28 December 2013

Java Trip Day 4: Pasar Baru Trade Centre



Tema untuk hari keempat di Jawa ni ialah... LOST IN BANDUNG



View daripada bilik Hotel Perdana Wisata. Ada pool. Pukul 8 dah turun breakfast. 




Aku ambik roti bakar dengan pasta. So-so je. Kebanyakan penghuni hotel ni nampak macam orang bisnes-yang skema. Tak nampak macam rupa pelancong. 


Aku dan member aku makan dengan riang tanpa menyedari banyak kesilapan yang BAKAL kitorang lakukan pada hari ni!!!


Daripada hotel , kitorang berjalan kaki sahaja ke Pasar Baru. Dekat je dalam 10 minit. Kalau nak datang shopping semata-mata dengan family, aku sangat sangat recommend hotel ni. Takpayah naik teksi ke ape pergi Pasar Baru. Jalan kaki je dah sampai.


Sebernarnya, untuk malam kedua dan ketiga di Bandung aku dah book hotel siap-siap. Hotel Zodiak. Jadi pada hari ni aku dan member akan check out Hotel Perdana Wisata, kemudian usung barang-barang semua untuk check in ke Hotel Zodiak pulak. Punyalah jenuh mencari Hotel Zodiak tu sampai sesat birat dengan angkot entah ke mana mana! Sebabnya aku baru tahu sekarang. Nama jalan tu separuh separuh , paham tak? Macamni. Dekat Hotel Perdana Wisata, nama jalan tu ialah Jalan Jendral Sudirman. Tapi dekat Hotel Zodiak, nama jalan tu dah jadi Jalan Asia Afrika. Padahal kedua duanya terletak pada jalan lurus yang sama! Sangat sangat confusing. 




Nampak tak masjid di hujung jalan sana? Dekat sana lah terletak Hotel Zodiak, Jalan Asia Afrika. Yang dekat sebelah aku ni, Jalan Jendral Sudirman. Pelik kan.


Kesilapan #1
Tak tanya receptionist dekat Hotel Perdana Wisata tentang lokasi Hotel Zodiak. Kalaulah aku tanya diorang sebelum keluar tu, komfirm takkan sesat lepastu. Mesti dia akan cakap, jalan terus ke depan je. ..




Inilah dia rupa Pasar Baru Trade Centre. Besar gila dalam ni. Kalau berkenan apa-apa, terus beli je jangan tangguh tangguh nanti cari balik memang confirm takkan jumpa dah.




Bukak 9 pagi hingga 5 petang. Masa aku sampai, banyak kedai yang belum bukak sebab belum pukul 9 pun. Beriya kan datang awal? Haha. 




Kedai kain dia cantik cantik dan harga memang takpayah cakap, memang murah gile! 




Harga kain lace yang berkualiti dan lawa lawa banyak kali ganda lebih murah berbanding harga dekat Malaysia. Sampai mabuk tengok lace lace ni semua tau!




Sebab aku ni bukan fashionista punya orang, tak reti nak membeli lace lace ni jadi aku beli sikit je. Dan tak terbayang pun macam ni kekdahnye Pasar Baru, harga dia ape semua. Jadi lost. Lepasni kalau ada rezeki datang untuk kali kedua mungkin dah tahu apa yang patut beli. Hehe. 




Aku borong kain pasang yang ada sulam timbul. Dalam FB/kedai dekat Malaysia orang jual range RM70-RM120 kan. Dekat sini... hmmm tak payah sembang lah. Aku yang miskin ni pun boleh beli sampai 8 pasang untuk mak, adik, makcik makcik aku dan untuk diri sendiri!



Dalam pukul 11, aku dengan member keluar daripada Pasar Baru. Masing masing dengan beg tarik yang baru dibeli (pun murah). Dalam beg tarik tu berisi kain kain sulam yang kami berjaya dirembat . Sampai Bandung ni takde nye konsep backpacking ke ape. Mabuk dalam dunia membeli belah dekat Pasar Baru. Backpacking ape citer weyyy? Citer backpacking dah habis dekat Jogja! Hahaha.




Depan Pasar Baru yang sesak

Plan seterusnya nak tinggalkan beg tarik dekat Hotel Zodiak , lepastu baru balik ke Hotel Perdana Wisata untuk checkout dan angkut beg sedia ada ke Hotel Zodiak. Masalahnya... tak tahu lokasi Hotel Zodiak tu dekat mana. Bukak map pun macam takpaham je. Memangla duduk depan Pasar Baru, tapi Pasar Baru tu kan besar dan banyak pintu/exit. Aku taktahu depan aku tu jalan apa. 


Kesilapan #2
Kenapalah tak gunakan apps kompas dalam fon untuk tentukan kedudukan?  Daripada situ kan boleh tahu kedudukan mengadap utara ke selatan ke timur ke. Grrr. Sia sia belajar Geografi selama 3 tahun masa sekolah menengah. 


Lepastu ada sorang mamat ni menjaja beg plastik, dia beriya suruh beli beg plastik dia. Aku tunjuk dekat beg tarik warna purple yang aku baru beli (maksudnya aku dah ada beg, jadi takmau beli dia punya). Jujur cakap time tu muka aku ketat gila. Tapi takdelah bersuara apa apa pun, cuma muka macam kerek kot. Sebab stress tak tahu arah tujuan. Tengah serabut. Agaknya dia offended, dia cakap "Kalau Indonesia nak perang sama Malisia, Malisia nak biar sahaja?" Muka dia serius weh bukan main main. Seram sial time ni tibe tibe bawak keluar topik peperangan. Kalau aku dekat Malaysia takpe masalahnye dekat Indonesia ne! Bertambah tambahla stress aku. 




Malas nak duduk situ lama-lama, aku dengan member aku blah daripada kawasan pasar baru tu(dalam keadaan tak tahu hala tujuan). Kitorang naik sebijik angkot (angkot = van pengangkutan dekat Bandung). Sebelum tu ada tanya sorang driver angkot ni, nak pergi Jalan Asia Afrika. Dia suruh naik angkot warna merah (yang aku naik ne lah). Angkot ni memang betul lalu depan Jalan Asia Afrika, cumanya belum sampai depan Hotel Zodiaktu dia dah buat kona ke jalan lain. Dahtu sampai bila nak jumpa nye. Duduk ronda ronda dalam angkot ni hampir sejam. Berdebar gila. Sebab barang dekat Hotel Perdana Wisata belum kemas dan kena check out pukul 12. Nahas!



Itu merupakan angkot pertama aku naik dekat Indonesia, dan sepanjang perjalanan yang taktahu hala tuju tu, 2 kali agkot diterjah! Kali pertama, ada sorang Pengamen (pemuzik jalanan) yang melompat ke atas angkot dan menyanyikan lagu dengan iringan gitar. Memang best gile suara dia tangkap lentok aku weh. Lepastu dia mintak duit tapi takde sape bagi , terus dia lompat turun macamtu je. Kali kedua, sorang budak lelaki umur dalam 11-12 tahun. Masuk dalam angkot masa berhenti jem. Dia berzikir. Takde lah sedap pun suara dia tapi sayu sangat aku dengar. Mana pegi mak dia, ayah dia, kenapa sekecil tu dah kena merayau mintak sedekah? Tak pegi sekolah ke? Berzikir tu berzikir jugak, tapi rambut dia... style trojan celup kaler merah! Hahaha kau ado? Pun takde sesapa yang bagi duit dan budak tu melompat turun daripada angkot begitu sahaja. 



Lepas balik Malaysia baru aku sedar apa sebenarnya yang berlaku dan dijelaskan dalam peta ni. (Untuk kenangan aku je, skip jelah ...)


Bulat Oren: Hotel Perdana Wisata
Bulat Hijau: Hotel Zodiak
(nampak tak, kedua dua hotel pada jalan sama tapi nama jalan lain-lain?)
Empatsegi Hitam: Pasar Baru
Tanda (X) Hitam: Tempat naik angkot (dan dibawa pusing merata rata)
Tanda (X) Merah: Tempat driver angkot turunkan aku dan daripada situ aku berjalan kaki dengan member aku ikut anak panah merah sampailah akhirnya jumpa Hotel Zodiak dekat Jalan Asia Afrika. Jauh gila. 


Yang seret beg tu tak tahan. Macam orang yang baru kena tendang AF. Nak buat macam mana, dah ni pertama kali sampai Bandung. Mana lah nak tahu jalan , dah bukan kampung aku pun! Hahaha nasiblah nak sesat birat pun. Lumrah berbackpacking. Pengalamannn. 


Masa dekat Jalan Asia Afrika, kitorang singgah dekat satu pondok polis. Kot kot polis tahu hotel tu kat mana. Tup tup... Kau tahu polis dia tengah buat apa? Tengah main game PS2 dekat tibi! Haha sabar jelah. Dia tak tahu. Aku tengok gaya pun rasa malas nak tanya lebih lebih dah. Cari sendiri jelah. Jalan depan sikit akhirnya jumpa jugak Hotel Zodiak . Rasa macam nak buat sujud syukur dekat situ jugak. Lepas sekian lama menapak dengan berpeluh satu badan...




Tapi belum habis dekat situ. Sampai dekat counter , reception bagitahu bilik dah ready dah boleh check in terus. Tapi kena bayar dululah. Hotel Zodiak ni aku book daripada Asiarooms.com, takpayah bayar masa booking bayar masa check in je. Jumlah yang perlu dibayar ialah Rp660.000 bersamaan RM180 untuk penginapan 2 malam. Tup tup dua-dua tak cukup duit nak bayar hotel sebab dah bershopping kain tadi kan! Hahaha. Cash ada, tapi kena pegi money exchange dulu lah. -_-"



Mintak untuk tinggalkan beg  dekat reception hotel, kitorang bagitahu nak pergi tukar duit dulu. Lepastu terus berlari ke Hotel Perdana Wisata untuk kemas bilik dan check out! Tahu tak masa tu dah pukul 1 tengah hari sedangkan waktu check out ialah jam 12. Nasib baiklah sempat (no additional charges) dan daripada Hotel Perdana Wisata kitorang naik beca ke Hotel Zodiak. Kenapa naik beca? Sebab dah penat gila, tak larat nak bawak beg beg ni semua berjalan kaki. Huhuhu.




Yang seramnya beca ni. Dia melawan arus lalulintas. 




Traffic dekat Bandung memang packed gila , cubalah bayangkan naik beca ngok ngek ngok ngek mengadap arus lalulintas! Kalau dibuatnye ade kerete ke motosikal ke terbabas, memang aku lah yang kena dulu. Sorang naik satu beca, harga Rp10.000. Tak sampai 5 minit pun. Hahaha. Tinggalkan beg dekat reception Hotel Zodiak lagi skali kemudian barulah pegi money changer. Nasib baik dekat dekat situ je tempat money changer, dan dapat free air milo. Haha.


Hotel Zodiak Jalan Asia Afrika 
RM90/night (booked via Asiarooms)




Lebih kurang je luas bilik dia dengan hotel sebelum ni. Tapi aku suka katil ni sebab tilam dan bantal lagi gebu. 




Ada facilities buat kopi. Dan dekat sini dah siap dengan plug adapter. Takde lah berebut member aku nak mengecas. 




Bilik air biasa biasa je simple. Takde bath tube dah. Rehat baring baring, solat ape semua dulu. Dalam pukul 3 petang keluar balik. Sambung upacara dekat Pasar Baru. Hahaha memang tak sedar diri! Tapi kali ni dah tahu dengan jalan , so takde masalah lah. Hehe.




Bahagian dalam Pasar Baru. Banyak tingkat dan semua ada dekat sini. Kain, tudung, kasut, blouse, telekung, handbag, ape nak semua ade. Mak dengan ayah je takde sini. 




Lepastu pergi lunch dekat foodcourt atas. Lewat dah lunch dalam pukul 430 petang. Dekat sini pun pesen menjerit jerit panggil panggil pelanggan.




Makan ni. Ape nama dia. Siap dengan cekodok skali. 




Dalam pukul 5.30 petang balik ke hotel. Jalan dekat sini jem, moto banyak. Aku memang salut sape sape yang bawak kenderaan dalam city Bandung ni. Hebakkk!




Sebelah malamnya keluar ke mart dekat depan hotel. Seberang jalan je. Macam 7-11 gitu. Ngushar apa yang patut. Roti ke ape...




Last last beli megi jew! Insap sebab petang tadi berbelanja sakan. Dekat mart tu ada meja, kerusi untuk lepak lepak. Duduk situ je lepak , makan megi sambil gosip gosip. Hmmm




Mengenang nasib di bumi orang. Mengadap Hotel Zodiak yang susah benar nak jumpe tu kannn! Apakah rancangan untuk hari esok dan seterusnya? Masih berbaki 2 hari di tanah Jawa ne...



(bersambung...)



2 comments:

Unknown said...

PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional, santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer.


Rate per Kereta per Day :

# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 400.000 or RM 115

# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160

# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185

# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

*Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
*Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour

Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

primera trans said...

Jom...jom...
Cuti cuti Bandung with family
And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
👠👓👞👟👒👗👜👢💰

Note : Package included
▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
▪ New car with 7 seater, full Aircon
▪ Daily mineral water
▪ Breakfast daily from hotel
▪ Daily tour (as costumer request)
▪ Hotel 3 star with 2 person inside
▪ Airport pickup and drop
▪ Tax and service
Hotel choice 🏤🏣🏢
▪ Tebu hotel ( riau street )
▪ Fave braga (inside shoping mall)
▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

More detail you can contact us
Primera Trans Bandung
Whatsapp : +62823 1522 3335
Gmail : primeratrans@gmail.com
Path : Primera trans
Facebook : Primera Trans Bandung

Happy holiday all🎶🎵📍📍🎉

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE