10 January 2014

Penang Street Art Hunting 1



 A way to spend the remaining days of my holiday. Pack myself and I'm ready for another backpacking trip to Penang. With the mission to see and shoot the oh-so-famous street arts around the city for 2 solid days. And yes, the Georgetown city in Penang is listed out as one of UNESCO's world heritage site . 


I can't sleep during the whole bus journey all way from Kelantan I don't know why. Accidently the skies was so bright since its full moon so I just stared out of the window looking if I could spot any Langsuir. (But thanked God I did'nt LOL). I arrived Penang 6 am in the morning at Sungai Nibong Bus Terminal. Then I took Rapid Bus number 401 (number 301 and 303 would do it either) to the centre of Georgetown. RM2.00




ok dah. enough of speaking. formal gila. mengarang macam nak ambik MUET kali kedua. ekhem ekhem (betulkan suara, ambik mood). Baiklah. Lepas naik bas dalam 20 minit kot akhirnya sampailah ke town centre. Sebenarnya aku tak tahu nak turun bas dekat mana , lagipun gelap lagi. Aku tengok anjing boleh tahan merata jugak. Aku ni dahla pobia dengan anjing. Kemudian aku nampak masjid besar terus aku tekan loceng pekk pekk bunyi dia suruh driver tu berentikan bas. Aku cross jalan, dan masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat Subuh dulu.



Rupanya itulah dia Masjid Kapitan Keling.


Malam tu kan bulan penuh. Bila aku masuk dalam perkarangan masjid tu nampak bulan betul-betul dekat belakang masjid. Magical gile. Ala-ala arabian night dalam cerita Aladdin. Hehehe.




Time aku keluar ni dalam pukul 730 pagi kot. Matahari baru nak keluar. Masih boleh nampak bulan dekat belakang masjid tu. Cantik ;)



Lepastu aku decide cari hostel untuk tinggalkan beg. Aku dah book siap-siap through Hostelworld sehari sebelum berangkat. Aku book Roommates Penang Lorong Chulia. Sebab nya lokasi dia dalam buffer zone UNESCO site itu sendiri dan yang paling penting backpackers style! Cari punya cari, tak jumpa. Stress betul. Tanya orang pun tak jumpa jugak. Aku dah mulalah nak berputus asa. Tengah menyelusuri kaki lima kedai dekat Jalan Chulia tu, aku terjumpa satu hostel (nama dah lupa) tapi bukan backpackers hostel la. Dia ada tulis harga dekat depan tu, Single Room cuma RM38/day. Aku masuklah dalam tanya ada bilik kosong tak. Surprisingly , uncle tu cakap ada bilik single kosong dan boleh terus check in even masa tu baru pukul 830 pagi. Tapi , kena tunggu dia siapkan bilik dululah. Tak pikir panjang, aku terus cakap "okey. saya tunggu dekat sin sementara bilik siap"  Memang tak pikir panjang. Terus uncle tu tinggalkan kaunter dan masuk ke dalam. Nak gi siapkan bilik untuk aku lah kot.



Dalam 10 minit menunggu, aku dah start bosan. Aku keluar sekejap, jalan ke depan sikit daripada kedai tu dan aku nampak lorong. Betul betul depan mata aku ada papan tanda bertulis, Lorong Chulia. Aku jenguk sikit ke dalam lorong tu, aku nampak hostel Roommates yang aku dah book. Dem! Aku masuk balik ke dalam hostel tadi. Uncle tu belum datang. Aku menyesali perbuatan aku senang lenang pegi masuk hostel lain pulak kan. Kenapa aku mudah mengalah kenapaaa?!! Aku bukak email booking tu, nak tengok balik kalau cancel booking (no show) macamtu, boleh ke tak. Rupanya... dia akan tarik duit akaun kita ikut harga hostel yang kita tempah tu KALAU kita tak buat cancellation dalam masa 24 jam. OMAIGOD.




Aku dok pikir pikir hmm nak stay dekat sini ke, nak pergi dekat Roommates yang aku dah tempah. Uncle tu belum datang lagi. Dah 15 minit. Lama nau mengemas nye pun. Kalau stay sini, maksudnya harga untuk bilik dah 2 kali ganda. Satu dekat sini dan yang dah booked pun kena tarik duit dalam bank. Adoi. Akhirnya aku nekad! Aku angkut beg ape semua , tinggalkan hostel tu. Nak tunggu Uncle tu datang, takut kena maki pulak tiba tiba cancel kan. Takpelah. Aku berazam tidak akan lalu di depan hostelnya lagi. Hahaha. 


Roommates Penang
Lorong Chulia, Jalan Chulia, Georgetown.
RM30/bed (female dorm)



Aku pergi dekat Roommates yang aku mula-mula nampak tu, tapi bila aku bagitahu aku book female dorm, dia bawak aku ke another building (gambar atas) dalam 50 meter jarak dia yang merupakan all-building female dorm. Aku bayar harga bilik RM30 dan terus boleh check in sebab memang ada katil kosong. Tak payah tunggu pukul 2 petang. Bersyukurnya! Bolehla mandi manda dan berehat dulu .



Dalam pukul 1130 pagi aku keluar daripada bilik dengan misi untuk memburu street art dekat Penang!


Tempat pertama yang aku pergi ialah Penang Museum di Lebuh Farquhar. Dekat dengan hostel jalan kaki je. Bangunan dia klasik gila, lupa pulak nak snap daripada luar. Bayaran masuk RM1




Aku tak ambil masa yang lama dalam tu. Tengok tengok apa yang dipamer, (tak baca sangat pun hihi) lepastu keluar. Depan muzium tu ada bus stop , naik FREE BUS bertanda CAT kemudian turun dekat Prangin Mall. Aku memang tak expect pun nak berhenti dekat mall ni, kalau time backpacking aku naik je bas lepastu tengok dia lalu mana, kalau rasa ok mintak berenti and turun jelah.




Masuk dalam mall, beli Coolblog sebab haus. Kemudian  ronda ronda aku ternampak purse kaler pink harga RM10 , terus beli sebab nak gantikan purse asal aku yang tebal. Tebal bukan sebab banyak duit , tapi memang rupa bentuk dia tebal menyusahkan betul nak bawak, jadi kembung sling bag aku. Aku rehat sekejap dekat depan Kids Land dalam mall tu. Dia macam theme park budak-budak. Ralit tengok budak budak kecik main. Tiba tiba aku tersedar, kenapa aku tersadai dekat sini?!!! Aku datang Penang bukan nak melawat mall!!! Arghhh buang masa! Aku pun cepat cepat keluar daripada situ.



ANJING JALAN SUNGAI UJONG

Lepastu. Aku berjalan lagi. Kali ni dekat kaki lima , kot kot terjumpa murals/street art boleh terus snap kan. Tengah berjalan tu tiba tiba... keluar anjing warna oren besar depan kaki aku (dia keluar depan kereta yang parking). Terkejut tak payah cakap wei.  Anjing tu menyalak kuat sampai aku terjatuh, for one second I thought I am going to die! Bila aku bangun cepat cepat dan lari daripada anjing tu, barulah aku perasan rupanya anjing tu terikat pada tiang . Kalaula anjing tu terlepas kan... memang cedera dah aku dikerjakan. Ceh. Cedera. Haha. Lepastu bila aku blah tu dia menyalak kuat tak berenti renti macam anjing gila. Geram betul!!! Tak puas hati apa dengan aku taktaulah. Aku tengok seluar aku dah kotor dekat lutut, dahla seluar jeans aku bawak sehelai tu je. Grrr.




Cuba untuk melupakan anjing tersebut, aku jalan lagi sampai ke Penang Road. Dekat sini ada banyak kedai jual souvenir, singgah beli 3 ketul fridge magnet dengan harga RM10 dan sekeping poskad dengan harga RM1. Lutut aku terasa pedih jatuh atas jalan tar tadi. Berdarahkah? Hmm... Jangan nangis dulu! Lepastu aku macam takde mood dah nak meronda ke explore ke apebende, aku decide untuk balik hostel je. 




Tangga ke bilik aku dekat Roomates Hostel. Eh. Anjing kah itu? Aku dah cukup troma dengan anjing hidup, nasib baik itu cuma anjing tak bernyawa. -_-"



Bilik aku, ada 4 katil (2 double decker bed). Bilik dia sempit je takde tingkap, tapi katil dia besar dan ada aircond. Lepastu setiap katil ada curtain so ada privacy sikit. Ada sorang je sebilik dengan aku, nama dia Harry dari Wales. She's travelling from KL and going to celebrate Chrismas in Bangkok. Friendly orangnya. Lepas borak, aku pergi bersihkan seluar (tapi kotoran tu tak tanggal pun hukhuk). Lutut aku tak berdarah pun cuma rasa pedih. Nasib baik kesakitan itu cuma sementara. Dalam pukul 2 petang aku keluar balik daripada hostel. Kalau nak tido baik takpayah datang Penang ye dak? 



Oh, owner hostel ni  uncle Chinese. Aku tanya dia dekat mana Char Kuey Tiaw paling best dekat Penang. Dia cakap, dekat sini kebanyakannya tak halal. Dia suruh cari betul betul lepastu dia bagi travellers map ape semua, helpful sangat.. Aku tuju dekat Jalan Ah Que dulu dan jumpa beberapa murals dekat sana.


#1 Boy On a Bike




#2 Bruce Lee & a Cat




Lepastu lunch dekat Restoran Kapitan, Little India. Naan Cheese dengan Ayam Tandoori. Harga satu set dengan air RM10.70. Sedap cuma kuah hijau tu (pudina ?) aku tak sentuh pun. 





Kemudian berhenti di Masjid Kapitan Keling untuk solat jamak. Dalam banyak banyak rumah ibadat dekat Georgetown ni , Masjid Kapitan Keling ni paling cantik. Sebelah Masjid Kapitan Keling aku nampak Pejabat Pos, masa tu dah dekat pukul 4 pejabat pos masih bukak, terus pergi sana untuk beli setem dan poskan poskad yang aku beli tadi.






Kemudian aku masuk ke Armenian Street yang menempatkan bangunan lama yang dipelihara . 


Lorong masuk ke Lebuh Armenian. 





Klasik kan!




#3 Old Man 
Yang ni macam lusuh dah cat dia. Sayang betul . 





Sepanjang Armenian Street ni macam macam benda yang menarik dan buat kita rasa nak tangkap gambar je. 




#4 Cats



Jalan punya jalan... akhirnya jumpa streetart budak budak naik basikal ne! Letaknya di hujung Armenian Street. Ramai jugak orang beratur nak ambik gambar. 


#5 Cycling Siblings





Binaan tinggalan zaman kolonial.




#6 Boy On Chair




#7 Playing Kids




Hari semakin petang. Aku naik bas pergi jetty dengan harga RM1.40. Padahal ada je bus free, tapi aku tak familiar lagi route dia,sebab tu naik bas berbayar. Tak sampai 10 minit dah sampai jeti. Aku nak naik feri ke seberang (Butterworth) untuk beli tiket bas balik Kelantan malam besok (ha ha gamble je tiket balik belum beli). 




First time naik feri ne. Jakun. Hehe. Nak pegi tanah besar, free. Tapi nak balik ke pulau, kena bayar RM1.20. Aku tak lama pun dekat Terminal Bas Butterworth tu. Beli tiket (nasib baik ade!) lepastu terus pusing, naik feri balik. Perjalanan balik dalam pukul 6.30 petang. Sengaja balik time ni supaya dapat menikmati pemandangan sunset.




Sampai di jeti ,aku naik free bus dan turun dekat Prangin Mall sekali lagi. Dinner Mcd. RM8.45


Dekat Mcd aku menyaksikan satu kejadian. 

Depan meja aku ada 3 orang budak perempuan dalam 5-6 tahun. Di sebelah meja mereka , ada 3 orang wanita umur 30-an agaknya mak mak budak tadi. Nak djadikan cerita, salah seorang budak tu terjatuhkan gelas Mcd, sampai telangkup atas lantai.  Tapi sebab gelas tu jatuh dalam keadaan masih bertutup, air dalam tu keluar sikit sikit. Budak tadi nak angkat gelas tu. Yang peliknya, mak dia tak bagi. Mak dia suruh biar je dekat bawah tu. Bangang tak? Daripada sikit je air tumpah mula-mula, sampai melimpah jadi banyak dan comot tempat tu. Aku terpikir, kesiannya dekat pekerja yang nak kena cuci lantai nanti. Ape la masalah mak budak tu tak bagi anak dia angkat gelas tu. Air makin banyak mengalir tapi diorang macam buat taktahu je. Kalau macamni lah didikan dia dekat anak, tak mustahil suatu hari nanti anak dia akan jadi orang yang takde sivik. Aku yang tengok ni rasa geram sebab aku pernah kerja restoran dan tahu macam mana lecehnya nak bersihkan benda-benda tumpah ni. Susah sangat ke nak angkat gelas tu? Tak boleh ke mudahkan keje orang lain? 



Aku naik free bus lagi, tapi terlepas bus stop jadi terpaksa jalan kaki jauh sikit. Memang paranoid gila dengan anjing, jalan nak balik tu pandang kiri kanan atas bawah nak pastikan takde anjing. Haha! Alhamdulillah berjaya sampai dengan selamat. 

Total perbelanjaan hari pertama: RM80.95
(bajet sebab bawak cash RM150 je haha!)



4 comments:

Izz Hazwani said...

Kak, akak pergi sorang je ke macam mana?

Syira Mansor said...

@izz hazwani
yer pergi seorang sahaja. short trip 2 hari 1 malam sahaja :)

Anonymous said...

salam kak nak tnya akak pegi jeti pastu akak nai bas no apa untuk smpai ke perangin mall

tiga lalat said...

chantek san menarik., gmbr sunset tu ohsem., a poskad tu yourself erk., hehe2 next time send poskad to wak yee., ;p

DISABLE