05 December 2009

Lanun Cetak Rompak Fail English

Dalam banyak2 movie aku pernah tengok dekat panggung, aku rase yang paling superb ialah HIGH SCHOOL MUSICAL. aku tengk dengan bestfren aku Yee Nak lepas habis final exam. memang syok, maybe sebab dapat seat best, ditemani kawan yang best, dan movie tu pun memang sangat best colourful je. hinggakan lepas balik rumah terus aku pergi black market cari VCD cetak rompak haha.


 
okey, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal pengalaman aku menonton wayang tapi kebodohan yang terdapat dalam VCD-pirate-berharga-RM5 terutama untuk movie omputih. aku nak highlightkan aspek sari-kata nye. subtitle. bodoh giler korang tau tak? orang yang bute English macam aku pun pun boleh tau subtitle nye problem, inikan pulak korang-korang yang dapat English A1 masa SPM. geram aku dengan pirate-pirate yang cetak rompak tu. seolah-olah mereka semua failed subjek BI masa UPSR, dah tau tak reti nak translate takyah ar buat VDC pirate. hempeh betol !
 
aku bagi beberapa contoh (daripada citer HIGH SCHOOL MUSICAL):
 
(masa scene main basketball)
subtitle: 16 minit kiri ! 16 minit kiri !
aku punyela memikir-mikir maksud 16 minit kiri tu, mula-mula aku ingatkan 16-minit-kiri ialah strategi dalam game basketball, rupanya maksud sebenar ialah 16 minit lagi (16 minutes left)


next scene masa Troy Bolton (Zac Efron) dan Gabriella Montez (Vanessa Hudgens) menyanyi lagu Can I Have This Dance. Ada satu lirik dalam lagu tu, “keep your eyes, locked on mine...” tau tak translationnye jadi apa ? “menyimpan mata anda terkunci di lombong” ape ke bangang, nak translate words sebijik-sebijik. (sebab mine dalam BI maksudnya lombong) jadi kalau aku buat ayat dalam karangan, “I want to go shopping with my friends at The Mines Shopping Fair” maka pasti diorang akan translate jadi, “Saya mahu untuk pergi membeli-belah dengan kawan-kawan saya di Pesta Membeli-Belah Lombong-Lombong”

dan ade lagi satu scene, si lelaki menyapa si gadis “Hey, babe!” dan subtitlenye tertulis : “Hai, bayi!” (-___-“) ??!!

bukan itu saja, malahan ia terjadi pada keseluruhan cerita, hingga buatkan anda terasa loya apabila menonton versi VCD pirate, terus taksuke High School Musical dah. Nama-nama watak pun nak translate! (contohnya Cik Tiara Gold menjadi Cik Mahkota Emas) dan ada subtitle, “Saya gonna buat pementasan ini” Aku perasan setiapkali word gonna (going to) mereka takkan translate kepada word akan. Mungkin sebab tak jumpa cari perkataan gonna dalam kamus Fajar kot. haha.

Aku tau korang pun mesti melalui pengalaman annoying sebegini apabila menonton VDC/DVD cetak rompak filem matsalleh, dan keadaan begini buat aku bosan dengan produk-produk pirate. aku rasa kalau ada movie best baik aku jangan beli pirate lagi, tengok dekat wayang atau download dekat internet. Nak lagi senang tunggu je bila kuar dekat TV masa raya aildilfitri.



13 comments:

nga911 said...

good god ! ...
this is worse then twilight ,hehe...

♥ s y i r a ♥ said...

NO WAY you could say this movie bad !

mother said...

yang ko pi beli tu wat pe....5 hingget tu blh wat mcm2..beli eskrem ke...kalu minat sangat ko download je la kat tenet sindri...

-a_f-

♥ s y i r a ♥ said...

tu la pasal.....
masa tengok dkt wayang mantap giler, tapi bila tngok dkt vcd macam harem.

pasni aku tanak bli vcd pirate dah !

bella said...

haha..betul2..annoyed gler tgk cd pirate..cam bungeks jek translation die

crazy_labelle said...

penah try citcat.com?
mcm ni la cilakenye translator..

Naz said...

kalau nak bagus beli yg ori, dah nama cetak rompak, paham2 la, camni ke cikgu disiplin... so sape yg bodoh n bangang skang?

p.i.n.a.t. said...

ahahah...siyes annoying!
baek la tgk vcd yg xde translation dr baca translation yg cam haraaaammmm~

hanaKir@ said...

arghh..cite budak2

aril said...

cite budak2 sekolah ka...xpun xite dak skolan tinggi :-) tp xpa sbb ckgu displin yg tgk..

Mysara Newrie said...

haha. kelakar giler ~haha ;DDD

hellioz said...

itu namenye direct translation....

slalu software atau si bodoh je yang buat direct translation....

gyahahahahahhahaah

gwa syak lu kena makan jamu supaya lu dapat subtitle yang betul la beb.
lu nak jamu?
gyahahahahahahahahah~

gwa syak gwa malas nak komen sebab lu letak word verification la...

word verification gwa ialah
excres. ape babi excres tu?
excrement gwa tau la....
gyahahahahahah~

zither said...

wahaha sumpah kelaka..

DISABLE