12 January 2014

Penang Street Art Hunting 3



(perjalanan diteruskan lagi...)



Queen Victoria 's Clock Tower




Lepas menapak seberapa banyak, sampai dekat Port Sweetenham Pier ni. 




Dekat sini lah boleh nampak cruise dari dekat. Excited macam budak kecik yang excited bila nampak kedai yang penuh dengan cokelat. Hi hi hi. Boleh pegi dekat lagi tak? Yes! Boleh!




Hugeeee 




Pemandangan di seberang.




Seronok tengok orang orang yang naik cruise ni. Aku mulalah berangan nak bekerja atas tu lah, nak menyeludup masuk lah apebenda lah, nak merasa naik cruise punya pasal. Aku sorang je kot yang berjalan sampai ke sini TANPA TIKET. Orang lain semua macam ade tiket je. 




Besar. Boleh feeling feeling Titanic. Adakah kapal Titanic sebesar ini? Atau adekah lagi besar?




Kemudian aku berjalan hingga ke hujung tempat dia tambat tali kapal. Time ni takde orang, aku sorang je. Buatnye jatuh ke ape dalam laut, memang mati sia sia je takde orang tahu. 




Pemandangan dari arah bertentangan. Berjalan melalui jambatan ni. 




Dekat sini aku duduk gelak sorang sorang dekat depan tengok kapal besar. Jakun sangat maaflaaa. Nak naik taktahu bila. 




Kemudian dari Port Sweetenham aku berjalan kaki ke terminal bas. Boleh tahan jauhnye. Bas untuk ke sana ada, tapi saja nak jalan sebab aku memang suka gunakan kaki ne! Itu lah kalau trip stail backpacking nak explore2 ni aku better sorang sorang kot, tak ajak family dan nak ajak kawan pun macam malas. Sebab menyusahkan diorang nak berjalan ke hulu ke hilir ikut kekdah aku ni! Haha.



Daripada Terminal Bas, aku naik Rapid No. 204 ke Penang Hill. Ataupun lebih glemer lagi, Bukit Bendera. Tiket RM2.00 sahaja sehala dan makan masa lebih kurang 45 minit. Dalam perjalanan boleh nampak Kok Lek Si Temple yang besar tu. Dah sampai, beli tiket untuk naik kepuncak bukit dengan tram berharga RM8 dua hala. 



Dekat Bukit Bendera ni pun, ada benda lawak yang berlaku. Dalam tram masa nak naik atas tu, aku jumpa satu geng budak budak ne , dalam tingkatan 2-3 kot. Salah sorang badan besar besar sikit, dia duduk dekat kerusi dalam tram tu. Aku nampak macam ada ruang lagi nak duduk, aku pun tanyalah budak tu "Dik... muat lagi tak nak duduk?" Haaaaa gila tak malu kan! Lepastu budak tu bangun, dia kata duduklah takpe takpe. Rupanya kerusi tu one seat only! Malunye makcik! Ape yang telah aku lakukan.... Hahahaha. Malu2 pun aku duduk jugak. Budak tu pegi duduk dekat bawah (mengadap cermin) dengan member2 dia. Lepastu aku dengar diorang duk gelak gelak ke budak tu, besar besar macamtu pun kena panggil adik lagi.  Haruslah panggil adik, baya baya anak murid aku kot takkan nak panggil abang pulak!




Aku duduk hujung tram. Nak tengok jalan dia. Tapi sebab naik, tak best sangat. Kalau turun duduk sini baru best kot. Feeling felling roller coster. Nampak tak kaki kaki tu? Kaki geng budak budak tu lah. 




Akhirnya dah sampai atas. Suka gambar ni sebab macam ada frame secara tak sengaja. 




View cantik. Perjalanan ke sini sangat berbaloi! 




Ada bunga bungaan cantik bawah tu.




Ada tempat bergambar dengan ular, ada pameran dinasor ala2 Petrosains, cafe. Aku teringin nak ambik gambar dengan ular. Dah nampak dah. Ular albino. Tapi ermm ermm...




Panjat sampai atas ni. Dan dan terserempak geng budak budak sekolah tu lagi. Diorang duk gelak gelak dekat member diorang yang aku panggil adik tu, ade jodoh ne ade jodoh. Hamsapppp budak budak ne! Hahaha




Last view sebelum turun balik. Dalam 4.15 petang aku turun ke bawah. 




Tiba tiba haiwan maskot ni pun ade skali dalam tram. Hmmm layan jelah. Dari luar nampak macam ceria girang je. Dekat dalam orang tu menyumpah nyumpah sebab kepanasan, tak siapa yang tahu...


Aku sampai di terminal bas jeti dalam pukul 5.30 petang, kemudian aku naik free CAT bus pegi area hostel, ambik backpack lepastu singgah solat dekat Masjid Kapitan Keling untuk kali terakhir. Lepastu naik free bus lagi pergi Penang Road beli Jeruk Pak Ali untuk family (3 paket RM10). Sebenarnya ade je yang 4 paket RM10 tapi buatan Cina lah, aku beli yang Pak Ali je walaupun mahal sikit. Lepastu aku beli lagi 2 keping (RM5) fridge magnet signboard jalan : Lebuh Chulia & Armenian Street. Kemudian ke Foodcourt Padang Kota Lama nak makan Char Kuey Tiow tapi rupanya dah tutup. Yang bukak cuma kedai Mee Sotong dengan air air tu. So aku order Air Kelapa jelah buat segarkan tekak. (RM2.00)


Tunggu bas depan Foodcourt Padang Kota Lama ke Jeti . Nak naik feri ke Butterworth. 


Siang tadi aku dah menapak dari Padang Kota Lama ke Jeti pakai kaki. dah malam malam macamni, naik bas jelah. awas! Jangan cari nahas. Ini pun sekejap2 aku pandang belakang, kiri, kanan kot kot ada anjing ke, orang yang mencurigakan ke. Hehe. Ber backpacking sorang ni kena extra careful sikit, paranoid pun takpe. Yang penting keselamatan okey! 




Sampai di jeti pukul 8.15 malam. Orang tak ramai pun tunggu feri. Takde masalah. Sengaja naik waktu malam, sebab nak tengok pemandangan malam daripada feri pulak! Kos pergi ke tanah besar adalah percuma!


Sampai dekat Terminal Bas Butterworth dalam pukul 8.50 , awal lagi. Aku cross ke Medan Selera seberang jalan. Nak makan dulu boleh tak? Lagipun daripada tengah hari aku belum makan dan tadi cuma minum air kelapa je. Masuk Medan Selera , mata aku jadi bercahaya sebab banyak kedai makan melayu. Dekat pulau susah sikit la nak jumpa medan selera besar macamni. Banyak kedai makan non muslim je.


Tak tahu mana yang sedap, mana yang murah jadi duduk sesuka hati. Order tomyam dengan nasi putih RM7 (mahal ke murah?) tapi rasa dia macam tak lengkap macam kurang something. Hmm. 

Yang bestnye dekat sini, ada banyak kiosk jual jeruk! Walaupun aku dah beli dekat Penang Road tadi, rasa macam nak beli lagi. Haha. Kebetulan aku bukak 4square, aku check in dan terbaca review bahawa jeruk dekat Stall No. 18 paling best dan paling murah, so aku try usha situ. 

Aku beli sepaket jeruk campur RM5 (dalam 800g), tak beli banyak beli untuk family je. Tapi yang bestnye , pakcik owner kedai ni friendly gila! Beria dia suruh aku makan tester, dia siap tambah lagi tester yang sedia ada dalam pinggan.




Inilah pakcik friendly tu! Mula-mula aku cakap dekat dia, "Pakcik boleh tak nak ambik gambar??" Actually aku nak ambik gambar jeruk yang warna warni tu JE haha. Tapi lepastu pakcik tu macam malu malu pastu dia berdiri depan jeruk tu. Erkk. Layan jelah pakcik ni amik gambar dia. Hehe.


Dia tanya aku nak balik mana. Aku jawab, "Balik Klate". Dia ambik air mineral sebotol , masukkan dalam plastik skali dengan jeruk yang aku beli tu. Lepastu dia bagi buah pala dalam paket kecik, katanya buat kunyah kunyah dalam bas. Free weh! So sweet. Macam atuk atuk bagi bekal dekat cucu nak balik rumah. Murah hati betul pakcik ni. Padahal aku beli jeruk 5 ringgit je bukan banyak pun. Semoga Tuhan murahkan rezeki dia aminnn. 




Ingat tau, kalau singgah Terminal Bas Butterworth mesti beli jeruk dekat STALL NO. 18!


Total perbelanjaan hari kedua: RM60.20


Elok elok aku sampai dekat Terminal Bas, bas aku dah menunggu. Terus masuk dalam. Bertolak dari Butterworth jam 10 malam dan sampai di Tanah Merah jam 3 pagi (tak tido pun mata tak boleh lelap). Ayah aku datang ambik dekat tempat bas berenti. Alhamdulillah selamat sampai rumah dan tak terlibat dengan apa apa kecelakaan sepanjang perjalanan aku ke Penang ni. Apa yang aku nak tengok dah berjaya ditengok  dan total perbelanjaan untuk dua hari (makan, hostel, souvenir, attraction ticket) berjumlah RM141.15 sahaja. Puas hati. 


Ok bye thanks for reading! 



11 January 2014

Penang Street Art Hunting 2



Hari kedua , hajat nye nak keluar awal pagi tapi last last tak berapa nak awal jugak. 10 pagi baru keluar. Aku ambik masa kemas beg yang kempis tu (beg ringan gila haha) dan terus check out. Tapi beg tinggal dekat reception, ambik petang karang. Tak sempat pulak nak say Goodbye dekat roommate aku si Harry. Masa aku nak keluar tu dia tido lagi dengan bra nye bergelimpangan atas lantai. -_-"


Perjalanan dimulakan dengan menyelusuri Love Lane.



#8 Wired Streetart




#9 Wired Streetart





#10 Wired Streetart




#11 Kungfu Girl
Yang ini agak popular, juga hasil karya pelukis Lithuania tu. Hope to see more paints like this. Kalau ada pelukis tempatan lagi bagus kan?




#12 Wired Streetart




#13 Wired Streetart




Aku lalu depan Kediaman Chong Tze Fatt (dijadikan muzium) tapi snap gambar daripada luar je tak masuk dalam pun. 




#14


 Kemudian jalan kaki ke Penang Road untuk tunggu free CAT bus dekat situ. 


Banyak jual jeruk dekat sini. Tapi takmau beli lagi. Malas nak angkut. Berat. Nantilah karang karang baru beli. Bila bas sampai, aku naik dan turun dekat bus stop depan gereja dan berjalan kaki ke City Hall. 





Harap kerajaan ambil inisiatif untuk menjaga bangunan lama-lama ni semua, jangan dirobohkan sebaliknya peliharalah ia! Warisan negara ne. 




Berjalan sampai ke Esplanade. Tengah tengah hari buta main dekat sini. Gile ke? 




Cuaca agak panas time. Itulah aku kata. Panas panas camne duduk tepi laut. Mungkin orang yang kurang waras sahaja mampu untuk berbuat sedemikian. 




Kapal cruise di kejauhan. Daripada semalam aku tertanya tanya macam mana lah nak ke sana. Aku nak sangat tengok kapal tu dari dekat. Hmmm...




Tenang je. 




Kasut pink di Esplanade Penang! Tanda dah jejak. Sejak trip Indon haritu rasa seronok pulak buat shot kasut macamni. He he he. Trademark dah check kawasan. 




Dari Esplanade berjalan ke Taman Kota Lama ni. Masuk dalam, aku nampak banyak kedai makan. Haaa bagus! Aku dahla belum lunch. Tekak rasa kering perut pun dah lapar. 


Foodcourt Padang Kota Lama.


Macam macam pilihan, orang pun ramai. Confuse nak order coconut shake ke, cendol ke, air kelapa ke, ABC ke. Macam , semua nak. 




Dekat sinilah Mee Sotong Padang Kota Lama yang femes tu!




Akhirnya aku order Cendol dengan Mee Sotong . Memang terbaik mee dia. Pedas pedas manis. Jumlah semua skali RM6.50 sahaja. 




Siap makan, berjalan ke Fort Cornwallis. Alang alang dah sampai, masuk jelah. Tiket RM2. Fort Cornwallis ni merupakan tempat pendaratan Francis Light dan kuncu kuncu nya sebelum menakluki Penang. Kubu pertahanan depa lah kirenye ni. 




Francis Light si penjajah derjana. 




Kasut pink jejak di Fort Cornwallis pulak. Nampak tak lutut kiri seluar kotor? Haaa tu anjing semalam punya keje!




Aku duduk atas bangunan tu lah tadi. Dalam bangunan tu pulak ada bahan bahan bacaan. Tapi aku ni jenis malas nak membaca so... tak berguna pun untuk aku. Hahahaha. Overall tempat ni takde pape pun, dia macam A Famosa dekat Melaka. Yang bezanya A Famosa tinggal sekeping je kubu dia, yang ini masih teguh lagi.  


(bersambung...)



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE