30 May 2017

Jalan Jalan Kuching (1) - Pasar Serikin & Tasik Biru


Assalamualaikum wbt.

Korang puasa tak hari ni? Hehe. Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog itikkejam yang beragama Islam. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan berkat yang berganda ye, Insya Allah.


Baru baru ni (tak berapa baru jugak mind my late update!), BFF aku Yana datang Kuching. Dia dari KL. Dia sampai Kuching semalam dengan flight, aku pun sampai Kuching semalam jugak driving dari Kabong ke Kuching 5 jam. So, lepas ambik Yana dekat airport... kitorang check in hotel dan rehat je. 


Esoknya pagi... kitorang check out pukul 630 dan terus pergi Pasar Serikin dekat Bau, Sarawak. Pasar Serikin ni bersempadan dengan Indonesia, dan antara tempat membeli belah yang popular dekat Sarawak. Aku tak tahu nak bawak orang KL ni ke mana lagi. 




Kitorang sampai lebih kurang pukul 800 pagi, masa ni orang belum ramai tapi kedai dah dibuka. Waktu ni geng makcik makcik dengan bas rombongan baru nak bertolak dari bandar Kuching, so... sampai awal adalah satu kelebihan untuk dapat parking dekat dan bargain harga murah.




Peniaga dekat sini, mostly orang Indonesia yang datang daripada sebelah Kalimantan sana. Barang yang dijual pun barang-barang Indonesia. 

Pasar ni terdiri daripada kedai/ gerai sepanjang lebih kurang 1km, korang boleh berjalan (sambil eksesais) sepanjang panjang jalan ni. 




Alat muzik.




Kain batik Indonesia/ Sarawak.




Makanan kering. Udang kering sini murah! 




Kain sulam Indonesia pun ada dijual dan harganya dalam RM65  ke atas. Asal kau pandai tawar, dapatla murah...




Local handmade from beads...




Nasib baik member aku terhibur datang sini. Dia kata, pusing 3-4 kali pun takpe hahaha. Alahh perempuan mana tak suka shopping weh, nak nak pulak murah. Aku sendiri pun, antara mall dengan pasar pasar macamni aku lagi suka pasar. 




Nak tunggu makan dekat Kuching macam lambat lagi kitorang dah lapar dan penat berjalan so berhenti je makan dekat satu gerai. 




Mee bakso je. Ok lah sedap, tapi kena tambah kicap pedas baru kick.




Yana ni antara member aku yang rapat daripada zaman U dulu, dia dah kawen so kau jangan nak mintak nombor dia pulak dengan aku. Terima kasihla sebab sanggup tinggal laki semata-mata nak spend time jalan jalan dekat Kuching ni ha.


Lepastu... dalam perjalanan balik kitorang singgah Tasik Biru, Bau




Masa kami sampai... hujan gerimis sikit tapi lantakla janji dapat ambik gambar...




Nak kata biru tu bagi aku tak... Lebih kepada hijau, kalau korang tengok sendiri memang nampak hijau... 




Candid...




Baru nak turun bawah... eh eh ada couple Hindustani tengah bergambar mesra. Siap dengan payung merah.




Kakak pun nak bergambar jugak.... Ha nampak tak air dia color hijau? 




Lepastu kitorang ambik selfie pelbagai rupa. Kucing, arnab... hahaha. Member aku ni suka selfie pakai filter... Dia suka, aku pun suka! hahahaaa Kasi la can sikit. Hish korang ni. 


Daripada Tasik Biru kami balik semula ke Kuching dan check in dekat Imperial Riverbank Hotel. Semalam hotel lain, hari ni hotel lain pulak.


bersambung...



19 May 2017

Family Retreat - Tok Aman Bali Resort (Review)



Cuti sekolah lepas, kitorang satu family sempat merasa bermalam dekat Tok Aman Bali Resort, Kelantan. Saje je nak spend time dekat luar dengan family.




Aku ni dahla jarang-jarang balik. Cuti seterusnya bulan 5-6 dah puasa. So sekarang je peluang yang ada. Nak pergi jauh tak dapat. Dekat-dekat pun bolehlah. Janji semua orang happy.





Lokasi kira-kira 1 jam daripada bandar Kota Bharu. Boleh google maps je.


Aku booking bilik sebulan sebelum bercuti melalui booking.com. 

Rate booking.com RM322/night including 6% tax.


Jom tengok bilik:



Ada satu katil double, satu katil single and one sofa bed.




Small fridge, iron & board semua ada. Bathroom (lupa nak ambik gambar) agak luas, ada bathtub & shower.




Yang paling best setiap bilik ada personal balcony mengadap tasik.




View daripada balcony





Lepas siap solat Asar, baru kitorang keluar check kawasan. Boleh tahan luas kawasan dia.




Nak main permainan/ aktiviti pun ada tapi berbayar.





Pose anak tunggal.




Singgah Pantai Tok Bali. Depan resort je. Tapi kitorang tak berniat nak mandi manda, sekadar ambik angin je sekejap.




Lepastu  pergi Professor Cendol. Dalam 5 minit drive daripada resort. Femes kot tempat ni. Orang sentiasa ramai. Nak dapat seat pun kena berebut haha. Kitorang order 3 mangkuk cendol plus 1 gelas (aku punya) bungkus. Sebab tahu dah takkan habis kalau makan dekat situ.




Yang bestnya, korang boleh tambah cendol dengan percuma. Harga cendol biasa RM2 je. Meme sedap bohhh. Lepastu kitorang balik solat Maghrib dulu, kemudian baru keluar balik untuk makan malam. Lagipun masih kenyang makan cendol. 




Kolam dia besar sangat. Esok pagi plan nak mandi kolam. Heheheh




Masa ni dah Maghrib...




Malam tu tiba tiba hujan lebat pulak. Semua jadi malas nak keluar. So order room service jelah. Nasi goreng dengan kerepok lekor. Semua sedap. 


**********************************************


Esoknya... awal awal pagi lepas Subuh mak dengan ayah aku keluar mencari ikan dekat pasar Kuala Besut. Aku dengan adik pulak sarung sport shoes nak berjoging (kononnya) dekat kawasan sekitar. 




Kitorang panjat menara ni. 3 tingkat rasanya. Boleh tengok pemandangan.




Pemandangan daripada atas




Pemandangan keseluruhan resort yang berbentuk perahu (U-shape) dan dikelilingi tasik.




LARI DIKKK, LARI LAJU LAGI... KERINGKAN LEMAKMUUU




Tasik yang mengelilingi kawasan resort. Tenang je. 




Lepastu berjalan sampai ke pantai. Matahari baru nak naik. Cantik jugak. 


Kebetulan lepas kitorang siap main main, mak dengan ayah balik dari membeli hasil laut. Terus sama-sama gi makan buffet breakfast. Masa tu cuti sekolah, orang agak crowded tapi masih ada meja kosong. Cuma pendapat peribadi aku, makanan dia biasa biasa je. 

Siap mandi… kita mandi kolam pulak. 

Aku, ayah aku dengan adik aku. Mak duk dalam bilik je sambal potong kain. Dah namanya tukang jahit. Datang bercuti pun tetap nak bawak kain dia haha! 

Gambar dekat kolam takde, memang tak bawak kamera. 

Kolam best sebab luas and tak dalam sangat. Walaupun macam ramai orang tapi tetap ada space untuk kita mandi tanpa terlanggar orang lain. Budak budak memang ramai. Aku sempat main gelongsor air dekat bahagian kanak kanak tu sekali haha. Saje nak try. Nasib la…




Lepas mandi, sempat rehat rehat dekat bilik, lepak lepak dulu sebelum check out pukul 12.30 tengah hari. 



Posing posing dekat buaian cantik ni. Belakang tu ada taman herba




Bukak pintu supaya jin yang terperangkap dapat keluar




On da way balik sempat lagi singgah ambik gambar pantai. Pantai Terengganu memang cantik dol. Pantai biasa biasa pun cantik air biru sampai 3 layer apatah lagi pantai dekat pulau-pulau dia.


Selesai lah percutian keluarga yang ringkas. Aku sangat recommended Tok Aman Bali ni untuk keluarga/ kawan-kawan yang nak datang untuk relax. Aku bagi 7/10 bintang ye. Kureng dekat part buffet breakfast je. 


Apepun, Mission Accomplished!


09 May 2017

Pulau Perhentian 2D1N (Bad) Agent Experience



Assalamualaikum wbt.

Aku nak sharing pengalaman aku ikut trip 2 hari 1 malam di Pulau Perhentian bulan Mac tahun lepas. ACTUALLY AKU DUK TENGOK DRAFT LIST & TAK PERASAN ENTRI NI BELUM POST. TAHUN LEPAS DAH KOT.  LOL. TAKPELAH POST JELAH WALAUPUN DAH DELAY SETAHUN hihi.

Okey, kali ni aku bawa kawan aku dengan adik dia dari Sarawak. 

Perhentian cantik macam biasa. Air cantik, bersih, cuaca pun bagus. Cuma yang tak bagusnya... travel agent yang aku deal tu. Macam macam halnya... Bila ingat balik, terus sakit hati. 




Aku contact agent sebulan sebelum tarikh nak travel. Aku tanya, dapat tak bilik/ chalet harga below RM100? Since kitorang semua bajet backpackers je. Dia kata, boleh dik nanti akak confirm dengan chalet dulu...  Dan habis sampai dekat situ je. 


Esoknya (or 2-3 hari lepastu) sebab tak ada respon daripada dia... aku Whatsapp balik... Akak, ada tak bilik ni untuk tarikh sekian sekian. Boleh tak nak tahu chalet apa? Lama baru kakak tu balas. Dia cakap, ada dik. Nanti update ye. Update sampai ke sudah. 


Kali ketiga, minggu seterusnya, aku Whatsapp tanya lagi sekali. Aku tanya ada bilik tak, kalau ada chalet apa. Dan sekali lagi (lepas beberapa jam, walaupun mesej dah seen) baru dia reply cakap dia dekat pulau ke macam mana entah, nanti dia nak confirm balik dengan orang chalet.


Lepastu memang takde mesej apa dah. Aku pulak makin busy dengan kerja, aku pun dah lupa.
Beberapa hari sebelum nak cuti baru aku teringat. Aku memang tunggu je nak mengamuk dekat kakak tu sebab tak pandai jaga pelanggan. Kita pulak yang terhegeh hegeh. Kalau ada chalet, bagitahu ada, dengan nama chalet sekali so that aku boleh google picture and decide samada ok ke tak. Kalau tak ada, bagitahu je tak ada. Jangan nak berdalih. 


Masa aku tengah driving ke Airpot Kuching (balik bercuti ke Semananjung). Kakak tu call (eh ingat lagi rupanya dekat aku), dia cakap chalet ada. Masih lagi tak bagitahu nama chalet. Susah sangat nak bagitahu nama chalet. Tapi harga di bawah range yang aku nak. Tak ingat lah RM80 ke RM100. Takpelah, aku pun cool down sikit. Walaupun lama menunggu... tapi rupanya dia masih ingat aku. 


Esoknya... bila aku sampai rumah, aku call office dia tanya... kerani dia jawab dan dia cakap, Chalet X. Tapi harga RM130, dia kata tu harga diskaun dan chalet tu macam chalet yang bagus jugakla. Bila aku google pun nampak macam OK. So... aku tak kisah kena bayar extra from our budget since diorang nak bagi chalet yang OK. Excited aku nak pergi Pulau Perhentian. 




Dah sampai Kuala Besut... Parking kereta dekat private house. Sewa RM12 sehari kot, tak ingat. Tak jauh sangat daripada jeti tu.


Bila pergi dekat office agent tu... tup tup dia kata bilik tak cukup, ada satu je sedangkan masa call aku DAH CONFIRM nak dua bilik. Ya Allah geramnya. Ape benda ni??? Kawan aku pun tercengang-cengang. Dia gantikan dengan chalet lain, masa tu jugak dia call chalet tanya ada kosong tak. 

Lepastu cara dia cakap dengan owner chalet tu... macam chalet tu teruk gila. 

"Takpe kot...... budak budak Melayu semua ni..." 

TAKPE KOT APE???

Aku rasa macam kena tipu. Macam, dia tak booking apa-apa pun untuk kitorang sebelum ni. Bengang tahu tak?! Berapa kali mesej nak confirm tapi tak reply, berapa kali tukar harga, tukar chalet... OMG. Kalau tak ada, cakap tak ada. So kita boleh cari chalet lain, atau agent lain. Jangan main-main kan orang macamni. Masalahnya dia janjikan chalet bagus... kita dah excited last last... NOTHING! Geramnya lahai. Nak kata booking last minute... aku dah tanya sebulan sebelum kot. Setiapkali lepas mesej tanya, ok, akan update, busy bla bla. Lepastu senyap takde update langsung. 




So this is our chalet, meh aku bagitahu. Harga dia RM80/ night. (Kalau korang walk in terus dengan owner chalet, maybe boleh dapat RM50-RM60/night). Chalet ni OK je. Ada double bed, kipas angin, bilik air dekat dalam. Cadar semua bersih. Sesuai dengan harganya. Backpackers style. 


Mula-mula masuk dalam, ada katak lembik dalam bilik air. Nasib baik member aku ambik dan buangkan (dia tak geli sebab dia cikgu Biologi kot haha). 


Pagi esoknya... ada cicak gecko pulak dalam bilik air. CICAK GECKO OK. Cicak yang mata timbul tu. Aku syak dia masuk ikut lubang udara dekat atas dinding. Sepatutnya ditutup dengan kasa dawai barulah binatang tak boleh masuk. Aku saje mesej kakak tu bagitau, kak ada cicak gecko lah dalam bilik... Dia reply, Ohhh biasa la tu dik.  HAHAHAH sakit hati tak? 


Aku tak bengang dengan chalet... Sebab itu memang standard backpackers. Sesuai dengan harganya. Tapi aku bengang sebab dari awal kakak agent tu banyak berdalih, kemudian janjikan chalet bagus last -last bila sampai dia kata bilik tak cukup, and we ends up here. Macam, dia tipu supaya kitorang tak ada peluang untuk cari agent lain. 




Dulu... masa aku ambik day trip bawah kakak ni, dah nampak servis dia macam tak berapa nak bagus. Masa tu aku walk in je. Lama aku masuk tunggu dalam office dia... Tak ada nak tegur apa OR at least, cakap adik duduk dulu  ke apa. So aku keluar, dan ronda ronda survey tempat lain dulu dengan member aku. 


Kali kedua aku masuk, baru nak tegur. Masa tu sebab day-trip je. Jadi takde banyak cekadak sangat. Aku dah blog pasal snorkeling trip tu dekat SINI. Traffic untuk post tu dah sampai 10K. Memang tiap tiap hari ada je orang google pasal perhentian snorkeling day trip, which akan direct kepada entri tu. 


Dulu aku share no fon dia tau (kakak agent). Lepas servis terbaru ni yang tak berapa nak bagus... aku edit balik dan delete no fon dia daripada post tu. Promote free buat apa. Daripada orang lain pun dapat servis tak bagus kan. Aku harap korang tak kena dengan kakak ni lah. 




Tapi... Abang Rahmat yang bawa snorkeling tu memang terbaik. Korang jangan salah faham pulak, agent dan servis snorkeling lain-lain tau. Kali ni, untuk trip snorkeling aku masih lagi ikut dengan team Sunset Shop Snorkeling. Bukan dengan Abang Rahmat, dengan orang lain (lupa nama). Tapi dia pun bagus jugak. Siap ambikkan video lagi. 




Gambar daripada video ikan nemo yang abang bot tu ambikkan...




Pulau Perhentian sentiasa di hatiku. 




Dekat Romantic Beach. Air tak dalam, ombak tak kuat, dasar pasir je bukan terumbu/batu tajam (jadi tak bahaya) ikan biasa-biasa ada la. Nemo jarang-jarang. 

Dekat sini kalau nak selfie dalam air, paling senang. Hahahah. 




Lepasni kalau datang Pulau Perhentian lagi... (kalau datangla) aku akan booking direct kepada chalet, takmau pakai agent dah. Masa aku round round pulau ni... aku tengok Shari-La Chalet ni agak ok la. Terutama kalau datang dengan family. Sebab chalet dia, tersusun dan kawasan pun bagus.




Siap ada private beach lagi. Ni aku menyelinap kejap hehehe. Jalan jalan sebelum balik. 




Kalau ada kesempatan, pergilah Pulau Perhentian sebab setakat ni... Pulau Perhentian yang paling ekonomikal aku rasa, tapi... masih menjanjikan pemandangan yang cantik. Heee


Nak baca post Day-Trip Pulau Perhentian KLIK SINI
Nak baca post Pulau Perhentian Underwater Photos KLIK SINI


Bye!


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE