13 December 2009

Loser Arena Pemanduan

hari ni sangat malang. 

MUM, i know u trust me. thanks for all that motivation, but i'm not ready. i know that u want me to make it, but i really cant. i'm talking about driving, people. driving. a kind of act that you have to put both(or one) of your hand to the stereng and at the same time, your feet on some kind of stupid pedals. wtf i hate those pedals!!! i'm still wondering why on earth, that a girl like me must drive like harrem and even i've already got license like, 6 months ago but i still cannot drive. i mean to drive without getting nervous, all-sweaty and shaking my hands, fingers, kepala lutut all-journey long.

and i want to confess, that since i come back home this semester holiday i NEVER drive, until today! so the last time i drive was 3-4 months ago, earlier when i got licence. traffic light, giving signals, turning left-right is a nightmare, you know? and for summary, driving IS a NIGHTMARE. TOTAL NIGHTMARE! and what happened today? actually my mum was asking (me to send her to pick some items that she ordered, and also, she wants to do some shopping in  supermarket. OH and i was SO nerveous!!! i bring 3 person with me- my mum, my bro and my little sis. what if anything happen? and thank God nothing happened, but i'm still afraid to drive, of course with so many accidents i read on papers and watch on TV's, i'm getting a little bit of...paranoid, i guess.


sorry mum, for the fact that we have IF-WE-RACE-WITH-A-SNAIL-THEN-THE-SNAIL-WOULD-WIN kind of driving today.
however, nice shopping, though.

*ni yang seronok pegi kedai dengan mak nih, sebab boleh ambik macam-macam jenis jajan yang hebat, letak dalam troli dan lebih hebat lagi, anda tidak perlu bayar!!! (^_^) yang anda perlu lakukan hanya mengangkat plastik-plastik itu sahaja. WAH!!! hebat, kan? (tapi bila sampai dekat parking kereta terus tak rasa hebat. terus dalam hati cuak, cuak, cuak, macam mana aku nak balik*


12 December 2009

Serigala Jadian Di Bawah Bulan Purnama

I’m currently reading New Moon right now. No, I didn’t buy the book, but thanks to 4shared, that I’ve downloaded the ebook pdf version of new moon. ABSOLUTELY FREE! Not just the new moon you know, but I’ve downloaded all 4 series of twilight saga - twilight, new moon, eclipse, and breaking dawn. I never had time to read, until today.


Werewolf has never been this cool ;)


Most Twilight die-hard-fans have been torn to choose between Edward and Jacob. I’m not a fan, though. But I’m absolutely on team Jacob. A wolf who knows how to ride a bike (he should apply circus for that) and even, he asks Bella Swann to ride the bike with him. How friendly and nice is that, for a wolf, I mean. Anyway, who wants Edward the-pale-looking-guy that 99% resemblance to Pontianak-Harum-Sundal-Malam skin? Nahh, no sweat, cos Jocob’s here. (tetibe teringat biskut Jacobs yang kotaknya kaler kuneng)





PS: masa semester 2 aku selalu melawak ngan nadia, bahawa aku pernah kena gigit dengan serigala masa kecik-kecik dulu dekat bahagian lutut. Oleh sebab itu, aku macam disumpah dan akan bertukar jadi serigala jadian setiapkali nampak bulan purnama. Aku akan ketar-ketarkan tangan sikit, terbeliakkan mata macam dan keluarkan bunyi pelik macam baca jampi. Dulu aku buat depan Nadia je, tapi bila dia mula takut dengan aku dan ingat aku dah hilang waras, dia bagitau kawan-kawan lain terus aku tak buat macam tu dah sekarang.

05 December 2009

Lanun Cetak Rompak Fail English

Dalam banyak2 movie aku pernah tengok dekat panggung, aku rase yang paling superb ialah HIGH SCHOOL MUSICAL. aku tengk dengan bestfren aku Yee Nak lepas habis final exam. memang syok, maybe sebab dapat seat best, ditemani kawan yang best, dan movie tu pun memang sangat best colourful je. hinggakan lepas balik rumah terus aku pergi black market cari VCD cetak rompak haha.


 
okey, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal pengalaman aku menonton wayang tapi kebodohan yang terdapat dalam VCD-pirate-berharga-RM5 terutama untuk movie omputih. aku nak highlightkan aspek sari-kata nye. subtitle. bodoh giler korang tau tak? orang yang bute English macam aku pun pun boleh tau subtitle nye problem, inikan pulak korang-korang yang dapat English A1 masa SPM. geram aku dengan pirate-pirate yang cetak rompak tu. seolah-olah mereka semua failed subjek BI masa UPSR, dah tau tak reti nak translate takyah ar buat VDC pirate. hempeh betol !
 
aku bagi beberapa contoh (daripada citer HIGH SCHOOL MUSICAL):
 
(masa scene main basketball)
subtitle: 16 minit kiri ! 16 minit kiri !
aku punyela memikir-mikir maksud 16 minit kiri tu, mula-mula aku ingatkan 16-minit-kiri ialah strategi dalam game basketball, rupanya maksud sebenar ialah 16 minit lagi (16 minutes left)


next scene masa Troy Bolton (Zac Efron) dan Gabriella Montez (Vanessa Hudgens) menyanyi lagu Can I Have This Dance. Ada satu lirik dalam lagu tu, “keep your eyes, locked on mine...” tau tak translationnye jadi apa ? “menyimpan mata anda terkunci di lombong” ape ke bangang, nak translate words sebijik-sebijik. (sebab mine dalam BI maksudnya lombong) jadi kalau aku buat ayat dalam karangan, “I want to go shopping with my friends at The Mines Shopping Fair” maka pasti diorang akan translate jadi, “Saya mahu untuk pergi membeli-belah dengan kawan-kawan saya di Pesta Membeli-Belah Lombong-Lombong”

dan ade lagi satu scene, si lelaki menyapa si gadis “Hey, babe!” dan subtitlenye tertulis : “Hai, bayi!” (-___-“) ??!!

bukan itu saja, malahan ia terjadi pada keseluruhan cerita, hingga buatkan anda terasa loya apabila menonton versi VCD pirate, terus taksuke High School Musical dah. Nama-nama watak pun nak translate! (contohnya Cik Tiara Gold menjadi Cik Mahkota Emas) dan ada subtitle, “Saya gonna buat pementasan ini” Aku perasan setiapkali word gonna (going to) mereka takkan translate kepada word akan. Mungkin sebab tak jumpa cari perkataan gonna dalam kamus Fajar kot. haha.

Aku tau korang pun mesti melalui pengalaman annoying sebegini apabila menonton VDC/DVD cetak rompak filem matsalleh, dan keadaan begini buat aku bosan dengan produk-produk pirate. aku rasa kalau ada movie best baik aku jangan beli pirate lagi, tengok dekat wayang atau download dekat internet. Nak lagi senang tunggu je bila kuar dekat TV masa raya aildilfitri.



03 December 2009

Paranormal, Entiti, Ektoplasma

Masa malam raya aritu...


Dua orang sepupu aku iaitu si Angah dengan si Aqib main rakam video. adik aku Syafiq join skali.. Aku takde masa tu. 

Diorang bukak lagu Aizat, Hanya Kau yang Mampu dekat background lepas tu miming gerak-gerakan mulut, kononnya macam diorang yang menyanyi. (Sengal je. Nampak sangat terdesak nak masuk AF tapi tak dapat HAHA) Yang merakam nye ialah Kak Yong, kakak diorang yang sama baya dengan aku. Dia record pakai kamera 2.0MP handset Nokia. Masa rakaman smooth giler, peh menyanyi punye syok macamla lagu tu dia yang punye. Real giler kot dia miming! My kazen Angah ni memang lawak, selalu buat jokes kasi orang gelak.



Lepas tu bila diorang tengok balik video tu, diorang nampak satu cahaya kaler putih-biru melintas dekat depan masa rakaman video tu. Betul-betul depan kamera. Laju giler, dan siap ada bunyi lagi.




Cuba korang tengok sequence gambar yang aku amik dari video ni (nak upload video lame giler sebab 50MB++), korang boleh nampak macam ada satu lintasan cahaya dekat depan kazen2 aku yang tengah menyayi. cahaya tu bergerak dari kiri ke kanan. kalau diperati betul-betul macam berbentuk lembaga. nak-nak yang gambar no 4 tu kan?


MEREMANG BULU ROMA!!!



Memikirkan kebarangkalian bahawa cahaya itu daripada lampu kereta di luar rumah; atau cahaya daripada TV memang tidak mungkin. dan pada masa tu memang komfem takde sape-sape pun yang melintas depan kamera masa diorang tengah recording. No way it could be that fast! mungkin ada ralat masa amik gambar tu ataupunada silau cahaya ke whatsoever, tapi SERIUS cakap, i am not manipulating this picture. this is real.



teringat pulak SEEKERS yang mana krew diorang pergi ke tempat-tempat keras kemudian dapat captured jirim yang diorang sebut ektoplasma atau entiti menggunakan kamera atau perakam video. Alat-alat elektronik sebegini (kamera, camcorder dll) boleh mengesan EMF (electromagnetic forces).


credits to : sila-klik-kalau-mahu-lihat-lebih-lanjut
 


wallahualam.

06 October 2009

Good Luck Bro

oke. aku tanak bercakap panjang sebab kejap lagi ade kelas kul 2 kena rush.
memang sangat lama tak update sebab too busy (busy la sangat) memikirkan banyak mende, busy tido, busy esemen, bla bla.. makan karipap..bla bla...busy usha si Upax ngan si Yana bla..bla..buat list ciri2 lelaki idaman yang ada pada Upax...bla..bla..
*serius! serius!*

dear Syafiq my bro,

i wish u good luck for PMR.
buat yang terbaik. jangan hampakan mie dan pa. pastikan dapat 8A and above. 7A pun jadilah kalo da susah2 sangat. i know u can do it! aku akan doakan ko dapat masuk maktab tentera pasni dan jadi pilot TUDM yg sangat bergaye. chaiyok2. (kalo tak dapat A for Math aku pelangkung pale ko ngan baldi)

aku tau ko takkan bace blog aku ni sebab ko tengah study utk kejayaan mase depan ko skg
(HAHAHA...banyak la ko punye study)

okeh. got to go. my pray will always be wif you.

bace doa banyak2, saat2 akhir ni masih leh wat semayang hajat tau. n jangan lupe kol mie & pa mintak restu. kalo ade syiling lebih tu kol la aku skali tau.
jgn lupe asah pensil kasi tajam & ingat jangan beli pensil murah HB yang cepat patah k. oh, pemadam pun jangan tinggal. ngan geometri set jangan lupe bawak. *tibe-tibe menjadi kakak yang sangat caring*

adios!
kelas. kelas.

18 September 2009

Keropok Kilang Saya



KEROPOK SIRA

sedap + lazat
sangat tidak sangka ada keropok ikan yang telah menggunakan nama saya.
saya rase sangat bangga.

TERIMA KASIH.




tiba-tiba saya terasa seperti hendak speaking.
I left something at my college. I don’t know if I could survive on Hari Raya without that thing. I cursed myself on my stupidity, but then I remember that this is Ramadhan; I'm still fasting, and I cannot curse.
So I take back my word.


tiba-tiba saya terasa seperti tidak mahu speaking. 



malam tadi mak saya suruh wat biskut. saya kata dalam ati, “nak wat biskut mende?” saya tengok bahan2 yang ada, maka saya pun buatlah biskut conflakes. sangat kacang proses membuat ini. gaul2 cornflakes ngan madu, mentega, gula dan dry fruits pastu goreng dalam kuali kejap: DAH SIAP!!! da boleh masuk dalam cup2 kertas. HAMPEH betul. Tapi saya tidak boleh cepat riak dan gembira dengan pencapaian diri sendiri . Sebab malam ini akan lebih mencabar. Mak menyuruh saya bersiap sedia untuk membuat biskut yang lebih kompleks pula. Akan ada penggunaan tepung, telur, butter, coklat dan yang paling penting saya terpaksa menggunakan oven! Oven sangat ajaib kalo anda semua hendak tau. Emak kata, kita kena pulas masa dengan betul, kalo silap pulas masa maka biskut akan menjadi hitam. Begitu juga, bila ia berbunyi ‘TING’ barulah saya boleh keluarkan biskut dari mende oven itu tadi. 

oven sangat hebat kan?



07 September 2009

Dahtu Kalau Aku Sira, Kau Sape?

penjahat amatur yang merasa bersalah.
-an amatur mafia who felt guilty

bagaimana boleh saya katakan?
saya tidak tahu.


beginilah.
biar saya jelaskan situasi saya. melalui analogi. iaitu
penceritaan.
biar saya bercerita. menggunakan watak si Sira, oke?


Ada seorang budak kecil. Sira namanya. budak ini sangat suka makan donat. Hari-hari Sira akan mencari donat. Pada bulan Ramadhan, Sira akan menjadikan donat sebagai juadah berbuka. Nak taknak, donat mesti ada dalam menu. Apatah lagi bulan yang bukan Ramadhan. Pagi petang siang malam Sira akan mencari donat untuk dijadikan hidangan. Kesimpulannya di sini, Sira sangat menggemari kuih donat.








Suatu hari, penat Sira mencari donat di merata-rata tempat. Tapi kasihan, tidak ditemui donat yang diidam-idamkannya. Semua kedai dan gerai telah kehabisan donat. Sedih betul hati si budak Sira. SIRA TAK BOLEH HIDUP TANPA DONAT!!! no donat no life!

Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan wajah yang kepenyekan & kemuraman, si Sira telah melalui sebuah rumah banglo yang cantik. Tuan punya rumah itu ialah seorang yang baik hati dan rajin bekerja. Dia akan keluar rumah pada awal pagi dan pulang ke rumahnya pada lewat malam. Oleh itu pada kebanyakan masa rumah banglonya akan dibiarkan kosong. Semasa melalui rumah banglo itu tadi, Sira ternampak sesuatu melalui tingkap dapur yang terbuka. Ada kira-kira
30++ biji kuih donat diletakkan di dalam pinggan yang besar di atas meja. Donat-donat itu kelihatan sangat sedap. Sira tahu, Tuan Rumah akan membuang donat-donat tersebut apabila pulang bekerja pada waktu malam. Kesemua donat-donat akan menjadi basi pada waktu malam dan oleh itu terpaksa dibuang.

Sira menjadi
sangat terdesak untuk mendapatkan sebiji dua donat daripada dapur Tuan Rumah. Malangnya, kesemua pintu dan tingkapnya berkunci. Pikir punya pikir, akhirnya Sira mendapat idea yang cerdik. Dia pernah melihat penjahat di dalam TV menggunakan pin untuk membuka pintu yang terkunci. Lalu dicubanya membuka pintu yang terkunci menggunakan pin tadi. Sira belum pernah membuat kerja berani mati sebegini (iaitu memecah masuk ke dalam rumah orang). Ini adalah kali pertama. Oleh itu Sira tidaklah menaruh harapan yang tinggi bahawa pintu rumah itu akan terbuka. as I said, she’s just trying an error.
Magik seribu kali magik, pintu itu tiba-tiba terbuka. Sira merasa takut dan panik, tapi memikirkan donat yang memanggil-manggil di atas meja, Sira menggagahkan diri untuk masuk. si budak Sira mengambil (a.k.a mencuri) sebiji dua donat lalu memakannya dengan laju. Merasa puas hati, Sira cepat-cepat meninggalkan banglo itu dan mengunci pintu seperti sediakala.

Apa yang bermain di fikiran Sira ialah:

  1. Sira bimbang dia akan kembali memecah masuk ke banglo tersebut untuk mendapatkan donat pada masa-masa terdesak yang lain.
  2. Sira bimbang dia akan menjadikan amalan mengambil donat orang lain tanpa izin sebagai tabiat; walaupun pada akhirnya donat itu akan dibuang begitu sahaja oleh si Tuan Rumah.
  3. Sira bimbang Tuan Rumah menyedari bahawa sebiji dua daripada donat beliau telah hilang.
  4. Sira bimbang suatu hari, Tuan Rumah tidak pergi bekerja sebaliknya ada di rumah dan Sira akhirnya tertangkap semasa sedang mengambil donat di dapur.
  5. Sekiranya tertangkap, Sira yakin bahawa Tuan Rumah tidak kisah pun dengan donat yang diambil olehnya, tetapi beliau akan marah dan kecewa kerana Sira sanggup memecah masuk ke dalam rumahnya.
  6. Sebenarnya, Sira sangat takut akan melukai hati si Tuan Rumah. Sira sangat berharap bahawa Tuan Rumah tidak akan mengira bilangan donat yang tinggal pada saat beliau ingin membuang donat-donat yang telah basi tersebut.
  7. Sira berharap, Tuan Rumah tidak akan mengesyaki perbuatan jahatnya.
  8. Sebenarnya, Tuan Rumah itu sangat baik hati. Sira boleh saja meminta sebiji dua donat daripada Tuan Rumah pada awal pagi, iaitu sebelum donat-donat menjadi basi. Kemungkinan besar beliau akan memberinya sebagai sedekah, tetapi Sira terlalu takut untuk bertanya. Donat-donat itu adalah hak mutlak Tuan Rumah dan untuk meminta-minta adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar. Oleh itu, Sira terpaksa mengambil secara senyap-senyap dan berharap bahawa si Tuan Rumah tidak akan menyedari perbuatan jahatnya.

Catatan tambahan: Tapi pada kebanyakan hari, bekalan donat di kedai-kedai adalah mencukupi. Oleh itu si budak Sira tidak perlu memecah masuk ke dalam rumah banglo tersebut untuk mendapatkan donat si Tuan Rumah. Sira boleh beli sahaja di kedai. 

Oke. Habis cerita.
PEH! Penatnya menaip...


Patutkah Sira dipersalahkan?


atau nak biarkan saja dia mengambil donat milik Tuan Rumah itu? lagipun Tuan Rumah asyik buang je...kan membazir tu?!!
selagi tak tertangkap......
berani buat berani la tanggung.
kalo esok-esok masuk lokap jangan salahkan orang lain pulak.
Anda rasa, bagaimana?
Anyone who’s reading, please give your respond!


if I am Sira, who would you be? the donut? the TUAN RUMAH? or the pin?


ps:
sedapnye Big Apple. terpaksa tunggu 16hb nanti.
tapi tidak mengapa. saya masih boleh bersabar lagi.



13 June 2009

Adik Aku (Kreng Keng Keng)

HOME-MADE RODA IMPIAN




Game ni Sapikah ajar aku. kalo nak main kena ada bantal empat segi ngan tikar buluh. karpet takleh pakai ea...




ni contoh tikar buluh jenis berjalur





cara permainan, player berada dalam keadaan meniarap di atas tikar buluh. bahagian perut mesti dilapik dengan bantal. kemudian, gunakan tangan untuk menggerakkan badan. dalam keadaan meniarap tersebut, putarkan badan mengikut sudut 360 darjah. tahap kelajuan anda berpusing bergantung kepada sejauh mana anda menggerakkan tangan anda. hasilnya, anda akan berpusing seperti Roda Impian.





TERIMA KASIH kepada si Sapikah yg bersetuju membuat DEMO spesel utk korang semua: (semua gambar adalah versi ori. TIADA sebarang editing, ye!)


bersedia sebelum permainan bermula (nak pakai tikar berbunga pun boleh

pusingan penuh 360 darjah

TIPS: sambil berpusing anda boleh menyebut: ‘WANG BESAR! WANG BESAR!’ tidak dapat dibuktikan kesahihannya, tapi Sapikah kate boleh tambah kelajuan.





WO-HO!!! ni da masuk kelajuan maksimum da nih. da takde rupa orang aku tengok. speeding giler. REMPIT! (kawan2 kat umah jangan tiru, ye!)
faedah2 yang diperolehi daripada permainan ini spt boleh mengempiskan perut dan juga salah satu senaman yang baik untuk tangan. permainan ni hanya boleh dimainkan oleh kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja. kalo orang dewasa (contohnya 19tahun) try permainan ni, komfem akan mengalami simptom2 seperti pening kepala, kekejangan perut dan kebengongan sementara. aku tau la sebab aku da try. HAHA.

SELAMAT MENCUBA! ~


PS: SI SAPIK tu da balik asrama smule. xde da orang nak layan lawak bodoh aku kat umah pasni. HUHU. boring ai boring. tapi bagus gak dia pegi. xde la nak menyusahkan idop aku kan. buat sakit ati je dak tu. syuh. syuh. brambus.

DISABLE