21 July 2015

USS Trip Part 2: Tips & Attraction Reviews


…… 3 months later
(baru keluar sambungan) haha!

OK lah. 3 bulan dulu, cerita bersambung dekat dalam bas menuju ke USS kan. (Kalau dah lupa cerita nya, boleh baca di sini). Dahla first time datang, drebar bas pulak senang-senang hati tetapkan limit masa bermain dalam USS tu.


Pukul 6.30 semua dah ada dalam bas supaya kita boleh bertolak balik awal.

K.

Ingat ini cerita Cinderella ke.

Sebab bas tu dia punya maka sebagai penumpang kitorang layan jelah. Masa yang diperuntukkan dalam theme park tak lama iaitu 9 jam dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Jadi… mesti rancang dengan bijak. Takmau lah habiskan masa dengan menunggu dan beratur sampai berjam jam untuk main attractions yang tempoh kegembirannya hanya seminit. Rugi OK masa menunggu tu.


Kami pergi USS 14 Februari, sepatutnya ramai orang sebab jatuh pada Valentine’s Day, weekend pulak tu dan kebetulan pada hari pertama cuti sekolah di Malaysia. Tapi bersyukurnya pada hari tersebut kami dapat try almost every game & repeat attractions utama sampai beberapa kali, tanpa perlu beratur panjang, tanpa perlu beli FAST LANE malah pulang dengan hati yang gembira. Ini bukan nak riak tau (because being riak is UGLY yuck), tapi nak kongsi beberapa tips (kalau ada) supaya semua orang yang first time hendak pergi USS (eh ke kitorang je yang baru pergi? *krik krik) dapat make use of their time there, main semua permainan and pulang dengan hati yang gembira juga! Sebarkan kegembiraan kepada semua!



TIPS #1 SKIP THE GLOBE!

Kebiasaannya, bas pelancong akan sampai pukul 9 – 10 pagi, tetapi gate USS hanya akan dibuka pukul 10. Sementara menunggu gate bukak, memang ramai orang akan bersumbat sumbat nak ambik gambar depan globe USS ni. Tanda dah jejak kaki. But they spend too much time waiting for their turn, looking for the nicest angle and waiting for the UNIVERSAL word to appear at their back.


DON’T. You will waste your time.

Save the globe later, masa nak balik. Trust me. Takdenya kau balik karang kau tengok globe tu dah bergolek pegi tempat lain. (Gambar ni aku ambik masa nak balik dah waktu petang, takde orang pun)



TIPS #2 GO STRAIGHT TO THE QUEUE

Yes, instead of wasting time dekat globe or shops or selfie selfie tak berfaedah dekat luar, sampai je korang terus pergi beratur depan gate (walaupun baru pukul 9.30 pagi).


Kenapa beratur awal-awal? Bukannya boleh masuk pun!

Beratur awal means = berada di hadapan.
Berada di hadapan means = boleh masuk awal daripada orang lain
Masuk awal means = boleh main games dulu

Lepas dah cop tempat boleh pergi kencing siap siap, take turn dengan kawan untuk jaga queue. Jangan time nak main karang baru nak cari toilet lah apa lah.



TIPS #3 TAKE USS GUIDE MAP & TIMETABLE PAMPLET

Ini WAJIB. Dekat pintu masuk akan ada map & pamplet tentang waktu tayangan khas serta kemunculan maskot dalam park, UNTUK HARI TERSEBUT SAHAJA. Kadang kadang kita check dekat internet timing dia sekian sekian, tapi bila dah sampai dekat sana rupanya timing lain pulak. Jadi… rujuk pada pamplet supaya kita boleh arrange masa kita sebaiknya. Ada sesetengah show tu, dia ada sekali atau dua kali je dalam sehari. Rugilah kalau terlepas.



TIPS #4 UNDERSTAND THE PARK & DECIDE YOUR PRIORITY

USS ni dibahagikan kepada 7 district dengan tema berbeza, iaitu:

HOLLYWOOD
NEW YORK
SCI-FI CITY (Futuristik & Transformers)
ANCIENT EGYPT (The Mummy)
THE LOST WORLD (Jurassic Park)
FAR FAR AWAY (Shrek)
MADAGASCAR

Setiap district mempunyai struktur bangunan, dekorasi, permainan dan muzik latar yang tersendiri. Bahkan, restoran dan pekerja mereka pun berpakaian sebagaimana tema district tersebut. Contohnya, masa dekat FAR FAR AWAY kita rasa macam berada dalam dunia fairytale, dan boleh dengar soundtrack daripada movie Shrek. Bila berjalan masuk ke district MADAGASCAR pulak, tiba tiba keluar lagu I LIKE TO MOVE  IT MOVE IT

Semua district aku suka, sebab semua cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Untuk lebih faham, rujuk map.



TIPS #5 RUN FOR YOUR LIFE!

You hear me right. RUN. Exactly when you passed the gate, run for your life. Run for whatever awaits in front. Let out the inner child in you. I mean, you are in theme park, anyways. Why so serious? Gate dibuka seawal pukul 9.50 pagi dan lepas scan tiket dekat gate terus kitorang berlari masuk ke dalam.



TIPS #6 TURN RIGHT!

Masuk aje, kita akan lalu Hollywood dulu.

Kemudian, ada simpang tiga: kalau ke kiri; Madagascar, ke kanan; NEW YORK.
Pendapat aku (and most other blog’s review), TURN RIGHT. Belok kanan dahulu sebab ia menjanjikan lebih banyak keriangan, dan keriangan ini kita kena berebut. Berebut dalam erti kata USS ini sangat ditekankan ye.



Gate baru bukak. Tak ada orang langsung. Kah Kah.



TIPS #7 SAVE THE SELFIE-ING & PHOTOSHOOTING AT HOLLYWOOD & NEW YORK, LATER.

Bagi yang suka berselfie dan bergambar, bila lalu sepanjang jalan Hollywood dengan New York tu korang akan tergoda punya. Tergoda nak bergambar. Sebab, bangunan dia cantik cantik. Macam betul betul dekat Hollywood and New York yang kita tengok dalam movie.

Tapi… jangan mudah terpengaruh! Kuatkan iman! Teruskan berlari, jangan berhenti sehingga sampai ke destinasi pertama… jeng jeng jeng.


SCI-FI CITY




TIPS #8 GET TO THE MAIN ATTRACTION FIRST

Find what you think your game/attraction preference, and go for it first.


TRANSFORMERS THE RIDE: THE ULTIMATE 3D BATTLES
(REVIEW: 5 BINTANG)

Kami main ini FIRST, dan suggest korang untuk try ini FIRST juga. Setelah sampai di depan pintu (dengan termengah mengah sebab berlari), kitorang mendapati bahawa tak ada orang pun dekat dalam. Tak ada orang seolah olah bangunan ini kami yang punya. Takde orang beratur langsung. HAHA!

Game ni, kita duduk dalam sebuah kereta (4 seat x 3 rows) dan kita akan dibawa mengikut Optimus Prime & Autobot untuk menyelamatkan bumi. Dengan memakai spek 3D, kereta tadi akan bergerak ke skrin skrin yang menunjukkan penceritaan berbeza. Kalau kereta tu speeding kita boleh rasa speed nya, kalau terlanggar boleh rasa impact nya. Yang paling best masa kereta tu jatuh 90 darjah ke bawah daripada bangunan tinggi, bertempik tempik semorang, REAL GILA padahal tengah duduk dekat kerusi tu je haha. Power!



Restoran tema futuristic dekat SCI FI CITY. Semua district ada restoran masing-masing.



Baru pukul 10 pagi dan kitorang dah habiskan game pertama tanpa perlu beratur pun. Hhahaha. Tinggalkan SCI FI CITY, bergerak (berlari) ke…




ANCIENT EGYPT




TIPS #9 FREE LOCKER IS AVAILABLE AT THE ANCIENT EGYPT

Dekat sini, kami nak main REVENGE OF THE MUMMY ROLLER COASTER. Roller coaster dia ekstrem jadi tak boleh bawak masuk sebarang beg ke dalam. Boleh tinggalkan dekat loker yang disediakan secara PERCUMA tetapi selama 45 minit sahaja. Kalau lebih 45 minit, kena masukkan coin(berbayar) baru dapat bukak.

Sebab tu kena main permainan ni awal-awal. Kalau dah ramai orang, mesti loker pun penuh dan kalau terlebih masa, kena bayar lagi. Dekat district lain pun ada loker tapi berbayar sepenuhnya.




REVENGE OF THE MUMMY ROLLER COASTER
(REVIEW: 5 BINTANG)

Adoi yang ini paling gila, serius tak tipu. Penat aku menjerit. Satu cart dia 4 seat x 4 rows. Mula mula kita dibawa masuk ke dalam gua melihat mumia, harta harta emas dia. Mula mula ok, mendatar je. Kemudian cart tu mula mendaki. Dah elok elok atas bukit tiba tiba dia mengundur…… Ya Allah mengundur dia tu laju nak mampos, tercabut jantung aku. Lepastu memang laju gila tak hengat dunia dah.

Plus factor pasal roller coaster ni ialah ia indoor roller coaster (dalam bangunan) dan gelap gelita tak nampak apa benda. Tapi speed, acceleration, turun bukit naik bukit, kona kona semua kita boleh rasa. Bertempiaran dalam gelap tuh. Tak kering anak tekak dibuatnya. Kalau ada sapa sapa yang tercicir daripada seat takde orang perasan kot. Dah habis main tengok sebelah Eh? Member aku hilang pegi mana? Gugur dekat mana?

Dia best bila ketakutan dan adrenalin tu bukan daripada deria penglihatan (tak nampak apa) tapi daripada deria keseimbangan. Dahtu dalam gelap tu ada keluar asap lah, kena renjis air mawar lah, keluar api atas bumbung lah. Dah main se round, masa ada lagi dan orang tak ramai so kitorang repeat main lagi skali. Sebelah petangnya, main lagi dua kali so total 4 kali repeat hahaha. Berbaloi baloi.


THE LOST WORLD


Seterusnya, masuk ke district The Lost World pulak. Jam baru pukul 10.15 pagi.

CANOPY FLYER
(REVIEW: 3.5 BINTANG)

Amboi, bintang pun nak ada poin poin pulak macam pointer Ahmad Maslan. Canopy Flyer ni roller coaster di mana kaki kita tergantung dan boleh tengok pemandangan dekat bawah macam bird’s eye view. Boleh tahan gayat dan agak laju especially part kona cuma sekejap sangat mainnya dalam 30sec je. Baru hormon adrenalin nak menitik eh eh dah habis.

Oh, dekat sini aku kena tegur through speaker sebab guna kamera. THE GIRL AT THE FRONT, NO PHOTOGRAPHY PERMITTED DURING THIS RIDE. The girl at the front LOL!



Tapi sempat je aku ambik gambar ni keh keh.


JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE
(REVIEW: 4 BINTANG)

Yang ni best jugak walaupun mula mula agak boring. Kita duduk dalam pelampung bulat (6 kerusi) dan akan bergerak menyusuri anak sungai (arusnya dijana oleh elektrik). Dekat tebing sungai tu ada dinasor-dinasor kecik, ada air terjun. Kemudian pelampung masuk dalam bangunan hydroelektrik plant tempat pembiakan dinasor. Makin lama arus makin deras dan pelampung pun makin laju. Air dia tu akan limpah dalam pelampung, mungkin seluar/kasut akan basah basah sikit so prepare jelah.

Yang kureng nya… sebelah aku ada bro Pakistan mari. Hmmm. Punyelah aku sempit sempit kan diri. Kalau enam orang satu pelampung tu semua family atau member kita barulah KEBABOW. Ini kongsi dengan orang Cina lah Tamil Nadu lah. Maka terjadilah situasi… mengapa krik krik kawan kawannn???

Dekat district The Lost World juga ada lagi satu attraction yang cannot-be-missed iaitu, Water World (LIVE STUNT) tapi show hari tu start pukul 1, jadi kitorang skipped dan bergerak ke district seterusnya iaitu….


FAR FAR AWAY


Aku paling suka castle dia cantik gila!

Game pertama yang kami try di sini ialah,


ENCHANTED AIRWAYS
(REVIEW: 3.5 BINTANG)

Roller coaster ni simple je, yang budak 4-5 tahun pun boleh naik. Best sebab boleh tengok pemandangan kawasan Far Away ni. Yang tak best sebab sekejap sangat, tapi menunggu 10-15 minit sebab cart dia ada satu dan tak boleh muat ramai orang.


SHREK 4D ADVENTURE
(REVIEW: 4 BINTANG)

Yang ini pulak, show ala-ala wayang cuma 4D. Tayangan selama 20 minit. Dan satu hall tu boleh muat ramai gila 200 orang agak aku, so takpayah la nak berebut tolak tolak sangat ok. Masa show, bila scene si Donkey tu bersin tiba tiba dari mana entah datang nya air bersin terpercik atas muka kau. Bila Shrek naik kuda, effect nya… dengan kerusi kerusi kau sekali bergerak jadi kuda. Agak menghiburkan. Haha cuma bahaya untuk pregnant mommy.



Keluar daripada SHREK, rupa rupa dah tengah hari. Orang dah makin ramai. Perut pun dah berbunyi lagu yang tak sedap didengar…



TIPS #10 AVOID LUNCH DURING LUNCH HOUR

Obviously, orang memang ramai time ni. Dekat mana mana restoran pun ramai. Bila customer ramai, mesti akan ada extra waiting time. Remember that we don’t need that extra waiting time.

Tapi… disebabkan menggelabah nak makan. Kitorang singgah dulu di restoran Goldilocks dekat Far Far Away ni. Restoran ni jual fast food - burger, ayam, chips. Deco dalam restoran comel, ala-ala zaman raja dahulu kala jugak. Macam dalam movie Shrek tu lah.



Satu meal berharga SG$10.90 tak silap aku, consist of chicken burger, coke & fries. Kami redeem kupon makan SG$10 (termasuk dalam tiket) so hanya topup SG$0.90 sahaja.



TIPS #11 AVOID MONEY CHANGER INSIDE USS

Money changer dalam USS cuma ada satu sekitar Hollywood, dan rate nya boleh bikin sesiapa pun menangis mendayu. Masa tu (Februari 2015); rate money changer 1 SG$ = RM2.90 HUHUHU. Padahal, malam sebelumnya aku tengok dekat JB Central cuma RM2.65. Kalau agak agak nak shopping banyak,tukar siap siap dekat luar Singapore. Macam manalah kitorang boleh terlepas pandang bab duit ni. Masing masing tukar 10 dollar je (RM29) HAHA. Cukuplah sekadar topup kupon makan dengan beli souvenir yang paling simple. 

Lepas makan bergegas masuk ke The Lost World untuk menonton Water World Show jam 1 petang.



TIPS #12 BE AT LEAST 10 MINUTES EARLY BEFORE WATER WORLD SHOW


Ini penting, kalau korang sampai dekat pintu masuk dia cun cun masa show, dia takkan bagi masuk. Kitorang ingat nak repeat show pukul 4 pulak, dahtu pukul 4 baru sampai memang takboleh masuk dah.


WATER WORLD (LIVE STUNT SHOW)
(REVIEW: 4.5 BINTANG)


Tempat dia sangat luas, boleh muatkan sehingga 1000-2000 orang pada satu masa. Disebabkan show ini melibatkan air, jadi tempat duduk penonton dibahagikan kepada 3 layer: PALING ATAS : kering, TENGAH : basah sedikit, dan BAWAH : lencun. Katanya lah. Thrill punya pasal, kitorang duduk seat BAWAH memang dekat depan berani mati punya. Lepastu siap prepare pakai raincoat, bukak stoking, sorok kasut bawah bench takut basah. Ingatkan boleh lah bermandi manda. Last last hampehhh. Memangla ada air terpercik sana sini. Tapi tak selencun yang diharapkan. Buat malu orang kampung je beriye pakai raincoat.




Tapi… show diorang memang powerrr. Everything is done LIVE! Panjat sana, panjat sini, terjun sana,  lompat sana sini. Dia ada storyline, pasal penjahat hodoh rampas kawasan jajahan, penjahat dengan hero berebut awek… haha. Mula mula keluar jet ski, lepastu bot kecik, lepastu bot besar, last skali… [SPOILER ALERT] boleh pulak entah dari mana mana datang flight fokker, terbang rendah dan terus jatuh meletup depan depan tuh. PEHHH. Hebatla stunt stunt ni semua. Bila habis show semua orang berdiri dan tepuk tangan.



Kemudian, kami ke Far Far Away dan kebetulan Donkey Live SHOW baru nak start so terus masuk.

DONKEY LIVE SHOW
(REVIEW: 4 BINTANG)


Show ni interaktif, Donkey ada interaction dengan penonton. Mula mula aku ingatkan keluar Donkey (in costume) seketul keluar menyanyi tapi rupanya…… Donkey tu dekat skrin je. Yang specialnya… suara di sebalik Donkey tu dia bercakap dengan penonton siap perli perli bagai. Kau tahu lah si Donkey tu mulut boleh tahan laser jugak. Sangat terhibur. Tak patut dilepaskan show ni.

Last skali…



MADAGASCAR

Dekat district ni rasa macam duduk dekat pulau. Banyak deco pokok kelapa. Kitorang main satu game je di sini iaitu…


KING JULIEN’S BEACH PARTY-GO-ROUND
(REVIEW: No bintang)


No bintang bukan sebab tak best, tapi sebab terpaksa main. Bosan dah. hahahaha. Macam merry-go-round biasa cuma kerusi dia comel comel, semua watak dalam movie Madagascar. Pusing pun slow motion je, rasa macam bila nak habis… cepatla habis cepatla habis.



Baru pukul 2.30 petang dan kitorang dah habis main semua. Sekarang, barulah masa untuk round park balik untuk bergambar.



TIPS #13 TRY TO FINISH GAMES AS FAST AS POSSIBLE, THEN YOU CAN SPEND THE REMAINING TIME RELAXING, TAKING PHOTOS. 


Kitorang jalan dekat Hollywood dengan New York. Dekat sini banyak game/attractions untuk small kids yang tak mencabar. Contohnya, Sesame Street. Kebetulan ada Sesame Street Show – When I Grow Up so masuk je lah kan.



SESAME STREET SHOW – WHEN I GROW UP
(REVIEW: 3.5 BINTANG)


Walaupun sasaran penonton untuk kanak-kanak (singing & dancing while learning about jobs) tapi orang veteran macam kami pun boleh terhibur. Nampak dia punya performer tu bukan cabuk cabuk tapi world class, orang yang bagi the best performance walaupun hari hari buat show yang sama.



SESAME STREET SPAGHETTI SPACE CHASE
(REVIEW: 3.0 BINTANG)


Permainan budak! Masuk dalam tu, duduk atas kapal angkasa kecik (muat 2 orang) lepastu kapal tu terapung perlahan lahan masuk ke outerspace akhirnya turun ke sepanjang perumahan Sesame Street. Agak lawak sebenarnya tapi bolehla layan.


Main sudah makan sudah, baru ingat nak beribadah. Astarfirullahalazim.!



TIPS #14 PRAYER ROOM FOR MUSLIM IS LOCATED IN SCI-FI CITY

Surau dia kecik je, telekung tak ada tak silap aku.Tak ingat. Tapi masa tu aku bawak telekung sendiri. Terus jama’ Asar dengan Zohor. Lepas dah beribadah baru repeat main Transformers sekali dengan The Mummy Revenge 2 kali. Alang alang dah duduk dekat situ hehe. Kebetulan queue tak panjang. Apa lagi.



TIPS #15 YOU CAN BUY SOUVENIRS EVERYWHERE!

Kedai barangan cenderamata USS berterabur di mana-mana. Setiap district ada souvenir shop, samada kedai besar atau stall kecil. Memang diorang nak kikis duit kita. Jenis item yang dijual dan harga pun sama je, yang berbeza cuma deco dalam kedai. Korang sediakan duit je lah. Harga boleh tahan mahal jugak hihi.



Tong air ni smart, tapi harga dekat RM80 seketul. OK bye bye takpayah tong lah.



Soft toys Shrek ni pulak lebih kurang RM50 seekor. Mampu tengok je.



Cari key chain harga dua ringgit pun tak ada. Last last aku beli fridge magnet getah ni. SG$5.90 THE CHEAPEST. Sedih. Mampu beli untuk diri sendiri sahaja. Hahahah.



Yang fridge magnet pesen besi pun ada, tapi mahal sikit (SG$6.90)

Planning asal nak round theme park 2 kali , kali pertama untuk try semua games/attractions. Round kedua barulah ambik gambar. Last-last… berapa kali entah round satu USS tu. 3, 4 kali kot. Takde lah penat sangat pun. Yang penting, kasut kena power.



TIPS #16 WEAR COMFORTABLE SHOES

Tapi ada jugak aku terjumpa hijabista negeri mana entah, pakai high heels 4 inci dengan sangkut handbag jenis tote di lengan. Dia ingat ini tempat persembahan fesyen agaknya... Tapi itu terpulang pada diri masing masing, keselesaan adalah yang paling utama. Kalau selesa begitu… maka teruskanlah.



Di sebelah petang, ramai maskot, penari, dan watak watak filem yang akan keluar merayau sekitar kawasan Hollywood dan New York. Kalau kebetulan terserempak, bolehla minta bergambar.



Marilyn Manroe gedik tak boleh blah langsung.




Sebelum balik… beli coke USS dengan harga SG$3.90. Gelas dia sama besar dengan bas, habis minum satu gelas ni kalau pegi check klinik confirm terus kena charged dengan kencing manis sebab kandungan gula banyak sangat.


Penattt! Tapi seronok. Seriously masa dekat sini aku teringat anak anak murid aku. Kalaulah aku boleh sponsor dan bawak mereka ke mari syoknya. Nak suruh mereka rasa seronok tengok benda benda dekat sini dan bukak mata tentang apa yang ada di luar. Aku yang berusia pun rasa excited dan jakun, apetah lagu budak budak yang kreativiti tengah nak berkembang dan sel otak mencari punca nak bersambung kan. Insyaallah suatu hari nanti kalau ada Menteri Sarawak yang nak sponsor (Ehem) Cikgu bawak korang lawatan ke sini ye.


Kami sampai ke bas betul betul pukul 6.30 petang, terus bergerak meninggalkan Singapore dan sampai JB dekat dekat pukul 8. Ambik teksi dari Tune Hotel ke JB Sentral (RM14) dan seterusnya naik tren KTMB Johor Bharu – Kuala Lumpur jam 11 malam. Alhamdulillah, selamat semuanya…


Bajet
Tune Hotel Danga Bay RM35
Shuttle Bus Tune Hotel – USS – Tune Hotel RM25 (online rate)
USS Entrance Tix RM152 (PROMO SG$54)
Topup Lunch/Fridge Magnet/Coke RM29 (exchange SGD10)
Taxi JB Central - Tune Hotel – JB Central RM14

TOTAL RM255 PER PERSON


*Tak termasuk flight ke JB (RM69) & tren kabin JB – KL (RM45)


3 comments:

Nieda Ramly said...

yg tengah baca ni pon adrenalin tengah merembes ...bestnya ke USS

cEro said...

Next time aku nak ke USS, aku akan salin balik semua tips ni dlm buku nota aku...hehehe

Seronok tgk gambar :)

Anonymous said...

bagus semua tips..nanti boleh apply..tapi kena berlari sambil gendung anak mcm ni..hahah

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE