08 December 2016

Tiket Murah ke Xi'an, China



Biasanya every year-end aku akan travel secara backpacking (bajet rendah) ke mana-mana destinasi sebagai reward untuk untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Due to the myth,  'beli tiket awal lebih murah' , so aku akan beli tiket seawal 6-9 bulan sebelum cuti. Haa lama tak lama macam nak menunggu seorang bayi dilahirkan. Tapi tahun ni. Sampai hujung tahun tak terbeli. Duk tunggu tiket murah pergi Seoul tapi sampai ke sudah tak ada tiket murah. 


Sedih T__T


So... untuk tidak mengecewakan jiwa backpackers ini yang meronta ronta untuk travel, maka on 30 October aku booked tiket Airasia, KL - Bangkok one way. Tak dapat Seoul, Bangkok pun jadilahhh. Lagipun aku belum sampai Thailand. Cadangannya aku balik overland je nanti pakai tren Bangkok - Padang Besar. 


Rupa-rupanya its going to be more than Bangkok. 


If you are a member of AIRASIA BIG, and if you notice... Airasia will have Final Call / Last Call Sale for immediate travel. Every month akan ada sale ni tau, untuk member AIRASIA BIG redeem point bagi mendapatkan tiket free. Entah macam mana. The next day after I bought KL - Bangkok ticket, Airasia Big have Final Call Sale... and guess what?


I found a return ticket Bangkok - Xi'an (China) - Bangkok redeemable for only 8000 Big Points 

O.M.G. 



Itu adalah dirt cheap, okay! So, aku terus nak beli. 


Malangnya... bila aku pakai kad Airasia Big aku untuk buat payment, tak dapat pulak. Bila aku masukkan nombor kad Big aku, dia keluar "card not valid". Walaupun dah ada baki yang mencukupi dalam akaun still tak dapat beli. Try pakai credit card pun tak dapat.  Grrr. Aku assume, kad aku yang bermasalah. 


Kemudian, 1 November kebetulan aku ada flight daripada KLIA2 - Kuching so aku ambil peluang singgah kaunter sale AA dekat KLIA2 untuk bertanya pasal payment aku yang tak lepas. Tapi orang kaunter pun tak pasti apa masalahnya. 


Esoknya bila dah sampai Sarawak, rileks aku check lagi... promo tu masih ada. Tapi dah ada sedikit penambahan pada iklan dia. Rupanya... sale tu memang khas untuk pemegang kad Airasia Big Thailand SAHAJA. Laaa patutla tak dapat-dapat. OK takpelah. Takde rezeki aku nak pergi Xi'an. Pergi Bangkok je lah k. 


Dan hari hari pun berlalu dengan tak berapa riang. 


Until the next Wednesday (9 November) aku terbukak website Airasia lagi. Ada promo. But this time, not limited to pemegang kad Airasia Big Thailand. So aku try je la google Bangkok - Xi'an - Bangkok pada tarikh yang aku nak sebelum ni (yang harga promo cuma bulan November sahaja). Tiket tu masih ada! Hahahah


Ape lagi. Beli lerrr. 


Tapi. Nak beli pun satu hal. Try pakai kad Airasia Big tak dapat. Pakai credit card baru dapat. 


So total, 

Redeem Airasia Big Points 3095 + RM255




Bila dah keluar confirmation macam ni, baru lega. Fuhhh. 



Sepatutnya redeem 8000 point untuk return ticket. Tapi sebab point aku tak cukup, dibenarkan untuk tambah duit sebanyak RM255. Itu pun still murah gila weh. Mana nak dapat tiket pergi balik China RM255 return??? Rezeki beli tiket last minute. Dalam banyak banyak trip seumur hidup aku, trip ni lah yang paling last minute sebab dibeli exactly 20 days before departing. 20 DAYS WEHHH


Pergi China kot, nak kena settle kan Visa, and whats more, I am going to travel ALONE!


*sesak nafas kejap


Sempat ke prepare? Mental? Fizikal?


Nak tak nak, kalau tiket dah beli... Kena bagi sempat lah huhu.


...bersambung



2 comments:

Anil said...

wooooo.... murah tu... jeles kejap... dah la ada point bakal expired bulan ni.. tapi tarikh tu tak berapa best.. huhuhu

Unknown said...

Phewh berani betul g china sorg2.. Safe journey & enjoy your trip! :D

http://www.fatindays.com

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE