27 May 2013

Goodbye, Babies



Hands off, teaching preschool kids are the toughest ever. My teaching contract ended last Thursday, and I am going to miss all those cute babies. All 25 of you. Thank you very much for the 3 months experience. 






Kumpulan Merah

Shahrul ketua kelas yang bersuara manja;
Anis Amalin penolong yang sentiasa curious,
Suraiya yang bijak membaca,
Emy yang smart & funny
Sazlin yang pandai mewarna, 
Atikah yang sangat sangat cute bila tersengih nampak gigi dua,
Ramzi murid yang pertama bagitahu nak ke tandas dalam Bahasa Inggeris,






Kumpulan Hijau

Saifudin yang takpernah makan time rehat,
Syasya yang bersuara serak serak basah,
Aizul Afif yang setiakawan, 
Hamirul yang bermata cantik,
Syafiqah yang paling sedap bila baca doa dan surah Alfatihah, 
Nurul yang sama nama dengan cikgu,






Kumpulan Kuning

Fakrul yang hiperaktif sangat menguji vokal;
Asma yang selalu cakap dia nak jadi budak ber-juruh
Imana yang lemah lembut selalu nak pegang2 span bahu aku,
Balqis yang selalu tersengih sengih,
Amir Danish yang ada gigi cantik tangan wajib masuk dalam poket macam bos bos,






Kumpulan Biru

Anizol yang banyakkk idea nak menambah bila cikgu bercakap;
Faris botak yang suka menangis,
Tina budak baik yang jarang keluar suara, 
Darwish yang selalu berkepit dengan Imana,
Hasif yang rajin belajar membaca,
Yeng yang suka Ultraman,






dan.
Yang paling tak boleh dilupakan...
Syahmi beserta pipi gebunya! geram 24 jam rasa nak cubit pipi dia. grr grr
Makan tu menambah sampai 2 kali. 
Bila dia cakap takmau, payah dah nak pujuk.
Bila dia senyum malu malu pulak, pipi dia jadi kembang. Comel je. 
Terus teringat kepada pipi aku sendiri semasa masih bayi haha






Last day, Syahmi bagi hadiah ni kepada aku berserta kad:

Selamat Berjuang, Cikgu
Semoga Berjaya Dunia Akhirat
Semoga Allah memberkati Cikgu
Terima Kasih di atas segala ilmu yg Cikgu berikan
Terima Kasih kerana bersabar dengan kenakalan saya


Walaupun bukan Syahmi sendiri yang tulis. 
Tapi terasa sangat terkesan di hati. Sebak. 
Aku doakan semoga anak anak yang masih suci pemikirannya, 
yang masih bersih daripada dosa ini berjaya di dunia dan akirat insyaallah.




Cari benda tersembunyi:
Pipi gebu Syahmi

hihi


14 May 2013

Kenangan Bekerja di Mid Valley



Ini cerita lama. Rasanya macam tak pernah blog pasal ni. Teringat balik bila terjumpa gambar dalam folder. 2 tahun dulu. Masa tu aku baru habis 3rd year. 2011. Semester break panjang sampai 4 bulan. Kebanyakan student balik kampung, tapi aku tak balik pun. Stay dekat kolej & keje. Cakap dekat family nak siapkan research FYP, memang buat research pegi library pun tapi seminggu sekali sajo. Alasan je semua tuh yang sebenarnya lebih kepada nak bekerja cari pengalaman hidup. Hewhew



So lepas simple interview aku dapatlah kerja dekat sebuah restoran makanan segera di Mid Valley. Punyalah jauh cari keje sampai ke Mid padahal dekat Serdang ada Mines, berlambak boleh keje. But well, saje nak cari pasal. Aku bajet 2 jam sebelum masuk shift dah kena keluar. Kalau keje pukul 10 pagi, pukul 8 dah keluar kalau tak memang komfem lambat ah. Aku jarang masuk shift awal pagi ssebab bas susah. Paling awal pukul 10. Paling best masuk pukul 12thari, rilek siket tak rushing sangat. 



This is my route pegi keje:




Keluar kolej, kena menapak dulu dalam sekilometer ke bus stop. 



Sebab dah biasa ambik bas jadi dah boleh bajet bas pukul berapa berapa, tapi kadang kadang shit happened. Aku curi masa seminit dua je. Just seminit dua tahu tak, untuk apply face cream, Takpun pin tudung sekejap. So terlambat sikit. Keluar lambat sikittt je. Baru separuh jalan kaki, tetiba ternampak bas lalu depan mata. Dah terlepasss. Dah kena tunggu lagi setengah jam. Sure lambat punya sampai tempat keje. Ada jugak time time, rasa macam sempat. Jadi aku berlari macam orang gila kejar bas. Apa nak malu, bukannya ada orang nampak pun sunyi gila kot semua student cuti. Kalau time semester takdenye aku buat keje macamtu haha. Kadang kadang kalau pakcik bas tu baik hati dia slow kan bas dan berhenti. Ada yang tak berapa nak baik walaupun dah nampak aku berlari macam gile tapi tak berenti jugak. Naseb ah.




Tengah syok tunggu bas tiba tiba bala menghampiri. Aku sorang pulaktu.




Datang datang, terus landing depan aku. Terbaekkk punya makhluk. 



Tu baru cite bas. Setel naik bas, sampai KTM kena naik komuter pulak dari Serdang ke Mid Valley. 20 menet je, tapi kekerapan tren cuma 2 kali  dalam masa sejam. Cuba bayangkan kalau terlepas tren. berapa lama nak kena tunggu next trip? Semua aku dah rasa. Sampai dekat platform betul2 sebelum tren jalan, sampai betul2 lepas pintu tren tertutup, tren delay, tren dengan magiknya sampai awal masa aku dah lambat gile, tren yang takde penumpang langsung (aku sorang je), penumpang ramai sangat sampai kena berhimpit macam sardin sampai lenguh tulang semua, dan yang paling sial sekali aku rasa, terpeleot dekat tangga masa nak kejar tren. Lepas badan aku kembali seimbang, sampai je dekat platform , elok elok pintu tertutup. Tak sempat naik. Peh. Malu dia toksah cakap la. Orang yang berjaya naik tu pandanggg je aku melalui kaca. Malu weh muka aku. Dahla terpeleot, tak sempat naik pulaktu. Sedeh sedeh. 




See. Tren kosong di siang hari. Believe it or not. 



Aku belajar betapa pentingnya seminit. Seminit boleh mengubah dunia.  Apa apa boleh berlaku walaupun aku terlambat seminit, kemungkinan ter miss bas, ter miss komuter, which will lead to bigger disaster. Kadang kadang kalau rasa macam lambat aku keluar je dengan serabai serabai. Selamat sampai Mid baru masuk toilet , touch up make up, pin pin tudung apa semua. Haha gile! 






Sampai KTM Mid, kena berjalan (kadang kadang berlari) ke restoran tempat aku keje. Jauh oi. Lepastu masuk kerja 8 jam. Daripada awal kerja sampai resign macam2 position aku buat (bergilir ikut jadual) daripada tukang lap meja, buang sampah, goreng fries(paling aku suka), amik order dekat kaunter, buat aiskrim, tapi aiskrim huduh tak cantik, tumpahkan fries (masa mula2 masuk keje), tumpahkan cornflakes. Lol pengalaman yang memang superb aku boleh kata (except part buat semak tumpahkan barang tu, I am sure my manager didnt feel happy about it). Restoren yang aku keje tu memang sentiasaaa ramai orang tak pernah takde orang even weekdays pun ramai. Takde masa nak melenggang pun except for the 30 minutes break. 



Time tu stamina tinggi. Yelah exercise hari hari. Berlari kejar bas, kejar komuter, keje 8 jam pun rasa macam sekejap je. Habis shift waktu malam, nak kena berlari kejar komuter dengan bas lagi. Tough sangat masa tu. Ada sekali, habis keje dalam pukul 7, sampai UPM 9 lebih dah. Turun je bas, hujan lebat gila. Aku berteduh dekat pondok pengawal. Cuak jugakla. Pengawal pun, manusia jugak. Bukan nak buruk sangka tapi beringat. Last last aku cover kepala dengan jaket, lepastu berlari redah hujan macam orang gile balik kolej. Lencun! Hahaha. 




Sampai Mid awal pagi, Jusco pun belum bukak. 



Kalau ikutkan gaji macam tak padan pun dengan penat travel ke tempat keje. Tapi itulah, aku cuma nak cari pengalaman yang lain sikit. Duit gaji pun bukannya boleh simpan pun, buat makan hari2 je. Kadnag kadang time habis keje awal, lepak dekat MPH dulu sambil amik ekon. Jalan jalan, tengok gelagat orang, dan wajib masuk Jusco usha barang barang runcit yang tengah sale. Hari hari wajib beli air. Bukan setin, tapi sebotol yang 1.5 liter tu! Kalau beli air kotak sampai separuh dozen. Haha dahaga dan penat punya pasal.



Rindu kenangan bekerja macam ni. Yelah. Nanti dah keje tetap, sampai ke pencen keje itulah, mana boleh  buat keje macam ni dah. Banyak belajar perwatakan dan perangai orang yang macam macam, dapat weird and mischievous experience tu semua, dan yang paling penting. Dapat lebih mengenali dan memahami diri sendiri, kekuatan dan kelemahan seadanya. Sebab aku ni sebena nye kalau ada orang lain, aku jadi bergantung pada orang tu. Memang tak berapa berkembang dah. Bila sorang sorang, nak taknak terpaksa depends on my own utk buat decision. And belajar untuk jadi rasional , terima kritikan dan sebagainye. 





Ceh panjang pulak entri. Dah dah le. Okbye :3






Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE