je ukiran. 




Pastuh nak balikkk. Bosan dah! Bukit bukit sekeliling tempat ni boleh tahan cantiknya...




Jalan balik dia, penuh kedai jual makanan dan cenderamata. Tapi banyak nak tutup dah. Orang pun dah takde...




Dekat nak keluar tu ada makcik makcik tua jual buah dalam raga, aku tak pasti pulak buah apa. Rasanya tomato. Dia kerumun kerumun pelancong. Aku pun kena jugak. Kemudian ada guard 2 orang, datang rampas bakul tu dan hempas atas lantai sampai berterabur buah-buah semua. Pecah raga. Guard tu marah la kot dengan makcik makcik tu, sebab tak boleh menjaja dalam kawasan pelancong. Mengamuk diorang potpet potpet. 

Keluar je pagar, dah ada bas biru tunggu. Bas ni memang official punya, bukan bawah agen. Dekat bas ada tulis Xian Railway Station - Terracotta Army. Aku tanya dulu berapa yuan, kakak tu cakap 8 yuan. Aku naik je terus. Tunggu orang ramai sikit lepastu bas terus bergerak.




Dah gelap baru sampai Xian Railway Station balik. Xian Railway Station terletak di luar tembok Xian. 




Orang China punya lah ramai nak naik keretapi. 

Daripada Xian Railway Station, aku tak terus balik hostel. Aku pergi Xian Bei Railway Station untuk beli tiket bullet train ke Mount Huashan esok. Kali ni aku dah bawak siap siap nota dalam bahasa Cina, tiket yang aku nak. Aku mintak reception hostel tolong tuliskan. Pergi sana pakai metro je. 

Walukou (Xian Railway Station) - Beidajie (tukar line) - Beikezhen (Xian Bei Railway Station)

Alhamdulillah tiket yang aku nak masih ada. Walaupun esok dah nak naik kan. Mungkin sebab weekdays je kot, jadi tiket tak laku sangat haha. Daripada Xian Railway Station naik metro balik, terus ke Bell Tower. 


Beikezhen (Xian Bei Railway Station) - Zhonglou (Bell Tower)




Muslim Quarter sibuk dan penuh dengan orang macam biasa...




Semalam aku tak makan. Pagi tadi pun tak makan apa sebab senggugut , tak sedap perut. So malam ni dah mula rasa lapar. Huhuhu. Aku rasa nak try Philipines Kebab ni. 10 yuan. 




Nampak daging banyak banyak tu... ingatkan dia campur cebisan daging ke ape dalam kebab. Rupanya roti je! Hahahah. Tapi roti tu disapu dengan sos berempah dulu, lepastu dibakar. Bila dah masak dia tabur dengan serbuk lada, serbuk black pepper apa semua. 




Dah sampai hostel aku. Depan tu reception dia.




Lobby/ ruang lepak lepak. Sangat recommended hostel ni ok! Cuma aku dapat tingkat 5, lepastu takde lif. Jadi penat sikitlah nak memanjat tu...




This is my room for RM24 per night. Best tak? Heheh. Budak budak Guangzhou semalam dah balik, jadi malam ni dengan esok aku conquer bilik sorang je. Hari ni dah bersih sikit. Masa aku keluar ada orang datang kemas sebab tong sampah dah kosong, lantai pun dah bersih. 




Ada meja solek, kettle dengan locker. 




Roti Filipino tadi. Aku makan separuh je dah kenyang. Esoknya tengok dah jadi keras serupa batang kayu boleh buat baling dekat anjing -_-




Satu lagi aku try Ximu Yogurt ni. 10 yuan.


Ok Goodnight!



13 January 2017

Thailand X China Solo Trip Day 3 : Xi'an (Muslim Quarter)


Sambungan dari:


Ni Hao! 

Masih lagi di tengah-tengah negara China. 



Muslim Quarter, Xi'an, China

Lepas check in dan rehat kejap, aku keluar balik jalan-jalan sekitar Muslim Quarter. Rancangan nak solat Maghrib di Xian Mosque tak dapat diteruskan sebab aku sesat mencari hotel tadi. 




Sepanjang Muslim Quarter ni ada pelbagai jenis makanan dijual, hampir sebahagian besar adalah makanan halal yang mana ada ditanda pada papan iklan. 




Yang selambak tu kentang, campur dengan lada, sayur...




Orang sangat ramai dekat jalan ni. Dan kedai-kedai dibuka seawal jam 10 pagi sehingga malam, setiap hari. Dengan lampu lampu neon semua, memang meriah. 




Kedai menjual manisan dan kekacang. Dibuat di situ jugak.




Ni pulak, daging kambing biri-biri. Diorang jual dalam bentuk sate bakar, cucuk cucuk macamtu. Nasibla aku tak makan kambing. Huhu. 




Takut tak tengok diorang lapah daging kambing? 




Sepanjang aku berjalan tu. Aku tengok tengok je. Bukan tak yakin nak beli, tapi aku ni jenis susah sikit bab makan. Maksudnya, bukan pemakan sangat. Benda yang nampak pelik, tak biasa sikit... susah nak masuk dalam mulut. heeee.

Hari kedua dekat Xian baru aku beli. Hehe. Tapi ketiga-tiga malam dekat sana memang aku jalan jalan dekat Muslim Quarter ni. Best! Macam pasar malam.




Lepastu jalan jalan kawasan sekitar tu...Nampak macam gelap kan. Tapi sebenarnya baru pukul 7 je ni. Dekat sana kan gelap awal. 5.30 petang dah Maghrib.




Bell Tower

Macam yang aku cakap sebelum ni, kota Xian dikelilingi oleh tembok. Dan, Bell Tower atau Zhonglou ini berada di tengah tengah nya. Memang cantik waktu malam.




Gambar ni aku ambik daripada sudut yang berbeza.

Masuk ikut jalan bawah tanah and exit ikut seberang jalan. 




Dekat sana pulak, Drum Tower.




Drum Tower

Nampak macam sama je dengan Bell Tower, tapi berbeza.




Balik semula ke Muslim Street. Jualan masih rancak dan peniaga menjerit jerit memanggil pelanggan. Tapi tak ada sebarang paksaan ke, tarik tarik pelanggan ke, tak ada. 

Kalau kita tanya harga lepastu tak beli pun diorang takde nak marah ke apa. OK je. 




Masalahnya dekat sini, harga jarang dipaparkan. Aku takut jugak diorang tipu harga... dengan tempatan harga lain. Dengan foreigners harga lain pulak. Lepastu diorang tak boleh cakap English pun, kalau kita tanya harga diorang akan tunjukkan duit kertas / kalkulator. 




Terliur nak rasa sotong bakar ni. Macam sedap je....

Duk pusing pusing last last tak beli jugak. Balik macamtu je.




Sampai hostel, aku masuk dorm. Dorm aku tu 4 katil je. Daripada aku check in tadi, lagi 3 orang occupant tak ada dekat bilik. Yang tak bestnya... bilik macam bersepah sikit T_T Dekat satu katil tu ada gantung spender 2 helai. Atas meja solek ada botol deodorant ke bedak ke apa taktahulah terbalik terbalik aku gerammm je nak susun cantik cantik tapi tahan diri sebab orang punya kan. Lantai bilik tu tile yang jenis berkilat tu tau, pastuh macam ada kesan tapak kasut. Ni mesti pesen pakai kasut dalam bilik! Waaaa tak bestnyaaaa :( 


Aku turun bawah dekat reception. Lepak dekat lobby. Lobby dia luas tau, dan cantik. Sambil online. Aku terpikir nak tukar bilik untuk malam esok dengan lusa. Kalau upgrade bilik double private, bayar lebih pun aku tak kisah. Sebelum ni sepanjang aku stay dekat shared dorm belum pernah jumpa dorm mates macam ni. Tak best la pakai kasut dalam bilik. Nak tegur tegur kang pelik pulak, sebab budaya kita lain-lain kan. Pelik bagi kita, mungkin suatu kebiasaan bagi orang lain. 


Bila aku tanya reception, nak tukar bilik... diorang cadangkan aku bertukar ke bilik lain, bilik tu ada sorang je occupant jadi tak bising sangat. Reception kata boleh je kalau nak tukar malam tu jugak. Malas la pulak aku. Dah barang aku dah kemas, cadar, sarung bantal selimut semua aku dah pasang. Jadi satu keje pulak nak berpindah randah. Aku cakap, malam ni ok je. Cuma untuk malam esok dan lusa. Rupanya... bila reception check, occupant bilik aku 3 orang tu... akan check out besok. The next 2 nights aku stay sorang je. Oh. Niceee. Hahaha. So tak jadi pindah ke mana-mana. 


Tak lama kemudian. Aku masuk ke dorm. Masa tu baru ada occupants lagi 3 orang. Sempat borak kejap. Budak-budak mainland China jugak, tapi dari Guangzhou. Boleh cakap BI. Rasa rasa student U, comel comel je. Diorang nak keluar balik, nak hantar report. Sebelum keluar, sorang tu bagi remote aircond dekat aku. Dia cakap, kalau sejuk ke, panas ke, adjust lah sendiri ikut yang aku suka. Alahai sweetnya. Jadi aku buat kesimpulan, budak budak ni baik je. Cuma tang pakai kasut dalam bilik tu kerana budaya dan sesuatu yang biasa bagi diorang, bukan bermaksud diorang tu jahat ke tak hormat orang ke apa. 


Goodnight! 



DISABLE