05 June 2014

Kabong - Kuching - KLIA2



Akhirnya lepas hampir setengah tahun. Aku akan kembali ber backpacking yahoho. Kaki dah lama menggelupur sawan nak backpacking tahu tak. Lokasi nye ialah Siem Reap & Phnom Penh di Cambodia. Kalau sape yang baca blog aku daripada zaman muda dulu. Hehe dah lama aku nak gi Siem Reap sebab nak tengok seni bina Angkor Wat. Hajatnya nak pakai jalan darat Butterworth - Bangkok lepastu cross border dekat Poipet ke Siem Reap. Malangnya pergolakan dekat Bangkok macam tak berkesudahan, tensen aku. Tak berani nak masuk Bangkok. Last last cancel ikut route Bangkok dan aku ambik direct flight sahaja ke Siem Reap. Yang spesel nye trip ni pergi dengan Big Boh merangkap ayah aku hehe. 


Hari Selasa ialah hari terakhir persekolahan, yang sebenarnya aku dah kemas beg siap siap daripada malam Ahad lagi. Excited jangan main-main. Memang tak banyak barang pun cuma backpack baju dan beg kecik untuk taruk laptop. 



Macam biasa , persediaan untuk backpacking mesti ada ubat-ubatan basic. Tapi kali ni tambah meal box megi sayur dengan megi laksa sarawak yang aku beli dekat Sarikei. Kot kot kebuluran susah nak jumpa makanan halal nanti. Ye lah dah jalan dengan ayah kenalah jaga kebajikan ayah ye dok. Sedap jugak megi neh. Balik cari dekat pasaraya semenanjung tak jumpa. Hmmm maybe diorang jual dekat pasaran Sarawak je kot? 





Pukul 10 pagi sesi persekolahan dah habis. Pukul 11 cau. Syokkk. Aku dengan housemate aku lepastu 2 orang lagi akak tumpang kereta cikgu sarawak yang nak balik ke Kuching. Perjalanan dari Kabong ke Kuching mengambil masa 5 jam. Pastu sampai lah Airport Kuching. Tengok airport pun rasa nak menggelupur... apebende la.




Flight aku MAS 9.45pm ; sampai di KLIA dekat kol 12 jugaklah. Aku yang paling last keluar sebab aku duduk seat belakang-belakang. Ambik je beg, rakan sekerja dah bawa haluan masing masing aku pulak  pergi stesen ERL dan ambik tren daripada KLIA ke KLIA2. Murah je tambang dia RM2 dahla tak sampai 5 menet pon. Hebak hebak. Mak tak sabar nak tengok airport baru neeee!. Hehehehe




Akhirnya sampai jugak KLIA2! Rasa excited seperti hendak menari nari di tengah tengahnya. HAHA. Tengah syok ambik gambar sana sini tetiba ada orang tegur. Erkkk. Malu kejap. Ingatkan takde jumpa orang kenal dah. Kawan aku masa UPM dulu. Dia tunggu flight subuh-subuh besok balik Kelantan. Dia nampak aku beriya ambik gambar macam jakun kot, dia pun cakapla dekat level atas ada banyak lagi kedai. Pegila round. haha. Lepas say goodbye aku pun pegi meronda kat atas pulak.




Balai Berlepas dekat Level 3. Aku dah hapal dah jalan dalam KLIA2 neh sebab tawaf lebih 7 kali tiap tiap level dah boleh dapat Hajah dah. -_-" Memang cantik, kemudahan banyak dan bau cat pun tak hilang lagik hehe. 




Pukul 1 pagi, aku dah mula bosan lalu berenti dekat cafe froyo lupa nama kedai dia. Takde customer pon. Feeling feeling nak makan aiskrim lah pulak. Sebab topping dia nampak menyelerakan. Ambik froyo pastu duduk di suatu bucu, aku bukak laptop sambil cas fon. Mata dah rabak weyyy. 

Aku google kononnya dekat KLIA2 ni ada Capsule Hotel. Kalau betul ada memang gempak lah terutama bagi aku yang selalu nak tido dekat airport ne kan. Tapi rupanya belum bukak. HUHUHU. 




Nilah froyo nye. Perisa mango dengan vanila campur strawberi, nata de coco, marshmellow, pastu bubuh caramel dengan sos coklat. Banyak dol pilihan sos dia tak macam dekat Tutti Frutti. Harga RM5.43 per 100 gram. Lama jugakla aku duduk sini sampai pukul 3 pagi huhu aiskrim pun dah habis lepastu aku bawak diri round round lagi. Yang bestnya KLIA2 ni, ada macam macam jenis cafe dan kedai makan, lepastu semua 24 hour operation. Cool gilaaa. Kini pengalaman di lapangan terbang tambang murah tidak lagi mengecewakan! hehehe. 

Dah bosan meronda aku aku dapati takde tempat best nak duduk. Tulang belakang pun dah penat usung beg akhirnya aku balik ke kedai froyo tadi pastu tido ayam dekat situ. Takde customer lain pun, tokey kedai pun tak kata apa apa so duduk jelah situ. 




Dalam pukul 4 pagi lepas terjaga daripada tido ayam aku meronda lagi. And I ended up at the massage chair. Nampak macam menarikkk je... Aku masukkan 10 ringgit untuk sesi mengurut selama setengah jam. Layan jela. Hilangkan lenguh lenguh di belakang. Habis mengurut aku parking troli elok elok sebelah kerusi  lepastu aku duduk menyorok dekat belakang tuh. Malunyewww kalau ada orang kenal nampak hahaha. Lenguh kaki weyyy rasa nak panjangkan kaki tapi takmau tempat yang terbuka sangat so aku duduk jelah situ. Belum start backpacking dah lenguh cane neh. haha

Sambil duduk belakang kerusi tu sambil ngusyar pramugari cantik cantik dan berpikir bila lah nak jadi cantik seperti mereka. Hmmmm mungkin dalam kelahiran yang akan datang kalau bernasib baik hahaha. Orang memang sentiasa ramai walaupun pagi pagi buta kan.  




Lepas Subuh dalam pukul 6 pagi macamtuh aku mendapati bahawa butik butik ni semua dah bukak. Jenguk jengukla ape yang patut. Membeli belah pukul 6 pagi??? Rasa pelik sangat tengok jam 6 pagi tapi kedai kedai ni bukak. Banyak jugak yang bestnya seperti VOIR, VINCCI, (Vincci dia besar gila, aksesori kasut handbeg semua ada dan banyak pilihan). Kedai terakhir yang aku masuk ialah Toys R Us, besar jugak. Kemudian aku duduk dekat kerusi depan Toys R Us tu dan tertidur tanpa dirancang. Sedar sedar dah nak dekat pukul 9. Hahahah what happened?!! boleh pulak tertido dengan senang lenang. Lama pulaktu. 


Lepas membersihkan diri, aku pergi cucuk duit daripada ATM dan tukar matawang RM kepada USD sebab Kemboja pakai USD. Sementara tunggu Big Boh sampai airport , aku breakfast dekat Texas Chicken ke ape nama dia. Ambik set bubur, kopi dengan kentang. Tak sedap gila!!! Bubur takde rasa ape. Hampehhh ke laut. Memang aku pangkah lepasni takmau makan situ dah. Huhuhu. Pumpang pumpang ayah aku sampai airport pukul 1130 pagi, teman dia makan kejap lepastu terus ke Departure Hall. Awas tau, nak sampai ke Balai Pelepasan ni sangatlah jauh perjalanan nye jadi jangan datang lambat ke KLIA2 ok takut tertinggal flight pulak!


flight pukul 1.20 pm. 


kau bayangkanla macam mana keadaan aku daripada semalam, balik sekolah terus naik kereta pegi airport kuching 5 jam. Naik flight Kuching - KL. Lepastu sampai KLIA2 dengan tido merata macam pengemis. Tak mandi pulaktu (nasib baik KLIA2 ekon sejuk) huhuhu sengsara weh nak tunggu 1.20 tengah hari. 

dan bermulalah pengembaraan ke Kampuchea...



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE