12 March 2012

Pulau Pangkor 2D1N Budget Trip


INI, IALAH TRIP YANG GAMBLE GILA


Four of us depart daripada Serdang pukul 930 malam. On da way hujan lebat gila gila macam tiada hari esok. Sampai Puduraya pukul 1030pm, expect nak beli tiket on the spot. Dahla weekend. Jadi bila pergi kaunter tiket bas major macam Transnasional dah boleh bajet kerani tiket akan cakap apa,"Sorry dik tiket dah habis" Pusing punya pusing semua full, sold out. Matila. Kalau takde jugak tidur dekat Pudu la malam tu jawabnya.

Tapi nasib baik,  kitorang berjaya dapatkan empat tiket LAST daripada syarikat bas yang tak berapa nak popular which, akan masuk bandar Ipoh dulu instead of going straight to Lumut. Bas bertolak pukul 1100 malam, gilalah kelam kabut. Dengan ada yang nak kencing lah, nak apa lah, aku nak beli keropok jajan buat makan atas bas pun tak sempat. Anyway every bad thing must have the good side, the bus is quite okay. Large and comfortable. Untuk keselamatan, kitorang beli siap-siap tiket balik KL. 

Tiket KL - Lumut (return) RM50/person
1100pm - 400am

Ya, sampai Lumut pukul empat pagi. tak ada orang langsung dekat stesen bas Lumut. Anjing liar banyaklah, segerombolan pulaktu macam wah, penggambaran movie 101 Dalmatian ke apa ni woi banyak sangat anjing? Kitorang breakfast  dekat mamak sebelum pegi Masjid Lumut untuk solat & mandi. Dekat je dengan stesen bas. 





matahari terbit di Jeti Lumut.


Kos tiket feri (return) Lumut-Pangkor ialah RM10/person dan trip akan ambik masa selama lebih kurang 30-40 minit sahaja. Jangan turun dekat perhentian pertama (Jeti Teluk Dalam), dekat situ kampung nelayan. Orang kampung je turun situ. Pelancong boleh turun dekat perhentian kedua, iaitu Jeti Pangkor. 




Pelancong biasanya menginap dekat Pasir Bogak atau Teluk Nipah. Untuk bergerak ke sana pelancong boleh pilih untuk naik van teksi warna pink yang berkeliaran di sekitar jeti dengan harga RM10/van/trip. Kalau 10 orang maksudnya kongsi sorang seringgit lah. (*you dont say?)






Alternatif lain, boleh sewa kereta atau motosikal. Kos sewa kereta RM80/hari dan motosikal RM30/hari. Kitorang sewa motor 2 bijik, senang nak jalan-jalan. tapi sila berhati-hati dengan jalan dia, terutama jalan Pasir Bogak-Teluk Nipah. Gila mencabar weh, curam nak mampos! 




Kitorang stay dekat Teluk Nipah. Kononnya pantai dekat sini paling popular (?). Chalet murah memang berderet tepi jalan, and since we don't book our room in advanced (berani mati weh), maka kitorang walk-in daripada satu chalet ke satu chalet untuk tanya harga bilik. And finally, decided to choose...

bilik queen bed + extra mattress + bathroom
RM110/night

Ok lah kongsi 4 orang. chalet ni dekat dengan pantai, air-conditioned, ada tv dan friendly staff. Cuma, hati-hati! Jangan sidai pakaian dekat luar waktu malam especially perempuan. Ada kes kecurian pakaian. AWAS!




katil sebelum 'dikerjakan'




Lunch kitorang awesome gila. Each of us have different food, Tapi semua harga standard RM4. Location dia, kalau kau berdiri mengadap laut, gerai tu belah-belah kiri. (bertentangan dengan surau kot?)  Makanan dia sangat sedap, serius!



Char Kuey Tiaw Seafood



Mihun Sup Daging




Sebab ada motor, petangnya kitorang jalan-jalan ke Pasir Bogak. dan lepastu naik menara peninjau untuk view sunset. 


Belah malamnya for dinner we're quite not lucky. Kitorang try makan dekat gerai belah-belah kanan pulak. Dekat situ banyak jual seafood fresh yang dijual timbang, Lepastu dia akan charge skali dengan harga masak (bakar/rebus). Kitorang makan dekat satu warung ni, nasi goreng hampeh takda rasa, plain tomyam + nasik + telur dadar kena RM12, lepastu air dia pulak rasa sabun buku. Boleh? Dahla service teruk. Lama gila tunggu makanan. Grrr 


ok sekarang cerita sudah tidak ikut urutan. 



Antara aktiviti paling popular dekat Teluk Nipah ialah SNORKELING. Harga 1 trip snorkeling termasuk goggle & life jacket sebanyak RM10/person sahaja. Tempat lain aku taktahulah snorkeling trip dia macam mana, tapi dekat sini boat man akan bawak ke spot snorkeling dekat Pulau Giam (depan tu je, dalam 3-5minit je kot ) kemudian tinggalkan kita. Inform dekat dia siap-siap nak suruh datang ambik pukul brapa. Jangan risau sebab ramai orang snorkeling dekat sini. 



Try la request daripada boat man tu untuk bawak korang round-round. Depan aku ialah Pulau Mentagor, dekat sini air dia hijau jernih gila, nampak dasar tapi tak boleh snorkeling sebab ada timun laut ke apebende entah, dia hitam-hitam, panjang panjang lembik-lembik. Boleh nampak daripada atas bot menatang tu duduk bergolek-golek dekat dasar laut. 


@ Pulau Giam:


Ini ialah spot snorkeling. 


Belah depan ni banyak batu dekat dasar. Yang bahayanye, batu dia tajam! tersilap pijak tu boleh tercalar kaki kau. Kaki aku n member2 aku semua calar-calar T___T Jadi kalau nak snorkeling/berenang dekat sini sila ke tengah sikit, pergi tempat dalam yang takde batu ok!



Bersiap sedia dengan roti. buat pertama kalinya aku snorkeling, terus jatuh cinta. Bahagia gila bagi ikan makan roti, tahu! Macam kasi anak makan. kah3. Ikan makan roti daripada tangan kita. Yang aku nampak ikan belang-belang, Dory, dengan ikan hitam seekor dua. Sadly no nemo at all. 



Ni pulak, belah belakang pulau. Dekat sini ramai budak-budak. Airnya lagi hijau dan jernih, tak ada batu kasar. Tapi... sebelah dengan hutan, pokok-pokok. 

Skali tu, ada anak biawak atas batu. (berjemur kot?) member aku yang perasan. kitorang dah mula cuak dah. Dia pandanggg je, tetiba dia terjun masuk dalam air. Apelagi weh. cuak la yang ada dalam air neh. Tu baru anak biawak, belum lagi buaya. Bajet berenang laju2 nak selamatkan diri ke pantai.Tapi haram, tak bergerak pun. Macam berenang setempat je aku rasa. lepastu biawak tu berenang depan aku. Aku boleh rasa badan dia sentuh life jacket aku. Menjerit aku mintak tolong. huuuu Tapi takde berlaku pape pon, drama je lebih. -,- Anak biawak tu seberang laut untuk masuk hutan belah sana. Bodoh gila




Besoknya checkout chalet pukul 12 tengah hari, lepas pergi mandi/snorkeling trip kali kedua. 



Sebena untuk tiket bas, feri, chalet, sewa moto, snorkeling 2 trip & makan kitorang spend less than RM150. kalau nak shopping souvenir lebih-lebih seafood kering , keropok2, hasil laut semua tu kenalah tambah bajet sikit. To sum up, aku rasa trip ni sangat berbaloi baloi sebab boleh spend quality time dengan kawan-kawan. lagipun dah last semester dah ne sobs. 



bye bye Pangkor. 
We'll going to miss you! 




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE