13 June 2014

Cambodia Day 4 : Killing Field & Flying Home


Perjalanan ke Killing Field daripada hotel agak lama sebab Killing Field ni terletak 15km daripada pusat bandar. Untuk pengetahuan, tahanan semasa pemerintahan Pol Pot dibunuh beramai ramai di Killing Field. Sebenarnya, Killing Field ni kubur peringatan je, cuma sebab sejarah nya yang tragis jadi tempat tumpuan pelancong. 



Dalam Phnom Penh jalan raya dia masih lagi ok. 




Lalu depan Kedutaan Besar Malaysia and suddenly I get excited. 



Tak berapa lama, jalan dah jadi tak berapa elok, dan mula lah berdebu. Buddy drebar tuk tuk ni baik hati dia berhenti kedai tepi jalan dan belikan mask untuk aku dan ayah aku. Berdebu abes sampai nak bukak mata pun payah.




Budak budak yang baru balik sekolah




Haaa gile merah tak jalan dia? Aku tak pasti la ni jalan short cut ke jalan utama nak ke Killing Field tu. Sebabnya, jalan utama pun macam ni jugak rupenye. 




Abes redah kampung kampung orang.




Akhirnya sampai dekat Killing Field ataupun, Cheung Ek Genocide Centre. Bayaran masuk adalah USD6 untuk seorang, dan kita akan diberi headphone beserta satu alat elektronik bernombor. Nanti kita dengar la apebende cerita daripada headphone tu, boleh pilih nak bahasa apa. Bahasa Melayu pun ada. Pekerja yang jaga headphone tu tanya, nak bahasa Melayu ke? Ayah aku ambik BM tapi aku ambik English oram putis la katekan. Haha tidok lah. Aku takut BM dia macam yang translate dalam cd cetak rompak tu haha jadi baik ambik English je. Tapi rasanya ayah aku kata BM dia standard je. Bahasa baku. 




Bangunan tinggi tu ialah tugu peringatan , di dalamnya ada tengkorak mangsa yang dijumpai. 




Jarak yang lebih dekat. Scary. Hm. Scary apebende pun tak tahu padahal dalam kepala aku pun ada tengkorak macam tu. Well, everybody did. 




Dalam ni ada banyak checkpoint. Setiap checkpoint bernombor, 1 hingga 20. Bila kita sampai dekat checkpoint 1 contohnya, ha kita tekan la nombor 1 dekat alat yang dia bagi tu nanti dengar la apebende cerita nya. Meremang bulu roma weh seram dan menyayat hati. 




Ini kubur besar besaran , tahanan tahanan tu dimasukkan ramai ramai sekaligus dalam ni ada yang belum mati pun. 




Gelang gelang yang digantung pada buluh. 




Katanya, bila musim hujan kesan kesan tulang dan gigi mangsa boleh dilihat dekat tanah tu. Aku intai intai takde nampak pulak. Tapi dekat bahagian satu lagi, memang ada nampak dan banyak gila huhuhuhu sampai risau takut terpijak. 




Jalan keliling di bahagian belakang ni sambil dengar cerita dekat headphone. Kena je feel dia dengan suasana masa ni, sebelah kiri ialah tasik dan tiba tiba hujan turun rintik rintik. Huhuhu lari berteduh bawah pondok yang disediakan. 




Pemandangan daripada pondok. 




Lepastu redah je hujan sebab tak berapa nak lebat pun. Takut tak tengok pokok ni? Macam pokok tempat langsuir bergentanyangan, kan. Dulu, speaker digantung dekat pokok ni dan lagu lagu Kemboja dimainkan dengan kuat bagi menutup bunyi rintihan dan jeritan mangsa yang dibunuh. Dalam headphone tu ada dimainkan lagu tu, seram gila weh memang boleh bayang la rintihan ketakutan mangsa tu semua. Dekat kiri kanan pokok tu ialah kubur jugak, dia tak bagi pijak tapi dekat laluan dia tu penuh tulang putih putih yang timbul ke permukaan tanah. 




Dekat sebelah kerusi kayu ni pun ada jugak tulang tulang dekat tanah. 




Masuk dalam muzium mini ni, ada banyak info pasal sejarah pemerintahan Pol Pol. 




Nampak tak tengkorak dalam tu? Aku dengan ayah aku masuk sampai ke dalam tu tapi tak ambik gambar dekat takut kena sampuk haha bahaya bahaya. 




Okay last pic nak balik dah, bagi aku Killing Field ni kalau ada banyak masa mungkin boleh dengar betul betul apa yang diceritakan dekat headphone tu. Sebab aku banyak skip skip jugak hahahaha.




Dan bermulalah real adventures menggunakan jalan raya Kemboja menuju ke airport. 




The amount of debu is unbearable. Huhuhu 2 hari lepas sampai rumah, aku start selsema, batuk, demam. Complete set rasanya sebab banyak sangat sedut debu masa dekat Kemboja. Saya tak kuaddd!




Ni jalan dia. Nampak tak? Dia pakai simen bukan tar. Yang tengah tengah tu taktahu kenapa rendah, mungkin nak tanam pokok ke ape taktahulah. Tapi bila tuk tuk nak elak lori ke ape, lepastu terjatuh ke bawah tu memang bergolek la dalam tuk tuk hahaha. 




Ni roundabout konon kononnya. Yang peliknya kan, kenderaan macam tuk tuk, motosikal, datang dari pelbagai arah bukan membulat bulat pun ikut roundabout tu haha. 




Ha nampak tak diorang tengah buat jalan baru tu? Dan jalan tu adalah jalan simen bukan tar. Dekat sini tiba tiba ada eksiden lori pulak. Jem sekejap. 




Jalan nak dekat dekat sampai airport memang cantik, smooth dah. 




Akhirnya dah sampai Phnom Penh Airport. Boleh tahan besar dan cantik airport dia. Settle kan urusan check in, lepastu pegi makan dengan ayah aku. Dengar cite dekat sini ada restoran halal. 




Po' 24 Halal Restaurant. Lokasi dia dekat Arrival Hall. 




Ambik Kuey Tiow Sup Daging ne. Portion besar dan sedap gila sebab sup dia cukup rasa, tambah sambal lada pulak peh memang berbaloi baloi dahla semalam tak makan elok , breakfast tadi pun makan roti je. Total 2 mangkuk  dengan air, USD15 (termasuk tax). 




Flight lewat setengah jam. Whatever. Bye bye Cambodia!




Perjalanan yang singkat aku rasa, tapi penuh pengajaran dan debu-debu keinsafan. Hahaha

Budget kasar /per person ;
(tak termasuk souvenirs ke cambodian silk ke ape ok)

Airasia flight (return) RM300
Hotel x 3 nights RM150
Entrance Angkor Wat USD20
Tuk tuk Siem Reap USD10
Tuk tuk Phnom Penh USD15
Van Siem Reap - Phnom Penh USD15
Makan (3 kali) USD6 + USD7 + USD7.5

Total RM450 + USD80.50



1 comment:

xanadu said...

Salam. Nak bertanya. Agak2 trip mcm awak ni ok tak utk solo traveller

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE