21 December 2013

Java Trip Day 2: Malioboro Street



Balik daripada Prambanan trip , pakcik supir drop kitorang dekat Jalan Pasar Kembang , betul betul depan lorong masuk ke hotel yang aku tinggal tu.




Beca di Jalan Pasar Kembang


Dekat Jalan Pasar Kembang ni ada 2-3 money changer , aku pegi tukar duit lagi. Duit sejuta rupiah yang ditukar dekat LCCT tempoh hari hampir kehabisan lepas buat bayar hotel, makan, dan bayar entrance candi. Aku tukar sejuta rupiah dekat sini cuma RM280! Tukar dekat sini lagi murah.




Nampak tak Jalan Malioboro dalam peta ? Dekat situ ialah city centre yang menjadi tumpuan pelancong. Sepanjang Malioboro street ada kedai batik, souvenir , dan macam macam lagi. 

Kemudian ada simpang ke Jalan Sosrowijayan , tempat aku tanya bilik kosong masa malam pertama tiba di Jogja tapi semua full. Dan yang bertanda kuning ialah lorong kecil di mana letaknya Hotel Merbabu tempat aku stay. Lorong ni memang muat pejalan kaki jedan menghubungkan Jalan Sosrowijayan dengan Jalan Pasar Kembang. Daripada Jalan Pasar Kembang boleh terus cross ke Stasiun Tugu Yogyakarta. Kalau nak ke situ lah.




Lepas tukar duit , cross Jalan Pasar Kembang ke Stasiun Tugu Yogyakarta untuk beli tiket keretapi ke Bandung esoknya. 




Ada tren masuk terus ke dalam stesen . 




Bangunan Stasiun Jogja. Besar dan cantik jugak bangunan dia. 




Malangnya bila tanya kaunter , tiket antara bandar untuk perjalanan hari esok tak dijual di situ. Kaunter cuma jual tiket untuk perjalanan pada hari yang sama sahaja. Kalau nak beli , kena pergi bahagian jualan dekat Jalan Pasar Kembang. Aku tak pergi pun malas nak mencari. Lagipun katanya , tiket untuk tren yang aku nak naik ke Bandung tu masih ada 91 seat lagi. Beli pagi esok jelah tak habis punye. Esok aku datang balik sini.  




Sepanjang Jalan Pasar Kembang. Nak balik ke Hotel Merbabu. 




Kereta kuda sangat berleluasa di kawasan Malioboro. Seiring dan sejalan dengan kereta, motosikal. Haha. Kuda dekat sini berjalan sambil tutup mata. Kau mampoo? Kuda sarkis ni jangan main main. 




Lepastu singgah beli local simcard & topup prepaid. Aku nak pakai internet data je senang nak wasap dengan mak aku. Kalau roaming habis la kredit aku , macam Singapore haritu mesej sebijik dua kena telan 30 ringgit. So sad. 

Aku ambik Simcard Rp10.000 + Topup Rp27.000 , lepastu ambik data plan 400MB untuk 7 hari. Dia tolak daripada topup tu. Terus boleh pakai mobile internet. Setakat nak google google , bukak facebook, wasap,  instagram tu bolehla.  Internet laju, berbaloi dengan harga dia. Kalau convert duit Malaysia dalam 11 ringgit je kot. 




Jalan Pasar Kembang lagi. Street arts are everywhere! Notice the mural paintings on the wall? 





Kemudian masuk lorong ni daripada Jalan Pasar Kembang. Tahu tak... dekat dinding dia mural art bersepah! 




In which, I indulge. Kreatif gile ok!




Applaud kepada locals yang buat benda ni. Unik. 




More murals.




Aku paling suka shot ni. Ni ada lorong yang bersimpang. Pakcik tu bawak nasik dengan lauk. 




Bila jalan lagi, jumpa banyak gila hostel murah kiri kanan. Kebanyakannya bangunan setingkat.




Papan tanda comel




Tour agent pun banyak dekat lorong ni. Kalau nak book trip pegi candi ke, tengok Merapi ke, pakej trekking Bromo pun ada dengan harga yang affordable.




Okey dah boleh nampak signboard hijau Merbabu Hotel sayup sayup dekat depan sana. As I said , Merbabu Hotel tu bangunan yang paling tinggi dekat lorong ni. Budak budak duduk berkeliaran. Macam kawasan kampung orang je kan. 




Balik berehat kejap. Air kotak aku sempat beli sebab kotak dia macam comel. Tapi rasa sama je dengan Dutch Lady. To be honest I don't like Dutch Lady. 




Dekat dinding depan ni pun ada mural cantik jugak. Siang baru nampak benda-benda ni. Sebab masa aku sampai kan dah malam , keluar nak pegi candi tu pun gelap gelap subuh lagi. 




Harga tour untuk Mount Merapi dan lain lain. Kalau ada rezeki insyaallah nak kembali ke Jogja. Nak pegi Dieng Plateu & trekking Bromo. Tapi taktau la bila haha. 




Jalan Sosrowijayan. Kawasan tourist sini. Penuh dengan hotel, restoran, kedai. 




Lorong Hotel Merbabu tadi. Pandangan dari Sasrowijayan Street. Sebelah kanan tu tour agent. 
Dalam pukul 5 petang keluar balik untuk cari dinner. 




Masuk restoran ni. Ayam Pedas Wong Jowo. Dekat Jalan Malioboro tu jugak.




Makan dekat tingkat atas. Lesehan air condition katenyew. Lesehan = makan bersila. 




Perghhh lesehan dia. Kayu jati beb. Nampak macam mewah je. Tapi sebenarnye... Hehe. Takde orang, ape lagi rembat seat tepi tingkap lew. 




Ada satu corner, tempat sambal. Macam macam jenis. Cas 50 sen rasanya kalau ambik sambal ni. Ambik la banyak mana pun. Aku pun ambik le sebab aku suka makan pedas. 




Aku order Ayam Bakar Pedas dengan nasik , tambah Es Jeruk (jus oren). Aku punya semua skali Rp28.000 , dalam RM7 je. Ayam bakar dia pedas. Aku cicah dengan sambal sambal tu semua. Terangkat gila! Tak cukup dengan sambal aku , aku habiskan sambal member aku. Ratah sambal ok. Gile tak gile. Member aku order Ayam Rica Rica apebende entah. Dengan Jus Alpukat. 




Wasap dengan mak lagi. Lepastu insta gambar. Line internet kan dah ada. Kah kah kah. 




Pemandangan Jalan Malioboro dari atas restoran ni. Jam 5.50 petang, dah Maghrib. Dekat bawah tu ada Lesehan tempat aku makan semalam. Actually, Lesehan ada sepanjang jalan ni. Di depan sikit lagi, ada Malioboro Mall. Besar jugak. 




Lepastu ronda ronda Malioboro Street. Sangat meriah. Orang pun ramai. Maybe sebab weekend kot.




Malioboro Mall. Ada Mcd, Pizza, Starbucks, Body Shop. Macam macam la. 




Sepanjang kaki lima ada orang meniaga. Rambang mata sangat sangat. Pandai pandai la bargain. Ada sesetengah kedai , bila kita tanya berapa boleh kurang, dia tanya kita balik. Nak harga berapa. Pandai peniaga dia. 

Aku rasa lah kan, aku rasa je. Try mintak kurang separuh daripada harga asal. Aku ada beli beg cotton I LOVE JOGJAKARTA kan , mula mula dia letak Rp45.000, tawar2 dapat Rp 20.000. Lepastu ada aku belikan sarung bantal untuk mak aku, mula2 dia kasi harga Rp160.000 tawar sampai dapat Rp100.000. Mak aku suka gila sarung bantal tu. Kain cotton tebal, ada patch batik atas dia. 5 helai sarung bantal dengan sehelai alas meja panjang. Convert duit kita dalam RM28 je. 

Tapi peniaga dekat kaki lima Malioboro Street ni , tak se agresif peniaga dekat candi tu. Mungkin sebab skop pembeli di sini ramai. Malam malam sesak kot. Aku pun dah berpecah dengan member aku time ni. Masing masing ralit usha barang. Pandai pandai ler. 




Ni dalam kedai batik sepanjang Malioboro Street tu jugak. Kedai batik dia cantik, ala ala butik gitu. Tapi harga murah je. Kemeja batik kain cotton untuk lelaki tu , RM8 pun dah boleh dapat. Kain kualiti jugak. 




Tapi harga fix. Tak boleh tawar dalam kedai ni. 




Lepastu masuk dalam mall. Ngusyar apa yang patut. Terbeli jaket dengan tshirt. Lepastu dapat baucer Rp50.000. Kalau nak tebus baucer tu, kena beli barang lagi yang berharga Rp100.000 ke atas. Aku cari2, macam nak semua, last last jadi gila lepastu tak tebus pun baucer tu. 

Yang sebenarnya aku takde mood dah. Perut aku dah rasa berangin berangin sebu. Makan pedas tadi punya pasal. Perut panas campur pedih. Dah tak pedih cane. Sambal tadi aku ratah macam gitu je. Banyak jenis pulaktu. Huhuhu. Ini makan diaaa! Tanggung la akibatnya.




Lepastu pegi McD beli McFlurry bagi sejuk organ dalaman dalam perut. Haha boleh ke macamtu? Mcflurry Jogja kecik sikit daripada kita dekat sini dan lagi murah. Sebekas ni RM2+ je. Tajuk yang ini, McFlurry Warna Warni. Comei kan? Ingatkan M&M tapi bukan. 


Ai tak reti reti nak balik ke? Dah lepak2 Mcd baru balik hotel dengan kepenatan. Rasa sedih sebab esok akan meninggalkan Jogja yang penuh hasil seni ne. Sob sob. 



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE