salam tahun baru hijrah.
seperti yang aku uar-uarkan sebelum ni, aku keje selama 10 hari dekat expo MAHA 2010 sebagai urusetia (eh, urusetia?). ok fine, sebenarnya penjual tiket parking je. -_-' sangat letih woi. sakit tulang belikat aku ni ha, entah bila nak hilang. dia punye lenguh lain macam betul, simptom osteoporosis kot? ikutkan hati nak je aku upah makcik mengurut. tu belum masuk chapter kulit tangan dengan kulit muka jadi melegam, tak pasal-pasal dapat tanning free. tsk. tsk. tapi takpelah, aku memang tak berapa nak cerah pun, jadi hal tersebut boleh dimaafkan. tapi jerawat dua tiga ketul yang baru tumbuh atas batang hidung aku ni, sape nak bertanggungjawab ha?
aku letak caption simple-simple dahla ek, malas la. rasa nak berguling je sepanjang hari.
aku letak caption simple-simple dahla ek, malas la. rasa nak berguling je sepanjang hari.
manusia sangat ramai.
ramainya manusia.
jalan masuk yang jem gila, banyaknya kereta
PARKING J pukul 9 pagi : kosong.
PARKING J pukul 12 tengahari : penuh.
PARKING J pukul 9 pagi : kosong.
PARKING J pukul 12 tengahari : penuh.
pose yang membosankan
sedang berada di dalam.baju yang besar
lompatan yang tak ikhlas sebab tak berapa nak tinggi lompatnye
berpura-pura membetulkan kedudukan kon supaya boleh main hujan
hasil kutipan tiket parking yang berkoyan-koyan
kesimpulannya;
penat memang sah-sah. mandi hujan? mandi peluh? kau cakap je, semua pun dah. boleh kenal ramai orang, boleh gilap skill perhubungan awam, kemahiran komunikasi, menguji kesabaran, dimaki, dipanggil bodoh, ditanya "takde diskaun ke?", ditanya "takboleh kurang ke?" tu punnn dah. pasal kulit muka bertambah pigment tu takpayah hurai, perenggan atasss skali dah cover panjang lebar. ha satu lagi, dapat rasa kaki mengecut dengan kadar yang sangat laju (cm per saat) sebab kaki berendam dalam kasut basah lama sangat, terus rupa kaki bertukar macam rupa toge. -_-' tapi takpelah, yang penting fulus masyukkk, bolehla buat beli beberapa suap nasik. sob sob.
ok dahla aku nak sambung makan keropok.
apekebenda tah namanya, orang kasi free aku makan jelah. sekali tengok dah macam rupa makanan kucing je... tapi takpe yang penting sedap. menyam nyam nyam.
bye.
7 comments:
nama saja itik kejam! tapi itik bukan sebarang itik. itik ni sangat rajin berkeja. hehe :D
HAHAHA......best x bekerje cik sira..
kerja tu best kan? dapat merasa duit sendiri. =)
xpela,,penat2 pon berbaloi ;D
berbaloi keja penat dapat makan makanan kucing eh keropok.
wah dipanggil bodoh . pujian tu. hahah xD
itik kejam yg rajin berkerja...comel
kamu telah di tag..sila check it out ya..:)
Post a Comment