11 January 2014

Penang Street Art Hunting 2



Hari kedua , hajat nye nak keluar awal pagi tapi last last tak berapa nak awal jugak. 10 pagi baru keluar. Aku ambik masa kemas beg yang kempis tu (beg ringan gila haha) dan terus check out. Tapi beg tinggal dekat reception, ambik petang karang. Tak sempat pulak nak say Goodbye dekat roommate aku si Harry. Masa aku nak keluar tu dia tido lagi dengan bra nye bergelimpangan atas lantai. -_-"


Perjalanan dimulakan dengan menyelusuri Love Lane.



#8 Wired Streetart




#9 Wired Streetart





#10 Wired Streetart




#11 Kungfu Girl
Yang ini agak popular, juga hasil karya pelukis Lithuania tu. Hope to see more paints like this. Kalau ada pelukis tempatan lagi bagus kan?




#12 Wired Streetart




#13 Wired Streetart




Aku lalu depan Kediaman Chong Tze Fatt (dijadikan muzium) tapi snap gambar daripada luar je tak masuk dalam pun. 




#14


 Kemudian jalan kaki ke Penang Road untuk tunggu free CAT bus dekat situ. 


Banyak jual jeruk dekat sini. Tapi takmau beli lagi. Malas nak angkut. Berat. Nantilah karang karang baru beli. Bila bas sampai, aku naik dan turun dekat bus stop depan gereja dan berjalan kaki ke City Hall. 





Harap kerajaan ambil inisiatif untuk menjaga bangunan lama-lama ni semua, jangan dirobohkan sebaliknya peliharalah ia! Warisan negara ne. 




Berjalan sampai ke Esplanade. Tengah tengah hari buta main dekat sini. Gile ke? 




Cuaca agak panas time. Itulah aku kata. Panas panas camne duduk tepi laut. Mungkin orang yang kurang waras sahaja mampu untuk berbuat sedemikian. 




Kapal cruise di kejauhan. Daripada semalam aku tertanya tanya macam mana lah nak ke sana. Aku nak sangat tengok kapal tu dari dekat. Hmmm...




Tenang je. 




Kasut pink di Esplanade Penang! Tanda dah jejak. Sejak trip Indon haritu rasa seronok pulak buat shot kasut macamni. He he he. Trademark dah check kawasan. 




Dari Esplanade berjalan ke Taman Kota Lama ni. Masuk dalam, aku nampak banyak kedai makan. Haaa bagus! Aku dahla belum lunch. Tekak rasa kering perut pun dah lapar. 


Foodcourt Padang Kota Lama.


Macam macam pilihan, orang pun ramai. Confuse nak order coconut shake ke, cendol ke, air kelapa ke, ABC ke. Macam , semua nak. 




Dekat sinilah Mee Sotong Padang Kota Lama yang femes tu!




Akhirnya aku order Cendol dengan Mee Sotong . Memang terbaik mee dia. Pedas pedas manis. Jumlah semua skali RM6.50 sahaja. 




Siap makan, berjalan ke Fort Cornwallis. Alang alang dah sampai, masuk jelah. Tiket RM2. Fort Cornwallis ni merupakan tempat pendaratan Francis Light dan kuncu kuncu nya sebelum menakluki Penang. Kubu pertahanan depa lah kirenye ni. 




Francis Light si penjajah derjana. 




Kasut pink jejak di Fort Cornwallis pulak. Nampak tak lutut kiri seluar kotor? Haaa tu anjing semalam punya keje!




Aku duduk atas bangunan tu lah tadi. Dalam bangunan tu pulak ada bahan bahan bacaan. Tapi aku ni jenis malas nak membaca so... tak berguna pun untuk aku. Hahahaha. Overall tempat ni takde pape pun, dia macam A Famosa dekat Melaka. Yang bezanya A Famosa tinggal sekeping je kubu dia, yang ini masih teguh lagi.  


(bersambung...)



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE