Assalamualaikum WBT.
Entri ni lebih kepada sharing persediaan /environment dekat
sana. Apa-apa tips yang aku boleh kongsi dan yang paling penting online diary
untuk diri sendiri.
Aku beli tiket 2 bulan sebelum bertolak. Visa ETA Australia aku buat dengan www.iae.travel
(012-2223800) dengan kos RM20 seorang murah je. Siap dalam masa 24 jam nanti dia hantar
document Visa kita melalui email. Kalau tak bawa pun takde masalah document tu, sebab semua maklumat dah ada dalam sistem.
Dari segi kerja-kerja menyusun itinerary, rasanya tak complicated macam trip-trip
sebelum ni kot. Simple-simple je. Penginapan pulak aku pakai Booking.com macam
biasa. Mula-mula tu, ada jugak aku book dorm hostel untuk 2 malam. Lepastu bila
fikir fikir balik, macam tak sesuai jer nak suruh ayah aku stay dekat dorm yang kongsi kongsi tu.
So aku tukar. Ambik private room/apartment. Beza pun
tak jauh sangat, yang penting keselesaan.
2 minggu sebelum bertolak dah takde apa lagi nak buat macam, ape
benda lagi yang aku tertinggal ni hah? Sampai lah hari bertolak... Jumpa ayah aku dekat KLIA2. Aku dari Sarawak , ayah aku flight dari KB. hehe. Flight kitorang ke Perth di sebelah malamnya pukul 12.05 pagi, jadi sebelum masuk boarding hall dah makan kenyang-kenyang. Masuk flight tido je...
KLIA2 (12.05am) – PERTH (5.20am)
Daripada pengalaman bloggers lain yang aku baca, Immigration / Customs Australia
ni amat strict. Siap ada anjing besar hidu beg semua. Kalau tersilap bawa
barang yang TERLARANG dan tak declared, boleh kena denda. Aku pun cuak jugakla
sikit sikit. Sebab ada bawak makanan. Tapi semua aku dah packing asing
dan buat list untuk memudahkan pihak custom check.
Alhamdulillah tak ada anjing (aku trauma anjing) cuma ada pegawai-pegawai kastam je. Sebab pagi
pagi buta lagi kot... anjing pun belum bangun. HAHA. Pegawai dia scan dan check bag je.
Beras, bihun, ikan bilis dengan packed foods semua lepas. Cuma dia rampas
bawang putih (LOL), serai dengan daun limau purut sebab semua tu fresh plants. Benda-benda tu aku ingat nak bubuh dalam tomyam sebenarnya haha. Nampak gaya tak
umphh la tomyam aku nanti. Fresh plants tak boleh bawak yerrr. Tapi tak kena denda pun sebab dah declared dalam Arrival Card yang aku dah isi masa atas flight.
Lepas keluar daripada Arrival Hall, kitorang solat Subuh
dulu. Ada prayer room dekat Perth Airport. Paip untuk ambik wuduk pun ada dalam prayer room tu. Tapi campur lelaki perempuan, tak ada tirai.
Dalam pukul 7.30 pagi kitorang terus ambik Bas 380 ($4.50) ke
Perth CBD.
Masa tunggu bas dekat luar tu
mula lah rasa sejuknya. Fuhhh.
Perjalanan daripada
airport ke Perth CBD ambik masa dalam 40 minit.
Dia ada 3 kaedah :
1) Teksi (paling mahal)
2) Bas Connect ($18)
3) Bas No. 380 ($4.50)
Dia ada 3 kaedah :
1) Teksi (paling mahal)
2) Bas Connect ($18)
3) Bas No. 380 ($4.50)
Kaedah yang kitorang pilih ni yang paling murah. Bas dia macam bas rapid KL je. Dah sampai di bandar
Perth, kitorang jalan kaki kira-kira 10 minit ke Perth Station.
Masa ni ramai penduduk Perth yang sibuk nak keluar bekerja, tak kurang budak-budak yang nak ke sekolah. Aku
perasan orang dekat Perth ni multiracial. Ada muka Chinese, Philippines, India,
Singh… Ada lah jugak 2-3 kali terserempak dengan orang Malaysia. Diorang bagi
salam, tegur, senyum.
Lorong ape kah?
Stesen Keretapi Perth
Kecik je stesen keretapi dia simple simple je. KL Sentral lagi besar kot.
Daripada Perth
Station naik tren ke Fremantle. Malam ni kitorang akan bermalam di Fremantle
dulu, iaitu bandar pelabuhan yang terletak kira-kira 30 minit daripada Perth.
Sampai pukul 9.30 di
Fremantle. Kena jalan kaki lagi ke hostel. Binaan bangunan di Fremantle agak klasik. Tak banyak bangunan moden sangat. Lepastu, ada satu area tu Coffee Strip tak silap aku, cafe je kiri-kanan. Konsep kedai kopi dengan meja kerusi open air tepi jalan. Macam style je...
Kebetulan masa berjalan terjumpa
restoran halal. Aku tanya ayah aku, nak singgah tak? Ayah aku cakap makan dulu, baru jalan. OK lah. Sebenarnya aku pun dah lapar gilakk.
Nama restoran ni, Ali Baba & 40 Dishes.
Kitorang order Beef Kebab ,
Chips, Cappuccino dengan Chocolate Milk Blend.
Semua sedap (dan
portion besar), total $22.
Masa dekat sini ada benda lawak sikit. Beef Kebab tu punye lah besar, kulit dia tebal lembut lepastu inti pulak penuh membuak. Jadi nak ayah aku bukak potong bagi aku sikit. Tiba-tiba... owner kedai tu datang, dia cakap... bukan macam tu makan kebab. Jangan bukak. Kena gulung, lepastu makan sekali ngap. HAHAHA adoi. Orang nak share lah pakcik...
Masa dekat sini ada benda lawak sikit. Beef Kebab tu punye lah besar, kulit dia tebal lembut lepastu inti pulak penuh membuak. Jadi nak ayah aku bukak potong bagi aku sikit. Tiba-tiba... owner kedai tu datang, dia cakap... bukan macam tu makan kebab. Jangan bukak. Kena gulung, lepastu makan sekali ngap. HAHAHA adoi. Orang nak share lah pakcik...
Lepastu terus jalan kaki cari hostel. Kalau nak naik bas free (CAT BUS) pun boleh tapi aku blur blur tak tahu bas mana, so jalan kaki jelah ikut map. Masa jalan tu aku macam, alahhh kesiannya dekat ayah aku kena jalan kaki (Walaupun dia tak cakap apa-apa). 2-3 kali aku duk cakap, Pa nak sampai dah ni... dekat dah kot. Padahal... aku sendiri pun tak tahu dekat mana hahah. Dekat dekat pun dalam 10 minit jugakla jalan kaki daripada restoran tadi. Habis hilang lemak yang makan tu semua hahah.
Dah sampai. Fremantle Prison YHA.
Ha? Prison? Yer!
Memang kitorang tinggal dekat prison betul. Penjara lama yang diubahsuai
menjadi hostel. Bilik yang kitorang stay tu pun, memang dahulunya penjara. Seram
takkkk. Haha.
Tak lama lepastu, ayah aku tanya. Kenapa tak book private twin je since harga dia sama je dengan harga dua dorm tu? Haha macam mana lah aku tak perasan. Sebab dah biasa duduk dorm kot, jadi terus aim dorm je. Nasib baik la ayah aku lebih alert. hehe.
Macam ni rupa dalam bilik.
Private Twin Room. ($76/room)
Deco di dinding hostel yang menyeramkan. Wanita kena gantung lah banduan cuba nak escape lah mende lah. Nak tengok lama-lama pun tak berani takut bijik mata dia bergerak gerak macam dalam cerita hantu tu.
Review:
Friendly reception, nice place to make friends (ramai traveller berkumpul dekat kitchen & common room), pengalaman hostel yang berbeza dan unik (sebab tinggal dalam penjara) tapi WIFI cuma available dekat kitchen & common room sahaja. Dalam bilik tak dapat.
Ini kitchen dia. Luas gila. Belakang ada dapur tempat masak-masak.
Lepas bersiap kejap,
pukul 1045 pagi kitorang terus keluar untuk pergi Rottnest Island.
boleh menuntut ni tips2 backpacker. teringin nak try travel solo, tp tak confident lagi. haha
ReplyDeletesalam hi awk. salam singgah dan follow :D
ReplyDelete